Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lawak Satay & Penjara Kajang Sepahtu Menghina Anwar Ibrahim?

Lawak Satay & Penjara Kajang Sepahtu Menghina Anwar Ibrahim?


Hahaha entah lahhhh.... apa pun Sepahtu telah pun menang MLM2013 yang berakhir malam tadi. 

4 comments:

Post a Comment

Inilah Babak Yang Membuatkan Ramai Orang Menangis

Inilah Babak Yang Membuatkan Ramai Orang Menangis

Ini lah babak yang membuatkan hampir kesemua yang ada di set penggambaran hampir menitiskn air mata... Ariana Rose berada di penghujungnya....



Tunggu beberapa saat untuk loading

5 comments:

Post a Comment

Pemandu Kurang Ajar Di Singapore Akhirnya Meminta Maaf

Pemandu Kurang Ajar Di Singapore Akhirnya Meminta Maaf

Rakaman video yang menunjukkan aksi kurang ajar seorang pemandu di Singapore di dalam youtube dan laman sosial facebook telah mendapat kritikan yang hebat di sana malah si pemandu dan keluarganya serta teman wanitanya turut mendapat ancaman bunuh akibat perbuatannya sendiri.

Video yang menunjukkan sebuah kereta Honda Civic mengejar kenderaan lain, memotong dan kemudian berhenti secara tiba-tiba ditengah jalan serta pemandunya  turun  untuk mendekati kereta yang dibulinya mendapat kritikan hebat dari internet. Mereka menggelarkan sipemandu Honda Civic ini sebagai pembuli jalanraya dan menyifatkan tingkah lakunya sebagai gila  dan  kebudak-budakan. Ada juga Orang ramai  yang memanggilnya Kim Jong- Un kerana persamaannya dengan  pemimpin Korea Utara.

Jom saksikan rakaman di bawah



Akhirnya setelah mendapat kritikan yang hebat serta ancaman bunuh, pemandu Honda Civic tersebut iaitu Quek Zhen Hao tampil memohon maaf seperti yang tertera di dalam rakaman di bawah dengan alasan dia berasa  telah diprovokasi serta merasa terancam  ketika kejadian tersebut menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk mengejar kenderaan yang dibulinya itu.


Jom lihat pula pengakuan dan pemohonan maaf dari Pemandu Honda Civic di bawah



0 comments:

Post a Comment

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!


Balai Polis Bukit Tengah, di Bukit Mertajam, bergegar selepas dibaling bahan letupan dipercayai mercun oleh individu tidak dikenali dalam kejadian 4.50 pagi tadi.

Serangan awal pagi itu turut menyebabkan cermin tingkap bangunan dan pos pengawal pecah manakala siling balai polis turut roboh dipercayai akibat kesan gelombang letupan yang amat kuat.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten komisioner Nasir Salleh, berkata, siasatan awal dijalankan serta penelitian oleh pakar bom pihaknya percaya suspek menggunakan 'mercun bola' yang dibungkus dalam jumlah yang banyak sebelum dibaling ke perkarangan balai polis berkenaan.


"Ketika kejadian anggota bertugas di pos pengawal sedang menjalankan rondaan di kawasan balai dia kemudian terdengar bunyi enjin motosikal kemudian diikuti letupan kuat dari arah hadapan pintu masuk ke balai polis.

"Anggota berkenaan kemudian berlari ke pintu masuk untuk melihat apa sebenarnya berlaku bagaimanapun gagal mengesan suspek sudah melarikan diri sebelum melihat cermin dan serpihan siling yang pecah bertaburan di atas lantai akibat kesan letupan berlaku," katanya.

Nasir berkata, ketika kejadian beberapa lagi anggota bertugas berada di dalam balai terbabit dan sedang menjalankan urusan rutin, bagaimanapun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya dikejutkan dengan bunyi letupan terbabit.

"Kami akan menjalankan siasatan secara terpeinci untuk mengetahui motif sebenar kejadian termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang akan diperoleh daripada premis berhampiran untuk mengenalpasti identiti individu bertangungjawab," katanya.


Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

Gempar!! Balai Polis Dilempar Dengan Bahan Letupan!!

0 comments:

Post a Comment

Aiman Hakim Ridza Mengaku Bercinta Dengan Nur Fathia



Pelakon, Aiman Hakim Ridza akhirnya mengakui hubungannya dengan pelakon jelita, Nur Fathia sudah melangkah ke fasa yang lebih serius sejak setahun lalu. Nur Fathia kini sedang hangat berlakon disamping Keith Foo di dalam slot Akasia TV3 iaitu Ariana Rose.

"Ya, saya serius dengan Fathia, dah setahun," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Menurut Aiman, dia bertindak merahsiakan hal tersebut kerana mahu menjaga hati ramai pihak.

"Begini, kami berdua ni masih ada ibu bapa masing-masing. Perkara macam ini melibatkan ramai pihak. Selama ini kami mahu menjaga hati ibu bapa kami. Lagipun rasa tak manis bila hubungan kami sering menjadi perbualan ramai."

Pengakuan ini sekaligus menjawab teka-teki mengenai status hubungan mereka di mana sebelum ini mereka menegaskan mereka hanya sekadar kawan baik dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa.

Dalam perkembangan lain, Aiman kini terlibat dalam "Teater Bidasari" yang merupakan adaptasi dari filem Melayu-Klasik sekitar tahun 60an pernah dibintangi oleh Datuk Jins Shamsuddin dan Datuk Sarimah.
Selain Aiman, teater arahan Lokman Ghani ini turut menampilkan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Raja Azura, Hairul Azreen, Radhi Khalid dan Fadilah Mansor.

"Teater Bidasari" ini bakal dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya mulai 10 hingga 17 Februari ini. -Tupai.com.my

2 comments:

Post a Comment

Nak Tahu Kenapa Kuota Internet Anda Cepat Habis?



Hati-hati Apabila Gmail Sedut Data Anda

Anda mungkin masih ingat pada bulan lepas, Google telah mengumumkan mereka akan memaparkan imej secara automatik dalam emel apabila anda menerimanya dalam telefon.

Sebelum ini, ia sudah dilaksanakan bagi email yang dibuka secara desktop. Sebaik anda membukanya, gambar yang dilampirkan akan dipaparkan bersama dalam kandungan emel. Google juga memaklumkan, mereka sedang meneliti usaha untuk mengekalkan tahap keselamatan yang sama dengan memproses imej melalui sistem pelayan proksi sendiri.

1. Buka aplikasi Gmail anda


1 comments:

Post a Comment

Aksi Sumbang Remaja, Tersipu-Sipu Bila Ditanya Sudah Kahwin Ke Belum

Aksi Sumbang Remaja, Tersipu-Sipu Bila Ditanya Sudah Kahwin Ke Belum


Diakhir zaman perkara macam ni dianggap biasa. Orang yang melihat merasa malu dan berdosa, tetapi orang yang melakukannya pula merasa bangga. Orang yang mencegah dianggap musuh dan dicemuh. Dan ada juga yang berani bermain dengan kata-kata "jagalah aib orang maka Allah akan jaga aib kamu." Apakah aib semacam ini yang masyarakat kena jaga dan tutup bilamana mereka sendiri ini yang sudah tiada aib lagi yang hendak ditutup ataupun diri sendiri yang mendedahkan keaiban itu? Mungkin Video ini disebarkan oleh siperakam dalam Operasi amal mahruf nahi mungkarnya sebagai renungan kepada semua serta semoga ianya menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita, saudara-mara kita, adik-adik kita dan anak-anak kita.

Ida setuju memang ada benda aib yang perlu kita sembunyikan...contoh seorang gadis mandi berbogel  di dalam bilik air rumahnya kemudian aksinya dirakam oleh sipolan2 dan disebarkan kepada umum, aib semacam inilah yang harus kita sembunyi.

Jadi Ingat adik-adik diluar sana, jangan sangka perbuatan sumbang anda tidak diperhatikan orang...asal ditempat yang tertutup pun diintip orang inikan pula tempat terbuka. Jika pun tiada orang disekeliling, ingat Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala...


2 comments:

Post a Comment

Tawaran Tampar Teresa Kok Dinaikkan Dari RM500 kepada RM1,200

Tawaran Tampar Teresa Kok Dinaikkan Dari RM500 kepada RM1,200


Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia berkata, tawaran bagi menampar Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kini dinaikkan daripada RM500 ke RM1,200 kerana pemimpin DAP itu dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.

Menurut Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan.
"Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur.

"Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan.

Tambahnya, gerakan itu juga tidak menetapkan sebarang tarikh tamat kepada peserta yang ingin menyertai pertandingan tersebut.

"Kita tidak ada tarikh tamat, bila-bila masa sahaja sehingga isu ini reda dan bagi siapa yang berjaya mendapatkan gambar bukti tampar pemimpin tersebut maka boleh hantar ke pejabat kita," katanya.


Nota: Haha macam-macam la dorang ni. Ok andai kata ada orang yang berjaya tampar Teresa Kok ni, pastu Teresa buat report... orang yang tampar tu kena tangkap.... sape nak tanggung? Semua bodoh punya keja...

2 comments:

Post a Comment

KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN


KEMUSNAHAN TANAH SUCI MEKAH YANG DISEMBUNYIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikit niche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


3 comments:

Post a Comment

Rakaman Video Kezaliman Seorang Anak Terhadap Orang Tuanya

Rakaman Video Kezaliman Seorang Anak Terhadap Orang Tuanya


Orang tua didera, ditampar, dipukul dan sebagainya...Jom saksikan rakaman video seorang anak yang berlaku zalim terhadap orang tuanya. Sama-sama kita mohon kepada Allah SWT agar si anak derhaka ini mendapat hidayah dan insaf. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua...Aamiin....




5 comments:

Post a Comment

Zizan Razak Dituduh Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?

Zizan Razak Dituduh Bersekedudukan Dengan Emma Maembong?


Pengacara dan pelakon, Zizan Razak enggan memberikan komen mengenai tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa dia bersekedudukan dengan Emma Maembong.

Sebuah portal hiburan hari ini melaporkan mengenai desas-desus seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita. Ekoran daripada laporan itu, ramai yang percaya pasangan terbabit adalah Zizan dan Emma.

“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi,” jelas Zizan ketika dihubungi oleh GUA.

Dalam masa yang sama, Zizan juga memberitahu dia tidak terkilan dengan situasi yang berlaku biarpun dirinya sering diterjah kontroversi.

“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya tidak mahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” tutur pengacara rancangan ‘Raja Lawak’ ini lagi.

Ketika ditanya adakah tuduhan ini datang dari pihak yang cuba menjatuhkan reputasi Zizan di kala karier seninya sedang berada di puncak, Zizan hanya memberi komen ringkas dan mengatakan “Wallahualam”.

Sebelum ini, Zizan dan Emma dikhabarkan sedang menjalin hubungan cinta tetapi berita tersebut dinafikan oleh kedua-dua belah pihak. Baik Emma mahu pun Zizan, mereka berdua mengklasifikasikan hubungan mereka sekadar teman rapat sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Anak Paul Walker warisi AS$25 juta

Anak Paul Walker warisi AS$25 juta


7 Feb – Anak perempuan mendiang aktor Paul Walker, Meadow bakal mewarisi kesemua hartanya yang berjumlah AS$25 juta (RM83 juta).

Dipetik daripada laporan TMZ, Walker yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya pada November lalu telah meletakkan nama anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu sebagai pewaris dalam wasiatnya.
Bapa kepada Walker, Paul Walker III telah memfailkan wasiat tersebut di mahkamah dan memohon petisyen agar isterinya, Cheryl, dilantik sebagai penjaga Meadow dan juga harta tersebut seperti yang tertulis dalam wasiat anaknya itu.

Permohonan bapa Walker akan diperdengarkan di mahkamah pada bulan ini.

Pada 30 November lalu, aktres francais filem "Fast & Furious" berusia 40 tahun itu maut dalam nahas jalan raya di Santa Clarita, California selepas kereta yang dipandu rakannya, Roger Rodas terbabas melanggar tiang lampu dan terbakar. Walker dan Rodas meninggal dunia di tempat kejadian.

Meadow yang sebelum ini menetap bersama bapanya di Los Angeles kini tinggal bersama ibunya, Rebecca Soteros di Hawaii.

1 comments:

Post a Comment

Oral Seks Punca Kanser Tonsil


Oral Seks Punca Kanser Tonsil


MADISON, WISCONSIN - Kaedah seksual sentiasa terus berubah dari masa ke masa seperti oral seks yang popular ketika ini. Tetapi waspada, kerana hasil kajian menunjukkan oral seks boleh menyebabkan kanser tonsil dan pangkal lidah.

Meningkatnya kes kanser akibat oral seks ini disebabkan oleh infeksi human papillomavirus (HPV) yang boleh merebak melalui pelbagai jenis aktiviti seksual.

"Semakin ramai yang melakukan oral seks telah dikaitkan dengan peningkatan infeksi HPV," kata Dr Greg Hartig, Ketua Bedah THT dari University of Wisconsin School of Medicine and Public Health di Madison, seperti dilaporkan oleh Foxnews.

Kajian yang dilakukan Dr William Lydiatt, profesor dan Ketua Bedah onkologi di University of Nebraska Medical Center, Omaha menemukan sekitar 60-70 peratus kes kanser tonsil berhubungan dengan positif HPV.

Sementara kajian yang diterbitkankan New England Journal of Medicine tahun 2007 menemukan bahawa golongan remaja mendapat kanser tonsil dan pangkal lidah dengan hasil ujian positif HPV kebanyakannya kerana melakukan oral seks terhadap pasangannya.

Mereka yang melakukan 6 kali atau lebih oral seks dengan pasangannya memiliki risiko 3,4 kali lebih tinggi terkena kanser orofaringeal (kanser pangkal lidah, belakang tenggorok atau tonsil). Risiko ini akan meningkat jika sering bertukar-tukar pasangan.

Sejak 1973, pesakit kanser tonsil dan pangkal lidah meningkat setiap tahun. Meluasnya amalan oral seks dikalangan remaja menjadi faktor yang turut menyumbangkan dalam peningkatan jumlah pesakit kanser tersebut.

Mereka yang mendapat virus HPV pada anggota tertentu yang spesifik bergantung pada bahagian tubuh mana yang pertama kali masuk ke dalam tubuh. Jika masuk melalui vagina maka kebiasaannya menjadi penyebab kanser pangkal rahim tapi jika melalui mulut akan menyebabkan kanser di sekitar mulut dan tenggorok.

"Amalan seksual manusia telah berubah dari masa ke masa. Saya tidak tahu kenapa mereka lebih cenderung memilih melakukan oral seks berbanding dengan aktiviti seksual yang lain," tambah Hartig lagi.

0 comments:

Post a Comment

Disebabkan Video Ini.. Ramai Teringin Nak Jadi Anak Nora Danish

Disebabkan Video Ini.. Ramai Teringin Nak Jadi Anak Nora Danish

Disebabkan video ini.. Ramai yang teringin nak jadi anak Nora Danish...hehehe

Jom layan video di bawah
(tunggu beberapa saat untuk loading)



2 comments:

Post a Comment

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang


Seorang guru disebuah sekolah di Tambunan, Sabah putus pergelangan tangan dilibas dengan parang oleh bapa seorang pelajar. Gara2 guru tersebut menarik telinga pelajar tersebut....

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang

Ngeri Tangan Guru Putus Ditetak Dengan Parang




Update 7/2/2014 @ 1200hrs
Kisah Sebenar Insiden Putus Tangan

Kota Samarahan: Ibarat ‘senjata makan tuan,’ seorang lelaki putus pergelangan tangan kiri selepas terkena parangnya sendiri ketika mengamuk di sebuah rumah di Sadong Jaya, dekat sini lewat petang kelmarin.

Gambar dipercayai diambil oleh kakitangan hospital dan disebarkan melalui whatsapp. Dalam kejadian itu, mangsa, 27, bersama seorang rakannya pergi ke rumah terbabit di Kampung Pelanduk Laut, sekitar jam 6.30 petang. Difahamkan, mangsa dan rakannya yang bersenjatakan parang mengamuk di rumah berkenaan, namun berjaya dihalang oleh tuan rumah serta memujuk kedua-dua mereka untuk menyerahkan parang kepadanya.

“Dua lelaki itu berjaya dihalang dan parang yang digunakan juga telah dirampas. Tetapi semasa kedua-dua mereka dibawa keluar dari rumah, tuan rumah tadi bertindak melibas parang yang dirampas ke arah mangsa menyebabkan pergelangan tangan kirinya putus ketika cuba mengelak,” kata sumber.

Ekoran kecederaannya, mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Manakala mangsa dan rakannya pula disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Nota: Ishhh...ishhh jauh bebenor dengan versi cerita asal yang konon gara-gara memulas telinga murid. Ida pun sebenarnya dapat dari whatsapp juga, yang menghantarnya pun seorang guru gak hehehe... 

3 comments:

Post a Comment

JDT vs T. Team : Kisah Dalam Terowong Yang Sebenar!!

JDT vs T. Team : Kisah Dalam Terowong Yang Sebenar!!


NAMPAKNYA keputusan sudah dibuat oleh FAM berhubung insiden Larkin tempoh hari yang memihak kepada JDT 3-0.

Peminat JDT pasti gembira, pun begitu kesedihan pasti dirasai peminat T-Team.

Tak mengapalah, ia cuma bolasepak. Jangan sedih-sedih.

Kita layan dulu video dibawah yang diraikan oleh pengokong JDT…katanya ada kena mengena jugak dengan insiden tempoh hari. Hehehe... jangan mara arr... sekadar berhibur! 



2 comments:

Post a Comment

TAIB MAHMUD NAK LETAK JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK??

TAIB MAHMUD NAK LETAK JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK??


TAIB MAHMUD NAK LETAK JAWATAN KETUA MENTERI SARAWAK??

Sudah 33 tahun beliau mentadbir Sarawak. Bila lama mentadbir, dah tentu la ada yang suka beliau dan ada yang tak suka. Itu normal. Orang lama memang suka kat Taib Mahmud sebab orang lama tahu jasa beliau. Tapi orang muda yang celik mata Sarawak dah maju, dah tentu la ramai tak suka kat beliau.. Macam-macam fitnah yang dilemparkan. Padahal fitnah mereka tu dah terjawab bila Taib Mahmud saman mereka kat mahkamah... mereka kalah! Fitnah mana boleh menang, kan? Tapi bila mereka kalah mereka akan salahkan mahkamah pula...Hehe tu la macam-macam manusia ni..

Khabarnya Taib Mahmud akan letak jawatan dalam masa terdekat ni, betul ke? Tak tahu akan kesahihan berita ni. Tapi itulah yang diceritakan mengikut sumber dari Sarawak. - Sumber


0 comments:

Post a Comment

Video Pendedahan Berani Irfan Ghani Pemain T.Team


Ida tanak komen apa-apa dan tanak menyebelahi sesiapa tapi Ida dah baca kesemua report polis yang di buat oleh pemain T.Team, ada 3 report dan satu report yang ditaip di atas kertas biasa oleh Mohd Syahrizan Mohd Zain selaku pengurus pasukan T.team. Biarlah pihak berkuasa yang jalankan siasatan. 

Ida cuma berharap agar sukan bola sepak kita akan terus maju jaya di arena antara bangsa.

Jom dengar apa kata Irfan Ghani dalam rakaman di bawah
(Tunggu beberapa saat untuk loading)

6 comments:

Post a Comment

Pengakuan Isteri Gersang Tidak Tahan Digoda

Pengakuan Isteri Gersang Tidak Tahan Digoda


Perkongsian kisah masyarakat...

SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.
Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.

Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.

Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.

Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.

Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.

“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.

“Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati," cerita Zamira di awal pertemuan kami.

Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.

Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.

“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.

“Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan," imbas Zamira.

Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.

“Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.

“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca.

“Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri," akui Zamira.

Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.

Tersedar dari khayalan
Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.

“Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.

“Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.
“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.

“Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.

“Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.

“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara.- Sumber

14 comments:

Post a Comment

Punca Mengapa Hospital Tidak Benarkan Akar Fatimah

Punca Mengapa Hospital Tidak Benarkan Akar Fatimah?
Gambar pinjam dari blog wacanaku2009


Perkongsian true story yang di copy & paste dari facebook

Saya akan menceritakan salah satu kejadian yang pernah saya alami. Saat itu saya sedang bekerja di Rumah Sakit Banyumas, di Jawa Tengah, Indonesia. Sebagai gambaran, Rumah Sakit Banyumas ketika itu merupakan rumah sakit negeri yang cukup diminati pesakit dengan kebersihan setaraf hotel berbintang. Saya menerima pesakit yang datang dengan kehamilan pertama, umur kehamilan 9 bulan dan sudah mulai masuk persalinan dengan kontraksi rahim yang teratur dan pembukaan 2 cm kira-kira jam 7-8 pagi. Hasil pemeriksaan jantung janin menunjukkan bahwa janin dalam kondisi baik dan sedia menjalani proses bersalin.

Berhubung pembukaan masih kecil, maka pesakit direhatkan di kamar sambil menunggu pembukaan bertambah. Waktu itu saya full day tinggal di rumah sakit 24 jam dan 7 hari. Saat saya sedang berehat 7 malam, tiba-tiba saya dikejutkan berita dari bidan bahwa pesakit tersebut kesakitan dan saat dilakukan pemeriksaan jantung ternyata denyut jantung sudah tiada (janin sudah meninggal). Suami dan keluarga pesakit marah-marah dan menyalahkan saya. Saat saya lakukan pemeriksaan, saya menemukan situasi yang tidak wajar.

Pembukaan masih 2-3 cm dengan kontraksi yang sangat kuat yang sepatutnya kontraksi pada pembukaan 8-9 cm. Saya merasa pasti ada yang tidak kena, saat saya tanyakan kepada keluarganya, apakah ada diberikan `sesuatu` awalnya mereka tidak mengakui. Saya minta bidan saya memeriksa kamar pesakit apakah ada yang mencurigakan sambil saya terus mengumpulkan informasi dari keluarga pasien. Mereka masih berusaha menyalahkan penanganan rumah sakit atas meninggalnya janin tersebut.

Namun akhirnya bidan jaga menemukan adanya rendaman `rumput` dan gelas di kamar pesakit, dan barulah keluarga pesakit tersebut mengakui. Ternyata pesakit sudah diberikan minuman rendaman akar fatimah saat di kamar rawatan, dan ini diluar pengetahuan dokter. Seperti kita ketahui bahwa `akar fatimah` (Labisa pumila) berasal dari Timur Tengah dan mempunyai sebutan lain seperti Kaf Mariyam (bahasa arab) yang berarti `telapak tangan mariyam`, dan beberapa orang barat menyebutnya sebagai Mawar Jericho. Tanaman ini mempunyai efek uterotonik ataupun boleh menyebabkan kontraksi rahim.

Kontraksi rahim yang ditimbulkannya boleh menyebabkan persalinan, oleh kerana itu beberapa orang menggunakan tumbuhan ini untuk `memperlancar persalinan`. Akan tetapi kerana sukatan dos tidak dapat dipastikan, dengan demikian tahap sukatan selamat pun sukar ditetapkan. Bila suatu boleh menimbulkan kontraksi, maka dalam kadar rendah ia boleh `melancar proses bersalin`. Namun pada kadar yang tinggi ada bahaya yang mengintai, iaitu dapat menimbulkan kontraksi yang berlebihan atau over (istilah medik: hiperstimulasi).

Kondisi inilah yang sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan janin tidak mampu bertahan hingga boleh meninggal, atau bahkan rahim yang tidak bertahan hingga boleh koyak dan mengakibatkan meninggalnya ibu dan janin. Sampaikan kepada yang anda kenali tentang ini, mungkin sahaja boleh `menyelamatkan` nyawa seseorang. Semoga informasi tersebut bermanfaat dan dapat diambil nilai positifnya. *Tambahan – Kandungan oksitosin tidak dapat diukur.

Tumbuhan ini dipakai dengan cara akarnya direndam. Air rendaman inilah yang diminum. Semakin lama direndam, kadar oksitosin yang terlarut pun semakin pekat. Dos boleh jadi berlipat-ganda. Minum rendaman akar fatimah ini akan menimbulkan masalah. Jika mulut rahim belum terbuka, efek kuat kontraksi ini boleh membahayakan. Risikonya dapat menimbulkan pendarahan akibat kontraksi rahim sehingga menyebabkan pecahnya pembuluh-pembuluh darah dan stres otot.

Kontraksi yang ditimbulkan akan sangat tinggi, tanpa ada sela waktu rehat. Kontraksi benar-benar kuat tetapi pembukaan tidak sesuai dengan kontraksi. Hasilnya berbeza, untuk ibu yang pembukaannya sudah hampir sempurna memang dapat membantu mempercepat kelahiran, namun bagi yang pembukaannya masih awal tentu tidak sesuai dengan kontraksi yang hebat tersebut. Jika tidak tahan akan kontraksi, ibu akan terus-menerus meneran padahal pembukaan masih sedikit, sehingga besar kemungkinan rahim akan robek. Selain itu akan terjadi perdarahan setelah melahirkan, atau bahkan kematian pada janin. Wallahu a’lam.

3 comments:

Post a Comment

KITA TAHU TETAPI KITA TAK BUAT


KITA TAHU TETAPI KITA TAK BUAT


KAMI TAHU TETAPI KAMI TAK BUAT
(Perkongsian dari facebook)
Reminder to my own self. Semoga manafaat.

Berkata Imam Ibnul Qayyim rhm, "Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia disebabkan taun. Maka pada suatu hari bapanya telah bermimpi berjumpa dengannya lalu bapanya bertanya, wahai anakku, khabarkanlah kepadaku keadaan hari akhirat.

Aku telah pergi ke satu dunia, hal yg berlaku di dalamnya adalah sangat hebat penyesalannya. Sesungguhnya kita semua tahu akan tetapi kita mahu lakukan. Demi Allah ! Sesungguhnya pahala sekali tasbih atau pahala satu rakaat solat, jika ianya tertulis di atas sehelai lembaran kitab amalanku, lebih aku sukai daripada dunia dan seisinya."

🌼 Sesungguhnya remaja perempuan itu telah berkata mengenai satu perkara yg sangat berat untuk dihadapi (kita semua pasti akan menghadapinya) KITA SEMUA TAHU TETAPI KITA TIDAK BUAT. Ramai di kalangan kita yang tidak faham maksudnya (kerana kita belum memasukinya)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa apabila kita mengucapkan "subhanallahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali, dosa kita akan diampun oleh Allah SWT walaupun sebanyak buih di lautan. Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak pun mengucapnya.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa dua rakaat dhuha itu akan mencukupkan kewajipan 360 sedekah (yg diwajibkan ke atas anggota badan). Masa seharian kita berlalu tetapi kita tidak melakukannya

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa puasa sunat satu hari di jalan Allah, akan menyebabkan Allah SWT menjauhkan muka kita dari api neraka sejauh 7 parit dan 70 kharif

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menziarahi orang sakit akan menyebabkan dia diikuti oleh 70,000 malaikat yg akan memohon ampun kpd Allah SWT baginya. Akan tetapi seminggu berlalu, kita tidak menziarahi pun orang sakit

KITA TAHU TETAPI KITA TAK BUAT


🌼 Sesungguhnya kita tahu, barangsiapa yg menyembahyangkan jenazah kemudian menghantarnya ke kubur, menunggunya hingga jenazah selesai ditanam akan mendapat dua qirat pahala dari Tuhan. Akan tetapi hari hari berlalu tiada suatu jenazah pun yg kita iringi (satu qirat adalah sebesar bukit uhud)

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa saham membina masjid walau sebesar sarang burung akan membuatkan Allah SWT membinakan untuknya rumah di syurga. Akan tetapi kita mengambil ringan dalam menyumbangkan saham membina masjid

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa menolong ibu tunggal dan golongan miskin (pahalanya) seperti orang berjihad di jalan Allah atau seperti puasa yg tidak berbuka atau seperti yg berqiam dan tidak tidur. Akan tetapi tiada orang susah pun yg menjadi tanggungan bulanan kita.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa membaca alquran itu, satu huruf akan diganjari 10 kebaikan, kita tidak juga membaca alquran.

🌼 Sesungguhnya kita tahu bahawa kemuliaan seorang mukmin itu adalah berdirinya dia bertahajjud di hadapan tuhannya dlm keadaan manusia tidur. Adalah Nabi SAW dan para sahabat RA tidak meninggalkan qiamullail sepanjang umur mereka walaupun sibuk berjuang menyebarkan agama. Kita pula memandang ringan akan qiamullaill.

🌼 Sesungguhnya kita mengetahui bahawa mati itu bila bila masa akan tetapi kita sering menangguhkan taubat dan tidak bersungguh membuat pahala

🌼 Ketahuilah wahai saudara-saudaraku, setiap nafas yg kita hembuskan, semakin mendekatkan kita kepada ajal kita. Kematian bermakna membawa pahala berjumpa Allah SWT.

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk memberatkan timbangan kita?

🌼 Adakah pahala kita sudah cukup untuk menghadapi n yang boleh memufliskan?

Berbahagialah kepada yg membacanya, faham akannya dan bersegera mengamalkannya. Semoga Allah SWT membalas dgn sebaik balasan kpd yg menyebarkannya........

3 comments:

Post a Comment

Libra dan Sagitarius Adalah Bintang Yang Paling Setia!




Libra dan Sagitarius adalah Bintang Yang Paling Setia sebagai seorang kekasih! Sepertimana yang dipetik dari spotonlist.com. Mereka yang dilahirkan dibawah bintang ini juga dikatakan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh pasangannya serta berusaha memelihara kepercayaan tersebut. Amboiiiii betul ke? Hehehe. Jom layan lagi tentang bintang-bintang yang lain.

Di antara 12 bintang, hanya ada ada 2 bintang yang disebutkan tadi yang pembawaannya dipercayai cenderung jujur dan boleh dipercayai. Sebagai kekasih, umumnya mereka setia dan tidak akan membohongi pasangannya.

Bermakna 10 bintang yang lain dikatakan yang paling gemar berbohong dan berlaku curang serta mempermainkan hati dalam percintaan. Mari kita lihat bintang mana yang paling kuat berbohong dan curang mengikut turutan.


Kesepuluh: Cancer
Cancer sebenarnya termasuk orang yang setia, namun Cancer kerap terjebak pada kesalahan pribadinya, seperti harga diri atau merasa kekosongan.

4 comments:

Post a Comment

Mencerahkan Ketiak Dengan Baking Soda

Mencerahkan Ketiak Dengan Baking Soda


Tidak semua orang memiliki ketiak yang putih cantik dan gebu walaupun mempunyai kulit yang putih. Ramai wanita berkulit putih mempunyai masalah ketiak yang hitam dan lebam akibat berpunca dari bedak powder yang dipakai. Namun tenang saja, ternyata ada cara mudah dan murah untuk mengatasi ketiak hitam dengan cara menyapukan baking soda. Cubalah cara berikut ini, inshaAllah pasti berkesan.

Scrub baking soda
Cara ini sangat mudah. Gunakan baking soda yang dicampur dengan air sehingga bentuknya menjadi pasta. Gosokkan pada area yang kehitaman. Lakukan 2 kali seminggu untuk membuat ketiak anda kembali cerah secara semulajadi.

Deodoran Baking Soda
Daripada anda menggunakan deodoran yang membuat ketiak menghitam bahkan pakaian menguning, gunakanlah baking soda pada ketiak anda. Kandungannya boleh menyerap kelembaban berlebih dan mencegah bau badan.

Cleanser Baking Soda
Clenaser ini juga berfungsi sebagai masker. Campurkan baking soda dengan cuka apel hingga menjadi pasta. Gunakan sehari dua kali selepas mandi. Biasanya akan ada gelembung pada campuran kedua bahan ini.

Gunakan ketiga tips di atas untuk mengatasi ketiak yang menghitam. Kerana cara ini dilakukan secara perlahan-lahan, maka jangan terburu-buru menantikan hasilnya. Hindari penggunaan deodoran atau pisau cukur selama anda melakukan perawatan ini.

Semoga anda akan mendapatkan kembali ketiak yang cerah dan bebas bau badan. Selamat mencuba.

2 comments:

Post a Comment

Crazy Brassiere

Crazy Brassiere


Crazy Brassiere


2 comments:

Post a Comment

Senja Di Pantai Lido



Keindahan yang tidak terucap dengan kata-kata....



Senja Di Pantai Lido

Senja Di Pantai Lido

Senja Di Pantai Lido

Senja Di Pantai Lido

Senja Di Pantai Lido

3 comments:

Post a Comment

Video Mayat Ditemui Dengan Kepala Tergantung Di Pokok

Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya masih tergantung di dahan pokok.


Mayat Ditemui Dengan Kepala Tergantung Di Pokok

Mayat Ditemui Dengan Kepala Tergantung Di Pokok

Mayat Ditemui Dengan Kepala Tergantung Di Pokok


GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki ditemui reput dan terputus dua dalam belukar Hutan Simpan Bukit Gedong disini petang tadi.

Mayat lelaki tanpa identiti itu dipercayai mati sejak sebulan lalu ditemui penduduk tempatan kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kepala mayat berkenaan ditemui tergantung manakala badannya yang sudah terputus ditemui tidak jauh dari kepalanya.

Menurutnya,pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa diikat menggunakan akar pokok.

Beliau berkata, mayat berkenaan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar hitam.

Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai miliknya.

"Mayat berkenaan dianggarkan berketinggian dua meter tetapi identitinya masih belum dapat dikenal pasti.

"Buat masa ini, kita klasifikasikan nya sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan," katanya ketika dihubungi.

Fah Hin berkata, polis akan melakukan pemeriksaan untuk mengesan kemungkinan ada individu yang membuat laporan kehilangan ahli keluarga.


Jom saksikan video dibawah
(tunggu beberapa saat untuk loading)


3 comments:

Post a Comment

9 Fakta Menarik Tentang Sperma Yang Jarang Diketahui

9 Fakta Menarik Tentang Sperma Yang Jarang Diketahui



Sperma tentu sudah tidak asing bagi lelaki dewasa baik yang belum menikah, sudah menikah, atau memiliki anak. Selama ini diketahui bahawa kesihatan sperma didasarkan pada bentuk dan keaktifannya. Namun itu hanya satu dari banyak fakta sperma yang menarik dan layak diketahui umum.

Berikut ini adalah beberapa fakta yang menarik mengenai sperma yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang, terutama lelaki. Teruja? Hehehe. Ini adalah pendedahan yang dibuat  oleh Health Me Up (15/01).

1. Kalori
Jangan kira bahawa sperma hanyalah zat yang berfungsi untuk membuahi sel telur dan melakukan reproduksi. Anda juga harus mengetahui bahawa sperma mengandung lemak, kalori, dan bahkan kolesterol Satu sudu makan sperma mengandung 20 kalori.

2. Nilai nutrisi
Cairan sperma dan semen (air mani) juga sangat bernutrisi. Cairan tersebut kaya akan protein dan karbohidrat. Namun juga mengandung zat zink, lemak, dan kalsium yang boleh menguatkan gigi. Sperma juga sumber protein yang sangat baik.


3. Kanser payudara
Jarang melakukan hubungan seksual adalah salah satu penyebab munculnya kanser prostat. Namun tahukah anda bahwa mengambil cairan sperma dan semen (air mani) boleh mencegah kanser payudara? Efeknya amat berkesan apabila anda  mendapatkannya melalui hubungan seksual dan tidak mengambilnya melalui seks oral.

4. Jumlah sperma
Satu kali ejuksi mengandung hanya lima persen dari sperma yang ada dalam tubuh. Namun faktanya masih banyak pasangan yang sulit hamil. Hal ini kemungkinan bukan kerana jumlah sperma yang kurang tetap kualiti sperma yang tidak cukup untuk pembuahan.

5. Usia sperma
Diperlukan waktu dua bulan untuk memproduksi sperma. Produksi sperma adalah hal yang rutin terjadi pada tubuh lelaki, namun proses penuhnya akan memakan waktu dua bulan. Selain itu, sperma boleh hidup di dalam tubuh wanita setelah masuk melalui hubungan seksual selama dua hingga lima hari.

6. Ejuksi
Tanpa bermaksud untuk mengecilkan kejantanan lelaki, namun sebenarnya lelaki hanya mengeluarkan setengah sudu teh cairan semen dan sperma ketika melakukan ejuksi. Selain itu, jika lelaki tidak melakukan ejuksi saat berhubungan seks, sperma akan diserap kembali oleh tubuh sehingga tidak terbuang sia-sia.

7. Sperma yang sehat
Untuk memiliki sperma yang sehat, sangat penting untuk menjaga temperature testis Anda. Temperature testis harus tujuh darjah lebih rendah dibandingkan dengan temperature tubuh. Jadi, hindari memakai seluar yang terlalu ketat, sering menyilangkan kaki, atau menggunakan alat di sekitar testis yang boleh membuat temperaturenya meningkat.

8. Gerakan sperma
Dalam sekali ejuksi, setidaknya ada 200 juta sperma yang keluar. Meski sperma memiliki zat kimia yang boleh mengarahkan mereka untuk mendekati sel telur, namun seringkali sperma tak 'patuh' pada zat kimia tersebut. Banyak sperma yang hanya berputar-putar dan tidak segera maju untuk mencari sel telur.

9. Bentuk sperma
Selama ini secara umum sperma diketahui memiliki kepala berbentuk oval dan ekor yang panjang. Namun sebenarnya masing-masing sperma berbeda. Ada sperma yang memiliki dua kepala, kepala besar, kepala kecil, beberapa ekor, ekor yang bengkok, pendek dan macam-macam lagi.

Itulah beberapa fakta menarik tentang sperma yang jarang sekali diketahui. Dengan mengetahui fakta di atas anda akan lebih memahami dengan baik mengenai sperma dan kesihatan seksual anda sendiri.

3 comments:

Post a Comment

Kisah Benar - Setia Menunggu Kubur Isteri Selama 20 Tahun

Kisah Benar - Setia Menunggu Kubur Isteri Selama 20 Tahun
Rocky Abalsamo di sisi kubur isterinya Julita


Cinta kadang-kadang boleh membuat seseorang melakukan sesuatu yang di luar naluri dan kebiasaan kita. Seperti apa yang dilakukan oleh Rocky Abalsamo, yang telah 20 tahun menjaga kubur isteri yang paling dicintainya. 

Rocky Abalsamo sangat mencintai Julita, wanita yang telah menjadi isterinya selama 55 tahun. Namun sayang kebersamaan itu telah berakhir, apabila Julita telah meninggal dunia  pada tahun 1993.

Julita meninggal dunia ketika menjalani pembedahan  jantung dan dikuburkan di Perkuburan St Joseph di Boston. Sejak ditinggal  Julita, sebahagian kehidupan Rocky yang juga turut mati. Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menjaga kubur Julita.
Kisah Benar - Setia Menunggu Kubur Isteri Selama 20 Tahun

Bagi Rocky, isterinya adalah cinta sejati dengan kecantikan yang luar biasa. Tahun 2000, apa yang beliau lakukan setiap hari adalah dengan menunggu kubur isterinya walaupun dalam hujan dan terik matahari ataupun turunnya salji, sehingga mendapat perhatian dari The Boston Globe.

Mereka tersentuh hati melihat kesetiaan seorang lelaki tua yang sudah 20 tahun selalu menunggu di kubur isterinya. Alasan Rocky Abalsamo menjaga kubur Julita adalah supaya belahan jiwanya itu tak kesepian. "Dia adalah bahagian hidupku, jadi di sinilah aku merasa penuh," kata Rocky.

Anak dan keluarga Rocky  merasa merasa bimbang dengan kesihatan dan keadaannya. Namun tidak akan ada yang boleh menghalang lelaki tua ini dari mendatangi kubur isterinya setiap hari. "Hal istimewa dari ayahku adalah ia hidup dengan jalannya sendiri," kata Angela salah seorang anak Rocky.

Kisah Benar - Setia Menunggu Kubur Isteri Selama 20 Tahun

Kisah Benar - Setia Menunggu Kubur Isteri Selama 20 Tahun

Pada  22 Januari 2014 yang lalu, Rocky akhirnya meninggal dunia setelah kesihatannya menurun. Ia meninggal dunia di usia 97 tahun, setelah selama 20 tahun ia menemani kubur isterinya tanpa henti.

Rocky akhirnya meninggal dengan memegang teguh kesetiaan cintanya. Mendiang dikuburkan di sisi kubur isterinya seperti yang selalu ia lakukan selama ini, berada di sisi Julita.

Terharunya Ida membaca kisah ini. Masih adakah lagi kesetiaan lain serupa ini? Teringat Ida akan kisah benar Hachiko seekor anjing yang setia menanti kepulangan tuannya di stesyen keretapi sehingga mendapat liputan seluruh dunia dan kisahnya turut difilemkan.




2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ