Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



AKIBAT MENCURI KELAPA LELAKI CEDERA TERKENA GOLOK SENDIRI





Tumpat: Akibat mencuri kelapa, seorang lelaki cedera di lutut kanan terkena golok sendiri ketika ditahan penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Kok Keli 2, Palekbang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, suspek berusia 27 tahun dikatakan bertindak agresif dengan melibas golok ketika cuba ditahan sebelum terkena lutut sendiri.
Suspek kemudian diserahkan kepada polis sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

Seorang penduduk Hasbullah Ibrahim, 31, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang dari kebun sebelum terserempak dengan seorang lelaki yang leka mengangkut kelapa milik penduduk kampung.

Menurutnya, dia memerhatikan lelaki selama dua jam yang dilihat berulang-alik dari kebun kelapa itu mengangkut kelapa dengan guni dipercayai untuk dijual.

“Sejak beberapa bulan lalu, penduduk kampung sering merungut kehilangan kelapa akibat dicuri. Saya percaya sebelum itu, lelaki itu baru menjual kelapa dicuri dan kembali ke kebun itu untuk memunggah hasil seterusnya.

“Saya menghubungi beberapa rakan termasuk pemilik kebun itu memaklumkan kejadian itu seterusnya menangkap lelaki itu,” katanya.

“Bagaimanapun tindakannya membawa padah apabila senjata itu terkena lutut sendiri ketika bergelut dengan penduduk ketika cuba melarikan diri menyebabkan dia ditangkap dan diserahkan kepada polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Tumpat Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip mengesahkan menerima tiga laporan daripada orang ramai berhubung kehilangan kelapa di kebun masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

JIRAT CINA TERBAKAR BUKAN BERLAKU DI KLUANG SEPERTI YANG DI VIRALKAN TETAPI DI TAIWAN






Kejadian ini bukan berlaku di Kluang sebaliknya berlaku di Pingtung Taiwan pada tahun 2011...persoalan sudah terjawab... sila rujuk di sini





Admin telah pun menghubungi Balai Polis Kluang dan mengesahkan  tiada apa-apa yang pelik berlaku di kawasan Jirat Cina Bt 4 Jalan  Kluang..







Siapa tahu apa citer ni ?
Posted by scripters on Friday, 17 April 2015


Terdahulu sebuah rakaman yang memaparkan perkuburan cina yang terbakar tersebar di media-media sosial sejak petang tadi.

“Allahuakhbar, jirat cina di batu 4 Jalan Kluang Batu Pahat, Johor, api membuak-buak manakala api marak keluar dari jirat.

“Semua yang ada ditempat kejadian buntu dari mana datangnya api dan air tersebut. Sesungguhnya segalanya atas kehendak Allah swt..Nauzubillah,” menurut kenyataan yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu.

Namun tidak dapat dipastikan bila kejadian yang dikatakan itu berlaku.

Melalui rakaman berdurasi 0:22 saat itu api yang marak itu turut memusnahkan kawasan sekitar perkuburan cina tersebut.

0 comments:

Post a Comment

ZIKIR MENARI TIDAK HARAM - DATO DR HARON DIN



Zikir bergerak/menari dan perbahasannya

Jawapan bagi persoalan agama bukan boleh dimain dengan ‘rasa’. Ia memerlukan sandaran hukum yang perlu dirujuk kepada sumber yang sahih.



Berkenaan dengan zikrullah, Allah SWT berfirman (mafhumnya): “Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): ‘Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.” (Surah ‘Ali-’Imran ayat 191).



Ayat ini memberi isyarat bahawa zikrullah boleh dilakukan dalam pelbagai keadaan dan gaya.



Ummul Mukminin Aisyah r.ha. pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.



Dalam satu riwayat pernah diceritakan bahawa Jaafar bin Abi Talib r.a (sepupu Rasulullah), pernah menari-nari melenggok lentuk di hadapan Rasullullah SAW sebaik sahaja beliau mendengar Rasulullah SAW menyebut kepada beliau, “Allah menjadikan rupa parasmu seiras dengan Allah menciptakan daku.”



Mendengar kata-kata yang seindah dan semurni itu, terus ditakbirkan dengan menari-nari di hadapan Rasullullah SAW. Tingkah laku beliau itu atau ‘body language’ beliau tidak ditegah atau ditegur oleh Rasulullah SAW.



Di sinilah dikatakan atau dijadikan asal usul sandaran bahawa menari-nari sambil berzikir kepada Allah yang dilakukan oleh ahli tarikat atau golongan sufiyah, ada sandarannya.



Sahlah berlaku tarian di majlis zikir yang dihadiri oleh ulama besar yang muktabar. Antara mereka ialah al-Imam Izzuddin Abdus Salam dan tidak diengkarinya.



Ditanya Shaikhul Islam Sirajuddin al-Balqini tentang persoalan tari- menari dalam majlis zikir, lalu dijawab beliau dengan mengiyakannya, yakni boleh dilakukan.



Ditanya al-Allamah Burhanuddin al-Abnasi, perkara yang sama, maka beliau menjawab dengan membolehkannya.



Ditanya ulama besar dalam mazhab Hanafi dan Maliki, semuanya menjawab, “Tidak mengapa dan boleh dilakukan.”



Semua jawapan ini dibuat dengan bersandarkan kepada ayat dalam Surah ‘Ali-’Imran di atas berserta hadis yang diriwayatkan oleh Jaafar bin Abi Talib r.a. Adapun tarian yang dilarang adalah tarian yang bercampur lelaki perempuan yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ia diadakan dalam majlis yang kemaksiatannya ketara seperti berpakaian tidak menutup aurat, diiringi dengan muzik dan suasana yang mengundang kepada syahwat dan lain-lain.



Itulah yang disebut haram. Haram bukan soal tarian, tetapi dilihat dari aspek persembahan, suasana dan dilihat dengan jelas kemaksiatan. Adapun tarian dalam zikrullah, adalah tarian khusus yang lahir daripada rasa kesyahduan kepada Allah, dengan kelazatan munajat dan bertaladdud (berseronok kerana zikrullah).



Perasaan seronok dan lazat itu yang diketahui oleh orang yang mengetahuinya, merupakan anugerah Allah kepada mereka. Mereka hendak menunjukkan bahasa badan (body language) mereka dengan menari-nari tanda keseronokan, tetapi dibuat kerana Allah SWT. Atas itulah pada pendapat saya bahawa tarian dalam majlis-majlis sufi itu adalah harus.



Untuk menyatakan haram atau tidak boleh memang mudah, tetapi harus disandarkan kepada dalil. Jika tidak ada dalil atau hujah, berbaliklah kepada hukum feqah bahawa, “Asal semua perkara adalah harus sehingga ada dalil yang membuktikannya haram.”



Oleh itu berzikrullah yang difahami dari ayat al-Quran di atas, hadis Rasulullah SAW dan pandangan ulama muktabar, maka saya menyatakan ia harus dan bukanlah haram.



Wallahu ta’ala a’lam.



Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

0 comments:

Post a Comment

Islam Larang Zikir Sambil Menari – Jakim




KUALA LUMPUR 14 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.



Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan la­rangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000.

Katanya, dalam perbincangan tersebut, muzakarah memutuskan bahawa tariqat yang diguna pakai ketika berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW itu adalah bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah.

“Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau me­ngikut cara ter­sebut.

“Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya ma­syarakat Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengumuman Maj­lis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 di Dewan Perdana Syura Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari ini.

Jakim dalam kenyataannya di e-fatwa menjelaskan bahawa Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah yang dipimpin oleh Sheikh Nazim Al-Haqqani adalah menyeleweng dan pengamal ajaran tersebut diminta segera bertaubat.

Dalam kenyataan yang sama, Jakim turut meminta supaya semua negeri menggunakan ke­putusan fatwa itu dan mengharamkan umat Islam menggunakan ka­edah zikir tersebut ke­rana bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Tambah Othman, pi­haknya mendapati ba­caan puji-pujian ke atas Nabi Muhammad SAW dalam amalan zikir itu tidak salah, bagaimanapun penyampaian sambil menari dan menggerakkan anggota badan itu yang bercanggah dengan amalan serta ajaran Islam.

Katanya, tidak menjadi masalah jika individu perseorangan berzikir dengan cara itu tetapi adalah dilarang jika dilakukan di hadapan atau bersama-sama orang ramai kerana bimbang menjadi ikutan.




1 comments:

Post a Comment

AUTA - FAKTA POTA YANG TIDAK BENAR TELAH DI VIRALKAN



POHON PERHATIAN:

BERIKUT ADALAH FAKTA SEBENAR MENGENAI POTA YANG TELAH DIPUTAR- BELITKAN OLEH PIHAK-PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. FAKTA TERSEBUT ADALAH DARI SUMBER YANG SAHIH IAITU TUKANG DRAF UNDANG2 POTA ITU SENDIRI. HARAP SAUDARA2 KU TIDAK MUDAH DI PUTAR-BELITKAN OLEH FAKTA2 YANG SEBENARNYA AUTA. WALLAHUALAM......



[AUTA - Fakta tidak benar yang telah di viral...]


AKTA POTA YANG TELAH DILULUSKAN MALAM TADI DI PARLIMEN.......Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang telah diluluskan Dewan Rakyat boleh dikenakan kpd PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial spt Whatsapp, FB, Tweeter, Blog dsb. Polis akan menahan mana-mana penyebar Fitnah Kepada Pemimpin Negara termasuk yg mengubahuai gambar pemimpin negara bagi mewujud dan menanam kebencian di kalangan rakyat! Tahanan POTA minima selama 2 tahun! Tidak boleh dicabar di semua Mahkamah. Pusat Tahanan di sebuah Pulau berkeluasan 1000 Ekar di Utara Sabah telah bersedia menanti penghuninya selepas OPS POTA 2015 dilancarkan tidak lama lagi!

Hati2 kawan2..

#juz for info..



[ FAKTA SEBENAR]


😳❓APA ITU POTA?❓😳


✔POTA atau Prevention of Terrorism Act (Akta Pencegahan Keganasan) bukanlah di gubal bagi menangani isu hasutan tetapi isu aktiviti pengganasan yang mana isu aktiviti ini adalah telah dimaktubkan di dalam undang2 substantif yg lain termasuklah Bab VI dan Bab VIA di dalam Kanun Keseksaan.


✔POTA juga terpakai apabila aktiviti pengganasan ini melibatkan entiti yang telah disenaraikan di dalam Seksyen 66B dan 66C Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUA) 2001.


❌ Tuduhan bahawa POTA ini akan digunakann kepada PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN dilaman sosial atau mereka yang mengubahsuai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di kalangan rakyat adalah sama sekali TIDAK BENAR. POTA adalah bagi menangani KEGANASAN dan BUKAN HASUTAN.


❌POTA juga tidak boleh digunapakai bagi menahan seseorang hanya kerana fahaman atau aktiviti politiknya. Namun, sekiranya parti/ahli/pengikut sesebuah parti politik itu terlibat dalam aktiviti keganasan, maka POTA adalah terpakai.


✔Akta POTA mencegah sebelum kegiatan aktiviti keganasan itu dilakukan. Apakah tuan/puan mahu melihat KLCC & KLIA diletupkan oleh pengganas, baru diambil tindakan? Apakah tuan/puan mahu anak2 tuan/puan terlibat dalam aktiviti pengganasan, kemudian bila nasi sudah mnejadi bubur,tindakan baru dibuat? Ini kerana di dalam kes pengganasan, bukti2 yang diperolehi adalah berbentuk risikan dan kebanyakkan bukti2 ini sukar dibawa ke Mahkamah atas keengganan saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangan.


✔ Akta ini adalah bersifat Pencegahan yang mana kuasa eksekutif Menteri untuk menjatuhkan hukuman telah dipindahkan kepada Lembaga Pencegahan Keganasan yang dilantik oleh Yang DiPertua Agong (YDPA). Ahli2 Lembaga adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sekurang2nya 15 tahun pengalaman di dalam bidang undang2.


✔Keputusan Lembaga ini boleh dicabar dengan Semakan Kehakiman (Judicial Review).

dan


✔Peguambela dibenarkan hadir semasa keterangan diambil oleh Pegawai Inkuiri (IO) yang dilantik oleh YDPA dan IO mestilah bukan seorang anggota/pegawai PDRM. ❌👮


✔Perintah Tahanan POTA boleh dicabar, oleh itu tuduhan bahawa Perintah Tahanan POTA tidak boleh dicabar adalah sama sekali tidak benar.


✔Perintah Tahanan ini juga haruslah di bawa ke satu lagi Lembaga Penasihat sepertimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 151 Perlembagaan Persekutuan.


✔Memandangkan POTA adalah undg2 pencegahan, para tahanan akan menjalani Modul Pemulihan Khas yang telah dirangka bagi meneutralisasikan fahaman ekstemisme mereka yg mana modul2 ini menekankan aspek keagamaan (mengikut agama tahanan), moral dan rohani serta isu hubungan kekeluargaan yang mana ahli keluarga tahanan juga terlibat dalam memberikan semangat kepada para tahanan agar berjaya meneruskan proses neutralisasi.


✔Harus diingat bahawa undang2 pencegahan ini adalah berbentuk pencegahan dan bukannya undang2 punitif(bersifat menghukum).


❌Maklumat berkenaan pusat tahanan di sebuah pulau seluas 1000 ekar di utara Sabah adalah tidak benar. Ini bukan seperti Penjara Alcatraz di Teluk San Francisco yang menahan penjenayah terkenal Al-Capone. Sebaliknya para Tahanan akan ditempatkan di satu Pusat Tahanan Khas.


❗Saya menyeru agar tuan/puan menyebarkan tentang perkara ini memandangkan terlalu banyak maklumat palsu mengenai undang2 ini telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Harus diingatkan bahawa penyebaran maklumat palsu yg boleh mencetuskan kegemparan awam di mana2 platform media sosial adalah satu kesalahan dan boleh di ambil tindakan undang2 dibawah undang2 sedia ada termasuklah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.


✔ Undang2 ini digubal bagi menjamin keselamatan anak cucu generasi akan datang. Janganlah disebabkan kekurangan kita dalam memahami sesuatu perkara, natijahnya ia menjejaskan masa depan anak cucu kita. Kita bertanggungjawab dalam mencorak dan menyediakan masa depan yang lebih selamat kepada generasi akan datang. Wallahualam.....



[POTA = ISA???]


1. POTA atau Akta Pencegahan Keganasan 2015 adalah satu undang2 pencegahan yang digubal oleh Kerajaan untuk menangani mana2 individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan keganasan.


2. Akta ini bukan utk menghukum tapi untuk menahan sebagai pencegahan dan seterusnya memulihkan melalui Program Pemulihan yg dianjurkan oleh Kementerian dgn kerjasama pihak polis, penjara, Jakim dan agensi2 Kerajaan yg lain.


3. POTA adalah berbeza dgn ISA kerana POTA hanya akan digunakan terhadap pengganas. Tak boleh tangkap sebarangan.


4. POTA tak boleh di samakan dgn ISA. Antara perbezaan paling ketara adalah:


- Perintah Tahanan utk ISA adalah dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri sedangkan POTA dikeluarkan oleh sebuah Lembaga yg bebas yg mana ahli2 Lembaga tersebut dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. So, utk POTA menteri tiada kuasa langsung utk keluarkan sebagai Perintah atau arahan.


- sebelum seseorang individu dikenakan Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan, mereka perlu melalui tempoh tahanan utk siasatan polis atau juga dipanggil tahanan reman. Jumlahnya ada 60 bagi ISA dan POTA. Tetapi ianya berbeza kerana ISA totally kuasa polis utk menahan direct 60 hari sebelum Menteri keluarkan Perintah Tahanan atau Sekatan tadi. Manakala POTA perlu dibawa ke Mahkamah Majistret utk perlanjutan tempoh reman. So...sangat berbeza....?


Seperkara lagi, jika ISA, sabjek tidak boleh jumpa keluarga sedangkan POTA boleh jumpa keluarga atau waris kadim dalam tempoh tahanan utk siasatan polis atau reman tadi.


Finally, ISA selepas tahanan reman 60 hari oleh kuasa polis, Menteri akan keluar order. Sedangkan POTA dah lah bukan Menteri yg keluarkan Perintah atau order tetapi sebuah Lembaga yg bebas, bahkan seorang pegawai inkuiri akan menjalankan inkuiri atau siasatan utk membuat recommendation samada sabjek ada terlibat atau tidak. Harus diingat bahawa Pegawai Inkuiri itu tidak boleh dilantik dikalangan anggota polis tetapi mereka adalah terdiri dari pegawai skim L iaitu Perundangan. So dapat dilihat betapa telusnya POTA ini dan tiada isu mengapa POTA ini perlu disamakan dgn ISA.


1 comments:

Post a Comment

HIMPUNAN GAMBAR-GAMBAR DYMM SULTAN KELANTAN YANG BERJIWA RAKYAT































Al-fatihah buat Tok Guru Nik Aziz.

0 comments:

Post a Comment

Video Lubang Api Misteri Terbentuk Di Beijing




Beijing – Penduduk yang tinggal di sekitar bukit di luar bandar Urumqi, Xinjiang melahirkan kebimbangan dengan kemunculan sebuah lubang yang mengeluarkan haba panas dan api di kawasan itu sejak beberapa minggu lalu.

Portal berita People’s Daily Online melaporkan, haba panas sehingga mencecah 792 darjah Celsius itu boleh dirasai sejauh dua kilometer dari lubang tersebut.

Portal berita Mail Online pula melaporkan, rakaman video me­nunjukkan dahan pokok terbakar apabila penduduk menolaknya ke arah lubang seluas kira-kira 910 sentimeter lebar itu.







Penduduk tempatan membe­ritahu media China bahawa mereka menyedari kawasan ber­kenaan agak panas sebelum lubang ber­kenaan muncul.

Biro Geologi Meitian Xinjiang memaklumkan, kawasan tersebut tidak terletak di kawasan gunung berapi.

Seorang jurutera biro itu, Huang Wei berkata, lubang tersebut mungkin muncul selepas lapisan arang batu di dalam tanah habis terbakar yang menyebabkan lapisan permukaan runtuh.

“Fenomena ini telah wujud di kawasan berkenaan sejak beberapa dekad lalu,’’ katanya kepada stesen televisyen China Sentral TV Station.

Beliau berkata, asap boleh dilihat keluar dari tanah di bukit ber­kenaan ketika musim bunga dan musim luruh.

Penyelia Biro Kejuruteraan Kebakaran Meitian Xinjiang, Chen Long berkata, kawasan itu dipenuhi lombong arang batu pada 1970-an.




0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ