Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis Antara Penumpang Yang Maut Dalam Kemalangan Helikopter Petang Tadi
Semenyih – 4/4/2015 Lima maut dalam insiden sebuah helikopter terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, di sini, petang tadi.
Kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 4.30 petang.
Dua mangsa yang dilaporkan berada dalam helikopter terbabit dipercayai rentung.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu petang tadi.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, maklumat terperinci berkenaan status milik helikopter itu masih belum dapat dipastikan.
Menurut sumber SuaraTV, ahli parlimen Rompin Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis antara penumpang yang berada di dalam helikopter tersebut.
Selain Dr Jamaluddin, pesawat terbabit dikatakan turut dinaiki oleh Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato Azlin Alias.
Sumber tersebut turut berkata, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu di pandu oleh Kapten Cliff Fournier, dilaporkan terbakar sebelum terhempas berhampiran Jalan Sungai Lalang – Kg Pasir Baru.
Kesemua mangsa dikatakan baru pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, di Pekan, Pahang.
Ahli parlimen Rompin itu sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi Program Perumahan Rakat 1Malaysia (PR1MA) dan Utusan Khas Malaysia bertaraf menteri ke Amerika Syarikat,
Namun sehingga tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung kenyataan sumber tersebut dan SuaraTV masih menuggu pengesahan dari pihak Polis Diraja Malaysia berhubung kejadian ini.
Sehingga laporan ini ditulis, dilaporkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih, Kajang dan Bangi telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Sementara itu menurut sumber portal Utusan Online lima daripada enam penumpang helikopter AS365 yang dilaporkan terhempas dan terbakar di Kampung Pasir Baru, Sungai Lalang, Semenyih, Hulu Langat petang ini ditemukan maut.
Dua mangsa dikatakan rentung manakala tiga mangsa lain berjaya ditemukan, manakala nasib seorang lagi penumpang masih belum dapat dipastikan.
Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan ke atas seorang lagi mangsa itu.
Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) pula berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.
“Unit Forensik polis akan melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti mangsa nahas itu,” katanya kepada Bernama. - SuaraTV
0 comments:
Post a Comment