Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kisah Allahyarham TS Jamaluddin Jarjis Yang Tidak Diketahui Ramai


Dikongsi satu kisah dari facebook Syahril A.Kadir  yang membuat admin rasa terharu

Untuk sekian kalinya...sejak sekian lama, saya ingin memberitahu...inilah rumah anak yatim di Pulau Nias, Sumatera Utara Indonesia yang dibantu Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis 'secara senyap-senyap' sejak hampir 10 tahun lalu.

Saya adalah orang yang akan dihubungi secara direct melalui telefon bimbit oleh Tan Sri untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi beliau untuk anak-anak yatim mangsa gempa bumi ini terutama menjelang musim lebaran. Selalunya akan ada dua tiga orang kepercayaan beliau akan bersama saya dalam setiap misi bantuan ini

Selain daripada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Islam, Tan Sri atas dasar kemanusiaan juga pernah mengarahkan kami menyalurkan sumbangan kepada anak yatim mangsa gempa bumi beragama Kristian di pulau itu.

Kali terakhir saya membawa wang zakat Tan Sri ke sini ialah kira2 empat bulan lepas...dan utk pengetahuan semua, bukan ini saja sumbangannya malah byk lagi terutama di dalam negara tetapi semua dibuat tanpa media dan publisiti.

" Selagi saya hidup tak payahlah cerita benda ni, " kata beliau. Itu yg sering terngiang di telinga saya sehingga ke hari ini .

Semoga Allah merahmati beliau...Al Fatihah...saya kehilangan kata-kata...

SAK: Tan Sri damailah di sana...hajat dan amanah Tan Sri telah kami tunaikan...doa kami bersama Tan Sri...selamanya..









5 comments:

Post a Comment

Gambar Dipercayai Eidiana Co Pilot Dan Chris Pilot Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter




Gambar Dipercayai Eidiana Co Pilot Dan Chris Pilot Yang Terkorban Dalam Nahas Helikopter Gambar ini admin terima dari group whatsapp. Turut nahas bersama mereka adalah Tan Seri Jamaluddin Jarjis Ahli Parlimen Rompin dan Ketua Setiausaha Sulit YAB PM Dato Seri Azlin Dato Tan daripada Kedah iaitu pemilik Mid Valley serta Razkan bodyguard PDRM.


Baca berita selanjutnya di sini dan di sini 



1 comments:

Post a Comment

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan





17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

*Selepas baca boleh SHARE*


Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1). Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati


2). Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas


3). Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas


4). Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.


5). Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan


6). Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.


7). Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


8). Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok. Boleh diangkat dan dihidang.


9). Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang


10). Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa


11). Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.


12). Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


13). Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


14). Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.


15). Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.


16). Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


17). Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE





Sumber Legacy Secret Trading FB

0 comments:

Post a Comment

GAMBAR TERAKHIR TS JAMALUDDIN JARJIS YANG DIAMBIL DIMAJLIS PERSANDINGAN ANAK DS NAJIB DI PEKAN




Gambar Tan Seri Jamaluddin Jarjis Ahli Parlimen Rompin dan Ketua Setiausaha Sulit YAB PM Dato Seri Azlin sewaktu dimajlis persandingan anak YAB PM petang tadi di Pekan. Kedua dua mereka dilaporkan tekorban akibat nahas helikopter petang tadi di Semenyih. Al Fatihah
Mereka yang dilaporkan tekorban akibat nahas Helikopter petang tadi:

1.Chris - Pilot
2.Eidiana - co pilot
3.Tan Sri Dato' Sri JJ
4.Dt seri azlin - sus kanan pm
5.Dato Tan - From Kedah
6. Razkan - PDRM



Al-fatihah








0 comments:

Post a Comment

Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis Antara Penumpang Yang Maut Dalam Kemalangan Helikopter Petang Tadi












Semenyih – 4/4/2015  Lima maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.

Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.

Menurut sumber SuaraTV, ahli parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis antara penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut.




Selain Dr Jamaluddin, pesawat terbabit dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato Azlin Alias.

Sumber tersebut turut berkata, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu di pandu oleh Kapten Cliff Fournier, dilaporkan terbakar sebelum terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang – Kg Pasir Baru.

Kesemua mangsa dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.

Ahli parlimen Rompin itu sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA) dan Utusan Khas Malaysia bertaraf menteri ke Amerika Syarikat,

Namun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung kenyataan sumber tersebut dan SuaraTV masih menuggu pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian ini.

Sehingga laporan ini ditulis, dilaporkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Kajang dan Bangi telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu menurut sumber portal Utusan Online lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.

Dua mangsa dikatakan rentung manakala tiga mangsa lain berjaya ditemukan, manakala nasib seorang lagi penumpang masih belum dapat dipastikan.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ke atas seorang lagi mangsa itu.

Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pula berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama. - SuaraTV










0 comments:

Post a Comment

25,556 ADUAN DITERIMA PADA HARI KEDUA GST







25,556 aduan GST diterima – Hasan

03 April 2015 1:29 AM
Hasan Malek (kanan) bersama Ahmad Bashah Md. Hanipah (tengah)
KUALA LUMPUR 2 April - Sebanyak 25,556 aduan berhubung cukai barang dan perkhidmatan (GST) diterima sejak sistem cukai baharu itu dilaksana semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, 23,871 aduan diterima menerusi sistem aplikasi telefon mudah alih, MyKira GST, 1,109 (talian hotline) dan 576 (laman e-Aduan).

Menurutnya, aduan-aduan tersebut penting bagi membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti premis dan peniaga yang melakukan penyelewengan supaya tindakan tegas dapat diambil serta-merta terhadap mereka.

Katanya, orang ramai selaku pengguna perlulah menggunakan semua medium yang telah disediakan pihak berkuasa bagi melaporkan penipuan peniaga atau kekeliruan berhubung harga yang dipamerkan.

“Setakat ini, pelbagai aduan dite­rima dan dijawab dengan baik oleh pegawai bertugas. Walaupun terdapat rungutan berhubung perkhidmatan seperti talian terputus atau tidak disambung, kami mengharapkan agar orang ramai faham masalah dihadapi seperti talian sibuk dan sebagainya.

“Sekiranya terdapat aduan, kita akan segera bertindak. Pihak berkuasa tidak akan menerima sebarang alasan daripada para peniaga yang melanggar kesalahan dan sengaja mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyertai Ops Pematuhan GST-Catut dan melakukan tinjauan harga barang di beberapa premis di pusat beli-belah Mid Valley bersama Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad.

Beliau turut menyaksikan penyerahan prosedur operasi standard (SOP) bersepadu antara JKDM dengan KPDNKK dalam melaksana Ops Pematuhan GST-Catut dan Ops Catut Fasa II KPDNKK.

Dalam pada itu, Hasan berkata, sebanyak 7,770 premis perniagaan di seluruh negara diperiksa sejak Ops Catut 2 dilancarkan bermula semalam.

Katanya, pemeriksaan tersebut dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua jenis premis perniagaan seperti pasar raya, pasar tani dan kedai runcit termasuk juga pengilang, pengedar, pemborong dan pengeluar.

“Sasaran operasi kali ini ialah di beberapa industri terpilih, pasar raya dan bengkel kereta. Malah, pemeriksaan turut dilakukan di 3,055 pasar basah, 1,587 pasar malam dan 1,076 kedai runcit,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Dr M: Sirul Tak Bunuh Sesiapa Masa Jadi Bodyguard saya




Dr M: Sirul tak bunuh sesiapa bila dia jaga saya


Diterbitkan Apr 04, 2015 11:15am
Dikemaskini Apr 04, 2015 4:03pm

-+

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis, Dr Mahathir mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menganggap dakwaan Sirul itu sebagai 'merepek'.

Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006. - MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

SEBAB SEBENAR DS NAJIB DISERANG OLEH TUN M




SEBAB SEBENAR NAJIB DISERANG TUN M
Oleh Lokman Adam

Dari hari ke hari kita lihat, serangan ke atas Dato Seri Najib oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semakin menjadi-jadi. Yang terkini, pemberian BR1M kepada mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah juga dipertikainya. Memang tidak mudah untuk kepimpinan UMNO menjawab Tun M. Siapa juga yang cuba mempersoalkan keterlanjuran Tun M, sudah pasti menempah keranda dalam karier politik mereka kerana terpaksa berhadapan dengan ribuan penyokong Tun M yang menganggap Tun sebagai seorang yang maksum umpama Nabi. Memandangkan karier politik saya pun dah mati bila tewas dalam pemilihan Naib Ketua Pemuda UMNO lalu dan bekas pemimpin PKR memang sukar untuk bertapak semula dalam UMNO, biarlah saya membakar diri menyatakan apa sebenarnya disebalik usaha Tun M ini.

Setiap pemimpin ada cara tersendiri bagaimana mereka ingin mengurus ekonomi negara. Di zaman Tun M, salah satu pendekatan yang beliau gunakan untuk merangsang ekonomi ialah dengan menyelamatkan syarikat-syarikat besar. Saya masih ingat, Tun M selalu menyebut, "bila kita bantu syarikat-syarikat besar ini, mereka akan dapat membayar gaji pekerja-pekerja mereka dan mereka juga akan memberikan pulangan kepada kerajaan dengan membayar cukai". Itu cara Tun dan kerana itu jugalah bila Anwar tidak mahu meluluskan penggunaan dana Petronas sebanyak RM 2 Billion untuk menyelamatkan MISC, yang punya kaitan dengan Mirzan Mahathir, Anwar akhirnya dipecat.

Ya, memang betul Anwar seorang peliwat, tidak syak lagi. Tetapi kalau betul Tun M tidak boleh terima seorang peliwat untuk menggantikan beliau, sudah pasti dari tahun 1993 lagi Anwar sudah dipecat olehnya bila Tun Hanif Omar, Ketua Polis Negara ketika itu memaklumkan tentang tabiat luar tabii Anwar, tetapi Tun tidak pernah kisah soal moral Insan yang setia bersamanya ketika itu. Tun hanya bertindak ke atas Anwar bila Anwar enggan membantu Mirzan yang terganggu emosinya ketika itu akibat kegawatan ekonomi 1997-1998. Memang tidak dapat dinafikan, pemecatan Anwar juga berpunca daripada tindakan juak-juak Anwar yang sudah mengatur langkah untuk menabalkan Anwar sebagai Presiden UMNO.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Najib, beliau tidak menggunakan pendekatan Yang Tun ambil. Lagipun, jika RM 5 billion disuntik kepada syarikat-syarikat besar ini, berapa peratus sangatlah yang akan dinikmati oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut berbanding dengan pemberian BR1M yang terus diberikan kepada mereka yang benar-benar susah dan memerlukan. Matlamatnya juga sama iaitu meningkatkan kecairan dipasaran, tiada bezapun dengan matlamat Tun M. Cuba kita tanya kepada mereka yang menerima BR1M tahun lepas, siapa yang masih menyimpan duit BR1M mereka? Saya yakin semuanya sudah habis dibelanjakan untuk membeli barang keperluan harian mereka. Jika mereka membeli sayur, ianya akan merangsang industri pertanian, jika ianya digunakan untuk membeli daging, ianya akan merangsang industri penternakan dan begitulah seterusnya.

Tun M bukan hendak jawapan pada persoalan BR1M, 1MDB, Altantuya, Shirul mahupun Jet yang turut beliau dan Tun Siti Hasmah gunakan semasa beliau menjadi Perdana Menteri ketika kegawatan ekonomi 1997-1998. Isu tersebut hampir semuanya sudah dijawab dan Tun M bukanlah seorang yang malas membaca.

Yang menyebabkan Tun M gelabah tidak tentu pasal hari ini adalah apabila beliau melihat perginya TG Nik Aziz dan Lee Kwan Yew. Tun M tahu yang masanya juga akan sampai dan beliau "running out of time". Sebagai seorang bapa yang cukup menyayangi anaknya, Tun M membuka laluan perjalanan politik untuk anaknya Mukriz dengan cukup baik. Setiap Perdana Menteri selepas beliau dianggap hanya "Calon Sementara" sebelum Mukriz dapat ditabalkan sebagai Perdana Menteri. Tempoh masa yang diberikan juga sekitar 5 tahun supaya beliau sempat memastikan Mukriz berpeluang duduk di kerusi No 2 sebelum beliau menemui Ilahi.

Itu sebabnya saya tidak terkejut bila Tun M kata Najib akan jatuh bulan Mac. Dulu, Pak Lah dilanyak teruk sejak beliau membatalkan projek Jambatan Bengkok yang Tun M luluskan. Pak Lah bertahan selama 5 tahun 8 bulan. Dato Seri Najib pula mula menjadi mangsa bila beliau mengambil keputusan yang menjejaskan kroni Tun M. Antaranya dengan membatalkan kontrak bekal tenaga oleh 4 IPP yang dimiliki oleh YTL, Syed Mokhtar, Genting dan Ananda.

Bila batal kontrak pembekalan tenaga kepada TNB ini, cerita yang berjaya disembunyikan dari pengetahuan rakyat ialah wang rakyat sebanyak RM19 billion setahun telah berjaya Dato Seri Najib selamatkan kerana kita tidak perlu lagi memberi subsidi kepada keempat-empat IPP ini termasuk dua daripadanya yang telah dibeli oleh 1MDB iaitu IPP milik Ananda dan Genting. Dan inilah juga puncanya kenapa Ananda terpaksa membayar balik lebih 2 billion (Bukan Pinjaman) kepada 1MDB kerana pembelian IPP milik Ananda dibuat bersekali dengan nilai kontrak membekal tenaga yang dimiliki oleh IPP milik Ananda itu.

Semalam, genap 6 tahun DSN memerintah dan ini jelas membuktikan jangkaan Tun M bahawa Najib akan jatuh bulan Mac lepas ternyata meleset. Kepada sahabat-sahabat yang masih "blur" kenapa Tun M merapu mempersoalkan pelbagai pekara yang sebenarnya sudahpun terjawab, izinkan saya menyatakan puncanya. Sebabnya hanya satu, Tun M tidak yakin yang Mukriz mampu menyaingi KJ tanpa bantuannya. Itu sebabnya DS Najib perlu ditumbangkan supaya Mukriz lebih mudah ke Kerusi No 2 sebelum beliau memejamkan matanya.

Buat Tun M, pesanan saya cuma satu. Ingatkan kembali ayat yang selalu beliau utarakan, "Kalau nak tegur pemimpin, tegurlah mengikut saluran. Kalau marah dengan seekor nyamuk, janganlah satu kelambu dibakar". Bagi saya KJ dan Mukriz keduanya aset negara dan kalau kita hendak melihat UMNO kekal berkuasa lama, kedua mereka harus kita angkat memimpin kita. Akan tetapi biarlah mereka berdua ini naik dengan kemampuan mereka sendiri dan melalui persaingan yang sihat.

Kalaupun Tun nak bantu Mukriz, gunakanlah pengalaman berharga Tun itu membantu Mukriz menjadi seorang Menteri Besar yang berwibawa dan terbukti berjaya membawa negeri Kedah ke arah kegemilangan yang disanjung rakyat. Tetapi, kalau Tun M terus memberi peluru kepada pembangkang untuk membenamkan DS Najib, saya khawatir bukan hanya Najib yang akan tumbang, tetapi BN juga akan tumbang sebagai parti memerintah. Apa guna kalau ketika itu kita ada Presiden UMNO yang baru, tetapi kita sudah tidak punyai kuasa. Masa itu, bukankah anak Tun sendiri yang akan berputih mata?

0 comments:

Post a Comment

INFO DAN KHASIAT POKOK SENDUDUK





INFO DAN KHASIAT POKOK SENDUDUK

Pengenalan Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh. Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan

Khasiat Pokok Senduduk

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Pengenalan

Ianya adalah sejenis pokok renek yang bercabang sering menghasilkan buah ketika masih kecil. Buahnya berwarna keunguan, Batang pokok ini berwarna kemerahan dan ditutupi oleh bulu-bulu halus, daunnya mempunyai permukaan yang kasar di bahagian bawah apabila disentuh.

Senduduk juga dikenali sebagai rumpai darat dan boleh ditemui hidup liar di kawasan terbiar. Tumbuhan ini telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di dalam dan luarnegara, antara khasiat tumbuhan senduduk ialah berguna untuk merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim, selain itu boleh juga digunakan untuk merawat cirit birit, dikatakan juga daun juga pucuknya mampu untuk merawat penyakit keputihan ;leukorea, bagi merawat penyakit tersebut anda boleh merebus segenggam daun senduduk dangan sedikit gula dan halia, air rebusan tadi bolehlah diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina.
Kepada meraka yang menghidapi buasir, air rebusan senduduk juga amat mujarab untuk mengatasi masalah tersebut, sementara itu, daun dan akarnya yang telah di giling boleh ditaburkan di atas kudis untuk mengelakkan parut, juga boleh digunakan untuk mengubati bintik bintik pada pesakit cacar.

KHASIAT

* Senduduk adalah antara rahsia alam yang menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan antaranya adalah :-

1. Apabila anda mengalami cirit birit – Ambilkan pucuk senduduk yang masih muda, makanlah sebagai ulam InsyaAllah Cirit Birit akan segera hilang.

2. Masalah keputihan bagi kaum wanita – Keringkan daun senduduk dan direbus bersama dengan halia, sedikit gula dan bonglai, biarkan suam dan minumlah airnya

3. Menghilangkan bintik-bintik cacar – Ambilkan akar senduduk giling bersama daunnya, kemudian tampalkan pada cacar atau parut cacar ianya akan beransur-ansur hilang

4. Melegakan luka – Ambilkan buah senduduk yang masak picit atau perah airnya sapukan pada bahagian luka, darah akan segera berhenti dan luka akan segera pulih.

5. Bagi wanita yang baru lepas bersalin – Keringkan akar senduduk kemudian rebus dan diminum sepanjang dalam pantang, hasilnya luka lepas bersalin akan segera sembuh dan mengecut sekaligus mengetatkan semula rahim

6. Mengatasi Buasir – Rebuskan akar, daun dan batang senduduk dan minum airnya. Ia menjadi penawar kepada buasir.

7. Melegakan Sakit Gigi – Rebus daun batang dan akar senduduk biarkan suam . Gunakan untuk berkumur, insyaAllah sakit gigi akan mereda.

8. Membuang angin, lenguh sendi urat dan tulang – Air rebusan dari akar, batang dan daun dibuat mandian . Badan akan terasa lebih segar lenguh sendi tulang dan angin akan segera menghindar.

kegunaan:

Perubatan tradisional banyak menggunakan senduduk sebagai tumbuhan untuk mengembalikan kecergasan badan terutamanya selepas bersalin. Daun senduduk bersama daun mengkudu, serai wangi, pandan dan limau purut dicampur bersama air panas dan dijadikan rempah untuk mandi teresat selepas bersalin, selalunya selama 3 pagi selepas melahirkan.Daunnya yang tua dan gugur kebumi akan bertukar warna menjadi merah muda. daun ini ditumbuk dan air tapisannya diminum untuk menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin.Sesiapa yang pernah terkena bisa ulat bulu pasti tahu betapa sakitnya bisa itu. daun senduduk boleh juga di gunakan untuk merawat bisa ini dengan cara menumbuk daunnya yang matang dan gugur kebumi dalam keadaan telungkup dan ditampal pada bahagian yang terkena ulat bulu tadi.Selain daripada itu senduduk juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, berak berdarah dan buasir dengan cara meminum air rebusan daunnya. pes daunnya yang ditumbuk juga boleh menghilangkan parut akibat pelentong/bertih/cacar air

Daun: Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan hilang..

0 comments:

Post a Comment

BR1M satu kesilapan besar oleh kerajaan - Tun M




CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah satu kesilapan besar yang dilakukan kerajaan.

Bercakap dalam sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu, katanya pemberian wang tersebut adalah salah.

"Kerajaan merasakan jika kamu beri wang kepada rakyat, mereka akan sokong kamu... ini salah.

"Pemberian BR1M adalah salah dan ia merupakan kesilapan besar yang dilakukan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir pada forum Global Leadership Series hari ini.

Katanya jika kerajaan mula memberi wang kepada rakyat, mereka akan jadi terlalu berharap kepada kerajaan dan menjadi materialistik.

Tambah Dr Mahathir lagi, tindakan ini jugak akan memberi kesan buruk kepada masa depan kerajaan yang memerintah. - Astro Awani



0 comments:

Post a Comment

ANALISIS TEGURAN TERBAHARU DR M DALAM BLOG NYA BERTAJUK UMNO DAN PRU 14





Terlebih dahulu saya kena buat penafian dulu ini adalah analisis saya sendiri berdasarkan pengalaman membaca dan mengenali Dr Mahathir itu sendiri.

Saya ingatkan MALAYSIAKINI dan BLOG PEMBANGKANG je salah faham mengenai beberapa part dalam tulisan Dr Mahathir rupanya banyak blogger Pro Najib juga terheret sama dalam ketidakcerdikan menilai sesuatu ayat.

Saya fikir ini bukan BOM terakhir Tun Dr Mahathir, saya nak ingatkan Tun Dr Mahathir seorang yang TIDAK SAMA SEKALI mendengar cakap-cakap orang, beliau tidak akan bercakap jika tiada bukti kukuh.

Point Tun Mahathir mengenai Altantuya, Tun Mahathir tidak lah bodoh yang keputusan mahkamah dia dah tahu memang dah ada. Cuma Tun Mahathir mempersoalkan kenapa banyak persoalan TIDAK DIJAWAB? Apabila Najib hanya berkata 'nonsense' itu akan membuatkan orang masih buat persepsi.

BETUL ATAU TIDAK, PEMBANGKANG MASIH MENGGUNAKAN MODAL ALTANTUYA WALAUPUN DAH ADA KEPUTUSAN MAHKAMAH?

Maksud Tun Mahathir ialah jawapan yang valid supaya orang tak dapat nak manipulasi lagi!

Kemudian kita pula akan bercakap mengenai 1MDB, Tun Mahathir dah ulang tanya soalan ni dah banyak kali.

SEHINGGA KINI TIADA JAWAPAN walaupun kita tahu siasatan dah ada. Kenapa tak menjawab? Tun seorang yang teliti bab duit ke mana dan dimana duit tu dibelanjakan. Sejak beliau jadi PM itu lah sikap beliau. Sebab tu orang tak berani nak ding dong dengan beliau sehingga laporan-laporan yang di keluarkan oleh akhbar di New York dan London mengenai 1MDB pun tak dijawab.

Semua persoalan mengenai RIZA AZIZ JHO LOW dan sebagainya itu juga tak dijawab. Yang pasti Tun Mahathir dah memang ada jawapan untuk semua itu. Butir butir itu semua ada ditangan beliau.

Part seterusnya PEMBOROSAN DATO SERI NAJIB RAZAK DAN ISTERI yang memang dinyatakan mengenai jet peribadi kerajaan yang baru dibeli pada ketika rakyat dan negara sedang dihimpit dengan pelbagai masalah ekonomi.

Part paling penting yang juga hint untuk Dato Seri Najib bersihkan nama nya yang mustahil untuk dibersihkan atau turun dengan hormatnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semuLa,"

Jangan hidup dalam denial !

Kemudian Tun Dr Mahathir menyatakan, beliau dah cuba buat untuk tidak dedahkan kepada public termasuk bertemu peribadi dengan Perdana Menteri kita. Tapi tak dapat juga atau tak jalan juga. Akhirnya kata Tun DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA SAYA TERPAKSA JUGA DEDAHKAN SEMUA INI.

Bagi penyokong Najib atau mereka yang nak pertahankan boss mereka, part no. 22 ini amat sesuai dimana.

"Saya tak nyanyuk walaupun dah berusia 90 tahun, siapa kata saya nyanyuk bermakna dia menipu dirinya sendiri"

Betul. Tun Mahathir tak mungkin nyanyuk kerana beliau orang yang kuat membaca. Orang kuat membaca tak akan kena nyanyuk. Itu fakta.

Akhir sekali, Tun Mahathir nyatakan mengenai bangsa kita hanya maju jika lebihkan bangsa dri diri sendiri.

Bagi saya, yang pro-Najib Razak, boleh menyerang Tun M dengan menjawab persoalan Tun Mahathir TAK ADA MASALAH. TUN M sangat suka orang yang tak sependapat dengan beliau. Itu ikut pengelaman saya. Jawablah dengan fakta persoalan yang dia tanya bukan serang peribadi mamak lah, anak kaya lah tu bukan jawab soalan, tu menunjukkan kebodohan diri sendiri.

Terima kasih.


Copy & paste dari Kelab Che Det pesbuk

0 comments:

Post a Comment

SIRI MENGENAL PENJENAYAH MALAYSIA - PART 3 MONA FANDEY





Mona Fandey

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993.

Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan.

Dia menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti.

Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya.

Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona.

Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan.

Mayat Mazlan ditemui oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz.

Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni pada gaun.

Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata-kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.

1 comments:

Post a Comment

SIRI MENGENAL PENJENAYAH MALAYSIA - PART 2 BENTONG KALI





Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan.

Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'.

Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu.

P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan menyertai kumpulan kongsi gelap India 08.

Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987.

Peluang kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah.

Dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya.

Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu.

Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka.

Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya.

Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri.

Tindakan P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya.

Terbabit juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan.

Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama.

Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya ditembak mati oleh polis.


1 comments:

Post a Comment

PENCERAHAN MENGENAI LAMBANG SALIB YANG TERDAPAT PADA KALENDER SEBAB MALAIKAT TIDAK MASUK RUMAH






PENCERAHAN MENGENAI LAMBANG SALIB YANG TERDAPAT PADA KALENDER SEBAB MALAIKAT TIDAK MASUK RUMAH

# Tarikh 3 April 2015 merupakan hari sambutan 'minggu suci' bagi penganut agama kristian yang memperingati kononnya 'jesus disalib'. Masyarakat kita sememangnya sudah biasa dengan kalender kuda dan sesetengahnya merekabentuk gambar2 berunsur sambutan keagamaan dan sebagainya pada tarikh2 tertentu. Mengenai kenyataan mengatakan gambar salib yang tertera pada sesetengah kalender menyebabkan malaikat tidak memasuki rumah "ADALAH TIDAK BENAR".




# Dalil2 yang menyatakan mengenai malaikat rahmat tidak memasuki rumah berdasarkan hadis Nabi SAW: “Kami dari golongan malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang di dalamnya mengandungi gambar (berupa makhluk bernyawa) atau anjing.” [HR Bukhari]

Dalam hadis lain dari Abu Talha meriwayatkan, katanya, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya ada anjing atau patung”.” [HR Muslim]

# Mengenai kenyataan supaya orang Islam memiliki kalender Islam itu adalah wajar dan sangat digalakkan kerana mengenali, memahami dan mengetahui tarikh bulan2 Islam sangat dituntut.

# Kesimpulan:
Tidaklah perlu bertindak sehingga membuang kalender yg mempunyai lambang salib itu, cukuplah sekadar kita menutupnya lambang salib tersebut dengan pen maker atau sebagainya. Jangan terlalu gopoh bertindak dalam mendapat sesuatu kabar berita itu, merujuk dalil dan bukti adalah jalan terbaik dalam selesaikan masalah kekeliruan umat masakini.

Wallahua'lam.

Sumber dari Whatsapp

0 comments:

Post a Comment

SEMBUHKAN PENYAKIT MELALUI AMALAN ASMAUL HUSNA





Admin terima Whatsapp tentang penyembuhan badan melalui bacaan Asma ul Husna

Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit.

Beliau menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu.

Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh insyallah.

01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi
03. Tulang Belakang - Al Jabbar
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. saraf - Al Mughni
11. Arteri - Al Jabbar
12. Perut - Al Razaqq
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali
18. Buah Pinggang - Al Hayy
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq
21. Hati - Al Nafi
22. Pankreas - Al Bari
23. Lemak Sacks - Al Nafi
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid
28. Saraf Mata - Al Zahir
29. Kelenjar pineal - Al Hadi
30. Tekanan Darah - Al Khafed
31. Paru-paru - Al Razzaq
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)

Wallahualam..

0 comments:

Post a Comment

Kerana Memakai Seluar UiTM Halau Ibu Dari Konvokesyen Anak






Kuala Lumpur – Gara-gara melanggar etika berpakaian, seorang wanita yang menaiki pesawat dari Sarawak kecewa, apabila dia tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan, bagi menyaksikan anak perempuannya menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.

Semalam, wanita itu yang menggunakan nama akaun Facebook Marjorie Abdullah, berkongsi pengalaman yang dilaluinya itu di laman sosial, dengan memuat naik dua keping gambar ketika menghadiri majlis konvokesyen anak perempuannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke Facebooknya.

“Ini adalah pakaian yang menyebabkan saya dihalau keluar dari konvokesyen anak saya,” demikian keterangan yang mengiringi gambar menunjukkan dia memakai seluar.

Kod etika berpakaian bagi majlis konvokesyen UiTM menetapkan, pelajar perempuan serta ibu atau waris wanita yang hadir pada majlis tersebut, hanya dibenarkan berbaju kurung atau blaus, manakala seluar tidak dibenarkan.

Menurut wanita itu, dia tidak mengetahui etika pakaian yang ditetapkan UiTM, kerana dia tinggal di Sarawak, selain tidak melihat kad jemputan yang memaklumkan perkara itu.

“Saya tidak sepatutnya memakai seluar untuk menghadiri konvokesyen itu, tetapi saya berada di Sarawak dan mereka tidak menerima alasan itu,” katanya mengakui kesilapan dalam ayat yang turut meraih simpati pengguna laman sosial.

Dia turut mendakwa, akibat berang dengan tindakan pihak universiti yang enggan berlembut atau memberi pengecualian kepada dia, anak perempuannya bersama tunangnya turut tidak menyertai majlis konvokesyen masing-masing.




Catatan wanita itu meraih simpati segelintir rakan Facebooknya yang turut mempertikaikan ketegasan pihak universiti menguatkuasakan etika berpakaian untuk menghadiri konvokesyen melalui komen masing-masing.

Rina Tung Vose menyifatkan, kejadian yang menimpa ibu dari Sarawak itu amat teruk dan pastinya dia juga akan marah, jika perkara sedemikian menimpa dirinya.

Amani Gamaledin pula berkata, wanita berkenaan kelihatan cantik, walaupun memakai seluar dan kesal dia diperlakukan oleh tindakan yang ketinggalan zaman.

Memetik laporan portal Rakyat Post, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu berkata, etika berpakaian ketika menghadiri konvokesyen bukanlah peraturan baru.

Ia sudah lama diamalkan, selain dinyatakan dalam kad jemputan yang diedarkan pihaknya.

“Etika ini perlu diikuti, kerana ianya melibatkan disiplin dan sekiranya tidak ditetapkan etika ini, pelbagai ragam pakaian yang akan dikenakan,” katanya.

Menurut Sahol, walaupun isu itu remeh, namun ia membabitkan disiplin pelajar serta mereka yang menghadiri konvokesyen.

“Mereka ini pelajar dan bijak untuk berfikir dan kami selalu nasihatkan mereka mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ