Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Video: Amukan Gadis Myvi, Kes Disiasat Kerana Ugutan Jenayah





Shah Alam – Seorang pemandu teksi dilaporkan bertindak agresif dengan menampar seorang gadis dalam satu kemalangan kecil di sebuah stesen minya di sini tengah hari tadi.

Pemandu teksi dikatakan tidak berpuas hati apabila kenderaan jenis Perodua Myvi milik gadis itu bergesel dengan teksinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Aziz Man Alias ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata kejadian tersebut berlaku di stesyen minyak Petron, Jalan Persiaran Kayangan Seksyen 7.

“Ketika kejadian, kenderaan yang dinaiki pengadu dan saudaranya itu telah bergesel dengan sebuah teksi.

“Menurut laporanya, pemandu teksi itu bertindak agresif sebelum kedua-duanya membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9″ katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut Aziz lagi, kes disiasat di bawah Akta 506 Kanun Keseksaan / 323 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah manakala bapa kepada pengadu turut disiasat kerana menyerang pemandu teksi tersebut.




“Bapa pengadu akan turut disiasat untuk tindakan lanjut kerana menyerang pemandu teksi dan membuat kecoh di dalam balai polis.

Satu klip video sebelum ini tersebar di media sosial yang memaparkan pergaduhan antara seorang pemandu teksi dengan seorang gadis.

Klip video berdurasi 2.29 saat itu memaparkan aksi seorang lelaki yang merupakan pemandu teksi menumbuk muka gadis terbabit.




Video pergaduhan di antara sekumpulan perempuan dgn pemandu teksi yg menjadi viral di media sosial
Posted by scripters on Tuesday, 31 March 2015




Gagal mengawal perasaan marah, gadis berkenaan dipercayai pemilik kenderaan jenis Perodua Myvi Ungu itu bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Keadaan menjadi semakin tegang apabila rakan kepada gadis berkenaan mula campur tangan dan turut melemparkan kata-kata kesat terhadap lelaki berkenaan.

Wanita yang merakamkan kejadian tersebut turut diserang oleh salah seorang gadis terbabit yang bertindak cuba menepis kamera miliknya.

Namun tindakan lelaki berkenaan yang cuba membalas balik serangan itu bagaimanapun dihalang seorang lagi wanita dipercayai isterinya.

Kejadian pembuli jalan raya seperti ini bukan pertama kali berlaku di Malaysia.

Sebelum ini kes Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, atau Kiki ‘menyerang’ warga emas dengan menggunakan ‘stereng lock’.

Akibat daripada kejadian itu beliau didenda RM5000 dan perlu melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh mahkamah.


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ