Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Google nafi beli aplikasi rekaan pelajar Sabah




PETALING JAYA – Google Malaysia menafikan menganugerahkan projek atau pemberian wang tunai kepada seorang remaja yang mencipta aplikasi untuk perkhidmatan mesej Internet yang boleh menterjemahkan bahasa secara serta-merta.

Yusrim Karim,15, yang menghantar aplikasi ciptaannya - Coker Chat untuk Google Idea berkata dia menerima e-mel daripada Google Idea, mendakwa perisiannya sebagai menakjubkan dan menawarkannya peluang untuk bekerja untuk projek bernilai AS$36 juta (RM1333.14 juta) atau wang tunai AS$50,000 (RM184,910).

Pelajar Tingkatan Tiga dari Sandakan itu mendakwa dia telah memilih wang tunai.




Menurut Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia Zeffri Yusoff, cerita itu ‘sama sekali tidak betul’ dan berkata Idea Google tidak pernah menganjurkan apa-apa pertandingan.

“Saya memeriksa dengan Google Idea dan mereka tidak menghantar sebarang e-mel kepada budak lelaki itu.

“Saya hanya boleh membuat spekulasi buat masa ini. Budak lelaki itu mungkin telah menerima e-mel spam,” kata Zeffri ketika dihubungi The Star Online, Khamis.

Google Malaysia turut menghantar satu kenyataan menjelaskan bahawa artikel mengenai seorang pelajar menang Anugerah Google adalah sama sekali salah dari segi fakta, lapor mStar.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ