Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



CUKAI GST, SIAPA YANG TIPU RAKYAT? KERAJAAN ATAU PENIAGA






Assalaamu'alaikum wbt
Kepada Saudara SeIslam Sekalian

Sedikit ilmu utk saya kongsikan bersama agar kita dijauhkan dr bermusuhan sesama Islam.
Saya pada mulanya agak malas nak masuk campur dlm comment2 & kata2 yg agak cenderung kpd negatif. Walau bagaimanapun utk menyelamatkn akidah kita sesama Islam saya kongsikan sedikit ilmu yg saya ada mengenai GST. Jika ada silap atau tersinggung saya mohon maaf terlebih dahulu. Yang baik dr Allah dan yg tidak dr saya sendiri.

Baiklah, ramai tak faham GST.. silapnya kerajaan sendiri gagal menerangkan kebaikan GST kepada rakyat kerana rata2 parti pembangkang yg berada dlm kerajaan cuba menidakkan kebaikan tersebut dan memutarbelitkan fakta.

Salah satu punca penerangan yg rakyat tak paham kerana mereka menggunakan istilah "bahasa sastera" atau intonasi bahasa yg terlalu berlapik sehingga org tertentu je paham maksud yg cuba disampaikan.

K.. jgn tuduh2 sebarangan tanpa ilmu.. buat dosa je, mari belajar.. sistem SST ditukar ke sistem GST bermula 1 April 2015.
Before 1 April 2015 :

-----------------------------------
Price + Gov. Tax - SST (10%) + Service Charge by Company (5% or 6%) = 15% or 16% paid by Rakyat.
Starting 1 April 2015:
----------------------------------

Price + Gov. Tax - GST (6%) + Service Tax by Company (5% or 6%) = 11% or 12% paid by Rakyat.
Sepatutnya government tax dibayar oleh Peniaga bukannya ditanggung oleh Pembeli, tapi yg berlaku sebaliknya. Yang menjadi isu kenaikan harga juga ialah kerana Peniaga yg tamak. Mereka masih mengekalkan peratusan yg dikenakan Kerajaan (SST) dan menambahkan lagi dgn peratusan baru iaitu GST. Sekali lagi diberitahu disini, cukai ini dikenakan ke atas Peniaga, bukan rakyat tapi peniaga serapkan dlm harga mereka. Siapakah yg kaut duit rakyat? Kerajaan atau Peniaga? Bila menuduh org apakah hukumnya? Dosakan? Kita patut berilmu dan jgn mengikut membuta tuli apatah lagi menuduh dgn perkara2 negatif.

Sepatutnya kerajaan tidak perlu memperkenalkan sistem GST. Sebab majoriti rakyat yg malas berfikir dan asyik tahu merungut tanpa mencari kebenaran dan tidak akan ambil peduli.


Pada hemat saya, mungkin kerajaan patut diamkan sahaja tanpa perlu war-warkan kepada rakyat kerana rakyat 'malas' berfikir dan asyik tau kondem kerajaan je. Sepatutnya kerajaan just bgtau SST dikurangkan kepada 6% dr 10% dan tak perlu nak "rename" ke nama GST. Diingatkan lagi cukai ditujukn kpd Peniaga.

Adakah rakyat faham kenapa kerajaan war-warkan GST juga? Ini adalah supaya rakyat sedar segelintir peniaga yg tamak menipu duit rakyat.

Ini adalah kerana kebanyakan peniaga tidak mendaftar dan tidak membayar cukai kerajaan (government tax) tapi peniaga tersebut mengenakan cukai tersebut kpd rakyat. Maka, siapa yg tipu rakyat? Kerajaan atau Peniaga yg tidak bertggjwb?


Kerajaan memperkenalkan GST utk rakyat "aware" agar tidak ditipu Peniaga. Itu sbb kerajaan berikan listing perniagaan yg berdaftar, bagi listing barang2 yg dikenakan cukai. Transaksi perniagaan hendaklah berinvois / beresit. Jadi, kita sendiri boleh tahu peniaga mana yg penipu & tamak. Tapi kerajaan juga disalahkan.


Walau bagaimanapun, apa yg berlaku dek kerana taksub anti-kerajaan, mereka2 yg tidak bertggjwb menaikkan harga dan mengaburi mata rakyat atas alasan GST tidak bagus. Mengapa peniaga buat begitu? Kerana, sekarang apa2 transaksi perniagaan, mereka kena ada invois, kena ada resit, dan tidak boleh sewenang2 men'charge' rakyat sesukahati & tidak lari cukai kerajaan. (Rakyat/pembeli boleh tgk dkt invois atau resit mereka.. even mamak restoran.. kedai runcit pon kena ada resit bila perlaksanaan GST k..).


Kenapa mesti dikenakan cukai kerajaan? Cukai dikenakan bg membiayai pembangunan negara, segala subsidi yg diberikan kpd rakyat, penggajian (yg pasti 'pelbagai parti' yg bekerja di dlm sektor kerajaan), dsbgnya. Maka, di manakah sumber utk ini semua, jika bukan dr cukai. Pemimpin Pembangkang pandai cakap, gaji mereka juga dr sumber ini. Malah majoriti yg bekerja dlm kerajaan adalah org yg paling kuat menentang kerajaan.


Apabila pilihanraya parti pembangkang akan kejarkan kawasan yg sudah membangun, terutama kawasan bandar. Knp tidak kawasan yg masih mundur? Hmm.. apabila pembangkang menang kwsn maju, maka akan nampak kerajaan tak buat keje ea? Kerana menang kawasan mundur?


Itulah terjadi baru2 ini.. Lee Kuan Yew yg dpt nama baik krn membangunkan Singapura? Tahukah anda bahawa ketika Malaysia berpisah dgn Singapura, Malaysia telah membangunkan Singapura terlebih dahulu dgn mengadakan infra yg baik seperti Universiti Malaya, Port Singapore.. tapi siapa yg dapat nama? Tahukah anda Sejarah Singapura sudah diubah dgn kononnya founder Singapura adalah Lee Kuan Yew? Jgn sampai Malaysia pon jadi sebegitu sejarahnya.


Berbalik kpd GST... Tak baik.. kita ni sesama Islam patut jauhi perasaan hasad.. walaupun tak suka org tu macam mana pun, benda yg baik kita patut sokong... k.. jangan jadi umat Islam yg tak reti bersyukur.. yg pandai cakap tapi perbuatan sebaliknya.
Jika tersilap sekali lagi saya mohon maaf.
Wassalam.


Copy & Paste dari Group Whatsapp


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ