Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Riz AF6 Nyanyi Lagu ‘Singkapkan Doa Kami’ Khas Untuk MH370



KUALA LUMPUR – Komposer tempatan LY atau nama sebenarnya Rozman Shafie mencipta lagu ‘Singkapkan Doa Kami’ bagi meluahkan simpati beliau kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 yang kehilangan insan tersayang.

LY pernah menghasilkan lagu popular seperti ‘Aku Cinta Padamu’ (Datuk Siti Nurhaliza) dan ‘Bahagiamu Deritaku’ (Hafiz).

Pengarah Urusan Whosyn’ Signature Husain Khalid berkata lagu itu merupakan sumbangan golongan seni tanah air dalam mendoakan ketabahan anggota keluarga terbabit yang sedang berduka akibat kehilangan insan tersayang.

“Daripada kita menyebarkan spekulasi yang tidak benar di laman sosial, lebih baiklah kita mendoakan kebaikan dan kesejahteraan semua yang terlibat dalam insiden pesawat MH370 dan berdoa semoga misteri ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya kepada pemberita di Wisma Bernama hari ini.

Lagu itu antara lain menceritakan kerinduan seorang waris penumpang MH370 berikutan kehilangan pesawat berkenaan serta pengharapan dan doa agar insan tersayang pulang ke pangkuan keluarga.

Liriknya ditulis oleh Baiduri atau Norkharyati Mohd Hashim, yang juga isteri Rozman dan dinyanyikan Riz Zaizizi atau Riz AF6. – Bernama


Jom layan lagunya di bawah


2 comments:

Post a Comment

MH370: Selebriti Tanah Air Bangga Pernah Jadi Anak Kapal MAS


TRAGEDI MH370 yang tercetus, nyata menggemparkan dunia ketika ini.

Tidak kira pangkat, darjat, bangsa mahupun usia, semua insan tersentuh serta tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu yang dilaporkan mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.

Kelompok artis tempatan turut terkejut dengan insiden ini apatah lagi mereka yang pernah bertugas sebagai anak kapal dengan MAS suatu ketika dulu.

Lantaran hari ini, RAP mengumpulkan beberapa nama yang pernah menjadi pramugara dan pramugari MAS seperti Raja Azmi Raja Sulaiman, Ziana Zain, Amy Mastura, Ellie Suriaty Omar, Anuar Zain, Faezah Elai dan Nazim Othman. Antara yang lain termasuklah Datin Normala Shamsuddin, Fouziah Gous dan artis yang masih bertugas iaitu Zarul Umbrella.

Nazim Othman – Bertugas: 2000 – 2008


“Sepanjang menjadi pramugara, saya tidak pernah pula melalui peristiwa yang menakutkan. Apapun kes yang menimpa pesawat MH370 ini sangat luar biasa. Jadi, saya mengharapkan masyarakat dapat menerimanya secara positif dan tenang apa yang sudah berlaku. Janganlah membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.

“Saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Walaupun hakikatnya sangat pahit untuk ditelan, apa boleh kita buat kerana ia takdir Tuhan.

“Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu pasrah dan berdoa. Apapun, saya tetap berbangga dengan cara pengurusan MAS dalam tragedi ini dan semua pihak SAR sedang berusaha bersungguh-sungguh mencari di mana kotak hitam.”


Amy Mastura – Bertugas: 1989 – 1994


“Saya sempat lima tahun bersama MAS namun apabila berjaya pertandingan Asia Bagus! pada 1993, saya akhirnya berhenti daripada MAS, setahun kemudian.

“Syukurlah sepanjang lima tahun saya dengan MAS, tidak pernah pun saya berdepan situasi genting. Pun begitu seperti semua anak-anak kapal lain, kami dilatih untuk berdepan sebarang kemungkinan.

“Biasanya sebelum suatu penerbangan berlepas, kesemua anak-kapal terbabit lebih dulu diberi taklimat penting sebagai persiapan kerana kita mahu semuanya berjalan lancar.

“Ketika ini saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat penumpang MH370. Saya yakin semua anak kapal kita dalam MH370 sudah melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka dan usahlah kita berprasangka buruk terhadap mereka dan mendengar spekulasi negatif.”




Raja Azmi – Bertugas: 1979 – 1983

“Sebelum menjadi produser filem, saya pernah bertugas dengan MAS ketika berumur 19 tahun dengan pesawat jenis Fokker F27. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana saya suka melayan penumpang dan mendapat ramai kawan. Malah setiap kali menyarung pakaian seragam MAS, saya sangat bangga apatah lagi ketika itu hanya ada satu syarikat penerbangan komersial di Malaysia.

“Daripada F27, saya beralih ke pesawat Boeing 737, DC10, Airbus A300 dan akhir sekali, Boeing 747.

“Paling jauh saya ‘terbang’ ialah ke Rom, Itali pada 1983. Rombongan Sultan Pahang turut menaiki kapal terbang berkenaan.

“Antara saat cemas buat saya apabila kami mengalami gangguan cuaca dalam perjalanan ke Manila pada 1982. Pesawat Boeing 737 kami tiba-tiba menempuh ‘air pocket’ dan ditarik hampir 20 kaki ke bawah!.

“Habis air kopi yang mahu saya hidangkan tercurah ke badan saya apabila kapten tidak sempat memberikan isyarat amaran. Walaupun panik seketika, semua penumpang selamat dan faham dengan situasi ‘air pocket’.”



Ellie Suriaty – Bertugas: 1991 – 1998


“Terus terang niat asal saya menjadi pramugari adalah untuk mencari seorang kawan baik ketika kami bersekolah dulu. Saya akhirnya bertemu juga dengan rakan saya itu.

“Saya puas kerana berpeluang menjelajah banyak negara seperti England, Kanada, Belanda, Australia, China dan Jepun.

“Biasanya apabila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan menjadi penghibur dan mereka seperti ahli keluarga kita. Kami anak-anak kapal memang akrab.

“Melalui gangguan cuaca adalah perkara biasa. Namun kami semua sudah diajar untuk tenang dan sentiasa sedia. Paling penting usah tunjukkan rasa gugup di depan penumpang dan perlu jadi kuat. Kami kerap menjalani kursus dan mendengar taklimat penerbangan.”



Ziana Zain – Bertugas: 1990 – 1992


“Saya hanya sempat terbang dengan MAS selama dua tahun tetapi saya tetap seronok dan gembira menjadi ‘cabin crew’. Paling gembira apabila kita dapat melihat negara orang dan pergi ke tempat yang mungkin sukar untuk saya lawati ketika itu kerana keluarga saya bukannya orang yang senang.

“Penerbangan terakhir saya adalah ke Dubai sekitar Julai 1992. Selepas itu saya terpaksa berhenti demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.

“Saya bangga kerana dalam keluarga, adik saya, Anuar juga bekas pramugara dan suami saya (Armin Zaharin) masih lagi berkhidmat sebagai ketua pramugara MAS. Aura MAS nampaknya masih dekat dengan saya kerana sudah 24 tahun Armin bertugas dengan MAS.”



Anuar Zain – Bertugas: 1990 – 2000


“Saya bangga dapat berkhidmat dengan MAS selama lebih 10 tahun kerana bersama mereka banyak memberikan pengalaman indah dan berharga dalam kehidupan saya.

“Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan ramai individu yang begitu komited pada kerja dan disiplin mereka sangat hebat.

“Apatah lagi, ketika berkhidmat dulu pun saya ada pengalaman pernah bekerja dengan beberapa anak kapal yang terbabit dalam tragedi pesawat MH370 seperti ketua pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes.

“Mereka ternyata orang-orang yang bagus dan amat baik belaka. Seperti Andrew, dia adalah orang yang bertanggungjawab membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan seorang yang cukup merendah diri dan mesra.

“Begitu juga dengan Patrick, saya paling mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan amat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara.

“Hanya doa yang mampu saya berikan kepada mereka.”



Danny X-Factor – Bertugas: 2003 – 2006


“Banyak pengalaman manis dirasai sepanjang saya bertugas dengan MAS. Pendapatan saya termasuk elaun sebulan boleh mencecah sehingga RM8,000 dan saya juga sempat membuat umrah di Makkah. Antara pesawat yang pernah saya naiki ialah Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.

“Bercakap mengenai pengalaman getir, ia lebih kepada penerbangan dalam hujan lebat kerana kita harus bijak mengawal suasana supaya penumpang tidak gelisah.

“Biasanya apabila cuaca buruk, pesawat tidak akan terus membuat pendaratan, sebaliknya akan berlegar-legar dulu buat seketika di udara.

“Ketika ini ada penumpang akan tertanya-tanya dan kami akan memberitahu dengan baik agar mereka tenang dan memakai tali pinggang keledar.

“Sebagai anak kapal, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat penumpang. Ragam penumpang itu perkara biasa buat kami.”



Faezah Elai – Bertugas: 2003 – 2005

“Saya sempat berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS. Namun saya bertuah kerana sudah ‘terbang’ jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang saya naiki adalah Boeing 737, 777 dan 747.

“Banyak cabaran harus dilalui sebagai pramugari dan kita perlu melayan semua penumpang dengan sebaik mungkin.

“Tiada istilah yang buruk atau teruk kerana bagi saya semua cabaran itu harus digalas dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah saya seronok bermesra dengan penumpang yang ramah dan mendapat kawan baru. Lebih teruja kalau saya dapat bertugas bersama anak-anak kapal yang rapat andai kami ‘terbang’ ke satu-satu destinasi yang jauh.

“Kalau ada ‘night stop’, kami boleh berjalan-jalan dan membeli-belah bersama.” – Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Nik Aziz menangis mohon maaf kepada rakyat Kelantan

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf kepada rakyat Kelantan ketika menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka, Kelantan, pagi tadi. Gambar daripada Facebook Nik Aziz.



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil bergenang air mata pagi ini memohon maaf di atas segala kesilapan yang beliau lakukan sepanjang memimpin Kelantan sebelum ini.

Nik Aziz memohon maaf itu ketika beliau menyampaikan kuliah subuhnya di Masjid Pulau Melaka yang terletak di sebelah rumahnya.

Bahkan, Nik Aziz mengaitkan sakit yang beliau alami sekarang adalah kifaarat (balasan untuk membersihkan dosa) daripada dosa dilakukan selama memimpin Kelantan.

"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. Ni sakit saya mungkin Allah nak kifaarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," kata bekas menteri besar Kelantan yang paling lama memimpin negeri itu pagi tadi.

Lazimnya, Nik Aziz akan membelakangkan makmum ketika memberikan tazkirah Subuh di masjid, tetapi pagi ini beliau mengadap Jemaah yang memenuhi Masjid Pulau Melaka.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini pernah mengkritik Nik Aziz kerana menyampaikan tazkirah sembil membelakangkan orang yang mendengar tazkirahnya.

Nik Aziz tidak menyambung tugasnya sebagai menteri besar Kelantan selepas menduduki kerusi itu selama lima penggal mulai 1990 hingga 2013.

Beliau adalah MB Kelantan paling lama memerintah iaitu selama 23 tahun.

Beliau digantikan oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakub. Namun sejak Nik Aziz tidak memimpin Kelantan, kepimpinan negeri itu agak kecoh apabila berlaku kritikan dalaman terhadap kepimpinannya dari dalam PAS dan Pakatan Rakyat sendiri.

Sejak tidak menjadi MB, kesihatan Nik Aziz semakin teruk dengan kerap berulang-alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia, yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Beliau mengalami masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menampung urinnya.

Bagaimanapun, semangatnya tidak pernah luntur dan sentiasa memberikan sokongan moral kepada partinya dan Pakatan Rakyat.

Jika sihat, Nik Aziz akan ke pejabatnya di Kota Darul Naim iaitu Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) yang ditubuhkan oleh pentadbiran Kelantan yang baru.

Institut itu ditubuhkan bertujuan memastikan pemikiran Nik Aziz terus dapat dimanfaatkan walaupun beliau bukan menteri besar lagi.

Malam tadi Nik Aziz tidak menyertai majlis himpunan Reformasi 2.0 di Kota Baru yang turut disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak sihat. – 29 Mac, 2014. - TMI

0 comments:

Post a Comment

MH370: FBI Tidak Temui Sebarang Keraguan Dalam Simulator Penerbangan Kapten Zaharie





PUTRAJAYA - 29/3/2014: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) tidak menemui sebarang keraguan dalam simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sehingga hasil penyiasatan diselesaikan oleh pihak polis di sini.

"Itu akan diumumkan oleh Ketua Polis Negara, yang menekankan empat senario kemungkinan apa yang boleh menyebabkan pesawat itu hilang dua minggu lalu, iaitu keganasan, rampasan, masalah peribadi dan psikologi, atau kegagalan teknikal.



"Senario ini telah dibincangkan secara panjang lebar dengan agensi-agensi perisikan yang berbeza," kata Hishammuddin, sambil menambah bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA), Perkhidmatan Perisikan Rahsia United Kingdom ( MI6 ) dan agensi-agensi Cina terlibat dalam penyiasatan ke atas simulator penerbangan.

Pada 14 Mac lalu, polis mengadakan serbuan di rumah Kapten Zaharie , 53, di Shah Alam dan mengambil simulator penerbangan peribadinya selepas persoalan dibangkitkan mengenai kedua-dua juruterbang di kokpit, berikutan selepas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat itu disyaki dengan sengaja dialihkan dari laluan penerbangannya.

Polis turut memeriksa rumah pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27.

1 comments:

Post a Comment

MH370: Rupanya Di China Lagi Banyak Nahas Melibatkan Pesawat, Nyawa



MEDIA asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini.

Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.

Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan.

Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak.

Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi.

Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas.

Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru.


Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang.

Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu.

Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.

Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang.

Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian.

Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak. – MYNEWSHUB.MY

0 comments:

Post a Comment

MH370: MIMPI NGERI KEDUA USTAZ BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU




Maaflah... mimpi pertama ustaz tidak ada di blog ini... anda mungkin boleh google di sini (klik)

#MH370: LAGI MIMPI NGERI USTAZ BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU


Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.



Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------

PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun
Link: Mimpi ke2

1 comments:

Post a Comment

MH370: Apa Salahnya Dengan Teori Konspirasi?

Apa Salahnya Dengan Teori Konspirasi


KUALA LUMPUR- 29/3/2014: Kita mungkin akan mengetahui apakah nasib yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang telah hilang hampir tiga minggu lalu, atau mungkin juga tidak.

Atau mungkin juga, biar apa sahaja penemuan dari serpihan pesawat atau kotak hitam yang ditemui, sebahagian dari kita berkemungkinan tidak akan dapat menerimanya.

Pengumuman Perdana Menteri yang pesawat malang itu hilang di bahagian selatan Lautan Hindi, hadir pada hari ke-17 selepas pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, ketika dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Namun, sejak itu juga pelbagai spekulasi dan teori samakin banyak yang timbul, sehinggakan ke hari ini ada antara kita yang mempersoalkannya (kehilangan pesawat), masih berharap yang pesawat membawa 239 nyawa itu menemui nasib yang lebih baik, tidak hilang di bawah dasar Lautan Hindi.

Berasaskan teori konspirasi juga, ada yang beranggapan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Ada yang mendakwa pesawat dirampas, mendarat di satu kawasan yang tersembunyi dan akan dijadikan senjata. Ada pula yang berkata kejadian didalangi anggota kumpulan rahsia “Illuminati” bagi mendapatkan hak kepada “paten” sesuatu produk. Ada juga yang berkata kononnya pesawat dilencongkan ke Diego Garcia, bagi menyembunyikan kandungan kargo yang dibawa pesawat. Mana boleh kita mengenepikan teori Segitiga Bermuda, Black Hole dan makhluk asing yang banyak diperkatakan.

Kebanyakkan teori melampau dan paranormal ini agak pelik tanpa asas saintifik untuk menyokongnya, ini hanya meningkatkan harapan terhadap ahli keluarga penumpang dan kru yang masih mengharapkan akan ada petunjuk menjelaskan segalanya, meskipun ia sekadar spekulasi.

Bagaimanapun, menurut satu kajian teori konspirasi ada fungsinya – sebagai satu mekanisme untuk orang ramai menghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu.

“Dalam kes pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang untuk mendapatkan penjelasan buat mereka yang memerlukannya.

“Saya tidak berpendapat teori konspirasi sentiasa memberikan impak negatif. Ia memenuhi fungsinya dalam masyarakat. Ia mungkin bukan fungsi yang baik, atau membantu, tetapi ia memberikan respon rasional terhadap satu fenomena yang sukar,” kata Dr Viren Swami, seorang pakar psikologi dari Universiti Westminster, United Kingdom.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Swami menjelaskan yang sudah menjadi sifat manusia untuk mendapatkan jawapan (terhadap sesuatu persoalan) dan untuk memahami seuatu yang tidak diketahui atau difahami.

“Seseorang itu mungkin tidak percayakan teori konspirasi, tetapi ia memberikan penjelasan ringkas untuk sesuatu perkara yang sukar difahami. Ia membolehkan (pihak yang menerimanya) merasa lebih lega dan baik. Dengan adanya perasaan ini, ia memberikan mereka suara. Ia memberikan mereka seakan kuasa,” katanya.

Penerimaan pelbagai teori mengenai kehilangan ‘misteri’ pesawat juga dikatakan disumbang oleh maklumat bercanggah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, adakalanya tidak disahkan kesahihannya dan juga laporan berbentuk spekulatif oleh pihak media.

Dalam reaksi terhadap peningkatan pelbagai spekulasi, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien terpaksa menghabiskan tempoh sidang medianya untuk menangkis khabar angin, spekulasi dan laporan yang tidak sahih.

Namun apabila ada serpihan ditemui, tetapi tidak disokong oleh data konklusif mengenai di manakah posisi pesawat, tidak dapat tidak, ia menguatkan lagi teori ada cubaan untuk menutup ‘sesuatu’.

Menurut Nicholas DiFonzo, seorang pakar dalam bidang kajian ’khabar angin’ daripada Institut Teknologi Rochester, ramai yang tidak lagi percaya kepada saluran maklumat dan pihak berkuasa terpaksa bekerja keras untuk mengemukakan ‘bukti’ terhadap teori-teori mereka sendiri.

“Adalah penting untuk memastikan orang ramai dan ahli keluarga dimaklumkan (apa jua makumat) bagi mengelak dan menguruskan spekulasi yang tidak diingini. Namun dalam kes ini (MH370) ia sememangnya tidak masuk akal. Saya tidak pasti sama ada penerangan yang lebih baik dari pihak berkuasa akan membantu ( mengurangkan spekulasi),” katanya.

Selain itu, pihak media, internet dan sifat dahagakan maklumat oleh masyarakat memberikan cabaran kepada pihak berkuasa untuk menguruskan krisis sebegini.

“Tumpuan 24-jam media terhadap berita ini menyukarkan lagi keadaan, ini kerana (pihak media) perlu membekalkan orang ramai dengan berita bagi merungkai persoalan. Ramai yang terlalu obses dengan ‘misteri’ ini, ia disumbangkan lagi berita-berita yang disampaikan pihak media, ditambah lagi oleh berita dari internet yang bersifat interaktif,” kata DiFonzo.

Laman media sosial, katanya adalah ruang paling mudah untuk digunakan dan mencetuskan pelbagai spekulasi.

“Media sosial melakukannya dengan' baik'. Ia memberikan ruang untuk teori konspirasi berkembang tanpa ada pihak yang boleh menangkisnya – tiada bukti-bukti bercanggah atau analisis yang kritikal. Apabila anda memberikan maklumat yang kritikal berkenaan sesuatu teori, ia berjaya mengurangkan andaian ia sekadar satu konspirasi.”

“Rangkaian atas talian adalah “mesra” kepada teori konspirasi dan bertindak sebagai satu ruang bersuara. Mendengar berulang kali dari sumber yang mereka percayai, dan sebagai sebahagian daripada rangkaian dimana ‘kepercayaan’ terhadap teori tertentu disebarkan, menyebabkan seseorang itu akan mudah mempercayai sesuatu teori ,” tambah DiFonzo.

Jadi adakah kita (termasuk mereka yang paling rasional) terdedah untuk menerima dan menyebarkan teori-teori konspirasi,? Jawapannya adalah ‘ya’ kata Swami, namun bergantung kepada pelbagai perkara seperti personaliti dan psikologi seseorang individu.

“Mereka yang lebih mudah terdedah kepada (mempercayai) konspirasi adalah mereka yang mempunyai rasa rendah diri , mereka yang tidak berkuasa dan mereka yang beranggapan tidak diberikan pilihan.

“Apabila anda telah mempercayai teori konspirasi ini, anda juga berkecenderungan untuk menerimanya. Sebagai contoh, jika anda percaya kepada konspirasi serangan 9/11, atau tidak percaya manusia telah menjejak kaki di bulan, anda akan berkecederungan juga untuk mempercayai teori-teori berhubung kehilangan pesawat (MH370),” katanya.



0 comments:

Post a Comment

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga....


Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga


Makan Katak Hidup di Restoren Jepun 


Pernah dengar makanan Jepun bernama sashimi? Persis sushi, Sashimi selalunya diperbuat daripada isi ikan segar yang dimakan bersama sup khas. Namun berbeza bagi sebuah restoren di Jepun ini, ia menghidangkan sashimi menggunakan daging katak segar yang masih hidup!

Katak yang dihidangkan adalah dari jenis bullfrog. Menariknya, katak yang dihidangkan ini masih mempunyai sedikit nyawa walaupun sebahagian anggota badannya sudah pun dipotong untuk dimakan mentah dan sebahagiannya lagi dibuat sup. Mereka kata baik untuk memulihkan tenaga...(tenaga apa tak tahu laaaa) huhu

Bayangkan katak yang masih nyawa-nyawa ikan ini dapat melihat anggota badannya dimakan oleh manusia secara live! huwekkkkkk

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga


Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga

Daging Katak Baik Untuk Memulihkan Tenaga


sumber: stomp.com.sg



1 comments:

Post a Comment

Sayur Baik Dimasak atau Dimakan Mentah?


Sayur Baik Dimasak atau Dimakan Mentah?

Sayur merupakan makanan terpenting dalam memastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Untuk diet juga sayur adalah elemen wajib yang perlu diambil bagi menjamin mineral dan nutrien yang cukup dalam badan. Namun banyak mitos, fakta dan kajian mengatakan sayur perlu mentah untuk mengelakkan daripada khasiatnya musnah. Benarkah?



Menurut pakar pemakanan Dr Oz, khasiat sayur musnah bergantung kepada cara masakan dan juga proses penyimpanannya. Tak semestinya sayur yang mentah lebih baik daripada di masak. Dan juga yang masak lebih baik daripada mentah. Berikut merupakan fakta mengenai sayur yang elok dimakan mentah ataupun dimasak.


Brokoli - Baik dimakan mentah
Sememangnya brokoli dan kobis bunga adalah sayur yang selalunya dimasak namun di dalamnya terdapat enzim myrosinase. Myrosinase membantu melawan kanser perut dan juga ulser. Masak boleh memusnahkan enzim tersebut.


Cili Merah - Baik dimakan mentah mentah
Kaya dengan vitamin C. Masak boleh mengakibatkan vitamin C terurai dan musnah dalam masakan.


Tomato - Lebih baik jika dimasak
Mengandungi lycopene yang merupakan antioksida. Kajian menunjukkan molekulnya berubah bentuk menjadi lebih berguna apabila dikenakan haba dan ia seeloknya dimasak untuk memudahkan lycopene diserap ke dalam badan.


Bawang - Lebih baik jika dimasak
Mengandungi quercetin yang membantu mencegah radang. Ia sangat kaya dalam bawang merah dan kuning berbanding putih. Masak selama 5 minit ke atas boleh mengakibatkan khasiatnya hilang.


Lobak - Boleh dimasak dan dimakan mentah
Untuk mengelakkan polyphenol - antioksida melawan kanser dan vitamin C terurai atau musnah ia elok dimakan mentah atau ; Untuk menambahkan pengeluaran Beta Carotena - antioksida yang membantu penyerapan vitamin A (vitamin yang elok untuk mata dan juga penting dalam tumbesaran) seeloknya dimasak.


Sayur Baik Dimasak atau Dimakan Mentah?


Teknik masakan terbaik untuk sayur


Kukus Segera
Teknik ini dapat mengekalkan beberapa vitamin contohnya vitamin B dan C yang sememangya mudah larut dan terurai dalam air dan juga vitamin A yang senang terurai dalam minyak. Teknik masakan juga amat penting dalam memastikan pengekalan khasiat kerana amat rugi jika kita tidak mendapat manfaat daripada sayur tersebut hanya kerana kita terlebih masak.


Sumber : Doctor OZ dan livestrong



0 comments:

Post a Comment

Bahaya Menggunakan Selipar Jepun





Bahaya Menggunakan Selipar Jepun




Pasti ramai diantara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang digunakan oleh rakyat Malaysia terutamanya di bilik air. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya. Penggunaan di bilik air juga boleh menjadi bahaya kerana licin...


1. Tidak Ada Penyokong
Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

Bahaya Menggunakan Selipar Jepun

Bahaya Menggunakan Selipar Jepun


2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.


3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik dengan menggunakan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini apatahlagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan kaki anda tergelincir dari pedal, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.


4. Sakit Punggung
Kerana tidak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai selipar jepun terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, lama kelamaan boleh menjadi sakit punggung.


5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.


Sumber: gempak.org

0 comments:

Post a Comment

Rahsia Yang Maha Agung - Air Terjun Bawah Lautan Hindi

Air Terjun Bawah Lautan Hindi


Pantai Mauritius, Bagai Air Terjun Bawah Laut.

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Mauritius adalah sebuah negera di kepulauan Lautan Hindi sekitar 2.000 kilometer (1.200 mil) di lepas pantai tenggara benua Afrika. Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab sekitar 975 AD, kemudian oleh bangsa Portugis antara tahun 1507 dan 1513. Sejak itu telah ada periode suksesi dan kolonisasi antara Perancis, Belanda dan Inggris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di ujung Selatan (Barat Daya) pulau, akan menemui ilusi yang sangat menarik di lepasan pantai syurga tropika ini. Bila dilihat dari atas, sebuah limpasan dari pasir dan endapan lumpur menciptakan kesan “air terjun bawah laut”. Tampilan satelit terlihat dramatis, seperti vortex bawah air tampak muncul. Dan ini bukan Photoshop, tetapi Imagery dari Google Earth.

Menjulang tinggi di dekat pantai di namakan Le Morne Brabant adalah semenanjung di ujung ekstrim barat daya dari pulau. Sebuah puncak monolit basaltik dengan ketinggian sekitar 556 meter (1.824 kaki) di atas permukaan laut.

Area Le Morne Brabant meliputi seluas lebih dari 12 hektar. Ada banyak gua dan serambi di lereng curam. Daerah ini sebagian besar dikelilingi oleh laguna dan merupakan objek wisata terkenal. Ini juga merupakan perlindungan bagi beberapa tanaman langka, seperti Mandrinette dan tumbuh hanya pada sisi gunung.

Sekitar putaran pantai, juga terdapat sebuah kenyamanan dari pantai yang indah dari hotel dan resort tingkat atas, seperti Bel Ombre. Rakyat negara itu terdiri dari beberapa etnik, sebahagian besar orang India, Afrika, Perancis, dan Cina keturunan. Kebanyakan Mauritians menggunakan multi bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, dan bahasa Cina.

Maka terungkaplah rahsia yang Maha Agung.

Air Terjun Bawah Lautan Hindi

Air Terjun Bawah Lautan Hindi


Air Terjun Bawah Lautan Hindi

Air Terjun Bawah Lautan Hindi

Air Terjun Bawah Lautan Hindi

1 comments:

Post a Comment

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370





Sebenarnya artikel ini telah ditulis seawal 10 Mac yang Ida copy & paste dari sini. 9 teori ini segalanya mungkin boleh terjadi tetapi yang pasti pesawat MH370 telah pun diumumkan berakhir di Selatan Lautan Hindi.



TEORI 1: Kegagalan Enjin

Terjadinya bencana struktural akibat kegagalan enjin pada Rolls-Royce Trent 800 yang dipakai di Boeing 777-200 MAS.

Kebanyakan pesawat diperbuat dari aluminium sehingga seiring perjalanan waktu akan kalis terhadap corrosion, terutama pada kawasan-kawasan dengan kelembaban tinggi. Namun melihat pada sejarah panjang pesawat termasuk catatan keselamatan yang baik, para pakar menepis kemungkinan ini terjadi pada MH370.

Tambahan pula pesawat ini memiliki dual-enjin, yang jika berlaku sesuatu pada enjin utama, ia masih mempunyai backup daripada enjin kedua.

Melainkan terjadinya kes seperti pesawat Boeing 777 milik Bristish Airways yang jatuh sekitar 300 meter dari landasan Lapangan Terbang Heathrow di London pada Januari 2008. Pesawat kehilangan daya graviti kerana adanya pembentukan ais dalam sistem bahan bakar menyebabkan kegagalan pada dua enjinnya.




TEORI 2. Cuaca buruk

Boeing 777-200 dirancang untuk tetap boleh terbang sekalipun dalam keadaan ribut taufan. Meskipun demikian, pada Jun 2009 pesawat milik Air France yang terbang dari Rio de Janeiro, Brazil ke Paris terhempas di Lautan Atlantik akibat cuaca buruk. Seluruh penumpang yang jumlahnya 228 orang termasuk krew pesawat terkorban. Pilot juga tidak pernah menghantar isyarat kecemasan.

Tetapi dalam kes MAS MH370, cuaca sedang dalam keadaan cerah. Disebabkan itu para pakar menepis kemungkinan MH370 jatuh akibat cuaca buruk.

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370




TEORI 3: Disorientasi pilot

Hipotesisnya, pilot menjalankan sistem autopilot dan pergi meninggalkan cockpit. Ketika menyedari berlaku sesuatu pada pesawat, ternyata ia sudah terlambat.

Namun kemungkinan ini terjadi pada MH370 juga ditepis para pakar kerana pesawat itu boleh terbang hingga 2-3 jam sejak terakhir dihubungi, yang bermaksud masih dapat menempuh jarak hingga 4800 kilometer. Namun, MH370 ternyata tidak masuk ke dalam sistem radar pengendali lalu lintas udara lainnya ketika hendak keluar dari pusat kawalan di Kuala Lumpur.

Tambahan pula setiap pesawat akan ditemani oleh co-pilot bagi membantu kapten. Dan jika pun berlaku sesuatu pada pesawat pada ketika ini, pilot masih sempat untuk berkomunikasi atau menghantar isyarat kecemasan



TEORI 4: Bom

Teori ini antara kemungkinan yang sedang disiasat oleh pihak DCA dan pihak berkuasa di Malaysia. Pada Januari lalu, pihak berkuasa Amerika Syarikat pernah mengeluarkan amaran tentang ancaman bom kasut kepada syarikat-syarikat penerbangan di dunia, berdasarkan hasil risikan pihak berkuasa negara itu.

Namun, teori ini juga masih belum dapat dibuktikan.



TEORI 5: Claustrophobic failure

Dalam sebuah penerbangan, bahagian paling berbahaya adalah ketika perlepasan dan mendarat. Jarang terjadi insiden ketika pesawat sudah berada 7 mil di atas permukaan bumi. Bahkan catatan statistik Boeing menunjukkan hanya 9 peratus kemalangan terjadi ketika pesawat sudah berada di ketinggian.

Namun khusus MH370, pesawat tiba-tiba lenyap dari radar. Kalaupun terjadi kegagalan mesin pada Boeing 777-200, maka juruterbang tentu masih sempat menghantar isyarat kecemasan.

Para pakar menduga telah terjadi sesuatu yang cepat sehingga juruterbang tidak sempat membuat panggilan darurat. “Tidak adanya isyarat kecemasan menunjukkan sesuatu yang begitu mendadak dan terjadi sangat pantas,” ulas William Waldock, pakar penyelidikan kecelakaan pesawat dari Embry-Riddle Aeronautical University, Amerika Syarikat.

Claustrophobic failure boleh terjadi akibat kegagalan enjin, pesawat kehilangan kuasa, letupan (bom), ataupun pesawat terlanggar sesuatu.

9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370




TEORI 6: Pesawat Meletup

Pengamat penerbangan yang juga editor di laman airlineratings.com, Geoffrey Thomas menduga pesawat MH370 tiba-tiba meledak di udara. Alasannya, kerana tidak ada panggilan mayday yang dibuat pilot sebagai tanda kondisi darurat.

Kapten John M Cox, CEO di Safety Operating System yang menghabiskan 25 tahun umurnya di dunia penerbangan mengatakan, salah satu indikator pertama tentang hal yang terjadi pada MH370 adalah ukuran serpihan pesawat. Jika ukuran serpihannya besar dan tersebar hingga bermil-mil jaraknya, maka pesawat kemungkinan pecah di ketinggian. Hal itu menunjukkan adanya pengeboman atau kerosakan besar pada struktur pesawat.

Tetapi jika serpihannya tersebar di kawasan yang kecil, maka kemungkinan pesawat jatuh dari ketingian 35 ribu kaki dan pecah saat menyentuh air. Meskipun demikian Cox tidak mahu berspekulasi lebih banyak.




TEORI 7: Ditembak oleh tentera

Ini hanyalah sekadar teori meskipun kemungkinannya kecil. Kejadian pesawat komersial ditembak oleh pihak ketenteraan pernah terjadi pada Julai 1988 ketika pesawat Iran Air ditembak oleh USS Vincennes. 299 penumpang dan krew Iran Air maut. Insiden serupa terjadi pada Korean Air yang ditembak jatuh oleh jet tempur Rusia pada 1983.

Perlu diketahui bahawa kawasan laut China Selatan adalah kawasan tegang yang sering menjadi rebutan di antara beberapa negara antaranya China, Vietnam, Filipina, Taiwan dan termasuklah Malaysia. Kawasan ini sering terjadi perbalahan antara kuasa-kuasa tentera oleh negara-negara sekitarnya.

Namun teori ini mungkin boleh disangkal kerana laluan yang digunakan oleh MH370 ini disifatkan sebagai laluan penerbangan paling sibuk di mana dikatakan setiap 10 minit akan ada pesawat yang melalui laluan ini.


9 TEORI Konspirasi Kehilangan Pesawat MAS MH370


TEORI 8. Hijacked/Diserang Pengganas.

Ini adalah teori yang hangat diperdebatkan ketika ini. Terdapat beberapa kes atau hipotesis yang diutarakan oleh pemerhati untuk menyokong teori ini.

Pertama, Ketua Koordinasi, Datuk Azaharuddin Abdul Rahman mengesahkan terdapat dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu. Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. Berdasarkan laporan pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri sejak dua tahun lalu ketika di Thailand. Laman CNN pula mendedahkan kedua-dua penumpang ini membeli tiket pesawat secara online melalui China Southern Airline (syarikat perkongsian kod MAS) dengan menggunakan kad kredit/debit yang sama dan nombor booking secara berturutan. Kedua-dua ini disyaki sebagai pengganas. Namun dakwaan ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa.




Kedua, berdasarkan laporan akhbar New Straits Time hari ini yang memetik temubual dengan seorang juruterbang MAS yang dalam penerbangan ke Jepun memberitahu sempat menghubungi pesawat MH370 berkata dia ada mendengar bunyi bising 'mumbled', seolah-olah berlaku sesuatu di dalam kokpit pesawat tersebut. Bagaimanapun laporan ini bertentangan dengan kenyataan pusat kawalan udara yang menyatakan tiada sebarang komunikasi berlaku. Kemungkinan bunyi 'mumbled' itu daripada seseorang yang memecah masuk ke kokpit, atau seseorang sedang memberi 'sesuatu arahan'.

Ketiga, rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan 'air turn back' atau berpatah balik, menunjukkan sesuatu mungkin berlaku. Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata, penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu."Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa," katanya.

Keempat, sesetengah pendapat mengaitkannya dengan insiden keganasan di Kunming, China pada minggu lalu dimana sekumpulan pengganas memecah masuk ke dalam sebuah keretapi awam dan menikam orang ramai. Seramai 29 orang terkorban. Fakta kes di mana 3/4 daripada penumpang MH370 adalah warganegara China dan berlakunya insiden pasport palsu, boleh menguatkan hipotesis ini.




TEORI 9: Kesilapan Juruterbang/ Bunuh Diri

Ini juga sekadar teori dan andaian, berdasarkan beberapa kes sebelum ini seperti yang terjadi pada pesawat Air France 447 pada 2007 di mana hasil bedah siasat dari rakaman kotak hitam mendedahkan sebahagian punca daripada pesawat itu terhempas adalah disebabkan oleh kegagalan juruterbang untuk bertindak balas terhadap kegagalan beberapa instrument di dalam kapal terbang itu.

Begitu juga dengan kejadian pesawat Silk Air yang terhempas selepas hasil bedah siasat menunjukkan punca ia terhempas disebabkan oleh tindakan bunuh diri juruterbang pesawat itu sendiri.










1 comments:

Post a Comment

Pasangan Sweden Dihukum Penjara 14 Bulan Kerana Dera Anak



KUALA LUMPUR - 28/3/2014: Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.

Menurut peguam Shalwati, Kristopher Stahre, anak guamnya didapati bersalah kerana memukul kempat-empat anaknya berulang kali dan dihukum penjara selama 14 bulan.

Walau bagaimanapun, di bawah pembebasan bersyarat, Shalwati perlu menjalani hukuman kira-kira tujuh bulan atau kurang, tertakluk kepada tingkah laku yang baik

Azizul pula dijatuhkan hukuman penjara 10 bulan kerana memukul tiga daripada empat anaknya.Dia telah dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.

Hakim, Mattias Moller juga mengarahkan kedua-dua mereka membayar ganti rugi kepada semua anak-anak mereka dan tiada arahan diusir keluar Sweden oleh mahkamah selepas menjalani hukuman penjara.

Stahre berkata, usul untuk merayu supaya hukuman diringankan masih dalam perbincangan antara dia dan anak guamnya.

Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.

Azizul Awaluddin Raheem, seorang pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.

Kesemua mereka dibawa pulang dari Sweden oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin, pada awal bulan ini.

Anak sulung pasangan tersebut, Aishah, 14, dan Ammar kini bersekolah di SMK Padang Kala sementara Adam, 11 dan Arif pula menuntut di SK Padang Kala, Kota Bharu. -awani




2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ