Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Remaja Buat Maksiat Selepas Habis Exam??

Remaja Buat Maksiat Selepas Habis Exam

Subhanallah.... gambar ini telah tersebar dengan meluasnya di alam maya terutamanya laman sosial facebook. Kononnya pelajar ini membuat maksiat setelah selesai menjalani peperiksaan...wallahulam... Kenapa boleh jadi macam ini? Apakah ibu bapa harus disalahkan? Mohon kongsi pendapat anda semua. Apa perasaan anda jika ini adalah anak atau adik anda atau saudara-mara anda?

11 comments:

Post a Comment

Pemfitnah Mohon Maaf... Restoran Guna Najis Sebagai Pelaris

Pemfitnah Mohon Maaf... Restoran Guna Najis Sebagai Pelaris

Sebelum tu boleh baca entry Ida yang awal di sini Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey
  • Berita permohonan maaf dari Astroawani
  • Report polis yang di buat oleh pemilik Restoran Nasi Vanggey
  • Pencarian nama Ze Aida di facebook - berikut akaun facebooknya ditutup serta merta setelah menyebarkan fitnah.

Laporan polis dibuat pemilik restoran. Pemfitnah tampil mohon maaf. Pemilik akaun Facebook Ze Aida itu hadir sendiri ke restoran berkenaan ditemani abangnya untuk bertemu dengan Pengurus, Ahmad Fazli Mohammed dan Pengarahnya, Ahamed Azlan Shah Saiful Jaafar Sadik bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Dimaklumkan wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak berniat untuk menghina restoran berkenaan dan segala-galanya berlaku secara tidak sengaja.

“Kontroversi timbul apabila saya menyalin semula status ditulis seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran ini. Status Facebook saya hanya boleh dibaca sebilangan kecil individu sahaja, namun ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak paparan skrin (screen shot) status saya dan menyebarkannya secara meluas melalui telefon dan internet,” katanya kepada Sinar Harian.

Dia juga memohon maaf secara terbuka atas permintaan pengurusan Restoran Nasi Vanggey dan kesal tuduhannya.

“Saya juga berharap perkara ini menjadi iktibar kepada semua pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati apabila meletakkan sesuatu status supaya tidak timbul masalah di kemudian hari,” katanya.

Jom saksikan videonya dibawah:





Nota Kaki: Kepada semua termasuklah diriku sendiri, berhati-hatilah bila menyebarkan sesuatu di alam maya ini. Bimbang kita membawa fitnah. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua.

3 comments:

Post a Comment

IBU TUNGGAL 54 TAHUN DICEKUP KERANA BERKHALWAT!

Gambar Hiasan


BESUT : Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.

Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.

Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.

“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.

Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.

Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

4 comments:

Post a Comment

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Bergaduh sampai ekor hampir terputus. Ini bukan kucing Ida tetapi kucing seorang kakak yang menjadi fren Ida di dalam pesbuk iaitu Puan FaIshah Jamil bernama Brother. Kesihankan... ekor Brother ni hampir putus akibat bergaduh. Biasalah kucing jantan memang suka bergaduh untuk merebut kawasan...ala-ala cerita dalam filem Gangser tu sebab nak jadi "Abg Besar" hehe... Nasib baik Brother ni sempat dibawa ke klinik dan menerima rawatan yang sewajarnya. Kalau bergaduh sesama sendiri memanglah kita tidak hairan sangat tetapi ada juga yang manusia berakal ini sanggup mendera binatang yang tidak berdosa... usahkan binatang anak sendiri juga didera... hilang segala perikemanusiaan...

Jom layan gambar-gambar Brother semasa menerima rawatan

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus

Tadaaaa... ekor yang dah siap berbalut

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus

Bergaduh Hingga Ekor Hampir Terputus
Ini ubat yang Brother harus makan ;)

Si Tony Ida juga pernah bergaduh macam ni sehingga mendapat kecederaan parah serta menerima 8 jahitan di kaki dan 4 di dagu. Nantilah kalau ada masa Ida akan masukkan gambarnya ;)

6 comments:

Post a Comment

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

Dua suspek kes ragut maut selepas motosikal dinaiki merempuh jengkaut dalam kejadian di Kampung Tok Alang,Tasek Gelugor Pulau Pinang kira-kira jam 5.45 petang tadi. Suspek Mohd Zaidi Hamid, 27, dan Muhammad Azrai Jamaludin,19, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara seorang anggota polis yang mengejar mereka, Lans Koperal Rizal Izwan cedera selepas turut melanggar jengkaut berkenaan.

Sedih juga kepada anggota polis yang dikhabar turut parah kerana sanggup bergadai nyawa demi untuk memastikan keamanan dan keselamatan negara Malaysia tercinta.

Di bawah adalah gambar-gambar yang Ida terima dari group whatsapp

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

Peragut Maut Rempuh Jengkaut

7 comments:

Post a Comment

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey


IPOH: Seorang wanita memohon maaf secara terbuka kepada pihak pengurusan Restoran Nasi Vanggey Green Town, Ipoh di atas perbuatannya sehingga menjejaskan reputasi dan imej restoran berkenaan.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ze Aida berkata, beliau sebenarnya tidak berniat untuk menghina dan memburuk-burukkan Restoran Nasi Vanggey menerusi Facebook sehingga tersebar di internet secara meluas.

Menurut Ze Aida, kontroversi ini terjadi apabila dia menyalin status yang telah ditulis oleh seorang individu di Facebook miliknya mengenai keburukan restoran berkenaan tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah mencetak paparan statusnya lalu menyebarkannya secara meluas menerusi telefon dan internet.

“Pihak pengurusan restoran Nasi Vanggey berasa terkilan dan menuntut saya membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan pihak media dan kami mencapai persetujuan antara kedua-dua pihak. Sehubungan itu bagi memenuhi permintaan pihak Nasi Vanggey saya dengan ini memohon maaf sekali lagi kepada pihak pengurusan restoran tersebut atas kesilapan saya dan amat menyesali tuduhan berkenaan yang dibuat tanpa asas dan kebenarannya. - Baca selanjutnya di  astroawani

Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey
Report Polis yang dibuat oleh Pemilik Restoran Nasi Vanggey

Semalam Ida cuba nak update kisah ni sebab naluri Ida berkata ini adalah berita tidak benar dan fitnah semata-mata apabila Ida melihat Ze Aida telah menutup akaun facebooknya. Semalam kosong tetapi hari ini selepas membaca berita permohonan maaf dari wanita tersebut di astroawani dan Ida cuba search lagi dan melihat sudah ada 3 fren di facebook beliau. Satu saja Ida terkilan mengapa orang melayu ni suka sangat membawa fitnah sehingga menutup periuk nasi orang?


Wanita mohon maaf kepada Restoran Nasi Vanggey


4 comments:

Post a Comment

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu


KUANTAN - Seramai 12 pengikut kumpulan ajaran sesat dikenali sebagai 'Tuhan Harun' diburu pihak berkuasa berikutan kegagalan mereka hadir di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam untuk sebutan kes dan siasatan lanjut.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Raflie Ab. Malik berkata, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka yang berusia 12 hingga 41 tahun.

Katanya, mereka dikehendaki hadir ke pejabat JAIP segera bagi membantu siasatan atas dakwaan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

"Mereka yang dikehendaki merupakan isteri ketiga ketua kumpulan berkenaan, Azida Mohd. Zol, 30, dari Kuala Terengganu dan empat anak 'Tuhan Harun' iaitu Mahni, 12, Saufi, 18, Lukman, 20, beralamat di Shah Alam, Selangor dan Muhammad, 21, (Ketereh, Kelantan).

"Selain itu, Khairul Amir Akasah, 34, (Port Dickson, Negeri Sembilan); Mohd. Tirmizi Othman, 17, (Sungai Petani, Kedah); Mohamad Ghazali Fitri Mohd. Azam, 25, (Shah Alam); Norhairi Harun, 41, (Skudai, Johor); Norhafizah Mohd. Azam, 28, (Shah Alam) dan Farhaien Othman, 22, (Sungai Petani, Kedah).

"Turut diburu adik ipar 'Tuhan Harun', Shuzliana Mokhtarudin, 29, (Slim River, Perak)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam akhbar melaporkan enam lelaki dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Rendah Syariah atas tuduhan menyimpan dan memiliki dokumen yang bercanggah dengan hukum syarak, bulan lalu.

Pada 24 April lalu pula, seorang lelaki, Harun Mat Saad, 47, dipercayai ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' didakwa di Mahkamah Syariah di sini atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan.

Menurut Raflie, beliau percaya kesemua mereka masih berada di dalam negara dan berharap segera menyerah diri bagi membantu JAIP melengkapkan siasatan.

"Kita turut mendapatkan bantuan daripada jabatan agama Islam seluruh negara, pasukan polis dan agensi kerajaan bagi membantu mengesan lokasi terakhir mereka berada.

"Ini berikutan mereka gagal dikesan atau dihubungi selepas dibebaskan dengan dua orang penjamin pada 5 Mei lalu," jelasnya sambil memberitahu, terdapat seramai 312 ahli kumpulan berkenaan di seluruh negara.
Tambah Raflie, pihaknya sedang mempertimbangkan untuk memanggil beberapa orang penting dalam masa terdekat yang dipercayai dapat menyelesaikan kes berkenaan.

"Beberapa nama telah dikenal pasti dan kita akan mohon waran untuk memanggil mereka kerana merupakan antara individu penting dalam gerakan tersebut.

"Dalam masa sama, pihak berkuasa sentiasa memantau premis yang digunakan mereka sebelum ini iaitu di Taman Tas, Indera Mahkota 16 dan Jalan Bukit Ubi di sini," katanya. - Utusan

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu

Gambar-Gambar Pengikut Tuhan Harun Yang Diburu






4 comments:

Post a Comment

Winter is Coming

Tengok saja pun dah sejuk...huhu


Winter is Coming

Winter is Coming

4 comments:

Post a Comment

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret

1). Brand pakaian dalam, Victoria Secret (VS) sering memperkenalkan pakaian dalam khusus untuk wanita dan telah membalut tubuh jutaan wanita di dunia sejak tahun 1977 lagi. Terbaru mereka akan mengeluarkan produk terbaru mereka pada awal Disember 2013 yang akan datang iaitu sebuah coli yang diberi nama "Royal Fantasy Bra" yang dinobatkan sebagai coli termahal di dunia dianggarkan bernilai USD$8 juta (RM30 Juta) manakala tali pinggang yang berpadanan pula dianggarkan bernilai USD$2 juta. Coli yang dibentuk daripada 4,200 batu-batu delima yang dipilih secara spesifik berwarna biru dan kuning nilam serta set berlian set yang disalut emas 18-karat di salutkan ke badan Candice Swanepoel iaitu seorang model terkenal. Hiasan di tengah coli tergantung sebiji batu delima 52-karat berbentuk pear.

Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
Bra keluaran terbaru yang akan diriliskan pada 10 Disember depan


Gambar Bra-Bra Termahal Didunia Keluaran Victoria's Secret
2013 - Royal Fantasy Bra bernilai $8 Juta - Model Candice Swanepoel

0 comments:

Post a Comment

Taman Botani Bertemakan Binatang Di Quebec Kanada

Sungguh kreatif, indah dan mengasyikkan


Taman Botani Bertemakan Binatang Di Quebec Canada

Taman Botani Bertemakan Binatang Di Quebec Canada

4 comments:

Post a Comment

Daging Orang Utan Lebih Sedap Dari Daging Lembu

Daging Orang Utan Lebih Sedap Dari Daging Lembu



Daging Orang Utan Lebih Sedap Dari Daging Lembu

PENDUDUK di sebuah perkampungan di Kalimantan, Indonesia melakukan tindakan mengejutkan apabila gemar memasak dan memakan daging Orang Utan.

Mereka bagaimanapun mendakwa tidak memburu dan membunuh Orang Utan tersebut tetapi menemuinya ketika sudah mati ditembak pemburu lain yang menyangkakan ia seekor rusa.

Jadi hujah mereka, adalah lebih baik jika Orang Utan itu dijadikan hidangan daripada dibiarkan begitu sahaja.

"Dagingnya panas seperti rusa, keras tapi sedap daripada daging lembu dan babi," ujar Hanafi, 58, salah seorang yang merasa hidangan tersebut.

Kawannya yang merupakan penduduk kampung sama, Ignasius Mandor, 50, pula mengeringkan tulang orang utan tersebut dan menyimpannya.


6 comments:

Post a Comment

Didera Oleh Bapa Kandung

Tanjung Pura, Indonesia - Sungguh menyayat hati, Ega Priliya(gambar) sejak berusia 4 tahun lagi telah dipukul tanpa kasihan oleh bapanya sendiri, Edy Syahputra (45) . Kini Ega berusia 8 tahun, dua adiknya, 6 dan 2 tahun turut menjadi mangsa keganasan bapa sendiri meski tidak separah kakak mereka. Sering kepala dihantuk ke dinding, belakang dipukul dengan batang buluh. Kejadian ini disahkan oleh jiran2 mereka. Ibu mereka berada di Malaysia kerana mencari rezeki.

Lebih menyayatkan bila ditanya tentang bapanya, Ega menjawab: "Ega sayang ayah. Tapi Ega takut sama ayah kerana sering marah dan memukul Ega. Ega nggak mau pulang ke rumah lagi." - Begitulah sumber yang Ida ambil dari sini. Luluh hati Ida bila melihatnya, sungguhpun kejadian ini berlaku di negara jiran Indonesia, namun ia boleh saja berlaku di negara kita bila mana syaitan mula menguasi diri lantaran tiada  ilmu agama dan iman.. masyaAllah kenapalah manusia sekejam ini? Apabila segala batas-batas dan sifat kemanusiaan telah di ganti dengan sifat-sifat syaitan. Binatang pun tahu sayang anaknya...


Didera Oleh Bapa Kandung

Mata Ega yang lebam kerana ditumbuk oleh bapanya.

Didera Oleh Bapa Kandung

Didera Oleh Bapa Kandung

Didera Oleh Bapa Kandung

8 comments:

Post a Comment

Gambar-Gambar Hot Esti Ginzburg

Siapa Esti Ginzburg? Beliau adalah Askar Wanita Israel juga merupakan seorang Model dan Actress.

Gambar-Gambar Hot Esti Ginzburg

Gambar-Gambar Hot Esti Ginzburg

1 comments:

Post a Comment

Menyusuri Sungai Nil

Sungai Nil adalah satu dari dua sungai terpanjang di Bumi. Sungai Nil mengalir sepanjang 6.853 km atau 4.259 mil dan membelah tak kurang dari sembilan negara yaitu : Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda,Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan tentu saja Mesir lalu terus ke Laut Mediterranean.

Setiap tahun sungai Nil selalu banjir . Luapan banjir itu menggenangi daerah di kiri kanan sungai, sehingga menjadi lembah yang subur selebar antara 15 sampai 50 kilometer. Di sekeliling lembah sungai adalah gurun. Batas timur adalah gurun Arabia di tepi Laut Merah. Batas selatan terdapat gurun Nubia di Sudan, batas barat adalah gurun Libya. Kemudian batas utara Mesir adalah Laut Tengah.

Menurut mitos, air sungai yang mengalir terus tersebut adalah air mata Dewi Isis yang selalu sibuk menangis dan menyusuri sungai Nil untuk mencari jenazah puteranya yang gugur dalam pertempuran. Namun secara ilmiah, air tersebut berasal dari gletsyer yang mencair dari pegunungan Kilimanjaro sebagai hulu sungai Nil.

Peranan sungai Nil begitu penting bagi lahirnya kehidupan masyarakat di lembah sungai tersebut. Maka tepatlah jika Herodotus menyebutkan “Mesir adalah hadiah sungai Nil” (Egypt is the gift of the Nile)

Menyusuri Sungai Nil

Menyusuri Sungai Nil

4 comments:

Post a Comment

Koleksi Gambar Tengku Mahkota Johor Yang Handsome (TMJ)

DYTM Tengku Ismail ibni Tengku Ibrahim adalah Tengku Mahkota Johor Yang ke 7 merupakan satu-satunya Putera Raja dari Malaysia yang mempunyai kelulusan Pegawai Kedet di Indian Military Academy (IMA), Dehra Dun, India dan kemudiannya mencipta sejarah satu-satu pegawai tentera dari luar negara India yang diberi mandat mengetuai perbarisan pasukan Kavalri semasa perbarisan Hari Ulang Tahun Republik India pada tahun 2007 di New Delhi.  

Koleksi Gambar Tengku Mahkota Johor

Koleksi Gambar Tengku Mahkota Johor

6 comments:

Post a Comment

Fenomena Air Terjun Kota Tinggi Yang Menakutkan

Fenomena Air Terjun Kota Tinggi Yang Menakutkan


Fenomena kepala air di Air Terjun Kota Tinggi, Johor yang amat menakutkan tetapi nasib baik tiada yang cedera atau hilang...ia berlaku hanya kerana punca kepala air yang jatuh...masa kejadian dikatakan pada hari rabu 30/10/2013 jam 05:45 ptg...


Jom layan videonya di bawah:



5 comments:

Post a Comment

Bapa Lenyek Anak Ketika Undur Kereta




Bapa Lenyek Anak Ketika Undur Kereta

Terlanggar anak sendiri ketika undur kereta...aduh tak sanggup nak lihat!
Berhati2 semasa undur kereta, pastikan tiada anak-anak berada di belakang, takut terjadi macam dalam video ni..

Anda tengoklah video di bawah;



9 comments:

Post a Comment

Apa Yang Menarik Tentang Tiga?

Apa Yang Menarik Tentang Tiga

Apa Yang Menarik Tentang Tiga

5 comments:

Post a Comment

Zirafah Berkepala Tiga?

Pada pandangan pertama ia mungkin kelihatan seperti satu makhluk yang aneh, tetapi ini adalah satu gambar yang amat mengagumkan apabila tiga zirafah-zirafah ini berdiri bersama seiringan membentuk seolah-olah seekor zirafah mempunyai tiga kepala. Satu aksi yang jarang-jarang berlaku ini dirakam oleh Jurugambar Tony Murtagh di Kenya's Samburu National Reserve. 

Zirafah Berkepala Tiga

9 comments:

Post a Comment

Mayat Atas Bumbung Kereta

Seorang lelaki pengsan apabila terlihat mayat seorang lelaki terlentang di atas bumbung keretanya yang diparkir di Pangsapuri Sri Saujana, Lebuh Macallum di Georgetown.

Menurut Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengatakan terdapat pemandu tersepit dalam kereta jenis Proton Waja itu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kita dapati ada mayat lelaki di atas bumbung kenderaan yang remuk teruk manakala pemiliknya pengsan di hadapan kereta itu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, mangsa Liew Kam Ming, 49, ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan kaki kanannya hampir putus dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 24 pangsapuri berkenaan.

Kong Meng berkata, mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan setakat ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Kita sedang mengesan ahli keluarga Kam Ming untuk tampil membantu siasatan dan menuntut mayatnya,” jelasnya. – Bernama

Mayat Atas Bumbung Kereta

Mayat Atas Bumbung Kereta

6 comments:

Post a Comment

DIBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN

DIBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN

Ketika kamu tetap tersenyum,
Meskipun merasa sakit..
Ketika kamu tetap memberi,
Meskipun tidak pernah dibalas..

Ketika kamu tetap ceria, meski terluka..
Ketika kamu tetap diam, meskipun perih..

Dan ketika kamu bahagia, meskipun kehilangan..
Di situlah ketulusan hati sedang di uji..

Kesedihan mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan..
Seperti juga sakit mengajarkan tentang nikmatnya sehat..
Dan apabila sakit ALLAH SWT yang menyembuhkannya..

Seringkali kita berputus asa tak kala mendapatkan kesulitan atau cubaan..
Padahal ALLAH SWT telah memberi janji bahawa dibalik kesulitan ada kemudahan
Pasti ada jalan keluar yang begitu dekat..

DIBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN

4 comments:

Post a Comment

Pernahkah Anda Memiliki Seorang Sahabat Sejati?

Dia sayang tapi bukan Kekasihmu,
Dia perhatian kepadamu tapi bukan Keluargamu,
Dia siap berbagi rasa sakit tapi dia tidak berhubungan darah denganmu,
Dia adalah... SAHABAT mu ...!!

Sahabat sejati..
► Marah seperti Ayah !
► Peduli seperti Ibu !
► Mengganggu seperti Kakak !
► Mengesalkan seperti Adik !
► Menyayangimu lebih dari Kekasih..

Pernahkah Anda Memiliki Seorang Sahabat Sejati

8 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ