PERBANDINGAN YANG BETUL ANTARA 10% SST DAN 6% GST
PERBANDINGAN YANG BETUL ANTARA 10% SST DAN 6% GST (RUJUK SISTEM PERCUKAIAN JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA MALAYSIA)
By Isham Jalil
Cukai 6% GST terhadap kos input yang dahulu dikenakan kepada pengilang, pemborong dan peniaga semua boleh di-claim semula dan dibayar balik oleh Kerajaan. Hanya 6% terakhir sahaja cukai yang efektif kepada pengguna. Oleh itu, harga terakhir barang kepada pengguna sebenarnya lebih tinggi dengan 10% SST berbanding dengan 6% GST.
Dan secara efektifnya, dengan penggantian 10% SST daripada 6% GST, ianya adalah peningkatan cukai jualan sebanyak 66% yang dikenakan oleh Kerajaan kini kepada rakyat.
Cara pengiraan yang betul (Rujuk Kastam)
Beg poket kereta utk dijual |
Dan oleh kerana dengan SST pengeluar dan penjual tidak lagi perlu isytihar kos input pengeluaran mereka berbanding dengan GST dahulu, maka ini memudahkan mereka kini untuk mengambil kesempatan dan menaikkan harga sesuka hati, dan juga mengelakkan mereka daripada menyerahkan “cukai” jualan SST yang dikutip oleh mereka (penjual) daripada rakyat kepada Kerajaan. Oleh itu dengan SST, harga barang akan meningkat naik tetapi kutipan sebenar cukai jualan yang diterima oleh Kerajaan akan menurun. Sebab inilah hampir semua kerajaan di seluruh dunia menggunakan GST dan meninggalkan SST. Kecuali Kerajaan Malaysia Baru kita kini..
Cara pengiraan yg salah
TENTERA 509 DAN KERAJAAN PH
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tinggal lagi lebih kurang 535 hari kita akan berjumpa dengan tahun 2020. Tahun yang penuh misteri dan mistik. Ia juga adalah tahun pilihan seorang pemimpin politik di awal 90an dahulu. Tentang wawasan untuk meletakkan negara sebagai sebuah negara maju merangkumi dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial, agama, politik dan banyak lagi. Untuk mencapai wawasan ini 9 matlamat telah digariskan. 9 matlamat ini jika diteliti dengan hati, jiwa dan raga... kita akan dapat melihat ia menjauhkan kaum yang beragama islam dengan agamanya. Saya maksudkan kelompok islam liberal. Wawasan ini hanya boleh dicapai sesudah masyarakat didalamnya diliberalkan sepenuhnya. Tidak akan berjaya wawasan ini jika masyarakatnya masih kuat berpegang dengan agamanya. Dan usaha untuk menukarkan masyarakat melayu yang masih tebal dengan pegangan agamanya telah dimulakan sejak era kemerdekaan. Melayu diperkenalkan dengan konsep fahaman sekular. Pemisahan agama dari sosial. Intelektual2 yang lahir dari sistem ini bila terlibat didalam politik, ia akan menterjemahkan pemikirannya dalam dasar kerajaan yang mahu dibawanya. Dari sistem ini muncullah kelompok liberal. Kelompok ini nanti akan membiakkan pula kelompok yang teramat jauh dari Tuhannya.
Selepas PRU 14 kita telah melihat pelbagai perkara pelik terjadi. Antaranya AG dipecat, Ketua Hakim didesak letak jawatan, KP SPRM dipecat, gabenor BNM letak jawatan. Didalam banyak2 perkara pelik ini, saya cuma tertarik dengan status kes A.Kadir Jasin dan Hishamudin Rais yang tidak diambil apa2 tindakan selepas menghina institusi beraja. Dua individu ini tidak keseorangan dalam menghina institusi beraja malahan ia turut disertai ramai rakyat pelbagai kaum yang saya namakan "tentera 509". Seperti A.Kadir Jasin dan Hishamudin, mereka juga tidak dikenakan apa2 hukuman dan jika ada hukumannya cukup ringan dengan denda yang tidak seberapa. Seolah2 perbuatan biadap ini direstui oleh pemerintah. Jika kita masih ingat 509 adalah simbol tarikh pilihanraya yang dipilih mantan Perdana Menteri ke-6. Tetapi yang mempopularkan simbol 509 ini adalah pembangkang di masa itu yang kini sudah berjaya membentuk kerajaan. Kita boleh jumpa banner tertera " Jom Balik Undi 509" datang dari pembangkang di masa itu.
Apa sebenarnya 509 ini? Anda semua masih ingat tahun ini 1511? Bagi warga Malaysia tidak bermasalah untuk tahu 1511 ini tahun apa tetapi bagi frens saya yang luar dari Malaysia, 1511 adalah tahun tumbangnya Melaka dan bermulanya misi 3G (gold/glory/gospel) di bawa ke Tanah Melayu (TM) bermula dari Portugis. Penjajah pertama gagal dalam misi disambung oleh Belanda juga gagal. Kemudian disambung lagi oleh Inggeris juga berakhir dengan kegagalan. Sudah 3x misi berakhir dengan kegagalan. Apakah mereka sudah berputus asa? Kita lihat ya tahun 2020 yang dicanang seantero dunia Malaysia menuju gemilang. Cuba 2020 ini tolakkan 1511, brapa yang kita perolehi? 509 kan jawapannya. Ini bermakna tahun 2020 itu ada agenda sulit yang dirancang dan agenda ini sama sekali berbeza dengan misi dan visi yang didendangkan pada kita sejak tahun 1990an.
Dan kita lihat lagi sejarah silam yang berlaku di Rome, Italy. Sistem monarki di Rome dipercayai bermula dari tahun kota Rome didirikan iaitu 753 SM oleh Romulus. Sistem monarki ini mampu bertahan selama 244 tahun sahaja. Rakyat jelata bergotong royong menggulingkan raja mereka Lucius Tarquinius Superbus. Tahun terjadi penggulingan raja ini ialah pada 509 SM. Bermula tahun 509 SM sehingga kini 2018 Rome, Italy adalah negara republik. Hehehe 509 lagi. Baru2 ini tular kes bekas peguam Fadiah Nadwa menulis tentang sistem Raja Perlembagaan sudah tidak relevan dengan keadaan sistem demokrasi semasa. Semasa ditahan untuk soalsiasat polis apa katanya, "I'm not alone". Saya suka ayatnya "i'm not alone". Mungkin ada yang masih ingat kata2 saya beberapa tahun lepas, menjelang hampirnya tahun 2020 gerombolan2 tentera anti monarki akan agresif menyerang institusi raja ini dan kini sudah jadi kenyataan. Fadiah Nadwa bukanlah orang pertama yang menghina institusi raja ini dan tentera 509 ini akan bertambah agresif dalam mengatur serangan menjelang menuju tahun 2020 ini.
Bagi kita 509 hanyalah sekadar angka2 akan tetapi bagi pengikut2 kabbalis, 509 punya unsur2 ketuhanan mereka tersendiri. Saya tidak mahu ulas panjang2 apa itu 509, ini anda boleh cari sendiri bertanya dan gogel apa itu "Angel 509". Disitu nanti anda akan dapat keterangannya. Seperti kata Fadiah Nadwa dia tidak bersendirian dalam misi ini. Selain di belakangnya berdiri tentera 509, ia juga mendapat sokongan sepenuhnya 'angel 509'. Selain itu mereka juga mendapat sokongan dari 509th Bombardment Wing salah satu unit dalam US Air Force. Peranan unit ini bukan kecil2 anak. Dalam WW2 unit ini lah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki sehingga tentera imperial Jepun menyerah kalah. Misi Fadiah yang dibantu barisan2 handalan di belakangnya adalah sama seperti rakyat Rome lakukan keatas Lucius Tarquinius Superbus pada 509 SM dahulu. Selepas tumbangnya monarki, mandat kuasa jatuh bulat2 kepada presiden. Ketika itulah bermulanya semula misi 509 tahun lalu yang dibawa Portugis ke Tanah Melayu cuma kali ini kemungkinan besar mereka akan sedikit twist dari misi asal 3G iaitu lebih condong ke misi baru OWR (One World Religion). Cukuplah setakat ini sahaja dulu penulisan saya, ini pun dah panjang lebar.
Sumber : fb Haniz Zerstoren
81% Responden Undi Kerajaan PH Lebih Buruk Dari Kerajaan BN
Salam sejahtera kepada semua, satu survey terbuka telah di buat oleh facebook page New Malaysia By Malaysian sama ada Malaysia kini lebih baik selepas Pakatan Harapan ambil alih atau lebih buruk? Survey tersebut dimulakan pada 9 July 2018 dan masih berjalan dan akan ditutup selepas 3 minggu.
Keputusan setakat 18 Hb July 2018 sangat mengejutkan, di mana 81% responden mengatakan Kerajaan Pakatan Harapan lebih buruk dari Kerajaan BN sebelum ini!
Ini bermakna tempoh honeymoon atau bulan madu antara rakyat dan kerajaan Pakatan Harapan sudah tamat,
Di harapkan kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir akan ambil iktibar atau berdepan kemelut trust deficiency dari rakyat.
Undian masih masih lagi diteruskan di facebook page New Malaysia By Malaysian <~~ sila klik untuk beri undian anda.
RESEPI BIJI DURIAN GORENG RANGUP
First time try buat kerepek biji durian... tak sangka sedap betul... Lemak2 gitu 😀
Iklan barut baby utk dijual |
Resepi biji durian goreng rangup
1. Biji durian direbus kemudian dibuang kulit serta dihiris nipis.
2. Gaulkan dengan tepung BESTARI dan digoreng
3. Goreng hingga nampak rangup.. angkat dan toskan.
Bila bersalut dengan tepung... fuhhh memang sedap giler rasanya...
Kredit resepi perkongsian dari Noor Wahidayu Ibrahim
GERHANA BULAN PENUH PALING LAMA DI ABAD KE 21
Iklan beg poket kereta utk dijual |
Timbalan Ketua Pengarahnya, Samsuddin Omar berkata fenomena kali ini adalah kedua berlaku tahun ini, dan akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula 1.14 pagi dan berakhir 7.28 pagi.
“Fasa Gerhana Penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).
“Tempoh paling lama bagi Gerhana Bulan Penuh boleh berlaku selama 1 jam 47 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi.
Bulan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara yang biasa dilihat kepada warna kemerahan sebelum kembali ke warna asal dalam tempoh lima jam. Warna kemerahan akan dapat dilihat ketika fasa penuh pada 28 Julai.
Jelas kenyataan itu, rakyat di negara ini dapat melihat gerhana bulan itu dari mana-mana kawasan di negara ini bergantung keadaan cuaca setempat dan lokasi pencerapan paling baik adalah di lokasi yang berada paling barat.
“Bagaimanapun, tidak semua tempat di Malaysia akan dapat melihat keseluruhan tujuh fasa gerhana yang berlaku kerana bulan terbenam lebih awal sebelum fasa-fasa tertentu berakhir.
“Fasa-fasa gerhana bulan terlibat ialah Fasa Penumbra bermula, Fasa Separa bermula, Fasa Penuh bermula, Fasa Penuh maksimum, Fasa Penuh berakhir, Fasa Separa berakhir dan Fasa Penumbra berakhir,” kata kenyataan itu.
Beberapa bandar terpilih di Malaysia yang bakal menyaksikan bulan terbenam dan kenampakan gerhana itu ialah Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Langkawi.
Sehubugan itu, bagi memeriahkan lagi kehadiran fenomena berkenaan, Observatori NegaraLangkawi ANGKASA akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam bermula 10 malam, 27 Julai hingga 6.30 pagi keesokan hari, di Observatori Negara Langkawi dan Empangan Bukit Malut, Langkawi. – BERNAMA
Surat Terbuka Kpd YAB Tun Dr Mahathir PM Malaysia Ke7
Deraf Surat Terbuka Kpd YAB Tun Dr Mahathir Yg DiCadangkan oleh Sdra Mohd Khairul Azam ( seorng Peguam).
Mohon baca, sebar dan tambahbaikkan lagi kpd orng Melayu+Bumiputera seramai boleh. DAN Sdra Azam akan melakukan apa yg terbaik❗In shaa Allah (sk: Sdra Khairul Azam Abdul Aziz)
Buat YAB Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-7 DI bawah kerajaan Malaysia baru
Bersama2 ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tun 25 Tuntutan2 Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke-70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).
Wahai Orang2 Melayu.
Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan dibuat oleh kaum2 minoriti terhadap kerajaan.
Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yg dibuat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.
Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanah air kita terpaksa di korbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata2 bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yg semakin terhad itulah yg terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.
Istilahnya "berkongsi" namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yg tinggal tidak cukup untuk anak cucu kita sendiri.
Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa2 kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi, dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.
Wahai orang Melayu sekelian, demi kelangsungan hidup bernegara yg berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama2 menuntut kembali hak kita yg sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.
Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ianya termaktub dalam Perlembagaan, ianya semakin di lupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut dikuatkuasakan.
Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir,
DENGAN INI ORANG MELAYU MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:-
1. Memperkukuhkan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam di berikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.
3. Menuntut Institusi Wakaf di pengerusikan oleh Raja-Raja Melayu di perkasakan.
4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12(2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.
5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan di hentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang di peruntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.
7. Menuntut dihentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.
8. Menuntut di kembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 113(6), 116(2), 121(1)(a) dan 161E(1) Perlembagaan Persekutuan.
9. Menuntut Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan Tanah Simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu menurut Perkara 89(2) Perlembagaan Persekutuan.
10. Menuntut mana-mana Tanah Simpanan / Rezab Melayu yang diambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum di gantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan.
11. Menuntut di mansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang DiPertuan Agung untuk meluluskan sesuatu Rang undang-undang sebelum di wartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
12. Menuntut dikuatkuasakan Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib menangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.
13. Menuntut Kerajaan mendedahkan sama ada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang di berikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.
14. Menuntut di hapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.
15. Menuntut di gunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang di peruntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
17. Menuntut semua papantanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang di luluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini.
18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu di gunakan untuk perbicaraan di mahkamah.
19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak dibenarkan dalam Perlembagaan.
20. Menuntut sistem persekolahan satu aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.
21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
22. Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru di laksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan ditingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.
23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu ditubuhkan di bawah Parlimen khusus utk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut Perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan sama ada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.
24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri di kembalikan.
25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu2 Melayu dan Islam diberikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.
PERJUANGAN INI DAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT2 KITA YG BELUM LAHIR.
SEMOGA MEREKA AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK2 DAN MOYANG2 MEREKA, INSYAALLAH.
(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)
JANGAN LAGI MELAYU DIBULI
Disediakan oleh,
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
Share
Jangan Tukar Kapal Jika Enjin Masih Berfungsi - DYAM TMJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim malam tadi mengeluarkan kenyataan panjang yang menyentuh berkenaan isu politik.
Kenyataan yang disiarkan di laman Facebook Johor Southern Tigers itu antara lain ditujukan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikut merupakan kenyataan penuh berkenaan:
Hanya pandangan peribadi saya untuk rakyat Johor.
Assalamualaikum W.B.T. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pandangan dan pesanan saya kepada rakyat Johor yang saya kasihi sekalian.
Saya memberi nasihat dan berkongsi pendapat saya bukan sebagai ahli politik yang perlukan undian, tetapi ia datang dari hati saya sebagai seorang anak Raja yang berkhidmat kepada rakyatnya.
Taat setia saya adalah kepada Sultan saya, negeri Johor dan rakyat saya. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor dan saya saling berkongsi pandangan dan inisiatif apa yang terbaik buat masa hadapan negeri Johor.
Bukan sahaja dalam segi pentadbiran kerajaan tetapi untuk memperbaikinya dan menjadi kuasa ekonomi dalam negara, menangani mentaliti ekstremis, menaik taraf sistem pendidikan dan sistem kesihatan.
Dengan senario politik yang berlaku sekarang dalam negara, tidak kiralah parti yang memerintah atau parti pembangkang, rakyat perlu pandai menilai apa yang terbaik untuk negeri kita dan negara.
Dalam situasi politik, rakyat hanya dengar apa yang disampaikan oleh ahli politik di dalam ucapan mereka atau di media sosial. Tetapi yang tahu situasi sebenar adalah DYMM Sultan Johor dan saya sendiri.
Apa sahaja rahsia sulit dan agenda mereka kami tahu. Semua maklum bahawa ahli politik ini apabila inginkan sesuatu, mereka akan menabur janji-janji manis. Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat Johor.
Semua maklum bahawa Umno dilahirkan di negeri Johor, di dalam istana negeri Johor. Saya tahu buat masa ini rakyat semua berkecil hati terhadap kepimpinan negara dan saya faham.
*Cuba tarik kuasa Diraja*
Bagi pandangan saya, Umno perlu lebih aset daripada liabiliti. Ia bermakna Umno perlu bertukar cara pentadbiran dan pemikiran serta polisi terutama sekali sistem hirarki.
Kita perlu lebih aset iaitu orang-orang muda yang ingin berkhidmat kepada negara dan berkongsi pengetahuan mereka yang berpotensi.
Saya juga tidak akan lupa siapa yang merosakkan Umno, yang menjadi peneraju dan melahirkan kroni-kroni, melahirkan korupsi, melahirkan proksi dan juga siapa yang cuba menarik kuasa-kuasa Diraja termasuklah cuba untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) yang kami semua sayangi.
Kedaulatan negeri Johor jangan dipersoalkan. Kami telah wujud dari tahun 1885 sehingga kerajaan persekutuan juga belajar protokol, pentadbiran dan perlembagaan daripada kami.
Kami adalah negeri pertama yang mempunyai perlembagaan sendiri dan ia menjadi contoh kepada negara. Kadangkala kita tidak boleh menyalahkan sesebuah organisasi atau parti oleh kerana hanya seorang yang bermasalah.
Saya tidak lupa pada tahun 1992 ketika saya kecil dahulu dan nakal di sekolah, cikgu akan bercakap kepada saya, “Awak jangan main-main, awak tu kerabat diraja. Jika saya mengadu kepada Mahathir, habis awak.”
Begitu juga dengan kisah prebet Adam di mana Almarhum Sultan Iskandar iaitu datuk saya yang tidak ada peluang untuk mempertegakkan diri kerana ketika zaman itu tiada kemudahan internet, semua media dikawal oleh kerajaan.
Media mengeluarkan kenyataan kononnya prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adik beliau dibunuh oleh Sultan Johor ketika itu. Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia ketika berumur dua tahun dalam tragedi rumah terbakar.
Saya juga ada berjumpa dengan seorang individu berasal dari Kedah pada tahun lepas. Beliau yang bercerita kepada saya yang beliau berjumpa dengan prebet Adam dan prebet Adam menceritakan bagaimana dia dipaksa sepanjang 10 hari di dalam bilik sel yang gelap oleh anggota polis untuk mengaku yang Sultan Johor membunuh adiknya.
Inilah yang sanggup dilakukan oleh kepimpinan tertinggi kerajaan ketika itu demi mendapatkan kuasa sepenuhya di dalam negara.
*Ubah dari dalam*
Rakyat jangan mudah tertipu dengan individu lidah bercabang dua seperti ular. Buat masa ini individu tersebut bukan ingin selamatkan negara tetapi apa yang dia sedang lakukan sekarang adalah kerana takut apa akan terjadi kepada anak-anaknya pada masa akan datang.
Sedangkan orang yang paling kaya di dalam dunia pun belum pasti mampu untuk melahirkan tiga orang anak yang ‘billionaire’. Nasihat saya kepada rakyat Johor, jikalau kita tidak suka sesuatu dengan kerajaan, laungkan suara kita untuk pastikan mereka tahu apa yang kita inginkan.
Anda semua mempunyai DYMM Sultan Johor dan saya di mana kami boleh sampaikan suara rakyat kepada kerajaan yang memerintah dan kepimpinan tertinggi dalam negara. Jangan sesekali anda sangka yang kami tiada inisiatif untuk memperbaiki sistem yang berada di dalam kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati. Jikalau anda mahu berperang atau mahukan pertembungan antara kerajaan negeri Johor dan kerajaan persekutuan ia tidak akan mendatangkan apa-apa faedah.
Jikalau kami mampu melahirkan ramai lagi anak muda yang ada potensi, sanggup berkhidmat kepada negara dan kami boleh pastikan yang dia mampu mewakili kerajaan, kita boleh mengubah segala-galanya daripada dalam.
DYMM Sultan Johor dan saya mempunyai agenda dan perancangan tersendiri. Agenda utama kami adalah untuk negeri Johor tetapi apa cara untuk kami sampai ke Putrajaya, kami tidak boleh kongsikan kepada anda semua. Ia adalah sulit dan rahsia.
Saya bukan ingin menyokong mana-mana parti politik tetapi untuk mengubah nasib negara dan memperbaiki sistem, bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Kita perlu mengubahnya daripada dalam.
Jadi, saya dan negara-negara jiran kami berpandangan, jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baharu.
Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi. Cukup ini sahajalah yang dapat saya kongsikan bersama rakyat. Tetapi rakyat Johor perlu percaya kepada visi DYMM Sultan Johor dan saya sendiri.
*FAM sebagai contoh*
Tidak perlu banyak perkara untuk dijadikan contoh. Cukup satu perkara kecil sahaja yang boleh saya beritahu anda semua untuk dijadikan sebagai contoh.
Apa yang anda lihat dengan apa yang saya lakukan dalam pentadbiran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah sama apa yang kami akan lakukan di pentadbiran peringkat tertinggi. Bola sepak hanyalah minat saya.
Pada 30 Jun 2016, saya ada mengeluarkan satu kenyataan dalam laman rasmi Johor Southern Tigers yang mengatakan kami akan memusnahkan apa yang anda bina dan kami akan bina yang lebih baik. Ia adalah satu pembayang apa yang ingin saya lakukan kepada sistem pentadbiran FAM ketika itu.
Saya tidak kongsikan perkara ini kepada ramai pihak tetapi hari ini saya akan kongsikan kepada semua. Misi saya ketika menyertai FAM adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan struktur sedia ada.
Ia juga untuk menukar struktur perlembagaan dalam FAM bagi memastikan kuasa Presiden FAM dan Persatuan Bolasepak adalah terhad. Mereka hanya menjaga Jawatankuasa Tatatertib, pengadil dan pasukan kebangsaan.
FAM juga tidak lagi memberi arahan dan terlibat dengan apa yang berlaku kepada pasukan, kelab, kewangan dan pentadbiran liga. Apa yang saya lakukan adalah saya mengubah perlembagaan di mana kami melabur kepada FAM, melabur kepada semua pasukan dan kami menjaga kepentingan Malaysian Football League (MFL).
Ini adalah sebab mengapa saya keluar daripada FAM kerana kuasa tiada kepada persatuan bolasepak sama seperti di negara-negara luar. Kuasa berada pada badan berkecuali yang menguruskan liga seperti LaLiga (Sepanyol), Seria A (Itali), English Premier League (England), Bundesliga (Jerman) dan sekarang di Malaysia adalah MFL.
Tetapi jangan salah tafsir dengan menganggap Presiden FAM sebagai proksi. Beliau bukan proksi tetapi adalah individu yang layak dan boleh bekerjasama dengan MFL. Ini diibaratkan seperti latihan saya sebelum agenda saya yang lebih besar di peringkat tertinggi melibatkan pentadbiran sistem negeri dan kerajaan.
Tuan-tuan dan puan-puan, saya datang dari keluarga dan hidup di dunia yang anda tidak boleh lihat dan dunia itu dikawal rapi. Anda lihat bagaimana pergerakan sesuatu rejim dan organisasi sulit mengawal dunia.
Kami juga mempunyai sistem yang sama tetapi kami organisasi yang berbeza. Jika anda lihat bagaimana organisasi sulit mengawal negara-negara besar daripada sebuah tanah kecil di Timur Tengah dan inilah yang kami lakukan di sini untuk mengawal takdir sesebuah negara.
Ia telah dilakukan sejak zaman nenek moyang saya dan kami akan meneruskannya untuk rakyat bagi ‘restore the order’ apabila ia terkeluar daripada ‘order’ tersebut. Itulah tanggungjawab kami dan ia akan sentiasa menjadi tugas kami.
Jangan tukar enjin
Sekarang ini, di dalam negara situasi politik agak berkucar-kacir. Tetapi ia tidak semestinya adalah pengakhiran dunia (kiamat). Inilah masanya untuk ‘restore the order’ dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi Perdana Menteri sekarang ini.
Jangan tertipu, buka mata anda, gunakan akal fikiran dan ikut bayangan yang akan saya berikan kerana saya tahu apa yang anda tidak tahu. Anda perlu percaya kepada saya kerana saya tahu apa yang ingin saya lakukan.
Inilah masanya untuk bumi selatan mengawal sesetengah situasi dan memulihkan semula ‘order’ yang telah dirosakkan oleh individu yang tamakkan kuasa dan duit.
Jangan mudah terpengaruh dan percaya dengan apa yang anda dengar semalam di Pasir Gudang. Negeri Johor tidak akan pernah lupa kepada individu yang ingin membubarkan Angkatan Setia Negeri Johor (JMF) yang telah wujud sejak 1886 dan berangan mahu menarik kuasa Sultan Johor yang memerintah serta memperkecilkan perlembagaan negeri Johor yang telah wujud sebelum adanya negara bernama Malaysia.
Ingatlah wahai rakyat Johor yang saya kasihi sekalian. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Selagi rakyat Johor bersatu bersama-sama dengan kepimpinan DYMM Sultan Johor termasuk saya, pelbagai perkara yang kita mahukan boleh dicapai untuk masa hadapan anak cucu cicit kita.
Jangan kita berpecah-belah dan mudah dipermainkan dengan anasir-anasir luar yang mahu menghancurkan kedaulatan negeri ini. Lihatlah apa yang telah saya lakukan terhadap bola sepak. Bola sepak ini hanyalah latihan. Ia ibarat saya ke ‘driving range’ sebelum pertandingan golf sebenar.
Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Jangan menukar nakhoda kapal tetapi benarkan sultan saya dan saya membimbing nakhoda tersebut demi anda.
Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk negeri dan negara yang tercinta.
*_DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor_*
_Sumber JOHOR Southern Tigers dan Malaysiakini_
🍀🌹🍀🌹🍀🌹🍀🌹🍀🌹🍀🌹🍀🌹🍀
APABILA DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor SUDAH BERKATA2.....
HARAP SEMUA BOLEH FAHAM..
DAULAT TUANKU...
#MelayuBangkit
#PemantauMalaysiaBaru
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
►
2021
(6)
- ► 05/23 - 05/30 (3)
- ► 02/07 - 02/14 (3)
-
►
2020
(38)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
- ► 07/26 - 08/02 (1)
- ► 07/12 - 07/19 (1)
- ► 05/03 - 05/10 (1)
- ► 04/26 - 05/03 (2)
- ► 04/19 - 04/26 (1)
- ► 04/05 - 04/12 (1)
- ► 03/22 - 03/29 (17)
- ► 03/15 - 03/22 (1)
- ► 03/08 - 03/15 (1)
- ► 02/16 - 02/23 (1)
- ► 01/26 - 02/02 (1)
- ► 01/12 - 01/19 (3)
- ► 01/05 - 01/12 (6)
-
►
2019
(65)
- ► 12/22 - 12/29 (1)
- ► 12/15 - 12/22 (1)
- ► 12/08 - 12/15 (1)
- ► 12/01 - 12/08 (4)
- ► 11/24 - 12/01 (2)
- ► 11/17 - 11/24 (3)
- ► 11/10 - 11/17 (2)
- ► 11/03 - 11/10 (2)
- ► 10/27 - 11/03 (1)
- ► 10/20 - 10/27 (3)
- ► 10/13 - 10/20 (7)
- ► 09/29 - 10/06 (7)
- ► 09/22 - 09/29 (3)
- ► 09/01 - 09/08 (1)
- ► 08/18 - 08/25 (1)
- ► 08/04 - 08/11 (5)
- ► 07/28 - 08/04 (1)
- ► 05/19 - 05/26 (6)
- ► 05/12 - 05/19 (1)
- ► 05/05 - 05/12 (1)
- ► 04/28 - 05/05 (2)
- ► 04/21 - 04/28 (2)
- ► 04/14 - 04/21 (1)
- ► 04/07 - 04/14 (1)
- ► 03/03 - 03/10 (1)
- ► 02/24 - 03/03 (1)
- ► 02/10 - 02/17 (3)
- ► 01/13 - 01/20 (1)
-
▼
2018
(60)
- ► 11/25 - 12/02 (1)
- ► 11/18 - 11/25 (2)
- ► 10/07 - 10/14 (4)
- ► 09/23 - 09/30 (2)
- ► 08/12 - 08/19 (1)
- ► 08/05 - 08/12 (2)
- ► 07/29 - 08/05 (4)
- ► 07/22 - 07/29 (2)
-
▼
07/15 - 07/22
(8)
- Gambar-Gambar Ini Boleh Buat Ovari Kaum Wanita Pec...
- PERBANDINGAN YANG BETUL ANTARA 10% SST DAN 6% GST
- TENTERA 509 DAN KERAJAAN PH
- 81% Responden Undi Kerajaan PH Lebih Buruk Dari Ke...
- RESEPI BIJI DURIAN GORENG RANGUP
- GERHANA BULAN PENUH PALING LAMA DI ABAD KE 21
- Surat Terbuka Kpd YAB Tun Dr Mahathir PM Malaysia Ke7
- Jangan Tukar Kapal Jika Enjin Masih Berfungsi - DY...
- ► 07/08 - 07/15 (2)
- ► 07/01 - 07/08 (5)
- ► 06/24 - 07/01 (5)
- ► 06/17 - 06/24 (3)
- ► 06/10 - 06/17 (3)
- ► 05/20 - 05/27 (5)
- ► 05/13 - 05/20 (2)
- ► 04/08 - 04/15 (1)
- ► 04/01 - 04/08 (1)
- ► 03/25 - 04/01 (2)
- ► 01/07 - 01/14 (5)
-
►
2017
(31)
- ► 12/31 - 01/07 (1)
- ► 12/17 - 12/24 (2)
- ► 12/10 - 12/17 (5)
- ► 12/03 - 12/10 (1)
- ► 11/19 - 11/26 (1)
- ► 09/17 - 09/24 (2)
- ► 09/03 - 09/10 (3)
- ► 08/27 - 09/03 (1)
- ► 08/20 - 08/27 (1)
- ► 08/13 - 08/20 (1)
- ► 07/23 - 07/30 (1)
- ► 07/16 - 07/23 (2)
- ► 07/09 - 07/16 (1)
- ► 06/25 - 07/02 (1)
- ► 06/11 - 06/18 (3)
- ► 06/04 - 06/11 (1)
- ► 05/21 - 05/28 (1)
- ► 05/07 - 05/14 (1)
- ► 04/30 - 05/07 (1)
- ► 04/02 - 04/09 (1)
-
►
2016
(361)
- ► 12/18 - 12/25 (1)
- ► 12/11 - 12/18 (1)
- ► 11/27 - 12/04 (4)
- ► 11/20 - 11/27 (2)
- ► 11/13 - 11/20 (1)
- ► 11/06 - 11/13 (1)
- ► 10/30 - 11/06 (2)
- ► 10/23 - 10/30 (2)
- ► 10/16 - 10/23 (3)
- ► 10/09 - 10/16 (3)
- ► 10/02 - 10/09 (3)
- ► 09/25 - 10/02 (1)
- ► 09/18 - 09/25 (4)
- ► 09/11 - 09/18 (9)
- ► 09/04 - 09/11 (1)
- ► 08/28 - 09/04 (3)
- ► 08/21 - 08/28 (3)
- ► 08/14 - 08/21 (3)
- ► 08/07 - 08/14 (11)
- ► 07/31 - 08/07 (4)
- ► 07/24 - 07/31 (6)
- ► 07/17 - 07/24 (8)
- ► 07/10 - 07/17 (7)
- ► 07/03 - 07/10 (1)
- ► 06/26 - 07/03 (5)
- ► 06/19 - 06/26 (1)
- ► 06/12 - 06/19 (8)
- ► 06/05 - 06/12 (5)
- ► 05/22 - 05/29 (9)
- ► 05/15 - 05/22 (4)
- ► 05/08 - 05/15 (2)
- ► 05/01 - 05/08 (3)
- ► 04/24 - 05/01 (5)
- ► 04/17 - 04/24 (8)
- ► 04/10 - 04/17 (35)
- ► 04/03 - 04/10 (39)
- ► 03/27 - 04/03 (43)
- ► 03/20 - 03/27 (41)
- ► 03/13 - 03/20 (35)
- ► 03/06 - 03/13 (6)
- ► 02/28 - 03/06 (5)
- ► 02/21 - 02/28 (1)
- ► 02/14 - 02/21 (4)
- ► 01/31 - 02/07 (2)
- ► 01/24 - 01/31 (8)
- ► 01/17 - 01/24 (3)
- ► 01/10 - 01/17 (5)
-
►
2015
(596)
- ► 12/27 - 01/03 (5)
- ► 12/20 - 12/27 (3)
- ► 12/13 - 12/20 (5)
- ► 12/06 - 12/13 (25)
- ► 11/01 - 11/08 (1)
- ► 10/25 - 11/01 (7)
- ► 10/18 - 10/25 (2)
- ► 10/11 - 10/18 (6)
- ► 10/04 - 10/11 (26)
- ► 09/27 - 10/04 (9)
- ► 09/06 - 09/13 (4)
- ► 08/30 - 09/06 (4)
- ► 08/23 - 08/30 (2)
- ► 08/16 - 08/23 (5)
- ► 08/09 - 08/16 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (7)
- ► 07/26 - 08/02 (15)
- ► 07/19 - 07/26 (9)
- ► 07/12 - 07/19 (11)
- ► 07/05 - 07/12 (14)
- ► 06/28 - 07/05 (9)
- ► 06/21 - 06/28 (7)
- ► 06/14 - 06/21 (12)
- ► 06/07 - 06/14 (8)
- ► 05/31 - 06/07 (3)
- ► 05/24 - 05/31 (7)
- ► 05/17 - 05/24 (14)
- ► 05/10 - 05/17 (5)
- ► 05/03 - 05/10 (25)
- ► 04/26 - 05/03 (19)
- ► 04/19 - 04/26 (41)
- ► 04/12 - 04/19 (7)
- ► 04/05 - 04/12 (17)
- ► 03/29 - 04/05 (35)
- ► 03/22 - 03/29 (25)
- ► 03/15 - 03/22 (21)
- ► 03/08 - 03/15 (33)
- ► 03/01 - 03/08 (21)
- ► 02/22 - 03/01 (39)
- ► 02/15 - 02/22 (14)
- ► 02/08 - 02/15 (14)
- ► 02/01 - 02/08 (21)
- ► 01/25 - 02/01 (26)
- ► 01/18 - 01/25 (5)
- ► 01/11 - 01/18 (1)
- ► 01/04 - 01/11 (6)
-
►
2014
(2235)
- ► 12/28 - 01/04 (6)
- ► 12/21 - 12/28 (13)
- ► 12/14 - 12/21 (2)
- ► 12/07 - 12/14 (3)
- ► 11/30 - 12/07 (2)
- ► 11/16 - 11/23 (10)
- ► 11/09 - 11/16 (24)
- ► 11/02 - 11/09 (21)
- ► 10/26 - 11/02 (18)
- ► 10/19 - 10/26 (36)
- ► 10/12 - 10/19 (33)
- ► 10/05 - 10/12 (21)
- ► 09/28 - 10/05 (22)
- ► 09/21 - 09/28 (14)
- ► 09/14 - 09/21 (20)
- ► 09/07 - 09/14 (23)
- ► 08/31 - 09/07 (33)
- ► 08/24 - 08/31 (39)
- ► 08/17 - 08/24 (33)
- ► 08/10 - 08/17 (30)
- ► 08/03 - 08/10 (17)
- ► 07/27 - 08/03 (2)
- ► 07/20 - 07/27 (26)
- ► 07/13 - 07/20 (47)
- ► 07/06 - 07/13 (22)
- ► 06/29 - 07/06 (19)
- ► 06/22 - 06/29 (24)
- ► 06/15 - 06/22 (50)
- ► 06/08 - 06/15 (84)
- ► 06/01 - 06/08 (54)
- ► 05/25 - 06/01 (78)
- ► 05/18 - 05/25 (77)
- ► 05/11 - 05/18 (74)
- ► 05/04 - 05/11 (76)
- ► 04/27 - 05/04 (89)
- ► 04/20 - 04/27 (83)
- ► 04/13 - 04/20 (87)
- ► 04/06 - 04/13 (83)
- ► 03/30 - 04/06 (102)
- ► 03/23 - 03/30 (119)
- ► 03/16 - 03/23 (95)
- ► 03/09 - 03/16 (76)
- ► 03/02 - 03/09 (58)
- ► 02/23 - 03/02 (67)
- ► 02/16 - 02/23 (63)
- ► 02/09 - 02/16 (47)
- ► 02/02 - 02/09 (42)
- ► 01/26 - 02/02 (35)
- ► 01/19 - 01/26 (46)
- ► 01/12 - 01/19 (51)
- ► 01/05 - 01/12 (39)
-
►
2013
(593)
- ► 12/29 - 01/05 (45)
- ► 12/22 - 12/29 (46)
- ► 12/15 - 12/22 (51)
- ► 12/08 - 12/15 (53)
- ► 12/01 - 12/08 (62)
- ► 11/24 - 12/01 (41)
- ► 11/17 - 11/24 (48)
- ► 11/10 - 11/17 (52)
- ► 11/03 - 11/10 (36)
- ► 10/27 - 11/03 (42)
- ► 10/20 - 10/27 (18)
- ► 10/13 - 10/20 (21)
- ► 10/06 - 10/13 (9)
- ► 09/29 - 10/06 (5)
- ► 09/22 - 09/29 (9)
- ► 09/15 - 09/22 (5)
- ► 09/08 - 09/15 (12)
- ► 09/01 - 09/08 (7)
- ► 08/25 - 09/01 (4)
- ► 08/04 - 08/11 (1)
- ► 07/28 - 08/04 (4)
- ► 07/21 - 07/28 (3)
- ► 07/14 - 07/21 (14)
- ► 07/07 - 07/14 (5)
-
►
2012
(45)
- ► 03/25 - 04/01 (13)
- ► 03/18 - 03/25 (1)
- ► 02/26 - 03/04 (5)
- ► 02/19 - 02/26 (7)
- ► 02/12 - 02/19 (2)
- ► 02/05 - 02/12 (15)
- ► 01/29 - 02/05 (2)
-
►
2011
(94)
- ► 12/04 - 12/11 (1)
- ► 11/20 - 11/27 (3)
- ► 11/13 - 11/20 (1)
- ► 10/02 - 10/09 (4)
- ► 09/25 - 10/02 (7)
- ► 09/18 - 09/25 (5)
- ► 09/11 - 09/18 (5)
- ► 09/04 - 09/11 (1)
- ► 08/21 - 08/28 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (3)
- ► 07/03 - 07/10 (1)
- ► 06/26 - 07/03 (3)
- ► 06/12 - 06/19 (3)
- ► 06/05 - 06/12 (7)
- ► 05/29 - 06/05 (12)
- ► 05/22 - 05/29 (8)
- ► 05/15 - 05/22 (6)
- ► 05/08 - 05/15 (9)
- ► 05/01 - 05/08 (7)
- ► 04/24 - 05/01 (3)
- ► 04/17 - 04/24 (2)
- ► 04/10 - 04/17 (2)
Popular Posts
- Kenapa Isteri Cantik Pun Kena Cerai?
- [GEMPAR] Pasangan Suami Isteri Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370 Melalui Solat Tahajjud
- Betul ke Blogger Popular Sombang?
- Adegan Korek Mengorek Tepi Jalan
- Untuk Peminat Purple
- Pengakuan Isteri Gersang Tidak Tahan Digoda
- Jual Blog Atau Jual Diri Anda?
- Perbezaan Air Botol Penutup Biru Dan Putih
- Larangan Memuat Naik Gambar Kanak-Kanak Bawah Umur
- Lawak Sempena Harga Petrol Naik
0 comments:
Post a Comment