Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Post Mortem Insiden Lowyat... Dituduh Mencuri VS Kena Tipu





Anwar yang meliwat... Azilah dan Sirul yang membunuh pun tidak mengaku bersalah di mahkamah... so apa nak hairan jika si Shahrul yg dituduh mencuri di lowyat tu tidak mengaku bersalah sama... nampak tak atau pura2 tak nampak? Pokoknya sape nak mengaku berak di tengah jalan?

Sesiapa pun boleh mengaku tidak bersalah di mahkamah... itu hak dia untuk membolehkannya melantik peguam. Semasa di mahkamah dia boleh saja mengaku di hadapan hakim jika terdapat apa2 paksaan dari pihak polis jika didapati polis memaksa dia supaya mengaku bersalah semasa siasatan.

Pertama: Azilah dan Sirul pada asalnya mengaku membunuh semasa dalam siasatan polis sebab tu kita tahu cerita pembunuhan tu dari A to Z. Kemudian ketika dihadapkan ke mahkamah mereka menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah.

Keadaannya sama juga dengan mamat bernama Shahrul yang dituduh mencuri di Lowyat. Di dalam siasatan polis dia mengaku bersalah kerana mencuri. Isu kena tipu adalah isu kedua yang dibawa oleh mamat yang bernama Khairul yang telah dibebaskan oleh polis. Shahrul didakwa kerana mencuri dan bukannya kena tipu dan dalam siasatan polis dia mengaku bersalah . Kemudian bila dihadapkan ke mahkamah Shahrul menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah. Nampak kan… isunya sama macam kes Azilah dan Sirul.

Kedua: Shahrul dituduh mencuri, disokong oleh orang2 cina yang berada di sekitar kejadian dengan membuat laporan polis. Dan orang2 cina ini boleh dijadikan sebagai saksi dan bukti yang kukuh. Nampak tak? Tapi malang bagi Shahrul kerana pembela dia hanya ramai di media social serta di viralkan sahaja serata Malaysia tetapi adakah sesiapa di antara mereka yang benar2 nampak kejadian tersebut berani tampil ke balai polis untuk membuat laporan polis dan menjadi saksi penting bagi pihak Shahrul?




Ada seorang mamat yang bernama Zam Nasti yang tulisan beliau telah diviralkan… Beliau mendakwa berada di kedai sebelah semasa kejadian. Beliau juga mendakwa tahu segala2nya bahawa Shahrul telah ditipu tetapi adakah beliau berani tampil membuat laporan polis dan menjadi saksi buat Shahrul? Polis hanya akan jalankan siasatan jika ada laporan polis dibuat.

Begitu juga dengan mamat yang bernama Khairul yang telah dibebaskan oleh pihak polis dan kemudian datang semula beramai2 ke Lowyat untuk menyerang peniaga cina yang kononnya telah menipu mereka. Sila tampil semula dan menyerahkan diri ke polis sebagai saksi Shahrul.

Bila pihak polis menyiasat berpandukan laporan polis yang dibuat oleh orang cina, ramai yang sentap mentap bila IGP membuat kenyataan yang kononnya hanya berpihak kepada peniaga cina yang menipu tu. Tapi laporan orang melayunya mana? Melayu pergi serang peniaga cina dan Lowyat tu tidak membawa erti apa2 pun sebaliknya mereka pula dituduh sebagai perusuh dan ganaz.

0 comments:

Post a Comment

Khas Buat Pencinta 'Bangsa'...




Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.
Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."
"Dah kenapa?" Aku tanya.
"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.

"Dah. Aku tak nak bayar." Aku pun hidupkan semula enjin dan keluar dari parking.
Aku parking jauh sikit daripada Uptown. Dekat 500 meter juga. Depan rumah kosong. Keluar je kereta, datang sorang lagi mamat.
"Bang, parking sini kena bayar RM5."

Ini celaka.

Aku pun try nak buat cerita. "Bro, sebelah ni rumah mak cik aku. Takkan aku kena bayar kot?"
"Rumah mak cik ke, pak cik ke, abang kena bayar jugak sebab dah parking area sini."

Hati aku panas.

Aku hidupkan balik enjin, dah blah dari situ. Dalam hati aku, takkan sesen pun aku bagi duit kat lanun-lanun macam ni. Aku parking lagi jauh. Dalam 1KM juga daripada Uptown. Ingatkan dah lega.
Rupa-rupanya datang jugak dua lagi mamat naik motor, dan kata pada aku,

"Bang, RM3."
Ini sudah lemak. Kalau ikut kawasan radar askar, tempat ni memang jauh daripada Uptown yang hendak aku tuju.

"Korang ni dari mana? Kenapa aku kena bayar kat korang?"
"Ini arahan ketua tempat ni bang."
"Ketua dia siapa? Datuk Bandar? Menteri? "

Saja aku tanya walaupun dah tahu dah ketua apa yang dia maksudkan.

" Kalau abang tak puas hati, abang boleh jumpa dia. Nama dia xxxxx. "
Aku malas nak bertekak, aku pun kata,
" Dah. Aku malas nak parking sini."
Dan dia boleh menjawab, "Sukati kau la bang. Ramai lagi nak parking sini."

Kali ni dah tiga kali aku alih parking tempat lain.

Demi Allah, aku takkan bagi sesen pun kat diorang ni. Aku siap fikir nak balik ke bilik, tapi masalahnya, aku nak beli baju.

Tak sampai 50 meter dari tempat parking aku tadi, nampak satu tempat parking yang ada pondok pengawal. Bayaran masuk dia RM1.00 sahaja sekali masuk. Tempat dia sama jauh dengan tempat aku parking last tadi. Aku pun masuk, kemudian tak sampai seminit, terus dapat parking. Kau bayangkanlah ya. Waktu-waktu musim perayaan begini, ada pihak yang ambik kesempatan untok tibai duit orang daripada bayaran parking.

Masalahnya, orang yang dapat duit banyak-banyak ni, bukan sesiapa. Duit tu disalurkan hanya untok poket dia sahaja. Buta-buta malam ni, boleh dapat dalam RM2000-RM5000. Kau ingat halal ke duit macam ni?

Ni nama dia penindasan. Menindas orang yang perlukan parking untok beli barang. Kau tak ada hak nak ambil duit aku. Kau tak ada hak nak kutip duit parking. Kau tak ada hak ke atas tanah yang kau caj RM3 dan RM5 tu. Tapi yang ironinya, semua pemintak duit parking tadi adalah, MELAYU.

Ya, bangsa Melayu. Aku kenal Melayu macam mana sebab aku pun Melayu. Kalau semalam kat Low Yatt, dok bising pasal orang Cina menindas orang Melayu. Ni orang Melayu tindas orang Melayu ni macam mana nak cerita?

Aku paham la ada sesetengah daripada kita ni kononnya nak berjihad melawan orang kafir lah, bangsa penindas lah, tegakkan khalifahlah.

Tapi masalahnya, kau pun menindas orang. Yang sedihnya, kau menindas bangsa kau sendiri. Lagi sedih, entah kau fikir ke tidak bahawa kau menindas saudara seagama kau sendiri!

Aku sedih gila kot. Aku bayangkan tadi, kalau ada Cina mintak aku duit, mesti ramai orang Melayu kata diorang ni buat kerja haram. Tapi kalau orang Melayu buat, secara automatik benda tu jadi halal.
Aku tengah panas lagi pasal benda ni. Tapi aku panas macam mana pun, aku nampak ada je polis lalu lalang situ. Tapi diorang buat tak nampak, atau memang betul-betul tak nampak kegiatan haram kat area Uptown tadi.

Aku harap, suatu hari nanti, Tuhan akan jatuhkan azab ke atas golongan penindas bangsa sendiri macam ni.


Copy & Paste dari fb Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif

0 comments:

Post a Comment

Hari ini dalam Sejarah Tragedi 13 Julai 2015



Hari ini dalam Sejarah. Tragedi 13 Julai 2015.

Sebuah kompleks besar milik Cina yang langsung tiada peniaga Melayu di dalamnya sudah lengang dan sepi. Banyak kedai tutup hampir 98%.

Hal ini akan berlarutan dan trauma dalam kalangan rakyat biasa mungkin berpanjangan. Reputasi Lowyat sebagai pusat IT terbesar Malaysia juga tercalar.
Sedikit sebanyak sangat memberi kesan kepada ekonomi mereka kerana 70% pengunjung Lowyat adalah Melayu.
Selain itu reputasi brand terkenal seperti Lenovo dan Oppo turut tercalar tatkala tersebarnya cerita mereka menjual AP dan Clone set di outlet mereka.
-----


Apa yang berlaku malam tadi adalah isu kedua rentetan 7 budak Melayu yang kena pukul kelmarin.

Saya ceritakan sedikit apa yang saya sendiri lihat tatkala berada di scene field...

1. Seramai lebih kurang 400 - 500 orang telah berkumpul sekitar jam 8.30 malam dihadapan Lowyat bagi meminta penjelasan daripada pengurusan berhubung isu ini diketuai sekumpulan Ayahanda dan Abang kawasan.

2. Mereka gagal mendapat jawapan lantas masuk ke dalam untuk memanggil 'abang kawasan' Lowyat dan seorang supervisor security Lowyat.

3. Akhirnya Alan (kepala botak) dan seorang lelaki Melayu berbadan gempal telah dibawa keluar untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dihadapan crowd Melayu yang masih berkumpul dihadapan Lowyat.

4. Setelah mendapat jawapan, mereka telah ditenteramkan oleh seorang 'abang kawasan' agar tidak bertindak melulu.

5. Abang kawasan meminta semua crowd beri laluan pihak Polis buat siasatan berhubung isu Cina membawa kayu hendak pukul orang Melayu.

6. Mereka juga turut meminta pihak Polis mengambil tindakan terhadap semua Cina yang 'mengerjakan' budak Melayu ber-7 tersebut.

7. Sementara seorang suspek yang didakwa mencuri masih lagi ditahan reman setakat malam tadi.

8. Setelah abang kawasan tersebut tamat memberi ucapan mereka pun bersurai dan crowd berpindah ke Jln Bukit Bintang. (Rujuk video Alan kena tarik dan video abang kawasan beri ucapan).

9. Abang kawasan antara dua pihak telah duduk semeja di Arraziq berhadapan Lowyat.

10. Rundingan gagal apabila ada pihak Cina mengapikan keadaan dari dalam Lowyat dimana mereka telah bersiap sedia dengan parang, besi dan peralatan untuk keluar mengamuk.



11. Sekitar 10.30 pihak Polis telah mula menyuraikan crowd Melayu di Jln Bukit Bintang. Saya turut berpindah ke Jln Imbi ketika itu.

12. Ketika itu Lowyat telah pun di 'perimeter fencing' oleh pihak polis.

13. Sekitar jam 11.45 - 12, kawasan sekitar Lowyat sangat lengang. Crowd di Bukit Bintang sudah berkurangan.

14. Jam 12.25 lebih kurang, beberapa orang Melayu yang melalui kawasan jalan belakang parking motor Lowyat telah diserang sekumpulan lelaki Cina bersenjatakan besi dan kayu.

15. Beberapa orang melarikan diri dan memanggil crowd daripada Bukit Bintang untuk menyelamatkan mereka.

16. Panggilan dibuat kepada semua crowd. Sekitar jam 12.30 seramai lebih kurang 200 orang telah berkumpul dan mula merusuh bila melihat beberapa orang Melayu sudah tumbang. Salah seorang berbadan gempal sedang terbaring dipijak beberapa crowd Cina dan India. (Rujuk gambar di media sosial)

17. Rusuhan semakin tegang bila amarah orang Melayu tidak tertahan lagi kerana diserang setelah mereka bersurai.

18. Sekitar 10 minit setelah itu pihak UTK (berpakaian preman) dan polis (berseragam) melepaskan lebih kurang 2 das tembakan ke udara bagi menyuraikan crowd.

19. Orang Melayu ditenangkan dan crowd berjaya dileraikan sekitar jam 1 pagi dengan ketibaan Black Maria sebanyak 2 trak dan 1 jeep.

20. Crowd berpecah. Separuh ke hadapan Jalan Imbi dan separuh ke Jln Bukit Bintang.

21. Sepanjang berada di Jalan Imbi, sekitar 2 buah kereta yang dipandu remaja Cina dipecahkan cermin akibat tindakan mereka merakam video dan mengatakan perkataan "sohai".

22. Pihak polis mengarahkan Cina tersebut beredar dan FRU datang ke Jalan Imbi bagi menyuraikan crowd.

23. Namun masa yang sama, pihak polis sudah membuat sekatan jalan raya besar-besaran disekitar laluan masuk ke Segitiga Emas.

24. Pihak polis telah menutup jalan belakang Imbi menghala MRR2 untuk roadblock.

25. Sekitar jam 3.30 pagi, tatkala kenderaan beratur panjang akibat jem dalam sekatan polis, sebuah kenderaan Proton Wira dinaiki 4 orang remaja Cina telah berlaku kurang ajar.

26. Tatkala sekumpulan budak motor Melayu melalui kenderaan tersebut, salah seorang daripada 4 remaja Cina telah bersuara "Melayu tak guna". (Seperti diceritakan saksi kejadiaan awal).

27. Perkara itu didengari sekumpulan budak motor tersebut dan pergaduhan tercetus mengakibatkan keempat-empat remaja Cina tersebut dipukul teruk.

28. Saya ketika itu bersama sekumpulan dari Jalan Imbi berlari ke arah kawasan kejadian bagi melihat apa yang berlaku.

29. Crowd semakin ramai dan pergaduhan merebak apabila 'abang kawasan' Melayu telah bertembung dengan taiko Cina disebelah hujung jalan.

30. Pertembungan itu mengakibatkan pergaduhan dua penjuru jalan dimana sebelah depan, sebuah Wira remuk dihancurkan dan 4 orang remaja Cina dipukul teruk. Manakala disebelah depan, sekumpulan lagi bergaduh dan dileraikan oleh Black Maria.

31. Pihak polis terpaksa mengeluarkan pistol dan menghala muncung pistol keudara apabila gagal meleraikan crowd yang sedang memukul 4 remaja Cina tadi. Polis memanjat Wira tersebut bagi meleraikan kejadian.

32. Pihak FRU tiba dan meleraikan crowd serta berkawal dihadapan jalan membuat perimeter fencing.

33. Mangsa parah dikejarkan ke hospital terdekat menaiki ambulans JPAM.

34. Sekitar jam 4 pagi crowd berkumpul dihadapan Jalan Imbi semula dan dileraikan oleh seorang Incharge Officer. Crowd disuruh pulang dan TIADA tangkapan dibuat pada malam tersebut.

35. Akhirnya sekitar jam 4.30 pagi barulah keadaan reda dan semua crowd lengang meninggalkan kawasan.

Jadi berdasarkan laporan ini, anda fikirkanlah. Ini bukan lagi isu curi telefom atau repeat gaduh pasal henfon. Tetapi ia terjadi bila amarah Orang Melayu yang pada awalnya sudah reda dicabar semula.

Anda baca dan nilaikan. Sebarkan untuk pengetahuan semua orang.

Ingatttt ! Kita hidup di bumi ini ada batasnya. Jangan dikacau amarah orang Melayu jika tidak buruk padahnya bila termakan amukan. Tanah ini masih bertuan. Diam kita beri muka. Bukan tanda kita boleh dihina.

Tiada siapa yang mahukan kejadian seperti 13 Mei berulang. Tetapi bukan bermakna kita boleh beri orang luar pijak kepala kita. Sedarlah setelah sekian lama kita ditipu. Kes 1MDB juga ditipu Cina bernama Jho Low.

Ini masanya kita beri amaran. Kita bukan tidur tidak bangun. Ada masanya kita terjaga. Amukan membangkitkan kita. Kesatuan kita harus digembleng.
Sekarang, beri ruang untuk pihak berkuasa buat siasatan. Kita beri mereka buay kerja. Bila tindakan yang diambil tidak wajar, barulah kita bersuara semula.

Hari ini dalam sejarah, 13 Julai 2015 !

Sekian.
-bradokapak
13 Julai 2015.

0 comments:

Post a Comment

Ibu Buat Laporan Polis Guru Paksa Anak Hisap Buah Dada



KEMAMAN : Seorang guru wanita dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Mak Chili, Kemaman, dikatakan telah melakukan kesalahan terkutuk dengan mengajak salah seorang anak muridnya membuat hubungan seksual.

Menurut laporan, mangsa seorang murid lelaki yang berusia 4 tahun menceritakan kepada ibunya beliau telah dipaksa untuk menghisap buah dada gurunya selain guru tersebut melakukan perkara yang sama.

Sumber tersebut juga mengatakan guru itu juga bertindak menghisap kemaluan mangsa selain mengajarnya membuat hubungan seksual secara ringan pada 8 Julai lalu.

Ibu mangsa yang tidak berpuas hati ekoran peristiwa itu telah membuat aduan kepada pihak pengurusan pusat asuhan tersebut. Setelah pemantauan dilakukan oleh guru besar, guru tersebut dikatakan telah mengaku melakukan perbuatan tersebut ke atas mangsa.

Sejurus makluman dari pihak pengurusan PASTI, ibu kepada mangsa lantas membuat laporan polis di balai polis Chukai Kemaman.

Menurut ibu mangsa lagi, perbuatan terkutuk seperti itu telah meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan fizikal dan mental anaknya.



0 comments:

Post a Comment

PANDUAN MENGENAL HP YANG ORIGINAL SUPAYA TIDAK TERTIPU SEMASA MEMBELI




Info:-
👇👇👇


Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekarang telah mengeluarkan AP set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set.

Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.

Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama 100% seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf.

Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah. Perbezaaan Handphone Original vs AP Set

Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple.

Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli.

Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapi beratus jugak perbezaan harga kedua handphone ni. Tapi AP Set selalunya tak dapat Free Gift seperti original dapat contohnya Galaxy Y AP Set takkan dapat 4 Free Back Cover. Kalau anda tanya pendapat saya, saya akan beli handphone AP set.

Mengapa? Kerana kualitinya adalah sama 100% dan cuma beza pada warranty sahaja. Saya nak tanya, adakah anda akan pergi ke Samsung SME contohnya jika anda pandai jaga handphone anda dengan baik? Sayang rasanya kita membazir, kalau kita pandai jaga nescaya handphone tu akan kekal lama dan takkan mudah rosak. Harga AP Set murah la, jadi dah ada penjimatan kat situ. Kalau AP Set murah RM200 daripada original? Teruja kan? RM200 tu boleh buat macam-macam la. Kalau nak makan pula, boleh kenyang lebih seminggu.

Cara Nak Kenal AP Set / Original / CLONE

1. Original warranty 1 tahun kebiasaannya bagi (Samsung,Nokia,Sony Ericsson, iPhone Etc) kecuali HTC dan Blackberry mempunyai 2 tahun warranty dari Brightstar / Brightpoint. Kadangkala warranty Samsung juga ada 2 tahun bagi model yang baru keluar tetapi hanya boleh didapati di Samsung sahaja.

2. Kalau clone, pastikan anda check internal memory. Kebiasaannya internal memory handphone Clone adalah 2GB - 4 GB sahaja. Jarang ada 8GB dan sangat jarang untuk menjumpai 16GB. Contohnya Original Samsung Galaxy S3 adalah 16GB manakala S3 Clone yang banyak dijual yang mempunyai rupa yang mirip dengan S3 Original adalah 4GB sahaja.

3. Pastikan ada sticker Original di belakang tempat letak battery. Kebiasannya akan terdapat 1 stocker berbentuk bulat. Contohnya Samsung = Sticker bulat ada logo samsung dan bersaiz kecil sahaja.

0 comments:

Post a Comment

Seramai 341 Remaja Dan Kanak-Kanak Masih Dilaporkan Hilang Sejak Tahun 2010





Seramai 341 remaja dan kanak-kanak dilaporkan hilang sejak tahun 2010.

Portal kanak-kanak hilang yang dilancarkan baru-baru ini dapat membantu menyalurkan dan berkongsi maklumat berhubung kes kehilangan kanak-kanak di negara ini.

Portal yang boleh dilayari di http://knk2hilang.rmp.gov.my/ turut memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat terus kepada polis untuk diambil tindakan dan penyiasatan.

Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

PERGADUHAN DI LOW YATT BUKANLAH ISU PERKAUMAN - PDRM





Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin tentang insiden yang berlaku di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur kelmarin.

Tindakan sedang diambil terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh dan PDRM mengesahkan insiden yang berlaku adalah tiada kena mengena dengan isu perkauman.


0 comments:

Post a Comment

Kronologi Sebenar Kes Gaduh Di Plaza Low Yatt





Kes Buyer melayu kena kena kencing dengan seller cina low yatt..

Kronologi sebenar:

1). Budak Melayu beli hp
2). Seller kata hp ori
3). Dah bayar dapat resit semuma, cek balik rupanya hp bukan ori
4). Budak Melayu datang kedai balik, nak mintak yang ori sebab seller bagi yang bukan ori
5). Seller cakap kasar dan tak nak bagi hp yang ori sebab bagi dia transaction dah selesai
6). Budak Melayu tu bengang, so dia ambil hp yang ori dan letak balik hp yang bukan ori
7). Seller bengkek, ramai2 seller tu pukul budak Melayu tu sampai jadi lauk pastu halau dia kuar dari plaza lowyat
8). Management dan polis tunggu di luar plaza low yat dan angkut budak Melayu tu, ambil statement kat balai kerana budak Melayu tu dituduh mencuri
9). Budak Melayu tu tunjuk resit pembelian dan deposit statement
10). So, bila tak boleh nak dakwa budak Melayu tu apa2, polis lepaskan budak tu
11). Sebelah petang, budak Melayu tu datang balik kat low yat dengan geng2 dia  gi jahanamkan kedai hp oppo tu.
12). Dah habis lingkup kedai tu semua, dia org jalan rilex2  kuar dari plaza low yat
13). Habis cerita.






*Pemilik kedai telah spin cerita...mereka dahulu yang menipu budak Melayu tu..pastu tuduh budak tu buat onar...


Fakta Kes di bawah ini telah di spin oleh pengadu hanya membuat laporan polis semasa budak Melayu datang semula menyerang kedainya pada sebelah petang.

Pada 11/07/15 jam lebih kurang 1950hrs semasa pengadu berada di tingkat bawah Plaza Lowyat KL telah datang 7 lelaki Melayu yang tidak dikenali memasuki kedai telefon bimbit Oppo dan memecahkan peralatan yg terdapat dalam kedai tersebut. Pekerja di dalam kedai turut dipukul. Kerugian dialami lebih kurang RM70,000. Pengadu datang ke balai polis buat laporan polis.




GAMBAR BERBICARA, FAKTA DAN ANALISA KES LOWYAT

Ada media lain yang melaporkan budak Melayu itu merompak. Bagi admin, ini satu-satunya kes janggal dimana orang yang mahu merompak didalam sebuah shopping complex yang mempunyai pengawal keselamatan menunjukkan budak Melayu itu hanya memakai selipar. Kebiasaan orang nak merompak pakai kasut.

Kedua, berbagai gambar memperlihatkan mereka ini berhadapan berurusan dengan pihak berkuasa, siap mereka berdiri tegak. Orang yang mahu merompak biasanya jangan katakan polis... Pengawal keselamatan biasa pun mesti hati dah goyang. Inikan pula nak buat hal tempat tertutup (indoor tu bukan outdoor).

Ketiga, ada yang kata kenapa langgar undang undang pergi pecahkan shoplot Lowyat tu? Soalan admin, yang jual barangan tiruan dan palsu tu tak langgar undang-undang ke?

Yang terakhir, walaupun ada bukti kononnya laporan polis mengatakan budak Melayu itu sebenarnya begini dan begitu.. Hakikatnya orang awam sudah lama marah hakikat peniaga chayanunalif didalam Lowyat. Bukan sekali orang pernah terkena. Orang awam sudah naik angin dan tak ada tempat mahu luahkan kerana proses birokrasi KPDNKK yang lembap malah, mereka buat operasi jarang sekali dalam Lowyat. Kalau buat pun siap pakai uniform.

Yang ikhlas tidak akan membela Lowyat walau apapun terjadi,

-Ketua Pengakap-



Nota: Admin berharap agar pihak berkuasa ambil tindakan pada peniaga peniaga di Low Yatt yang menipu pelanggan. Jangan terus biarkan mereka memanipulasi penipuan keatas para pembeli. Baik Melayu Cina atau India semua pembeli seringkali ditipu di Low Yatt.

0 comments:

Post a Comment

SAYA BUKAN ZAHRA



Siapa Zahra? Zahra sebenarnya adalah lambang sikap majoriti graduan melayu generasi Y hari ini. Generasi yang ingin selalu disuap Kerajaan, ingin jalan ekspress menjadi kaya, ingin berhutang tapi tak nak membayar, yang merasakan bersesak menaiki bas atau lrt satu penyeksaan teramat, yang rasa rendah diri bila tak dapat lepak di kafe hipster sekali-sekala atau tak memiliki gajet terkini, yang ingin kurang usaha tetapi lebih gajinya, yang lebih suka merungut daripada belajar dari kepayahan, yang melihat mengahwini lelaki kaya (meskipun suami orang) sebagai satu pilihan mengecapi kesenangan.

Aduuuuh nak, mokcik kesian pun ada bimbang gila pun ada menonton video anak siap dengan muzik latar yang sangat menyayat hati. Tapi sayangnya nak sedikit pun tidak berjaya menerbitkan rasa simpati, walaupun mokcik cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan airmata paksa.
Waktu mokcik mula-mula kerja dulu, gaji mokcik cuma rm700 jer nak ooi, itupun dapat kerja lepas naik kering air liur menjilat setem untuk mengirim resume (masa tu belum wujud jobstreet tau), dah tu entah berapa puluh bangunan dari KL sampai ke Petaling Jaya yang mokcik panjat untuk temuduga tanpa menggunakan Waze mahupun google maps. Pergi temuduga pun mokcik usaha sendiri naik bas, jangan haraplah mak ayah nak hantar dengan kereta. Pernah makcik lambat 10 minit pergi temuduga sebab sangkut jam terus dia orang tak nak layan dan suruh balik.

Terbalik pulak dengan generasi macam Zahra yang datang untuk temuduga dengan mokcik, boleh telefon mokcik bagi tau hari ini tak dapat datang, boleh "arrange" hari lain tak. Itupun mokcik dah syukur sangat kerana sudi telefon tanya, ada yang langsung tak muncul, telefon pun tak nak jawab.

Bila dah dapat kerja pulak mokcik keluar lepas solat subuh menapak dari rumah ke luar simpang dekat setengah kilometer semata-mata untuk menaiki bas mini paling awal sebab perjalanan dari rumah di Gombak sampai opis di Cheras akan mengambil masa satu setengah jam dan dua kali tukar bas. Kalau keluar lambat sikit jer, alamatnya merah ler punch card. Laaa ni punch card pun dah hampir pupus di kebanyakan pejabat swasta.

Sekarang ni Kalau lambat pun staff mokcik yang satu generasi dengan nak Zahra selamber jer text mokcik dengan pesanan bukan permintaan; "I will be a bit late today, I am going to the bank first." Utk pengetahuan nak Zahra yg mokcik rasa nak Zahra pun tahu, a bit late tu lebih kurang pukul 12 tengahari. Sampai kadang-kadang mokcik terpikir gak agaknya budak ni buat part time kerja kat bank maklumlah bak kata nak Zahra gaji graduan tak cukup hidup ibarat mengemis. Mokcik malas nak tegur, sebab kalau tegur macam nak Zahra dia orang memang bijak beralasan dari mengakui kelemahan, silap-silap dia boleh angkat kaki macam tuuuu jer. Senang benau dapat kerja sekarang ni gamaknya.

Waktu balik kerja pulak makcik tumpang berhimpit ataupun bergayut di tangga bas mini dan bas Len Seng dan akan sampai di rumah lebih kurang pukul 8malam meskipun keluar opis tepat 5.30pm. Sebab masa tu belum wujud MRR2 ataupun AKLEH.

Enam bulan pertama mokcik alas perut dengan bun untuk makan tengahari. Nak bagi sedap mokcik "rotate" ler hari ni bun kelapa, esok kentang, lusa bilis dan seterusnya. Ayah mokcik dah tak ada semenjak mokcik belajar di ITM. Sebab tu mokcik tak dapat meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sebab kena kerja tanggung keluarga mokcik. 5 tahun mokcik kerja kumpul duit untuk tambah satu diploma dengan mengikuti kelas malam. Itu belum lagi mokcik cerita macam mana mokcik kerja pagi petang siang malam tak kenal rumahtangga untuk berada di mana mokcik berada hari ini. Belum kira kena maki hamun, kena baling dengan fail oleh Boss, kena jerkah dengan Client, kena menghadap politik pejabat lagi. 20 tahun mokcik kerja baru merasa gaji 5 angka.

Lepas 20 tahun mencurahkan hampir seluruh masa dan hidup kepada karier barulah mokcik berhubung semula dengan kawan-kawan dan ada masa untuk bercuti setahun sekali dengan mereka.

Cerita pasal sewa rumah pulak. Kira beruntung gila nak Zahra dapat duduk rumah sewa harga RM4,000 tu. (iyalah Zahra gak yang kata bayar RM500 x 8 orang). Mokcik dulu pernah sewa satu rumah kedai buruk di Pelabuhan Klang dengan kengkawan seramai 16 orang satu rumah. Tak percaya tanyalah kawan mokcik @Salmee Ahmad.

Mokcik sangat bimbang menonton rintihan hati nak Zahra, bimbang menyerahkan negara yang kita sama-sama sayang ini untuk dipimpan oleh generasi seperti nak Zahra. Maaf kata makin lama makin teruk mokcik tengok perangai bangsa Melayu. Ingatkan makin tinggi belajar makin bijak, makin teruk ada lah. Mokcik bimbang kerana mokcik dapat merasakan orang Melayu tak ke mana lepas ni. Sekarang ini pun ekonomi kita diterajui oleh bangsa lain. Perlahan-lahan mereka sedang menguasi kekuatan politik pula. Mokcik sedikit pun tidak salahka mereka. Kerana ketika kita sedang sibuk merungut, mereka sedang sibuk membina karier, harta dan kekuatan ekonomi. Ketika kita sedang sibuk bergaduh sesama sendiri dan mencari silap pemimpin melayu kita, mereka sedang sibuk mengatur strategi untuk menguasai negara ini. Pepatah inggeris ada mengatakan "Work hard and become a leader, be lazy and become a slave".

Didalam berurusan dengan pelanggan2 Mokcik di kalangan syarikat korporat milik global, dari peringkat pengurusan pertengahan hingga atasan boleh dikatakan tidak ada seorang pun bangsa Melayu. Kalau tidak ada GLC dan agensi-agensi Kerajaan, orang Melayu memang tak kemana.

Benarlah kata nak Zahra, Melayu bakal menjadi pengemis di negara sendiri, nak Zahra telahpun membuktikannya dengan sikap dan pengakuan yang sangat jujur! Syabas nak Zahra kerana tidak malu untuk merungut di depan TPM pulak tu.
‪#‎SAYABUKANZAHRA‬

Copy & paste dari fb Era Ramly

0 comments:

Post a Comment

SEGENTING KRA BAKAL MENUTUP PINTU EKONOMI MALAYSIA DAN SINGAPURA?






ADAKAH SEGENTING KRA BAKAL MENUTUP PINTU EKONOMI MALAYSIA DAN SINGAPURA?

kecoh beberapa minggu lepas apabila berita mengenai persetujuan China dan Thailand utk kembali merujuk projek mega membuka Terusan Kra tersebar dilaman sosial.

Ramai yang dengan yakin mengatakan ia akan menutup penguasaan ekonomi perkapalan Singapura dan pada masa sama akan menyebabkan tempias kepada pelabuhan-pelabuhan Malaysia.

Perkara ini perlu dilihat secara objektif dan bukan emosional.


Tanjung Pelepas sahaja dibina utk handle post panamax dan new panamax container ships seperti Triple E class, yang meningkatkan jumlah TEU`s mereka.....

saiz memainkan peranan penting....the larger your port could accomodate ever larger ULCV the higher number of TEU that particular ports handle...

average utk PTP sahaja mencecah 10 juta TEU`s setahun....bermaksud kita berjaya divert 10 million TEU`s dari memasuki Singapura utk edaran domestik dalam negara...and that is not bad when comparing older ports with similar handling capacity such as Rotterdam dan Kaohsiung.....


Terusan kra bukan bertujuan menutup periuk nasi kita...ia hanya alternatif China jika sekinranya negara-negara selat jatuh ketangan kuasa eropah sekali lagi...ini sedang terjadi dimana Amerika bersungguh-sungguh dengan polisi pivot to asia mereka...mereka mahu asia tenggara berada didalam sphere of influence mereka sama seperti bagaimana western europe berada dibawah NATO ketika era perang dingin...

Kra adalah satu dari beberapa mitigation China dalam memastikan sea lanes of communication dan jaringan logistik perdangangan mereka sentiasa terbuka walau ada sekatan atau naval blockade..

kita dapat lihat sendiri...import petroleum dan gas China tidak semata mata datang dari laluan laut..malah turut merentasi laluan sutera era maharaja China....melalui negara-negara asia tengah yg bersahabat baik dengan China sekarang ini

mendepani BRICS dan Eurasia adalah langkah yg paling terbaik untuk memacu dan utk secure negara kita dari segi ekonomi dan juga geopolitik

mpak keatas singapura,pelabuhan klang,pasir gudang dan tanjung pelepas tidaklah seteruk disangka...tak ada lah sampai tutup atau bungkus...jika dilihat secara komprehensif...singapura bakal melihat penurunan dari segi sektor shipchandling dan bunkering..tetapi tidaklah mendadak...dan kadar turnover container masih sama memandangkan singapura masih lagi pelabuhan bagi tujuan transhipment yang sangat efisien...jika ada penurunan jumlah kapal kargo sekalipun...ia tidak akan memberikan impak ketara...itu pun jika sekiranya pelabuhan di selatan thai dapat memberikan perkhidmatan sokongan perkapalan yang sama efektif dan trampil dengan singapura dengan harga yang lebih kompetatif....

kita lihat sahaja suez...ia adalah terusan yg memendekkan voyage dimana perkapalan tidak perlu lagi melalui tanjung pengharapan (perlu diketahui terdapat saiz tertentu sahaja kapal kargo yg boleh melalui terusan suez) namun perkhidmatan sokongan perkapalannya tidaklah se efektif singapura mahupun panama...dimana masih terdapat unsur sogokan yang menyusahkan agensi perkapalan dalam perkara crew repatriation dan pendaftaran keluar masuk kapal selain imigrasi yang korup, kualiti pembekalan yang sederhana baik, serta perkhidmatan kecemasan seperti baikpulih yang minima dan tidak merangkumi tahap kekompleksan teknologi...selain kesukaran mendapatkan dan membawa masuk alat ganti kritikal...

walaupun terusan suez mempunyai fasilitas pelabuhannya yang tersendiri seperti Port Said yang mengendalikan pelbagai komoditi, dan Port Fouad yang mengendalikan komoditi dalam bentuk kontena...ia masih pada tahap sederhana dan hanya tertumpu kepada kemasukan dan keluaran komoditi import dan eksport ke Mesir sahaja....dan ini amat berbeza dengan Singapura yang menjadi tempat pengumpulan dan penghantaran semula komoditi import eksport dari/ke pelbagai destinasi...

perlu diketahui yang laluan merentasi terusan kra ini adlah lebih keapda memudahkan dan memendekkan masa perkapalan direct dari barat ke China serta timur jauh dan vice versa...komoditi direct ke china seperti kargo pukal (arang batu,bijih,bijirin,petroleum dan gas) pasti akan melalui terusan ini kerana masa yang diambil untuk melalui selat melaka telah dipendekkan oleh terusan tersebut....secara tidak langsung kos bahan api dapat dikurangkan (penjimatan kos bahan api sehari adalah sangat signifikan bagi syarikat perkapalan...apa lagi 2 3 4 hari...lebih signifikan dan lebih menguntungkan)....ini juga terpakai kepada komoditi yang dihantar terus ke negara asia timur lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Hong Kong..(termasuk juga Vietnam dan Filipina)....namun tidak akan melibatkan komoditi yang perlu dihantar ke pelabuhan-pelabuhan pesisir selat Melaka seperti Pelabuhan Klang, Singapura, PTP dan Pasir Gudang...malah ia juga tidak akan membejatkan perjalanan logistik komoditi ke Indonesia serta Australia...

ia sebenarnya bergantung kepada kemana destinasi akhir komoditi yg dibawa....dalam industri perkapalan kini..amat jarang satu-satu komoditi dihantar ke satu negara sahaja (ini terpakai untuk komoditi dalam bentuk kontena) melainkan komoditi pukal seperti minyak mentah dan bijih serta bijirin....

itu sahaja....

singapura tetap akan jadi entreport dan transhipment hub pelbagai komoditi di asia tenggara serta pusat baikpulih dan perkhidmatan perkapalan yang utama...tanjung pelepas dan pelabuhan klang tetap akan jadi pintu masuk komoditi import export utk Malaysia...manakala pengerang tetap akan menjadi pusat simpanan minyak mentah,gas dan bahan kimia utama seperti jurong dan sebarok disingapura...

apapun ia bergantung....jika pelan cegah rintang ekonomi Singapura dan Malaysia bagus...terusan kra boleh dianggap sebagai satu peluang untuk menambahkan lebih banyak penjanaan keuntungan kepada konglomerat2 kedua-dua negara....


komoditi ke indonesia tetap akan dihantar ke indonesia...komoditi ke singapura tetap akan dihantar ke singapura...komoditi ke malaysia tetap akan dihantar ke malaysia...

takde isu pelabuhan tutup....selagi ada supply dan demand bagi satu2 komoditi pada satu2 negara...trade akan berterusan...

komoditi yg perlu didaratkan di jakarta masih perlu melalui selat melaka..selat singapura dan selat karimata utk sampai ke jakarta....

komoditi yg perlu dihantar ke pelabuhan klang tetap perlu melalui selat melaka...begitu juga komoditi yg perlu dihantar ke pengerang atau jurong atau pasir panjang wharves....tetap perlu melalui selat melaka dan selat singapura....

efek yg jelas adalah jumlah trafik dari barat ke asia timur melalui selat melaka akan menurun kerana sudah ada short cut..tetapi ia tidak mematikan trade dengan malaysia,singapura dan indonesia.....

dan perlu tahu...bukan semua jenis kapal boleh melalui terusan tersebut...pastinya ada restrictions...dan kena ambil kira juga kos merentasi laluan terusan tersebut....

akan ada surcaj dari segi pilotage, tonnage, towage yg mana kos ini tidak wujud bagi kapal yg melalui selat melaka....

jelas sekali...terusan ini menguntungkan China kerana ia adalah laluan alternatif kepada sea lanes of communications mrk jika sekiranya berlaku naval blockade di selat melaka....

senang cakap...kra canal adalah insurans maritime trade China.....

kapal akan tetap melalui selat melaka...
utk kekalkan jumlah trafik melalui selat ini...perlu ada peningkatan jumlah dagangan...meningkatkan jumlah export dan import dagangan negara dapat mengekalkan jumlah trafik di selat melaka...

dan bukan senang untuk menutup satu satu pelabuhan jika sekiranya terdapat supply dan demand utk satu2 komoditi...

Tanjung Pelepas sahaja dibina utk handle post panamax dan new panamax container ships seperti Triple E class, yang meningkatkan jumlah TEU`s mereka.....

saiz memainkan peranan penting....
pelabuhan yang lebih besar dapat mengendalikan kapal-kapal ULCV dengan kapasiti TEU yang lebih banyak

purata pengendalian kontena utk PTP sahaja mencecah 10 juta TEU`s setahun....bermaksud kita berjaya mengalihkan 10 juta TEU`s dari memasuki Singapura utk edaran domestik dalam negara...dan ianya tidaklah teruk kerana kita setaraf dengan pelabuhan utama dunia seperti Rotterdan dan Kaohsiung umpamanya.
paling utama adalah fokus bisnes pelabuhan kita....Singapura fokusnya adalah transhipment..jadi tak pelik jika mereka handle sehingga 30 juta TEU`s...walhal Pelabuhan Klang dan PTP adalah gateway import eksport komoditi utk edaran dalam negara dan bukan transhipment atau stopover ports....fokus kedua2nya berbeza....

PTP sendiri bertujuan utk mengurangkan pergantungan kepada singapura bagi komoditi yg memasuki malaysia...in terms of containerized cargo....the same goes to Pengerang yg juga bertindak sebagai alternatif negara kita utk mengurangkan pergantungan kepada fasilitas simpanan bulk fuel installations, gas asli, petroleum and kimia di Bukom, Sebarok dan Jurong..

Apapun samada projek multi billion berskala mega ini diteruskan atau tidak, ia tetap akan memberikan limpahan ekonomik yang mapan jika sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan meneroka kebarangkalian baharu dalam sektor perkapalan, industri berkaitan perkapalan dan kejuruteraan berat, perkhidmatan pelabuhan dan perkapalan serta membuka ratusan ribu peluang pekerjaan kepada penduduk setempat wilayah tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Misteri Foto "Tok Temong"











Pada 9 haribulan Julai 2015,seorang pembaca saya menanyakan satu foto yang popular dikaitkan dengan Tok Temong.Foto ini tersebar di INTERNET khususnya di bahagian sejarah negeri Perak.Saya menjawab persoalan ini dengan kajian empirikal,dengan anggapan bahawa individu di dalam foto tersebut tidak dikenali.

-Srikandi




Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33

======================================================



Tok Temong adalah penguasa di utara Perak atau Hulu Perak meliputi Kuala Kangsar dan Lenggong.Tok Temong diiktiraf sultan-sultan Perak dari jurai kerabat Kesultanan Melaka sebagai pemerintah Hulu Perak,selepas Tun Saban yang tewas di tangan Megat Terawis atas sebab pertikaian peribadi dengan sultan.Tun Saban adalah anak Tun Perak,di mana Tun Perak adalah anak jati negeri Perak yang berkhidmat sebagai bendahara di dalam kerajaan semasa Kesultanan Melaka.Sebab itu namanya bergelar "Tun Perak".

Saya telah pun mengupas tentang misteri susuk Tok Temong ini.Banyak sumber yang mengaitkan Tok Temong dengan puteri Acheh,pedagang wanita dari Bugis dan sebagainya.Sumber ini tidak tepat.Tok Temong adalah asli penduduk negeri Perak.

Premis Tok Temong sebagai anak jati negeri Perak juga bercabang kepada teori-teori lain pula.Ada sumber yang mengatakan beliau kakak Tun Saban.Ada yang mengatakan adik Tun Saban.Ada yang mengatakan beliau adalah anak Tun Saban.Ada yang mengatakan beliau adalah anak angkat sultan.Apa pun,saya telah menjelaskan siapa Tok Temong berdasarkan pemerhatian saya.

Apa yang saya nak perjelas kali ini adalah misteri di sebalik foto Tok Temong yang berlegar-legar di INTERNETdan mungkin di dalam buku-buku berkaitan sejarah negeri Perak.Jika anda peminat sejarah negeri Perak khususnya di sebelah Hulu Perak,pasti anda pernah melihat foto ini:



Seorang pembaca saya telah menanyakan adakah benar individu di dalam gambar ini adalah Tok Temong?Sebenarnya memang ramai yang ingin tahu adakah benar individu di atas adakah Tok Temong yang sebenar.

Saya hanya tersenyum.Mengapa?



Saya menjawab dengan mudah,bahawa pertama sekali ialah teknologi kamera.Tok Temong hidup sekitar abad ke-16 sedangkan teknologi kamera pertama kali dicatatkan pada tahun 1826 oleh percubaan Joseph Nicéphore Niépce.


Sebab itu kita dapat menatap foto Sultan Abdullah yang memerintah dari tahun 1874 sehingga tahun 1877 (ketika KES JWW Birch) pada hari ini.


Raja Abdullah


Daripada isu teknologi kamera,kita tahu wanita di dalam foto itu BUKANLAH Tok Temong.Kecuali Tok Temong memiliki umur yang panjang sehingga mampu hidup sampai abad ke-19.

Untuk mengesahkan siapa atau dengan apakah wanita tersebut berkait,kita mesti melihat apa-apa petunjuk dalam foto itu.Malangnya,tiada apa-apa tulisan yang boleh dibaca di atasnya.Wanita itu pula berpakaian wanita Melayu biasa seperti di kampung-kampung.

NAMUN BERTUAHNYA, FOTO INI TELAH DICOP MOHOR!

Di bahagian bawah foto kelihatan satu COP mohor dan inilah yang disangka 'benda di perut' oleh pembaca tersebut.Ia sebenarnya sebuah COP mohor.



Sebagai seorang pengkaji sejarah Melayu,saya memang familiar dengan bentuk-bentuk mohor dan lambang-lambang dalam sejarah kesultanan Melayu serta kerajaan-kerajaan di Nusantara.

Saya mengenal bentuk atau layout mohor ini menyerupai mohor yang dipakai oleh entiti-entiti pemerintah dari Pagar Ruyung terutama oleh Sultan Alam Bagagarsyah,Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung (1789-1849) iaitu pemerintah terakhir Kerajaan Pagaruyung.



Apa kaitan wanita di dalam gambar yang dikaitkan dengan Tok Temong,dan COP mohor yang memakai rekabentuk cop mohor Pagaruyung?

Dalam sumber-sumber asal-usul Tok Temong yang bercanggah antara satu sama lain TIADA sumber yang mengatakan Tok Temong adalah dari Pagaruyung.Tetapi kita boleh kaitkan apa-apa yang berkaitan dengan "Pagaruyung" dengan individu bernama MEGAT TERAWIS.

Megat Terawis adalah putera Yang Dipertuan Pagaruyung yang mana saya mendapati ada sumber yang mengatakan beliau (ayahanda Megat Terawis) bernama Megat Terawan.Saya jadi pelik,sejak bila keturunan Megat ini menjadi penguasa Kerajaan Pagaruyung?



Kerajaan Pagaruyung berasal dari kerajaan purba Malayapura atau "Kota Malayu" yang wujud sejak zaman pra-Srivijaya dan terkenal sebagai pengeksport emas antarabangsa sehingga Sumatera digelar sebagai 'Suvarnadvipa' di dalam kitab-kitab Hindu seperti Purana.

Kemudian Malayapura menjadi ibukota Srivijaya-Dharmasraya ketika era dinasti Mauli.Lihat di sini.Ada beberapa poin saya nak perjelaskan.Malayapura adalah nama tempat.Dharmasraya adalah nama kerajaan yang mengambilalih dominasi politik empayar Srivijaya selepas dinasti Kedah Tua yang berpusat di Kedah.Dinasinya ialah dinasti Mauli.

Kemudian Adityawarman,iaitu anak kepada Dara Jingga (puteri raja Dharmasraya) dan Raden Wijaya (raja pertama Majapahit) telah memindahkan kekuasaan ke pedalaman Minangkabau dan memulakan Kerajaan Pagaruyung.Bukti Adityawarman meneruskan warisan dinasti Mauli ialah penggunaan gelaran "Maulimāli Warmadewa" di akhir gelarannya.Selepas Adityawarman,kerajaan Pagaruyung diteruskan oleh anaknya Ananggawarman.Selepas pemerintahan Ananggawarman huru-hara terjadi kerana raja tersebut tiada meninggalkan waris.

Keadaan vakum dan tidak STABIL ini berlangsung selama lebih kurang satu abad!

Kemudian baru muncul gelaran Yang DiPertuan Pagaruyung.Secara rasmi dikesan dari surat yang bertarikh 9 Oktober 1668 dari Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang ditujukan kepada seorang raja yang bergelar "Sultan Ahmadsyah, Iskandar ZulKarnain, Penguasa Minangkabau yang kaya akan emas".

Sumber dari Minangkabau sendiri mengatakan bahawa selepas zaman Kerajaan Pagaruyung,kekuasaan terbahagi sesama pembesar adat (pemuka adat) di kalangan mereka.Saya percaya ketika ini ada satu puak atau golongan pembesar yang bernama Megat telah menguasai atau memiliki pengaruh tertentu ketika akhir era perpecahan itu.

Apabila saya meneliti cop mohor terbaru dari Yang DiPertuan Pagaruyung (kini kesultanan atau pemerintah tempatan dipulihara kembali;istilah Indonesia,melestari,sebagai simbol budaya) saya yakin bahawa wanita di dalam foto tersebut memiliki kaitan dengan kaum kerabat Megat Terawis atau salasilah Pagaruyung.



Di sini kita dapat simpulkan bahawa wanita dalam foto itu:

1) Bukan Tok Temong
2) Waris Megat Terawis
3) Berkait kerabat Pagaruyung
4) Hidup sekitar abad ke-19
5) Ada berkait dengan kesultanan dan pembesar Negeri Perak (sehingga fotonya diambil,di mana pada zaman itu,hanya sultan-sultan atau kerabat atau pembesar yang biasa ditangkap gambar).

Apa yang ingin saya nyatakan di sini,bagaimana saya menggunakan dua kemahiran penyiasatan sejarah dalam kes ini iaitu "read betweeen the lines" dan "cross-reference".

Dua kemahiran ada saya terangkan dalam "Wizard of History" di dalam MistisFiles dua tahun lepas.

Saya akan mengupas lebih lanjut sejarah misteri dalam Negeri Perak juga berkaitan dengan sejarah Nusantara seperti Sumadera-Pasai,Acheh dan Beruas serta Kedah Tua dan kerajaan Angkor dalam siri mukaddimah "The Possessor of Black Mengkong" dalam kempen antara terbesar tahun ini, siri Alter Terahsia Bangsa Melayu versi ke-5 yang insya Allah akan menemui pembaca selepas Raya tahun ini.


~Srikandi
The Possessor in Royal Secret of Beruas Kings & Royal Family of Samudera-Pasai




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ