Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



CARA MELAPORKAN SALAH LAKU PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN TERHADAP GST





Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?


1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my

2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.

3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.

5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.

6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.

7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.






8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang


Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang


JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI MEMBANTERAS GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

0 comments:

Post a Comment

CETAK KAD KAWIN KENA GST - BERAPA JUALAN SETAHUN ???




CETAK KAD KAWIN KENA GST ??? BERAPA JUALAN SETAHUN ???

Denyut kehadiran sistem percukaian yang baru makin terasa dan tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi maka GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan dikenakan kepada semua peniaga yang memperolehi pendapatan melebihi RM 500 ribu setahun.


Tapi kita dapat lihat dimasa sekarang, GST seolah olah dipermainkan oleh sesetengah pihak yang cuba menangguk di air yang keruh dengan penggantian sistem percukaian ini.


Cuba kita lihat, adakah syarikat berkenaan memperolehi pendapatan melebihi daripada RM 500 Ribu setahun?

Kita andaikan mereka mendapat pendapatan melebihi nilai yang diperlukan untuk mendaftar sebagai syarikat yang mengenakan GST.


Persoalannya disini, adakah selama ini mereka tidak memasukkan beberapa cukai yang dikenakan dalam harga kad perkahwinan tersebut?


Jika ada, kenapa GST dijadikan sasaran untuk mempromosikan produk mereka dan jika tiada cukai SST dimasukkan selama ini, adalah 6% (GST) menjadi satu masalah berbanding dengan 16% (SST).


Admin lihat ada peniaga yang cuba menjadikan GST sebagai modal untuk menarik pelanggan dan admin juga merasakan bahawa tindakan seperti ini tidak sepatutnya dilakukan.


Ini akan memburukkan lagi keadaan dimana jika syarikat berkenaan tidak memperolehi pendapatan sehingga melebihi RM 500 ribu setahun, maka GST tidak akan dikenakan kepada mereka dan kenapa pula mereka cuba menakut nakutkan pengguna dengan menggunakan alasan GST??


Admin amat berharap agar tindakan mereka ini yang mengelirukan masyarakat diambil tindakan tegas kerana dalam akta kementerian perdagangan juga rasanya ada termaktub sesuatu yang mengelirukan pengguna.


Jadi kepada pihak yang berkenaan, sila ambil tindakan kepada mana mana syarikat yang menggunakan alasan GST untuk mempromosikan perniagaan mereka kerana rakyat semakin hari semakin keliru oleh kerana tindakan mereka mereka ini yang dilihat amat tidak bertanggungjawab.


Sepatutnya syarikat syarikat ini berusaha membantu kerajaan dalam mempromosikan GST kerana mereka juga akan mendapat manafaat daripada sistem percukaian yang baru ini bagi menggantikan sistem cukai SST.


Cuba lihat carta di bawah bahan percetakan tidak dikenakan GST atau berkadar sifar. #KPDNKK sila pantau syarikat ini.







Nota: Sebelum bayar check dahulu samada kad kahwin tertakluk kepada GST atau tidak. Kalau ye, minta tax invoice then tengok ada tak GST registration nombor sebab kalau telah registered memang income syarikat tu sudah melebihi RM500k... jika tiada, jangan bayar sebab dia pun tak bayar tax... dan laporkan salah laku syarikat tersebut kepada #KPDNKK.



Sumber

0 comments:

Post a Comment

Manfaat Sambal Untuk Tubuh




:: Manfaat Sambal Untuk Tubuh ::

Masyarakat kita pasti kenal istilah ‘sambal’, malah ada yang ga bisa makan kalo tidak ada sambal. Coba saja lihat di warung, restoran, bahkan jajanan bakso pinggir jalan juga lengkap dengan sambal. Banyak orang yang menikmati panas dan pedasnya sang sambal, tapi masih sedikit yang mengetahui manfaat sambal untuk tubuh. Sambal memliki bahan utama cabai, yang datang dalam ratusan varietas yang berbeda, masing-masing dengan warna & bentuk rasa yang unik, dan faktor panas yang berbeda juga. Secara umum apabila semakin panas rasa cabai tersebut, maka semakin banyak kandungan capsaicinnya.

Capsaicin adalah bahan aktif dalam cabai yang dapat membuat mulut berasa terbakar. Zat fitokimia yang terdapat di dalam paprika ini juga merupakan komponen aktif dari semprotan merica digunakan untuk membela diri. Namun bagi manusia, ketika capsaicin dikonsumsi dalam bentuk yang agak encer, seperti dalam sambal botol, ternyata memiliki segudang manfaat untuk kesehatan tubuh. Berikut manfaat sambal bagi tubuh kita:

1. Melawan Kanker. Sebuah studi yang dipublikasikan dalam sebuah Cancer Research menemukan bahwa capsaicin menyebabkan sel kanker untuk bunuh diri (sadis ga tuh..?!?). “Capsaicin menghambat pertumbuhan sel kanker prostat manusia” kata Dr H. Phillip Koeffler, direktur hematologi dan onkologi di Cedars-Sinai Medical Center dan profesor kedokteran di University of California, Los Angeles. Selanjutnya, si dokter juga mengatakan pil capsaicin mungkin suatu hari nanti dapat digunakan untuk mencegah kembalinya kanker prostat.

2. Penghilang Rasa Sakit. Capsaicin dapat mengobati nyeri osteoarthritis, dan juga dapat membantu mengurangi rasa sakit dari neuropati diabetes. Capsaicin juga diketahui menghambat Substansi P, suatu neuropeptida yang menghantarkan rasa sakit ke otak. Substansi P dapat menyebabkan pembengkakan serabut saraf, yang dapat mengakibatkan sakit kepala dan gejala sinus. Penelitian telah menemukan bahwa capsaicin menyembuhkan dan mencegah sakit kepala, sakit kepala migrain dan sakit kepala akibat sinus.

3. Mencegah Sinusitis dan Meringankan Hidung Mampet. Capsaicin memiliki sifat antibakteri ampuh yang memerangi dan mencegah infeksi sinus kronis, atau sinusitis. Karena sangat panas, capsaicin juga membantu untuk merangsang sekresi yang membantu membersihkan di hidung, sehingga dapat mengurangi hidung tersumbat. Capsaicin juga dapat membantu meringankan sinus yang berhubungan dengan gejala alergi.

4. Mencegah Peradangan. Capsaicin bermanfaat sebagai anti inflamasi yang kuat. Zat ini bekerja untuk menghambat Substansi P, yang berhubungan dengan proses inflamasi. Kini capsaicin sedang diteliti lebih jauh untuk dikembangkan sebagai pengobatan yang potensial pada arthritis, psoriasis dan neuropati diabetes.

5. Mengatasi Penyakit Usus. Sebuah studi yang dilakukan Duke University menemukan bahwa capsaicin berfungsi sebagai obat untuk penyakit radang usus. Zat ini juga dapat membantu untuk membunuh bakteri seperti H. pylori, yang dapat membantu mencegah sakit maag.

6. Membakar Lemak dan Menurunkan Berat Badan. Capsaicin meningkatkan aktivitas metabolik tubuh kita, yang artinya dapat membantu untuk membakar kalori dan lemak. Banyak suplemen-suplemen pembakar lemak yang populer di pasaran yang mengandung capsaicin, yang secara signifikan dapat meningkatkan aktivitas metabolik selama kurang lebih 20 menit setelah suplemen tersebut diminum.

7. Melindungi Jantung. Capsaicin dapat membantu melindungi jantung dengan mengurangi kolesterol, trigliserida dan agregasi platelet. Hal ini juga dapat membantu tubuh melarutkan fibrin, yang diperlukan untuk membentuk pembekuan darah. Penelitian juga menemukan bahwa budaya makan cabai secara bebas dalam suatu negara, memiliki tingkat serangan jantung & stroke yang lebih rendah daripada budaya yang tidak membiasakan makan cabai.


0 comments:

Post a Comment

Sebab utama PENIAGA takut dengan GST



Siapa kata hanya pengguna terbeban dengan GST?’

Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan membebankan pengguna sebaliknya akan menjadikan sistem percukaian negara lebih adil kepada pengguna.

Menurut Ahli Jawatankuasa Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr. Asan Ali Golam Hassan, ini kerana kerajaan akan dapat memantau margin keuntungan peniaga yang sebelum ini sukar dilakukan menerusi sistem percukaian semasa.

Beliau berkata, menerusi GST, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) boleh membuat pemantauan di setiap peringkat – pengilang, pemborong, peruncit hingga ke pengguna.

“Pada masa akan datang, semua peniaga yang mendaftar GST perlu menghantar invois ke Jabatan Kastam setiap bulan. Apa yang kita boleh buat? Kita boleh nilai, kita boleh tahu, kita boleh kira harga input dia berapa, harga output dia berapa.

“Dari mana dia beli input juga kita tahu. Kemana dia jual output juga kita tahu. Bila kita tahu harga input dan output, kita boleh mengira margin keuntungan.

“Jadi pada masa akan datang, kerajaan boleh mengawal margin keuntungan yang sekarang ini sukar untuk dibuat dalam sistem cukai sekarang ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Dr. Asan Ali berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pelaksanaan GST yang dikatakan bakal membebankan pengguna.

Dalam pada itu katanya, pemantauan boleh dilaksanakan menerusi pengumpulan data oleh kerajaan yang perlu dihantar peniaga setiap bulan.

Tegasnya, ia berbeza dengan sistem cukai yang digunapakai sekarang, iaitu pemantauan hanya di peringkat pengilang yang mengenakan cukai barangan.

Katanya lagi, menerusi GST, peniaga perlu memikirkan jumlah cukai korporat yang perlu dibayar jika ingin menaikkan margin keuntungan sesuka hati.

Ia kerana, selain JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan memainkan peranan penting bagi memastikan setiap peniaga menjelaskan cukai korporat setiap tahun.

“Apa yang kita nampak pada masa akan datang, dua (LHDN dan JKDM) entiti ini mungkin akan bergabung menjadi satu dalam jangka masa panjang.

“Jadi apa faedahnya? Faedahnya ialah jika peniaga menaikkan margin keuntungan, bukan susah nak kesan untuk peniaga berdaftar naikkan margin keuntungan sebab setiap bulan dia hantar invois.

“Jika dia (peniaga) naikkan margin keuntungan, hujung tahun Lembaga Hasil akan boleh mengira berapa banyak cukai korporat yang dia perlu bayar,” jelasnya.

Tegasnya, peniaga perlu membayar lebih banyak cukai korporat seandainya mereka menaikkan margin keuntungan.

“Itu yang akan berlaku pada masa yang akan datang,” ujarnya.

Katanya, pelaksanaan GST adalah adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna yang selama ini menanggung cukai barangan.

“Sekarang ini pekerja perlu membayar cukai pendapatan. Pengguna bayar cukai barangan, tetapi peniaga, bagaimana? Dalam sistem akan datang, GST adil kepada semua.”

“Peniaga perlu patuh dan bayar cukai korporat,” jelasnya.

Sebelum ini Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan, kerajaan tidak akan menangguhkan pelaksanaan GST yang akan berkuatkuasa mulai 1 April depan seperti yang telah diluluskan di Parlimen.

Ia berkata, pelaksanaan GST dilihat sebagai satu langkah konsolidasi fiskan yang amat penting untuk memastikan kemapanan ekonomi negara dan sebarang penangguhan pelaksanaan GST akan memberi impak negatif ke atas penarafan kredit Malaysia.- sumber Astro Awani

0 comments:

Post a Comment

Gambar Serta Penipuan Moon Landings





Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin telah mencipta sejarah sebagai manusia pertama dan kedua yang menjejakkan kaki ke bulan. Program NASA ini telah membuka mata kebanyakan rakyat Amerika tentang keupayaan teknologi negara Uncle Sam itu. Program Apollo 11 ini juga telah berjaya menjatuhkan empayar Soviet Union puluhan tahun berikutnya apabila negara Eropah Timur itu mula menghasilkan mesin-mesin yang tidak berguna pada awal kejayaan Apollo 11 seperti yang dilaporkan.



Namun, tahukah anda kebanyakan pihak pada hari ini, termasuk rakyat Amerika sendiri, percaya bahawa program Apollo 11 sebenarnya tidak lebih hanyalah propaganda Amerika Syarikat semata-mata. Hal ini demikian kerana;

1. Pada era 1960-an Amerika dan Soviet Union berada pada situasi Perang Teknologi, manifestasi daripada Perang Dingin.
2. Teknologi komputer pada waktu itu sangat mundur.
3. Tiada bintang yang kelihatan.
4. Bayang-bayang terbentuk dari dua sumber cahaya.
5. Debu-debu yang terhasil dari 'kenderaan' yang dinaiki neil Armstrong dan Buzz Aldrin tidak menghapuskan kesan tapak kaki.
6. Sebuah batu dikesan mempunyai tanda 'C'. (NASA mengatakan bahawa ia adalah kecacatan yang terhasil ketika gambar dicuci. Namun, pengkaji mengatakan ia adalah props yang tidak dialihkan kerana kecuaian pihak yang membikin adegan ini.)


Dokumentari bertajuk The Truth Behind The Moon Landings ini akan membawa anda menyelongkar segala kecacatan yang terdapat pada Apollo 11. Menerusi dokumentari ini, anda akan melihat bagaimana penyelidik cuba melakonkan semula situasi ketika Moon Landings bagi menentukan samada hukum fizik Apollo 11 menyamai hukum fizik kajian mereka. Jika ia menyamai hasil kajian yang dilakukan olej penyelidik ini bermakna Apollo 11 adalah hoax. Selamat menonton.







Berikut adalah antara snapshot yang diperolehi daripada dokumentari di atas.









Sebuah filem James Bond bertajuk Diamond Are Forever lakonan Sir Sean Connery pernah memaparkan bagaimana Moon Landing ini dilakukan di dalam sebuah studio di kawasan terpencil.


1 comments:

Post a Comment

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH (HUDUD)




Sepatah kata Abu Anas Madani:

Syariah Islam adalah suatu perundangan yang Allah SWT syariatkan ke atas hamba-Nya untuk menjaga kemaslahatan dan kebaikan buat mereka. Ini adalah suatu rahmah, Allah sebagai Pencipta Yang Maha Mengetahui dengan karenah dan keperluan makhluk-Nya. Kalau dibiarkan manusia memikirkan sendiri untuk maslahah mereka tentulah pemikiran mereka tidak sampai ke tahap yang sepatutnya.

Sebagai suatu usaha kami untuk menyampaikan kebaikan dan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang perkara ini, khasnya pada zaman yang ada orang mempersendakan Hukum Allah khasnya Hudud, maka diharapkan usaha ini ada manfaatnya.

Di bawah ini kami petik tulisan Allahyarham Dato’ Yusoff Zaky Yaakob dalam muqaddimah buku MENGENAL HUKUM HUDUD yang ditulisnya pada tahun 1992 ketika Kerajaan Kelantan mengemukakan Enakman Jenayah Syariah II di DUN Kelantan.

Buku ini diterbitkan oleh: Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (Cet. 1, 1992).
Akhukum, AAM. PSD 27 Muharram 1435H – 01/12/2013.


KATA PENDAHULUAN

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستهدية ونستغفره ، ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له واشهد ان لا اله الا الله وحده لا شريك له واشهد ان محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وضحبه وسلم كثيرا .


{وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُبِينًا} [الأحزاب: 36]



Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perampuan mempunyai hak membuat pilihan sendiri dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul telah membuat sesuatu keputusan. Siapa yang tidak mematuhi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya bererti ia telah terjerumus dalam kesesatan yang amat nyata.’’ (al-Ahzab : 36)

Buku ini lahir tepat ada waktunya, di mana isu hukum hudud menjadi topik perbincangan hangat di kalangan orang-oang Islam sendiri dan menerima reaksi yang berbelah-bagi dari berbagai-bagai sektor penduduk Malaysia.

Buku ini dilahirkan dengan tujuan memberi gambaran asas tentang hukum hudud yang dipertikaikan itu supaya ia dapat difahami dengan penjelasan yang betul, mudah dan terlepas dari sebarang sentimen politik dan semangat perkauman yang buta agar isu yang besar ini dapat difikir dan diteliti dengan penuh tanggungjawab oleh setiap pihak yang berminat untuk mencampuri dalam isu ini terutama bahagian umat Muslim yang menerima Allah SWT sebagai Tuhan dan menerima Muhammad Rasulullah SAW sebagai pemimpin mereka yang ulung di sepanjang zaman.

[Gambar Kecil: Dato' Yusuf Zaky]



Menurut prinsip keimanan dan aqidah Islamiah, setiap Muslim dan Muslimah wajib mempertahan dan membela agamanya, dan konsep membela agama tidak hanya terbatas dalam erti kata mengamal dan mempertahankan peraturan-peraturan ibadat, peraturan nikah cerai dan peratuan muamalah sahaja, malah merangkumi usaha mempertahankan konsep-konsep pemerintahan, pentadbiran dan kehakiman yang telah digariskan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan diantaranya ialah hukum hudud yang dipertikaikan sekarang ini.


Sehubungan dengan ini, mana-mana Muslim dan Muslimah yang tidak sanggup mempertahankan kesucian hukum hudud atau merasa keberatan untuk menganggap hukum hudud sebagai hukum-hukum Allah Taala yang wajib dipatuhi atau bertindak liar dengan mempertikaikan hukum hudud atau mempersenda-sendakan hukum hudud atau menyifatkan hukum hudud sebagai undang-undang barbarik, kejam dan tidak berperikemanusiaan, maka bererti ia tidak sanggup menjunjung hukum Allah SWT dan secara terbuka menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dan setiap mereka yang tergolong dalam kategori orang-orang yang menentang al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW secara langsung adalah tergolong di dalam kumpulan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
Untuk menyelamatkan ramai orang Islam dari keruntuhan iman dan kemusnahan aqidah mereka yang suci kerana terlibat secara sedar atau tanpa sedar dalam kegiatan mempertikaikan hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW itu, maka terpaksa dilakukan dengan segera untuk melahirkan sebuah buku khusus megenai hukum hudud dengan tujuan membentangkan keterangan hukum-hukum itu supaya ramai orang Islam mendapat gambaran tentang hukum hudud yang sebenar dan tidak terus terkeliru dan tertipu dengan gambaran-gambaran khayalan yang melulu hingga hukum hudud dipandang sebagai ancaman-ancaman dan undang-undang buas yang menakutkan dan mengerikan, sedangkan hukum hudud yang diturunkan Allah SWT itu suci dan bersih dari segala gambaran yang melulu, dusta dan menghinakan itu.




AAM HUDUD; Hukum, Hikmah, Kritikan & Jawapan


Semua pihak yang ikhlas sedar bahawa pelaksanaan hukum hudud yang diperkatakan sekarang ini masih dalam peringkat perancangan persiapan. Tiada siapa yang sanggup berdakwah bahawa hukum hudud boleh dilaksanakan sekarang juga dengan menggunakan kitab-kitab Feqah yang ditulis di abad-abad yang lampau tanpa memerlukan penapisan dan semakan yang rapi atau tanpa memerlukan usaha-usaha kemaskini atau tanpa memerlukan perubahan-perubahan yang wajar dalam struktur kehakiman dan pentadbiran undang-undang negara.


Pendek kata, persiapan itu adalah satu perkara, dan kesahihan hukum hudud sebagai undang-undang dari syariat Allah Taala yang wajib didaulatkan oleh umat Islam yang mempunyai kuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang adalah satu perkara yang lain, yang tidak boleh dikelirukan dengan isu persiapan yang juga turut menjadi kewajipan.


Apa yang penting wujud pada peringkat sekarang ialah keinsafan dan keazaman untuk menegakkan hukum hudud. Apabila keinsafan dan keazaman yang ikhlas wujud, maka perlaksanaan hukum hudud lambat laun akan muncul di alam realiti. Dalam perjuangan di peringkat persiapan, setiap Muslimin dan Muslimat berkewajipan memberi sumbangan dan sokongan tanpa mengira parti dan menjauhi diri dari membuat komen-komen negatif atau memalu gendang-gendang sumbang yang membayangkan kearah keraguan.


Hukum hudud merupakan sebahagian dari kanun jenayah Islam dan kanun jenayah Islam merupakan sebahagian dari syariaat Allah SWT yang wajib dijunjung, diamal, dan dipertahankan oleh setiap Muslimin dan Muslimat.


Perlaksanaan kanun jenayah Islam di zaman Rasulullah SAW telah dilakukan pada zaman Madinah, ketika mana Islam berjaya menegakkan negara Islam yang berdaulat, yang mempunyai kuasa untuk menegakkan undang-undang dan peraturan-peraturan. Oleh sebab itulah setiap masyarakat Islam di mana-mana negeri dalam mana-mana generasi dan zaman sekalipun, wajib mendaulatkan kanun jenayah Islam apabila mereka berkuasa membentuk kerajaan dan menggubal undang-undang negeri, kerana perlaksanaan kanun jenayah Islam merupakan perkembangan yang kemuncak bagi dakwah Islam di samping ianya merupakan keperluan asasi bagi mengawal kesejahteraan umat.


Keutuhan sebuah negara Islam adalah dipertahankan oleh dua kekuatan, iaitu kekuatan keimanan dan taqwa yang tertanam dalam hati rakyat jelatanya, dan kekuatan undang-undang yang menjadi teras kekuatan lahiriah negara itu.

Taqwa dan undang-undang merupakan dua kekuatan berkembar negara Islam yang tidak boleh dipisahkan. Sebarang usaha untuk memisahkan dua kekuatan itu akan memusnahkan identiti sesebuah negara Islam.

Memang diakui bahawa hukum hudud atau kanun jenayah Islam umumnya yang diwarisi umat Islam pada hari ini belum dilengkapkan dengan teknik-teknik dan kaedah-kaedah pelaksanaan undang-undang yang moden seperti undang-undang ‘penal code’ yang ada pada hari ini adalah kerana beberapa sebab oleh sejarah dan politik.

Di antaranya, yang pertama; lalah kerana kesuburan dan perkembangan kanun jenayah Islam telah terbantut sejak negara-negara Islam memasuki era kelemahan dan kejatuhan, di mana kanun jenayah Islam dari segi amalan tidak lagi berfungsi dalam masyarakat-masyarakat Islam dan oleh kerana itu ia tidak mendapat kesempatan untuk terus berinteraksi dengan realiti kehidupan manusia hingga ke zaman moden.

Kedua; Kerana ia ditulis di abad-abad yang silam berlandaskan realiti-realiti kehidupan umat Islam di zaman silam, akan tetapi walaupun begitu, ia tetap kekal dengan ciri-ciri semulajadinya yang sanggup mengikuti perkembangan zaman dan perubahan kehidupan manusia. Lunas-lunas dan kaedah-kaedahnya yang universal (sejagat) yang dapat dipakai pada semua zaman dan tempat.

Jika kepakaran teknikal ahli perundangan di zaman ini bergabung dengan kepakaran ilmiah Islamiah ahli perundangan Islam yang telah lama wujud di negara kita dan negara-negara Islam yang lain, sudah tentu kanun jenayah Islam dapat diletakkan dalam satu acuan baru yang dapat mencerminkan dinamisme (kehadapan) dan realismenya yang utuh untuk menghadapi kehendak realiti kehidupan moden.

Buku ini adalah hasil dari saringan bebas dari sebuah buku perundangan Islam yang besar yang paling mutakhir dan sedang mendapat populariti yang tinggi dan meluas di dunia Islam iaitu buku:

الفقه الإسلامي وأدلته


(Kefahaman Perundangan Islam Dan Dalil-dalilnya) karangan ulama Islam semasa yang terkemuka, Doktor Wahbah az-Zuhayli -hafizahullah-.

Bahagian yang dimasukkan dalam buku yang kecil ini ialah bahagian hukum hudud mengenai jenayah-jenayah zina, qazaf (membuat tuduhan zina ke atas orang lain), mencuri, merompak dan minum arak sahaja dengan tujuan agar buku ini tidak menjadi tebal dan cukup untuk mengenal garis-garis besar hukum hudud dengan beberapa perinciannya yang penting.

Setiap pembaca yang menatap buku ini dengan hati nurani yang terbuka dan dengan kesedaran seorang mukmin yang mempunyai hubungan yang peka dengan Allah dan Rasul-Nya akan melihat dan menginsafi bahawa hukum hudud itu adalah undang-undang yang diaturkan oleh kebijaksanaan Allah SWT yang mengetahui tabiat hati dan naluri manusia yang diciptakannya. Ia bukannya undang-undang yang digaris secara sewenang-wenangnya yang hanya sesuai dengan zaman unta dan masyarakat padang pasir yang bersahaja, malah selanjutnya ia akan memperolehi keyakinan bahawa hanya hukum hudud ciptaan Allah sahaja yang mampu menyelamatkan tamadun manusia dari keruntuhan akhlak dan kemusnahan sosial akibat kebebasan perlakuan jenayah seks, jenayah mencuri dan merompak, jenayah membunuh dan menceroboh dan merosakkan.

Masyarakat Amerika yang membangga-banggakan dirinya sebagai negara yang terkuat dan mempunyai tamadun yang paling tinggi dan sebagai satu-satunya negara yang layak menjadi polis dan hakim dunia dapat dijadikan contoh yang amat jelas bagaimana ketamadunan negara itu sedang dicemari keruntuhan akhlak dan perlakuan jenayah yang berleluasa hingga ketamadunannya tidak lagi mencerminkan konsep tamadun dalam erti kata yang murni dan sebenar.


Gaya perundangan jenayah barat kebelakangan ini menjurus ke arah kaedah bersimpati dengan penjenayah dan meringankan hukuman terhadap mereka. Hasil yang paling jelas dari kaedah ini ialah penghapusan hukuman bunuh atau ‘Capital Punishment’, memandang ringan kepada jenayah zina dan jenayah minum arak dan mengenakan hukuman yang menggalakkan ke atas pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Akibat trend perundangan yang lembut inilah penjenayah-penjenayah yang keji itu berkembang begitu pesat dan subur dan mengakibatkan penderitaan-penderitaan yang amat berat kepada masyarakat di seluruh dunia dan menyebabkan rancangan pembesaran penjara-penjara sama penting dengan pembesaran kolej-kolej.


Dari penjelasan buku yang kecil ini, setiap pembaca dapat melihat bahawa pelaksanaan hukum hudud dari awal hingga akhirnya adalah diikat dengan berbagai-bagai syarat yang ketat dan boleh digugurkan dangan berbagai-bagai keraguan, malah dalam kes rejam yang paling berat sekalipun, orang yang dihukum masih mempunyai kelonggaran untuk melarikan diri semasa menjalani hukuman dan dalam sesetengah kes hudud yang lain, hukuman hudud tergugur sekiranya dengan taubat sebelum penjenayah itu ditangkap.


Ciri-ciri hukum hudud yang menarik ini membayangkan bahawa matlamat hukum hudud adalah semata-mata untuk mewujudkan kesan pencegahan yang mendera dan memeritkan bukannya untuk membinasakan penjenayah demi melindungi kesejahteraan masyarakat. Di samping itu konsep hukuman dan balasan dalam Islam bukan semuanya diselesaikan di dunia ini, malah seluruh insan akan dibicarakan kembali dalam pengadilan terakhir di hadapan Allah SWT pada hari akhirat, oleh sebab itulah dalam hukum hudud terdapat lorong-lorong yang selamat untuk memberi peluang kepada pesalah itu menginsafi diri mereka di dunia atau bertaubat sebelum menghadapi pengadilan di akhirat buat kali terakhir.


Dengan syarat-syarat yang ketat dan faedah-faedah keraguan (benefit of doubts) yang luas yang diperuntukkan di dalam hukum hudud tidak boleh disifatkan sebagai undang-undang mandatori yang mutlak seperti Akta Undang-Undang Dadah Merbahaya yang dilaksanakan di negeri ini, malah perselisihan pendapat di antara ahli-ahli perundangan Islam dalam mentafsirkan sesetengah peruntukan di dalam hukum hudud, telah menjadikan hukum hudud suatu undang-undang yang banyak memberi ruang kepada pertimbangan dan ijtihad para hakim untuk membuat keputusan yang berhemat.


Ia jauh berbeza dari undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak memberi ruang-ruang pertimbangan perikemanusiaan yang logik yang dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada hati nurani yang merasa bertanggungjawab di hadapan Allah terhadap setiap nyawa yang dihukum oleh mereka.


Pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang dapat diperhatikan dari penjelasan buku ini lebih mendalam dan lebih serius dalam mendokong aspek rahmat dan kasihan belas yang tidak terdapat di dalam undang-undang dadah merbahaya ciptaan manusia yang tidak sanggup membezakan secara berperikemanusiaan di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan pengambil-pengambil upah yang miskin, jahil dan terdaya, juga di antara pengedar-pengedar dadah yang sebenar dengan orang-orang yang bernasib malang yang tercebak dalam deeming provision atau dalam definasi pemilikan dadah mengikut undang-undang dadah.


Setengah-setengah hakim diakhir pembicaraan dadah merbahaya yang berbunyi: “Saya tidak mempunyai pilihan selain dari menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas kamu” adalah merupakan sesuatu pernyataan yang mengungkapkan kebuntuan dan kekecewaan hati nurani yang peka untuk menemui jalan-jalan rahmat dan kasihan belas.

Saya percaya setiap pembaca yang meneliti syarat-syarat pelaksanaan hukum hudud dengan sadar dan insaf dari awal hingga akhir akan membuat kesimpulan yang spontan bahwa hukum hudud walaupun bersifat mandatori amat sukar dilaksanakan melainkan ke atas penjenayah-penjenayah yang yang amat jahat dan benar-benar wajar dihukum atau penjenayah yang amat jujur dan amat tinggi keinsafan dan taqwanya hingga sanggup meminta hukuman dijalankan ke atasnya walaupun diberi isyarat oleh hakim supaya tidak membuat pengakuan seperti itu.

Di samping itu pelaksanaan hukum hudud tidak seharusnya membimbangkan orang-orang bukan Islam, kerana hukum hudud bertujuan mewujudkan suasana aman yang sebenar kepada semua penduduk negara tanpa mengira kaum dan bangsa. Mereka tidak seharusnya merasa takut kepada hukum hudud selama mereka menaruh kebencian dan bersikap menentang perlakuan jenayah-jenayah hudud yang keji itu atau selama mereka tidak bercita-cita untuk melibatkan diri di dalam jenayah-jenayah yang jahat itu.


Atau selama mereka tidak rela kedai-kedai mereka dicuri atau selama mereka tidak rela melihat isteri dan anak-anak gadis mereka dilarikan dan dirogol dengan kejam atau selama mereka bercita-cita untuk tidur nyenyak dalam suasana aman dan selesa tanpa mengenakan pada pintu-pintu rumah mereka dengan berbagai-bagai penggera yang canggih dan tanpa memasang kunci yang berlapis-lapis seolah-olah penjara-penjara kecil di tengah bandar.


Cara pelaksanaan hukuman rejam, hukuman sebat, hukuman potong tangan dan hukuman bunuh yang dijalankan di hadapan mata satu perhimpunan ramai akan membuat para penjenayah yang menjalani hukuman itu benar-benar merasakan bahawa mereka sedang dihukum oleh orang ramai. Di sinilah letaknya faktor-faktor keberkesanan hukum hudud yang dapat melahirkan kesan-kesan pencegahan yang berkesan sehingga membuat setiap orang yang bercita-cita untuk melakukan jenayah-jenayah hudud yang keji itu terpaksa berfikir sedalam-dalamnya sebelum melangkah ke alam jenayah itu.


Sebelum mengakhiri kata pendahuluan ini adalah wajar ditekankan sekali lagi bahawa kewajipan mempertahankan hukum hudud dari segi ilmiah dan kaedah perlaksanaannya bukan sahaja menjadi kewajipan cerdik pandai Islam yang tergolong dalam istilah alim-ulama seperti yang ditanggapkan selama ini, malah ia menjadi kewajipan semua pengamal undang-undang yang beragama Islam di seluruh negeri ini, yang terdiri dari hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian undang-undang Negara.


Selaku seorang muslim yang bertuhankan Allah SWT dan mahir dalam perundangan negara, mereka berkewajipan mempelajari dan mengkaji selok-belok hukum hudud bersama para ulama dan membuat perakuan-perakuan yang membuka jalan ke arah pelaksanaan hukuman hudud yang diturunkan oleh Allah Taala. Mereka tidak wajar berselindung di sebalik lalang dengan alasan yang dangkal bahawa tugas mereka hanya menafsirkan undang-undang, bukan menggubal undang-undang, kerana di dalam realiti Islamnya, mereka adalah hakim-hakim dan peguam-peguam yang beragama Islam yang bertanggungjawab mengamal dan mengembangkan undang-undang Islam mengikut saranan-saranan yang berada di dalam keupayaan mereka selaku ahli undang-undang.


Sikap redha dan berpuas hati dengan undang-undang ciptaan manusia yang diambil dari Barat atau sebagainya adalah bertentangan dengan aqidah Islamiah yang dianut oleh mereka. Begitu juga sikap tidak peduli atau memandang remeh kepada undang-undang ciptaan Allah SWT akan meletakkan mereka dalam barisan orang-orang yang tidak menghormati dan menjunjung tinggi undang-undang Allah SWT, iaitu satu barisan yang bertenggek di tepi jurang kemusnahan aqidah dan keruntuhan iman.


Sebenarnya, kepakaran teknikal dan pengalaman-pengalaman yang luas dari para hakim dan peguam beragama Islam itu dapat memberi sumbangan-sumbangan pelaksanaan yang amat bermakna dalam penyusunan qanun jenayah Islam umumnya dan undang-undang hudud khususnya, di zaman kebangkitan umat Islam yang ingin kembali kepada sistem hidup Islam setelah gagal dengan undang-undang ciplak ciptaan manusia yang semata-mata berlandaskan kepentingan-kepentingan keduniaan.


Di samping itu, pengalaman-pengalaman kerajaan Arab Saudi serta kerajaan Sudan dan juga percubaan-percubaan kerajaan Pakistan dapat dijadikan panduan-panduan yang amat berguna dan membina dalam usaha mengemaskinikan teknikaliti pelaksanaan undang-undang hudud dalam dunia yang serba maju dan moden ini. Kita yakin dengan usaha yang sedemikian rupa dari para alim ulama yang berganding bahu dengan para hakim dan para peguam yang beragama Islam, negara ini lambat-laun akan dapat menikmati naungan di bawah undang-undang Islam yang adil dan aman.



KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH

Semakin jauh kita mengkaji perundangan Islam dan kitab-kitab yang disusun oleh ahli perundangan Islam semakin kuat kepercayaan kita terhadap kemantapan syariat Islam dalam mengatur urusan kehidupan masyarakat, juga terhadap kebaikan pemikiran Islam, kebijaksanaan ahli-ahli perundangan Islam dan keagungan perundangan Islam, kerana hukum-hukumnya bukan sahaja dilandaskan di atas dalil-dalil naqli dari al-Quran dan as-Sunnah, malah ia menembusi begitu jauh di dalam jiwa dan akal manusia untuk mendapatkan dalil yang menguat dan menyokongnya sehingga ke masa kini, iaitu dalil yang menyokongnya dari aspek pelaksanaan yang praktikal dan menyumbangkan kekuatan kepadanya untuk kembali berfungsi semula dalam mengatur dan mengendalikan hubungan-hubungan social, hubungan-hubungan dagang, dan hubungan dua hala yang berlangsung setiap hari di antara individu-individu, juga dalam mengembalikan hubungan antarabangsa.


Tujuan memilih dan mengambil undang-undang Islam ialah untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam yang kukuh, terhormat, bersih, aman dan tenteram dimana tiada ruang untuk ditawarkan kehinaan atau menyerah kalah kepada musuh, masyarakat yang tidak memberi tempat kepada perlakuan jenayah dan kegiatan-kegiatan yang tidak menentu, masyarakat yang tidak memberi pertimbangan kepada kelakuan-kelakuan pelik dan menyeleweng, perbuatan yang korup, atau mungkar dan maksiat. Ia bertindak ke arah itu secepat mungkin mengikut prinsip-prinsip Islam terutama prinsip memberi perlindungan kepada perbuatan jenayah yang tertutup atau dilakukan secara tidak terbuka dan prinsip menolak dan mengenepikan hukum-hukum hudud bukan hukum ta’zir apabila terdapat keraguan.


Di antara faktor yang benar-benar menarik kita kepada undang-undang Islam ialah umat Muslimin di zaman kita telah pun mencuba segala barangan import di dalam bentuk undang-undang dan peraturan-peraturan, idea-idea dan budaya-budaya serta berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang bersifat materialistik yang sempit atau kebendaan semata-mata, tetapi pada akhirnya golongan yang insaf dan sedar telah kembali kepangkuan Islam setelah sistem import itu gagal memajukan individu dan masyarakat, dan setelah terbuka tembelangnya yang selama ini ditutup dengan lapisan cat tamadun yang palsu, yang mana dari tamadun palsu inilah kita telah mengambil sesuatu yang rendah serta tidak bermutu dan meninggalkan intan atau sesuatu yang berguna lalu kita tegakkan kehidupan umat Islam mengikut sistem-sistem dan budaya-budaya import itu yang telah mengakibatkan kerosakan kepada nurani dan fikiran-fikiran mereka.


Di samping menanamkan keraguan dan sikap tidak yakin kepada diri sendiri, menggoncang nilai, sifat-sifat yang mulia dan akhlak yang murni dan pada akhirnya sistem itu gagal kecuali mengekalkan kita menjadi satu umat yang lemah yang bergantung pada orang lain, satu umat yang tidak diketahui identitinya atau satu umat yang tidak mempunyai keperibadiaan yang tersendiri sama ada keperibadian Islam atau keperibadian Arab, sama ada keperibadian Timur atau Barat.


Dengan dorongan yang kuat dari pemikiran yang sedar atau tidak sedar, masyarakat Islam menjurus ke arah Islam sebagai jalan keluar atau jalan selamat, tetapi malangnya orang-orang Islam hanya menumpukan kegiatan mereka dalam bidang ibadat sahaja menyebabkan sistem hidup mereka berada di suatu sudut dan kegiatan ibadat mereka berada di sudut yang lain. Mereka berada dalam keadaan dua jalan yang terumbang-ambing dan bertentangan antara satu sama lain, mereka berada dalam keadaan bingung dan bosan, mereka berada dalam keadaan serba salah yang baru walaupun tidak seburuk berpisah terus daripada Islam.


Tiada jalan lain yang dapat menyelamatkan umat Islam dari keadaan dua jalan yang terumbang-ambing itu selain dari pelaksanaan syariat Allah SWT secara menyeluruh dalam semua bidang muamalah, jenayah, hudud dan lainnya, serta mengubah undang-undang ciptaan manusia. Sehubungan dengan ini, sinar harapan telah kelihatan, di mana langkah–langkah yang positif sedang menjurus kearah menegakkan kembali undang-undang syariat di negeri-negeri Arab dan di negeri-negeri Islam untuk membersihkan masyarakat dari keruntuhan akhlak dan penyelewengan, menegakkan keperibadian sendiri dan mengendalikan segala urusan kehidupan masyarakat mengikut pemikiran Islam baik dalam bidang politik ataupun sosial ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan, juga untuk menghancurkan segala belenggu kehinaan, membasmi segala bentuk pencerobohan dan pencabulan, memerangi segala jenis eksploitasi di samping menghidupkan kepercayaan kepada diri sendiri dan menyatukan umat Islam di bawah panji-panji al-Quran dan sunah Rasulullah SAW dan mengambil manfaat dari kajian–kajian perundangan Syariah yang tidak terkeluar dari dua sumber tersebut.


Kini orang-orang Islam telah sedar bahawa satu-satunya jalan untuk mencapai kemuliaan, menolak pencerobohan musuh dan membebaskan bumi Islam dan hak-haknya yang telah dirampas itu ialah bersatu-padu di bawah panji–panji jihad untuk menegakkan agama Allah SWT sama seperti perpaduan dan pengemblengan kekuatan yang telah dilakukan oleh musuh terhadap kita. Mereka telah memerangi kita di bawah lambang ideologi kebangsaan dan perkauman mereka yang keji.

Mengenal hukum–hukum aqad, peraturan–peraturan jihad yang digariskan dalam perundangan Islam, hukum-hukum hudud dan jenayah, sistem kehakiman Islam yang adil dan prinsip-prinsip undang-undang Islam merupakan satu cabang dari pokok besar yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi ahli-ahli undang–undang dan kehakiman di dunia ini.

Tetapi yang amat menyedihkan ialah wujudnya sesetengah golongan orang Islam yang jahil tentang kajian perundangan Islam yang subur itu telah menyifatkan kajian itu sebagai longgokan undang-undang yang tidak tersusun kerana didorong oleh perasaan kasih mereka kepada barat dan kerana ditekan oleh perasaan rendah diri dan tidak percaya kepada diri sendiri dan kerana jahil dengan tuntutan-tuntutan kehidupan dalam pelbagai bentuk andaian-andaian dan kemungkinan yang wujud dalam proses perlaksanaan undang-undang yang ada sekarang ini.


Mereka merasa senang dan selesa dengan hidangan undang-undang ciptaan Barat dan lebih bangga menyebut pendapat Tuan Fulan.. dan Mr. Fulan.. dari menyebut pendapat tokoh-tokoh ulama Islam yang besar yang telah berjaya mengeluarkan pendapat-pendapat, konsep-konsep dan hasil-hasil karya yang menjadi idaman para pembesar, alim-ulama, ahli-ahli falsafah dan para cendikiawan.

Kepada generasi umat Islam di zaman ini kita menyeru, marilah kita kembali kepada perundangan Islam yang kaya dan subur ini, marilah kita menghayati mata-airnya yang nyaman dan menceduk undang-undang yang sesuai dengan zaman kini. Semoga Allah SWT memberi taufik kepada kita untuk memilih undang-undangnya yang mudah dan selesa, semoga Allah mengurniakan keyakinan yang kukuh, pemikiran yang matang dan perasaan yang peka untuk memilih peraturan-peraturan yang baik, juga untuk mengesan kebenaran dan mencegah kebatilan dari akar umbinya.

Di sinilah kita mengetahui bahawa perjuangan menegakkan panji-panji Islam memerlukan kepada usaha menyiapkan satu tapak yang kukuh untuknya dalam bentuk mewujudkan realiti yang praktikal untuk perundangan Islam, pemikiran Islam dan dakwah Islam yang bersifat membina, kerana dakwah Islam bukannya kenyataan bersifat sentimen yang berkobar-kobar atau bukannya suatu kerangka kosong yang tidak mempunyai isi dan metodologi. Usaha mewujudkan tapak yang kukuh itu adalah bertujuan untuk menjamin kesinambungan dakwah agar ia tidak dapat digugat oleh pukulan ribut taufan yang kencang atau digugat oleh angkara tipu daya musuh.


Dalam pengajian perundangan Islam dari semua alirannya, terdapat bukti yang kukuh bahawa undang-undang Islam sesuai untuk dilaksanakan pada setiap zaman. Ia merupakan satu jalan yang betul untuk merealisasikan syakhsiah Islamiah yang padu kerana Islam berfungsi sebagai faktor yang membina dan menyatu-padu, bukannya faktor yang memecah-belah sebagaimana yang dilihat oleh pemikir–pemikir yang dangkal fahamannya. Perselisihan pendapat dalam kalangan ahli-ahli perundangan Islam hanya berlaku dalam isu–isu kecil atau isu–isu ijtihadiyah sahaja, bukan dalam persoalan–persoalan prinsip dan tujuan.


Oleh sebab itulah dirasakan amat perlu agar pengajian perundangan Islam itu dibentangkan dengan gaya penjelasan yang mudah dengan berlandaskan dalil-dalil yang sahih untuk menimbang-tara dan membandingkan pendapat-pendapat perundangan di samping memudahkan jalan untuk mentarjih (menguatkan) atau memilih pendapat–pendapat yang lebih baik dan sesuai dengan aliran zaman.
Inilah perkara yang saya ingin lakukan dalam buku ini melalui usaha–usaha yang bersungguh–sungguh, –Allah SWT sahaja yang mengetahuinya– untuk menjelaskan setiap pendapat perundangan dan mengetahui hukum setiap masalah yang terdapat dalam kitab-kitab feqah yang lama dengan harapan dapat memberi manfaat yang sebaik-baiknya.


HUKUM HUDUD

(Hudud adalah kata majmuk) dari “Al-Hadd” yang bermakna “kawalan” atau “cegahan”. Dari asal kata yang sama penjaga atau pengawal pintu dipanggil Haddad kerana ia mengawal dan mencegah seseorang dari memasukinya. Hukuman-hukuman dinamakan sebagai hukum-hukum hudud kerana ia berfungsi mencegah orang ramai dari melakukan jenayah-jenayah yang dikenakan oleh hukum hudud. Istilah Hududullah bererti perlakuan-perlakuan yang diharamkan dan dicegah oleh Allah SWT.

Firman Allah s.w.t:

تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا

“Itulah perlakuan-perlakuan yang diharamkan Allah oleh kerana itu janganlah kamu dekatinya.” (al-Baqarah: 187)

Istilah Hududullah juga bererti “hukuman-hukuman yang telah ditentukan Allah” yang tidak seharusnya dilakukan seseorang. Hukum-hukum ini dinamakan Hudud kerana ia mencegah seseorang dari melakukannya.

Firman Allah s.w.t:

تِلْك حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَعْتَدُوهَا”

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya.”(al-Baqarah: 229)

Hudud mengikut pengertian syara’ yang diguna pakai mazhab Hanafi ialah hukuman-hukuman yang ditentukan dan diwajibkan Allah SWT sebagai hak Allah Taala. Hukum-hukum Ta’zir tidak ditentukan Allah (malah diserahkan kepada budi-bicara pemerintah. Hukum Qisas (balasan bunuh) juga tidak dinamakan Hudud walaupun ia merupakan suatu hukuman yang telah ditentukan Allah SWT kerana hukum Qisas merupakan hak manusia bukannya hak Allah, kerana itu hukum Qisas boleh dimaafkan dan dicari perdamaian, tetapi semua hukuman-hukuman itu dinamakan hudud kerana ia mencegah perlakuan jenayah seperti itu daripada berlaku.

Maksud hukum hudud itu disifatkan sebagai hak Allah SWT kerana hukum hudud diperundangkan dengan tujuan untuk melindungi maruah, keturunan, harta benda, akal dan nyawa dari ganguan dan pencerobohan, tetapi sesetengah hukum hudud seperti hukuman perzinaan dan minum arak adalah hak Allah Taala semata-mata dengan erti, ia adalah hak masyarakat. Dan sesetengah hukum hudud yang lainnya seperti hukum hudud qazaf (membuat tuduhan berzina terhadap orang lain) merupakan hak Allah dan hak manusia, iaitu satu hukum dimana hak peribadi berkongsi dengan hak umum.
Hukum hudud mengikut istilah kebanyakan ulama yang bukan dari aliran Hanafi ialah hukuman yang ditentukan oleh syara' sama ada ianya hak Allah SWT atau hak manusia.


JENIS-JENIS HUKUM HUDUD

Jenis-jenis hukum hudud ialah hukum hudud kerana berzina, hukum hudud kerana membuat tuduhan zina, hukum hudud kerana mencuri, hukum hudud kerana merompak, hukum hudud kerana meminum arak dan sebagainya. Mengikut mazhab imam Hanafi, hukum hudud itu lima:

1- Hukum hudud kerana mencuri.
2- Hukum hudud kerana berzina.
3- Hukum hudud kerana minum arak.
4-Hukum hudud kerana mabuk.
5- Hukum hudud kerana tuduhan zina


Hukuman hudud kerana merompak termasuk dibawah hukum mencuri dengan pengertian yang lebih luas kemudian ditambah dua hukum yang lain mengikut mazhab-mazhab selain daripada mazhab Hanafi, iaitu hukum hudud kerana Qisas dan hukum hudud kerana murtad. Jadi, hukum hudud mengikut mazhab ini adalah tujuh, dengan alasan bahawa hukum hudud itu, adalah hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT yang perlu diikuti dan tidak boleh diingkari seseorang, juga dengan alasan hukum hudud mengikut pendapat yang sah adalah meliputi hukuman kerana memelihara hak Allah dan hukuman kerana memelihara hak-hak manusia, antaranya ialah hak Qisas.


Berdasarkan penjelasan ini kita mempunyai dua istilah mengenai hukum hudud.

Pertama: Istilah mengikut mazhab Hanafi yang masyhur, iaitu mengkhususkan hukum hudud kepada hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, iaitu hukuman yang bertujuan melindungi kepentingan masyarakat, iaitu lima jenis hukuman yang telah diterangkan sebelum ini dengan memasukkan hukum hudud merompak kedalam hukum hudud mencuri, juga dengan membezakan hukuman hudud kerana meminum arak yang diperbuat daripada anggur dengan hukuman hudud kerana minum minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada bahan selain daripada anggur, iaitu seperti minuman yang diperbuat daripada beras belanda, madu, cuka dan sebagainya.


Kedua: Istilah kebanyakan ahli perundangan yang bukan dari mazhab Hanafi, iaitu perkataan hukum hudud diistilahkan kepada setiap hukuman yang telah ditetapkan Allah SWT sama ada hukuman itu bertujuan untuk melindungi hak Allah Taala atau hak individu-individu. Hukuman-hukuman itu adalah sebanyak tujuh jenis hukuman termasuk hukuman Qisas dan hukuman murtad. Saya akan menyentuh tujuh jenis hukuman ini dengan menjelaskan bahawa jumlah jenayah-jenayah hudud ialah lapan jenis iaitu berzina, membuat tuduhan zina, minum minuman yang memabukkan, mencuri, merompak, menderhaka atau merompak, murtad dan membunuh dengan sengaja yang dikenakan hukuman Qisas. Semua hukuman ini dikira sebagai hukuman-hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Ujar Al-Mawardi: Perbuatan-perbuatan jenayah ialah perbuatan yang terlarang disisi undang-undang syara’ dan ia dicegah dengan hukum hudud dan hukum Ta’zir.


HIKMAH DIPERUNDANGKAN HUKUM HUDUD

Hikmah dan tujuan diadakan hukum hudud atau hukuman-hukuman ialah untuk mencegah dan menahan manusia dari melakukan jenayah-jenayah itu dan untuk melindungi masyarakat dari kerosakan dan membersihkannya dari sebarang perlakuan jenayah.

Ujar Ibnu Taimiyyah rh: Diantara rahmat Allah SWT ialah Dia mengenakan hukuman terhadap perlakuan jenayah yang berlaku diantara sesama manusia yang melibatkan nyawa, tubuh badan, maruah dan kehormatan, harta benda, iaitu perlakuan jenayah membunuh, meluka, membuat tuduhan zina dan mencuri. Dan Allah SWT telah mengatur kaedah-kaedah untuk mencegah jenayah-jenayah itu dengan undang-undang yang amat halus, kukuh dan menguatkuasakannya dengan sebaik-baik cara yang dapat mencapai maksud pencegahan itu tanpa melampaui batas yang wajar diterima oleh seorang penjenayah. Oleh sebab itu, Allah SWT tidak mensyariatkan hukuman potong lidah atau bunuh ke atas pembohong dan tidak pula mengenakan hukuman memotong kemaluan ke atas mereka yang berzina atau mengenakan hukuman bunuh ke atas pencuri, malah Allah SWT mengenakan hukuman yang sesuai dengan nama-nama dan sifat-sifat-Nya Yang Maha Bijaksana, Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Lemah Lembut, Maha Pemurah dan Maha Adil dengan tujuan untuk menghapuskan jenayah yang mendatangkan bala dan mala petaka serta untuk membasmi keinginan-keinginan untuk melakukan kezaliman dan pencerobohan agar setiap orang berpuas hati dengan limpah kurnia dan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepadanya dan tidak tamak untuk merampas hak-hak orang lain.




ADAKAH HUKUMAN POTONG TANGAN ITU SUATU HUKUMAN YANG KEJAM?


Pelaksanaan hukuman potong tangan adalah merupakan satu cara pencegahan yang sesuai dengan penjenayah yang mengancam masyarakat. Ia merupakan hukuman yang memberi rahmat dan keamanan kepada orang ramai umumnya. Dalam Memorandum Penjelasan Kanun Hudud bagi jenayah mencuri dan merompak bilangan 148 tahun 1972 yang dikeluarkan di Libya terdapat kenyataan berikut:

Sesetengah golongan yang ragu dan was-was dengan senang hati menyifatkan hukuman potong tangan (dalam jenayah mencuri dan merompak) sebagai hukuman yang tidak sesuai dengan tamadun dan kemajuan serta menuduh hukuman itu sebagai kejam dan bengis. Mereka sebenarnya menumpukan pandangan mereka hanya kepada aspek kekerasan hukuman, tetapi mereka berpura-pura lupa kepada kekejaman jenayah itu dan kepada kesan-kesannya yang buruk terhadap masyarakat. Mereka pura-pura menangis kerana tangan si pencuri yang berdosa itu di potong, tetapi meeka tidak merasa takut kepada jenayah mencuri dan bebagai-bagai kesan sampingannya yang buruk.

Berbagai-bagai lagi kesalahan dilakukan kerana jenayah mencuri. Pelbagai pencerobohan dilakukan keatas orang-orang perseorangan dan banyak kecederaan parah dialami oleh orang-orang yang tidak berdosa kerana jenayah mencuri. Berapa banyak harta benda dan harta kekayaan telah diragut dan dirampas dan berapa ramai orang yang hidup tanpa rumah tangga kerana harta mereka dicuri dan kerana sumber rezeki mereka terputus akibah dicerobohi pencuri, tetapi semua akibat ini tidak pernah difikirkan oleh orang-orang yang merasa kasihan belas kepada tangan-tangan yang hanya sedikit yang dipotong untuk menjamin keamanan dan ketenteraman orang ramai.

Apakah mereka tidak menyoal diri sendiri manakah yang lebih selesa kepada masyarakat di antara memotong satu dua tangan setahun yang dapat menghapuskan jenayah mencuri dan mungkin selepas itu mungkin tiada lagi tangan yang dipotong dan orang ramai dapat hidup aman, di mana harta benda dan nyawa mereka terjamin selamat atau pencuri itu hanya dihukum penjara dan kerja berat untuk sementara atau untuk selama-lamanya bagi jenayah mencuri sahaja. Di dalam kebanyakan negeri di dunia, puluhan ribu kes jenayah kecurian berlaku setiap tahun.

Jenayah mencuri tidak pernah putus malah kian bertambah dari semasa ke semasa, kian beragam dan kian merebak. Kita masih mendengar berita bank-bank yang dirompak dengan nekad, keretapi-keretapi yang disamun di siang hari dan gudang-gudang yang dirompak. Jenayah mencuri harta benda sering dilakukan serentak dengan jenayah mencederakan, membunuh dan merogol mangsa-mangsa. Kes-kes yang seperti ini berlaku tidak terhingga banyaknya dan tidak dapat dicegah walaupun telah digunakan berbagai-bagai ilmu, kepandaian dan kuasa pihak tertentu.

Perlakuan jenayah-jenayah yang serius tidak dapat dicegah melainkan dengan mengenakan hukuman-hukuman berat yang berkesan. Sesuatu hukuman itu tidak dapat berfungsi sebagai hukuman jika ianya bersifat lembut dan lemah. Hukuman yang berjaya ialah hukuman yang dapat menumpaskan jenayah bukannya hukuman yang memberi kemenangan kepada jenayah.

Yang anehnya, ahli-ahli perundangan ciptaan manusia tidak memandang hukuman bunuh yang dikenakan ke atas sesetengah jenayah yang lain sebagai hukuman yang berat, sedangkan hukuman itu jauh lebih berat dari hukuman potong tangan yang dikenakan ke atas jenayah mencuri dan merompak. Konsep hukuman yang sebenar harus dilihat dari aspek kesesuaian dan keberkesanannya dalam membanteras setiap jenayah.

Satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah hukuman memotong tangan pencuri adalah jauh lebih baik dari membiarkan jenayah itu bermaharajarela di dalam masyarakat dam mengancam keamanan dan ketenteraman yang membawa kepada berbagai-bagai kemungkaran dah jenayah yang lain.

Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Islam selepas melaksanakan hukum hudud telah berada dalam keadaan aman dan tenteram pada keselamatan harta benda, maruah, kehormatan dan sistem pemerintahannya sehingga pernah penjenayah sendiri datang menyerahkan dirinya supaya dijalankan hukuman ke atasnya kerana ingin membesihkan dirinya dan menebus dosanya.

Negeri Hijaz dan seluruh negeri di Semenanjung Tanah Arab pada zaman yang lampau merupakan gelanggang-gelanggang yang aktif kepada jenayah mencuri dan menyamun yang ganas. Mereka melakukan jenayah itu sehinggakan ke atas rombongan jemaah haji lelaki dan perempuan yang ingin berkunjung ke Baitullah. Hanya sebilangan kecil sahaja dari mereka yang selamat pulang ke negeri mereka.

Tetapi apabila kerajaan Saudi menjalankan hukum hudud terhadap dua jenayah itu, maka negeri itu terus aman, jenayah mencuri berhenti dan geng-geng penyamun terus hilang sehingga negeri itu menjadi contoh negeri aman yang mengagumkan, di mana terhapusnya perlakuan jenayah mencuri dan menyamun walaupun jumlah penjenayah yang dipotong tangan itu sangat kecil dan tidak setanding dengan jumlah mangsa yang tidak berdosa yang terkorban dalam satu serbuan oleh pihak penjenayah. Mengikut rekod, jumlah pencuri yang dikenakan hukuman potong tangan hanya enam belas orang sahaja dalam masa dua puluh empat tahun.

Bertitik-tolak dari keterangan yang lalu, ternyatalah bahawa kekerasan yang bercirikan hukuman potong tangan itu sebenarnya merupakan suatu rahmat yang menyeluruh kepada masyarakat kerana terselamat dari keganasan jenayah kecurian dan rompakan serta kesan-kesannya yang amat buruk. Tindakan memotong tangan dan kaki sebilangan penjenayah yang amat kecil yang melanggar perintah Allah SWT itu adalah lebih selesa dari membiarkan jenayah itu bertindak secara berleluasa terhadap ribuan mangsa yang tidak berdosa menyebabkan jiwa, tubuh dan harta kekayaan mereka terkorban, malah kekerasan hukuman hudud merupakan rahmat kepada mereka yang terlintas di hati untuk melakukan jenayah itu, mereka terpaksa membatalkan angan-angan itu apabila mereka terbayangkan kepada kekerasan hukuman yang akan diterimanya nanti.
Kekerasan hukuman akan menghalangnya dari terjerumus ke dalam gaung jenayah. Hukuman itu merupakan satu kekerasan dalam suatu skop yang tertentu sahaja, tetapi ia membawa rahmat yang luas kepada seluruh masyarakat. Inilah sejajar dengan Syariat Islam selaku Syariat yang berlandaskan rahmat dan kasihan belas.

Bukankah Allah telah menyatakan dalam firmanNya:

كتب على نفسه الرحمة

“Allah telah mewajibkan dasar rahmat kasihan belas keatas diri-Nya.” (al-An'aam:12)

Bukankah Allah Taala sifatkan diri-Nya dengan Ar-Rahman dan Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih yang kita sebut pada setiap waktu.

Sementara Rasulullah SAW pula bersabda:

الراحمون يرحمهم الرحمن

“Orang-orang yang bersifat kasihan belas dirahmati Allah Yang Maha Penyayang dan Kasihan belas.”

Malah kita diperintah untuk menunjukkan sikap kasihan belas kepada makhluk haiwan. Jika beginilah sifat Syariat Islam, tentulah hukum-hukumnya dalam kanun hudud tidak boleh disifatkan sebagai kejam dan berat, malah hukuman-hukuman itu meupakan rahmat kepada seluruh orang ramai.

Melihat kesan hukuman hudud ke atas suatu golongan penjenayah yang kecil sahaja tanpa melihat kesannya yang baik ke atas masyarakat secara keseluruhan merupakan satu pandangan yang terbalik dan songsang, malah pandangan itu lebih hampir dan merupakan satu pandangan yang mempunyai kepentinggan dan diragui kejujurannya, kerana yang seharusnya menjadi asas pandangan ialah kepentingan penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahan mereka tanpa sebarang keraguan yang dapat mengenepikan hukuman itu.

Walaupun demikian, janganlah dilupakan bahawa Islam amat berhati-hati agar hukuman hudud tidak dilaksanakan kecuali perlakuan jenayah itu telah disabitkan bersalah dengan yakin. Sehubungan dengan ini, Islam telah mengenakan prosedur-prosedur untuk membuktikan jenayah dan mengenepikan hukuman hudud apabila terdapat keraguan-keraguan yang munasabah. Langkah-langkah ini adalah bertujuan untuk mengalakkan pelaksanaan hukuman hudud kecuali dalam kes-kes yang tertentu sahaja agar tercapai keberkesanannya dalam mencegah perlakuan jenayah dan mengenakan kawalan yang maksima ke atasnya.

Malah pelaksanaan sesetengah hukum hudud seperti hukuman sebat –mengikut prinsip-prinsip Syar’iyah– lebih disukai oleh sesetengah penjenayah dari dikenakan hukuman penjara selama beberapa waktu sama ada panjang atau pendek. Hukuman rejam pula merupakan hukuman bunuh secara terbuka yang amat memeritkan. Ia merupakan hukuman masyarakat ke atas mereka yang sanggup mencabul maruah dan kehormatan.


PERBEZAAN DI ANTARA KANUN HUDUD DAN KANUN TA’ZIR

Di antara ciri-ciri perbezaan diantara keduanya ialah:

1. Hukum hudud dan Qisas telah di tetapkan oleh Allah SWT dari awal lagi di dalam jenayah-jenayah yang tertentu, di mana hakim tidak boleh menggunakan budi bicaranya dalam menilai hukuman-hukuman itu mengikut keadaan-keadaan penjenayah atau mengikut suasana-suasana berlakunya jenayah itu. Adapun hukuman-hukuman Ta’zir (keseksaan), maka ia terserah kepada budi-bicara hakim, di mana ia boleh menimbang dan memilih hukuman yang sesuai mengikut keadaan, penjenayah, keperibadian, kesalahan-kesalahannya yang telah lepas dan mengikut keberkesanan atau kesesuaiannya dengan hukuman itu, juga mengikut keadaan suasana perlakuan jenayah itu dan kesannya kepada masyarakat.

Walaupun demikian, kuasa membuat pertimbangan dan penilaian yang diberikan kepada hakim itu adalah terikat dengan peaturan-peraturan yang ketat terutama dalam aspek memilih hukuman-hukuman keseksaan yang sesuai dengan perlakuan-perlakuan kesalahan yang termasuk dalam perbuatan masiat. Untuk maksud itu, seorang hakim disyaratkan untuk mempunyai pengetahuan hukum yang mencapai tahap mujtahid mengikut mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali. Di sini ternyatalah bahawa kuasa yang diberikan kepada hakim itu bukan kuasa mutlak yang terikat terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang tertentu, di mana pihak tertuduh tidak mendapat jaminan-jaminan keadilan.

2. Hukum hudud wajib dilaksanakan oleh pemerintah, begitu juga hukuman Qisas jika tidak dimaafkan oleh wali darah. Hukuman-hukuman hudud tidak boleh dimaafkan, dibebas, disyafaat dan digugur dengan sebarang alasan dan sebab, tetapi di dalam hukuman Ta’zir di sana terdapat ruang perselisihan pendapat di antara tokoh perundangan Islam. Mengikut pendapat tokoh perundangan Islam yang besar, iaitu Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Ahmad, hukuman Ta’zir wajib dilaksanakan oleh pemerintah sama seperti hukuman hudud, tetapi boleh dimaafkan jika pemerintah berpendapat kemaafan itu boleh mendatangkan kebaikan atau melihat penjenayah itu boleh menjadi baik dengan cara-cara yang lain daripada mengenakan hukuman keseksaan seperti dikenakan celaan atau sebagainya.

Sementara Imam as-Syafi’e berpendapat bahawa hukuman Ta’zir tidak diwajibkan ke atas pemerintah untuk melaksanakannya. Ia diberi kebebasan melaksanakannya atau tidak melaksanakannya, kerana hukuman Ta’zir adalah hukuman yang tidak ditentukan oleh syara’. Ia sama seperti hukuman pukulan yang dilakukan oleh seorang bapa, guru atau suami.


Punca pebezaan pendapat ini ialah kerana hukuman-hukuman Ta’zir melibatkan perkara-perkara yang sesetengahnya merupakan hak Allah SWT seperti menghina sahabat-sahabat Rasulullah SAW atau menghina al-Quran dan sebagainya atau sesetengahnya merupakan hak individu yang boleh dimaafkan seperti, perbuatan memukul atau memaki seseorang dan sebagainya.

3. Hukuman Ta’zir sesuai dengan prinsip umum yang menetapkan perlu wujudnya perbezaan hukuman kerana perbezaan jenayah, sedangkan hukum hudud sama sahaja. Ia tidak berbeza dengan sebab besar kecil perlakuan jenayah, iaitu ia sama sahaja di antara kesalahan mencuri satu dinar dengan kesalahan mencuri seribu dinar, di antara peminum arak yang minum sedikit atau yang meminum arak dengan banyak.





Dalam Bab Yang Ketiga pula pengarang mula menjelaskan satu-persatu tentang hukum Hudud secara ringkas. Sila baca bukunya, jika di Kelantan boleh didapati di kedai buku Syarikat Ja’far Rawas, Kota Bharu.


0 comments:

Post a Comment

SENARAI BARANG YANG TIDAK DIKENAKAN GST

MAKLUMAT UMUM GST

SENARAI BARANGAN YANG DIKENAKAN CUKAI GST 2015

Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015.

Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratus akan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:

Harga set televisyen
Peti sejuk
Pendingin hawa
Seterika
Pengering rambut
Lampin
Minuman ringan


Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini:

Komputer
Komputer riba
iPad
Telefon bimbit
Jam tangan
Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku


TIDAK AKAN ADA GST UNTUK :

Ayam
Daging lembu
Daging kambing
Ikan
Udang Basah
Itik
Ikan
Telur
Ikan bilis
Beras
Roti
Anggur
Pisang
Betik
Epal
Semua jenis jambu
Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
Minyak kelapa
Minyak masak kacang tanah
Minyak kelapa
Susu bayi
Petrol RON95 dan diesel
Tol
Pengangkutan awam
Tepung beras
Tepung Atar
Tepung Gandum
Ubi kentang


Barangan makanan bukan keperluan walau bagaimanapun dikenakan GST seperti:

Sos tomato
Sos cili
Sos tiram
Mi cawan
Tempe
Keju
Marjerin
Telur puyuh
Minyak jagung
Minyak zaitun
Biskut
Donat
Croissant coklat

Jabatan Kastam telah mengeluarkan sebuah buku dengan menyenaraikan barangan yang dikenakan cukai dan tidak dikenakan cukai - rujuk laman web di SINI 


LAGI SEDIKIT PENERANGAN


Kes di bawah ini sebenarnya tidak boleh naik harga sebab harga dulu susu ni pun sudah ada sales tax SST 10%..sakarang GST hanya 6% macam mana pula boleh naik? Maknanya pasaraya ini telah charge customer, sekarang SST + GST = 10% + 6% +16%..... 16% tax..itu adalah salah  dan pengguna harus membuat report kepada Kastam ataupun 







LIHAT CARTA DI BAWAH PERBANDINGAN HARGA SEBELUM DAN SELEPAS GST




SILA LAPORKAN JIKA TERDAPAT SALAH LAKU PENIAGA YANG MENGAMBIL KEUNTUNGAN SEWENANGNYA



Hot line jika ada salah laku peniaga yg mengenakan GST sesuka hati. Simpan no ini di dalam talipon bimbit anda.





HAKIKATNYA


Sebenarnya peniagalah yang rasa tertekan dengan GST kerana mereka tidak boleh menaikkan harga barang sesuka hati... yang kita tak tahu hujung pangkal cerita pasal GST ni pula gi sokong peniaga2 tu apa kes?


0 comments:

Post a Comment

Kota Mesir Kuno Yang Hilang Di Dasar Laut Mediterranean.















Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar peninggalannya.

Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai mengandungi haiwan mumia.

Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam?




Antara artifak lain yang telah ditemui di dasar lautan:

- Patung gangsa Osiris, yang dibunuh dan dibangkitkan sebagai raja-tuhan. Lambang tipikal kuasa (cangkuk dan pemukul) telah hilang. Mata terbuka diserlahkan oleh kepingan emas halus.

- Patung gangsa Firaun dinasti ke-26, yang ditemui di kuil di kawasan Amon di Heracleion

-Lampu minyak Gangsa (tempoh Hellenistic, kira-kira abad ke-2 SM) ditemui di kuil Amun

- Bdengan serpihan emas (abad ke 6 – 2 SM)

-Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion

- Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan.

Sumber

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ