Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Syabas Lans Koperal Muhamad Syafiq!





Kuala Lumpur – Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Peribahasa itu sangat sesuai digunakan bagi merujuk tindakan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang sanggup meredah ribut dan hujan untuk mengalihkan penghadang plastik yang bertaburan di atas jalan raya.

Sikap murni anggota tersebut yang dikenali sebagai Muhamad Syafiq Mohd. Shafie, bertugas di Bahagian Tugas Am Balai Polis Gopeng Perak dirakam oleh orang awam yang kemudian mengirim gambar tersebut ke pada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Gambar-gambar tersebut kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook PDRM dan menjadi viral serta mendapat pelbagai komen daripada pengguna media sosia.

Rata-rata penguna internet memuji tindakan anggota tersebut yang disifatkan sebagai satu sikap mulia dan terpuji.

Ketika dihubungi, Muhamad Shafiq berkata, ketika itu dia dan penyelianya sedang melakukan rondaan menaiki kereta peronda dari arah Gopeng menuju ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak.

Katanya, semasa dalam perjalanan beberapa kenderaan dari arah bertentangan memberikan isyarat lampu sebagai amaran sesuatu perkara telah berlaku dihadapan.

“Pada mulanya kami menjangkakan ada kemlangan berlaku, namun setibanya kami di satu persimpangan lampu isyarat saya melihat banyak penghadang plastik tanda amaran bertaburan di atas jalan.

“Memandangkan ketika itu hujan lebat dan dituruti dengan angin kencang seperti ribut kami telah menggunakan kaedah menolak penghadang plastik hanya menggunakan kereta peronda.

“Bagaimanapun, kaedah itu agak sukar kerana penghadang-penghadang yang bertaburan itu banyak dan saya bimbang akan berlaku kemalangan,” katanya.

Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk keluar dari kereta dan mengalihkannya sendiri meskipun tanpa menggunakan payung atau baju hujan yang sememangnya tidak disediakan di dalam kereta peronda.

Katanya, penghadang plastik yang tertolak di atas jalan itu adalah dari projek pembinaan lampu isyarat di situ yang masih lagi belum disiapkan.

Akibat rasa tanggungjawabnya itu yang sanggup meredah hujan lebat, telefon bimbitnya jenis Motorola rosak akibat basah terkena air.

“Saya tidak kisah telefon saya rosak, yang penting saya telah tunaikan tanggunjawab saya dan pastikan nyawa orang awam selamat,” ujarnya.

Menceritakan lanjut tentang langkahnya itu, Muhamad Syafiq berkata, dia dan penyelianya kemudian meneruskan perjalanannya ke RTC Perak dan mengeringkan pakaiannya yang basah kuyup di situ. – Rakyat Post


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ