Dr M: Sirul Tak Bunuh Sesiapa Masa Jadi Bodyguard saya




Dr M: Sirul tak bunuh sesiapa bila dia jaga saya


Diterbitkan Apr 04, 2015 11:15am
Dikemaskini Apr 04, 2015 4:03pm

-+

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ketika berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Dr Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis, Dr Mahathir mensasarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menganggap dakwaan Sirul itu sebagai 'merepek'.

Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006. - MalaysiaKini


0 comments:

Post a Comment



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ