Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mesej Menteri Pengangkutan Arah Batal Saman Trafik JPJ & Polis Adalah PALSU


Info palsu


Menteri Pengangkutan Arah Batal kesemua Saman Trafik JPJ & Polis Adalah PALSU

Mesej dibawah menjadi tular di media sosial facebook dan wasap berbunyi seperti di bawah:


Menteri Pengangkutan Arah Batal kesemua Saman Trafik JPJ & Polis.

Seremban, 05ogos 2018,
Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke memberi arahan kepada Pihak JPJ  dan Polis untuk membatalkan kesemua saman trafik  tertunggak dan belum dijelaskan bertarikh SEBELUM 09 Mei 2018 dibatalkan dalam menrealisasikan " Malaysia Baru".
Menurut beliau perkara ini telah dimaklumkan dan mendapat persetujuan daripada YAB PM dan YAB TPM.

Namun saman2 Trafik JPJ & Polis bermula 10Mei 2018 tetap perlu dijelaskan seperti biasa.
Ini bermakna rakyat akan bermula dgn situasi baru tanpa ada tekanan saman2 yg masih belum dijelaskan walaupun saman2 tersebut sudah melebihi 10tahun lepas tetap dibatalkan.
#sayangimalaysia
#malaysiabaru

Walaubagaimana pun mesej tersebut adalah palsu dan dinafikan oleh Lim Swee Kuan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan seperti link dibawah:

https://www.facebook.com/626689507506981/posts/1049649765210951/


Ruang iklan



๐™๐™ž๐™–๐™™๐™– ๐™–๐™ง๐™–๐™๐™–๐™ฃ ๐™ช๐™ฃ๐™ฉ๐™ช๐™  ๐™—๐™–๐™ฉ๐™–๐™ก๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™–๐™ข๐™–๐™ฃ ๐™๐™ง๐™–๐™›๐™ž๐™  ๐™…๐™‹๐™… ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ค๐™ก๐™ž๐™จ.

Kami ingin merujuk kepada kenyataan bahawa Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook telah memberikan arahan untuk membatalkan kesemua saman trafik tertunggak dan yang masih belum diselesaikan sebelum 09 Mei 2018 telah tular dan dimuatnaik oleh individu yang tidak bertanggungjawab di aplikasi sosial WhatsApp, Facebook dan sebagainya.

Pihak kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan tiada arahan sedemikian dikeluarkan pada 05 Ogos 2018 seperti yang didakwa.

Umum mengetahui bahawa YB Menteri kini sedang mengadakan lawatan rasmi ke Jepun.

Malah, tiada perbincangan berhubung perkara ini pernah dibuat.

Pihak kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bertanggungjawab sebegini.

Sebarang kenyataan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian dan orang ramai dinasihati agar merujuk kepada kementerian sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

๐—Ÿ๐—ถ๐—บ ๐—ฆ๐˜„๐—ฒ๐—ฒ ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pengangkutan









0 comments:

Post a Comment

Nasi Kerabu Rendang Babi Di Ante Publika Dan One Utama


Nasi kerabu rendang babi


Restoran Ante di One Utama dan Publika sudah ada restoran menjual nasi kerabu rendang babi...
Berhati hatilah wahai umat islam semua terutama penggemar nasi kerabu sebab ianya tidak halal ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Nasi Kerabu Rendang Babi
Nasi Kerabu Rendang Babi






Jom saksikan videonya di bawah





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ