Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PUNCA SEBENAR ANGGOTA POLIS TUMBUK PEMANDU TEKSI



Kes menghalang dan memukul Polis Bantuan BSI.



Pada 02/12/2014 @ 8.45 pagi semasa anggota polis bantuan BSI bersama seorang rakan setugas sedang bertugas di lokasi Jalan Tun Razak, Johor Bahru berdekatan dengan bangunan City Square telah datang sebuah teksi Proton Persona no. HJA 2105 yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu menghala di hadapan Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Kemudian suspek memandu secara merbahaya hampir melanggar salah seorang dari anggota polis bantuan tersebut dan secara selamba telah meletakan teksinya di tepi jalan yang bukan tempat untuk mengambil penumpang menyebabkan anggota polis bantuan tersebut  bersama rakannya telah menghampiri pemandu teksi serta mengarahkannya beredar dengan cara baik kerana disitu adalah kawasan larangan dan bukan tempat untuk menunggu penumpang namun pemandu teksi itu enggan beredar serta telah bertengkar dan memarahi kedua-kedua anggota polis bantuan itu.

Kemudian berlaku pergaduhan sesama mereka di mana pemandu teksi telah menarik kolar baju salah seorang anggota polis bantuan itu sehingga koyak dan menendangnya di bahagian kemaluan serta memukul dengan menggunakan tangan. Oleh kerana diserang anggota polis bantuan tersebut telah membalas pukulan untuk mempertahankan diri. Kemudian datang seorang anggota polis trafik untuk meleraikan pergaduhan dan mengiringi mereka ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut.

Manakala video yang tersebar hanya sebahagian menunjukkan anggota polis bantuan BSI sedang menyerang pemandu teksi serta memburukkan imej polis. Dan polis yang terlibat hanyalah polis bantuan BSI dan bukannya Polis Diraja Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

GADIS CANTIK PARAH DITOREH PENYAMUN



Seorang wanita berusia 22 tahun ditoreh dan dipukul penyamun yang memecah masuk rumah mereka di Wakaf Berangan di Pasir Puteh, petang semalam.

Kejadian kira-kira 2 petang itu berlaku ketika wanita terbabit berada dalam bilik air, manakala ibunya, 58, berehat di bahagian dapur rumah.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata, dua suspek lelaki dipercayai warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang mempunyai ‘visor’.

“Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.

“Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik,” katanya.

Suspek dilihat mangsa cuba menanggalkan seluarnya dipercayai mahu merogol mangsa, namun membatalkan hasrat apabila suspek yang berada di luar bilik memanggilnya.

“Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.

“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain,” katanya.

Mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tangan emas dan telefon bimbit iPhone 5S warna putih dianggar bernilai RM10,000.









0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ