HADITH PALSU TENTANG AMALAN MEMOTONG KUKU
Tidak ada hadith sahih yang menceritakan mengenai kelebihan dan kesialan memotong kuku pada malam-malan tertentu. Kenyataan diatas itu tidak boleh ditsabitkan dengan Nabi saw. Begitu juga terdapat hadith yang bertaraf Dhaif Jiddan yang mengarahkan agar kuku-kuku tersebut ditanam.
Memotong kuku ini termasuk didalam sunan al-fitrah, atau pun perkara biasa yang mesti dilakukan oleh seseorang muslim. Anas meriwayatkan bahawa :
وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الأَظْفَارِ وَنَتْفِ الإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً
"Dia (Nabi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar 'trim' misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan; kita tidak dibenarkan meninggalkannya lebih dari 40 hari" [Hadith Riwayat Muslim #258].
Hadith sahih ini menjelaskan tempoh maxima seseorang untuk memotong kuku adalah tidak lebih dari 40 hari.
Secara khususnya, memang tidak ada hadith khas berkenaan dengan memotong kuku pada hari Jumaat. Secara umumnya, amalan memotong kuku ini termasuklah amalan membersihkan diri bagi persediaan solat Jumaat. Umat Islam dituntut agar membersihkan diri pada hari Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat.
3 comments:
Post a Comment