Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ISU PENGHARAMAN MEE SEGERA JENAMA MAGGI DI INDIA - PENJELASAN KMM






Mee  segera  jenama Maggi yang dijual  di Malasia  tidak  diimport dari India  tetapi  dikilang  di sini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, verifikasi dilakukan ke atas program jaminan keselamatan makanan mendapati pengurusan kilang telah mengambil segala langkah perlu untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas isu pengharaman sementara penjualan mee segera jenama Maggi di India.

India mengharamkan penjualan mee segera jenama Maggi selepas menemui kandungan logam berat plumbum melebihi had dibenarkan.

Dr Noor Hisham berkata, hasil pemantauan terhadap mee segera yang dijual di negara ini mendapati tiada sampel dikesan mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Berikut adalah Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan mengenai isu tersebut:





1 comments:

Post a Comment

PETUA ELAK NASI CEPAT BASI





PETUA ELAK NASI CEPAT BASI

Jika anda pernah mengalami nasi tiba-tiba menjadi basi di dalam periuk cubalah petua ini iaitu dengan merendam periuk nasi tersebut dengan beberapa helai surat kabar. Rendamkan selama lebih kurang dua hingga tiga jam. Kemudian basuh periuk dan masak lah nasi seperti biasa. InsyaAllah masalah nasi yang cepat basi akan dapat di atasi.



0 comments:

Post a Comment

Kemelut 1MDB - Tulisan Terbaru Tun M




Tulisan Terbaru Tun M

THE 1MDB STORY

Terjemahan Radin Lizawi Radin Othman

1. Hasil maklum balas komentar pada blog serta pertanyaan yg diajukan oleh masyarakat bila berjumpa saya ketika membeli belah, amat ketara sekali betapa ramai yang masih tidak mengetahui, jauh sekali memahami masalah yg membabitkan 1MDB ini. Pengetahuan mereka terbatas sekadar kepada persoalan pinjaman RM42 Bilion dan kecelaruan yg Najib lakukan tetapi tidak kepada butiran dan rentetan kesalahan yg bercanggah dengan peraturan yang telah menjadi asas kepada rintihan saya untuk meminta Najib mengundur diri.

2. Atas perkara inilah saya merasakan ada satu keperluan untuk menjelaskan kesilapan yg berlaku pada 1MDB, secara berperingkat.

Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA)

3. Dimulakan dengan usaha untuk mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu, yang mana dana tersebut adalah hasil bayaran Royalti minyak daripada Petronas kepada kerajaan Terengganu sebanyak 5% setahun. Jumlah dana tersebut telah meningkat menjadi jumlah yang sangat besar saban tahun.

4. Atas nasihat Jho Low, Najib telah menjadikan Lembaga Pelaburan Terengganu sebagai dana pelaburan negara seperti Kuwaiti Investment Fund dan diletakkan di bawah kuasa penuh Perdana Menteri. Perlantikan pegawai kepada entiti tersebut juga, dibuat sepenuhnya oleh Najib tanpa campurtangan kerajaan Terengganu. Pada mulanya kerajaan Terengganu akur kaedah ini tetapi apabila Najib memutuskan untuk menerbitkan bond pinjaman berjumlah RM5 billion dengan mencagarkan telaga minyak Terengganu, kerajaan dan pihak istana telah menilai semula persetujuan tersebut.

5. Kerajaan Terengganu memohon agar penerbitan bond ditunda tetapi malangnya Najib tetap berkeras meneruskan tindakan tersebut dan tindakan beliau ini menyebabkan kerajaan Terengganu menarik diri demi menjamin integriti telaga minyak mereka.

6. Sebagai langkah susulan, atas pandangan Jho Low, Najib telah meletakkan kerajaan persekutuan sebagai penjamin pinjaman penerbitan bond 5 Bilion ini. Tindakan tersebut sepatutnya terlebih dahulu melalui perbincangan dan kelulusan kabinet. Sehingga kini, tidak ada bukti bahawa kertas kabinet telah disediakan untuk kelulusan walaupun ianya melibatkan satu jumlah yang sangat besar. Yang menambahkan lagi keajaiban ialah, ahli kabinet langsung tiada bayangan urusan dan aktiviti yang dilakukan oleh 1MDB.

7. Untuk mengelak daripada pengetahuan dan menimbulkan kecurigaan pegawai dan agensi kerajaan, pinjaman ini telah diklasifikasikan sebagai belanjawan luarjangka iaitu belanjawan yang dibuat di luar jadual belanjawan tahunan yang lazim dibentang dan diluluskan oleh parlimen setiap tahun. Untuk pengetahuan semua, belanjawan luarjangka boleh dilakukan tetapi biasanya melibatkan jumlah yang terhad. Amaun RM5 billion ini tidak pernah sama sekali dilakukan oleh kerajaan serta mana-mana agensinya sebelum ini. Secara etikanya, pinjaman tersebut tidak sepatutnya ditakrif sebagai bajet luarjangka serta mesti mendapat kelulusan kabinet dan seterusnya dibentangkan untuk kelulusan di parlimen. Malangnya, tidak ada satu pun langkah-langkah di atas yang diikuti.

8. Tiada kepastian bahawa mana-mana agensi kerajaan telah meneliti dokumen perjanjian pinjaman tersebut tetapi nyata sekali perjanjian ini berat sebelah dan amat tidak memihak kepada kerajaan.

9. Goldman Sachs yang mengendalikan urusan pinjaman tersebut telah diberikan ganjaran berikut:-

(i ) Komisyen 10%
(ii) Kadar faedah tetap 5.9%


10. Ini bermakna, daripada pinjaman USD5 billon ini, 1MDB hanya mendapat USD4.5 billion. Goldman Sachs pula akan membawa pulang USD500 juta sebagai komisyen mereka, dan pulangan ini merupakan satu jumlah yang sangat besar.

11. Sebaliknya 1MDB dikehendaki membayar faedah 5.9% ke atas keseluruhan jumlah RM5 billion yang jika diambilkira jumlah bersih setelah ditolak komisyen Goldman Sachs yang cuma RM4.5 Bilion, melonjakkan kadar faedah yang ditanggung 1MDB menjadi 6.6%. Goldman Sachs, sebuah syarikat Yahudi pula, mendapat RM500 juta, bersih tanpa sebarang tekanan hutang, jauh sekali faedah.

12. Lazimnya, faedah ke atas pinjaman ataupun jaminan pinjaman kerajaan berlegar dalam lingkungan 3% atau kurang. Sebaliknya 1MDB mempunyai kadar faedah terlebih 7%, iaitu 10%, dari kadar kebiasaan, bermakna RM350 juta setahun atau mencecah hampir RM1 juta SEHARI untuk bayaran faedahnya sahaja!

13. Siapakah gerangan yang sanggup meluluskan terma pinjaman syarikat milik kerajaan yang sedemikian rupa? Kita ingin tahu siapakah orangnya. Sewajarnya wujud dokumen2 berkaitan yang mencatatkan perkara di atas, bertandatangan dari pegawai autoriti berkenaan. Jika langsung tidak ada sebarang dokumentasi, bermakna seseorang mesti dipertanggungjawabkan atas kecuaian ini. Atau mungkin juga berlakunya satu penyalahgunaan kuasa.

14. Kegilaan aktiviti peminjaman ini tidak berhenti setakat itu, malah berterusan meminjam daripada bank tempatan dan luar negara hingga mencecah RM42 billion yang mana terma pinjaman masih seperti biasa, tetap kabur. Faedah untuk pinjaman yang berjumlah RM42 billion akan menjangkau RM3 billion setahun! Melainkan pelaburan ke atas RM42 billion ini menghasilkan pulangan yang sangat luarbiasa lumayannya, bebanan daripada faedah ini sahaja sudah memadai untuk meranapkan 1MDB. Umum mengetahui bahawa Ananda Krishan telah menyediakan dana RM2 billion untuk menganjak bayaran faedah tersebut. Adakah ini hadiah atau pinjaman? Berkemungkinan besar 1MDB terpaksa melupuskan saham atau aset lain dalam masa terdekat untuk menjana jumlah RM3 billion bagi melangsaikan pinjaman jangka pendek mereka daripada sebuah bank Jerman.

15. 1MDB secara khususnya diketuai oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Sebarang pinjaman yang berjumlah RM100 juta ke atas untuk tujuan pelaburan luar negara, wajib mendapat kelulusan Bank Negara. Dan kelulusan terakhir dan pemutus Bank Negara ialah daripada Menteri Kewangan, yang mana dalam kes ini, juga merupakan ketua 1MDB.


PELABURAN

16. Pelaburan tersohor 1MDB ialah membabitkan pembelian kilang janakuasa dan tanah milik kerajaan serta persendirian.





KILANG JANAKUASA

17. Sejumlah RM18 billion telah dibelanjakan untuk membeli IPP milik Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power dan Jimah Energy.

18. Harga yang ditawarkan untuk membeli Genting Sanyen dan IPP Ananda Krishnan adalah pada harga yang luar biasa tinggi dari harga pasaran. Perlu ditekankan bahawa harga yang dibayar 1MDB ini juga termasuk penyerapan tunggakan pinjaman berjumlah RM6 billion yang diambil IPP berkenaan. Jimah IPP, yang telah dimiliki oleh 1MDB, dikehendaki mendirikan sebuah lagi kilang janakuasa tapi malangnya 1MDB tidak mampu membiayai pembinaan tersebut disebabkan masalah kewangan.

19. Genting Sanyen dan Tanjung Power telah hampir tamat tempoh pegangan lesen mereka. Jika hanya 1MDB menunggu seketika saja lagi, nilai kilang tersebut akan mencecah paras lantai, seakan2 tiada nilai.

20. Adalah satu keanehan mengapa 1MDB tidak sanggup menunggu sehingga lesen IPP ini tamat tempoh untuk memulakan langkah pembelian. Genting dan IPP Ananda Krishnan telah mengaut keuntungan yang melampau hasil penjualan kilang tersebut dengan anggaran keuntungan mencecah RM3 Bilion. Di samping itu, juga mendapat bonus, terlepas daripada tanggungan hutang RM6 billion yang telah diserap oleh 1MDB seperti tertera dalam terma perjanjian pembelian mereka.

21. Bukan sahaja pinjaman 1MDB satu bebanan besar, kos pelaburan juga yang terlalu besar dan membebankan yang sudah pasti menghasilkan pulangan yang sangat minimal. Kenapa 1MDB begitu bodoh?

22. Seperti bebanan yang tertera di atas, 1MDB sudah pasti tidak mampu memacu IPP2 yang dibeli ini ke bursa saham. Siapa yang sanggup melabur untuk membeli sebuah IPP yang ternyata tidak menguntungkan?

0 comments:

Post a Comment

The Secret

"Saya belum sempat memiliki dan membaca buku Law of Attraction tulisan Michael J.Losier dan terbaru, Money and the Law of Attraction: Learning to Attract Health, Wealth & Happiness oleh Esther and Jerry Hicks. Blurp pada kulit buku Michael J.Losier mendefinisikan Law of Attraciton sebagai The Science of Attracting More of What You Want and Less of What You Don't.

Bagaimanapun, minggu lalu seorang rakan meminjamkan DVD The Secret yang memberi penjelasan tentang ‘sains’ tersebut. Video 89 minit yang diterbitkan pada 2006 ini dikatakan menjadi rujukan di seluruh dunia bagi mereka yang mahu mengubah nasib ke arah masa depan yang lebih meyakinkan. Penerbitan video ini disusuli dengan terbitnya buku di bawah judul yang sama pada 2007. Rhonda Byrne iaitu Penerbit Eksekutif video The Secret itu sendiri yang menulisnya. Kedua-dua DVD dan buku beliau mengandungi isi yang sama. Masing-masng terjual jutaan naskhah dalam masa singkat.

Video dan buku The Secret memuatkan pandangan beberapa ahli falsafah, ahli perniagaan, paderi dan penulis seperti Bob Proctor (You Were Born Rich), Jack Canfield (Chicken Soup For The Souls), Dr. John Gray (Men Are from Mars, Women Are from Venus), Mike Dooley (Notes From The Universe) dan Rev. Dr. Michael Bernard Beckwith (Spiritual Liberation). Mereka dan orang-orang biasa lain yang dipaparkan di dalam video itu dianggap sebagai bukti bergerak (living proof) kepada apa yang diwarwarkan sebagai kejayaan mengubah kehidupan dengan mengaplikasi ‘sains’ tersebut. Ada yang berjaya sembuh daripada penyakit kronik, ada yang menjadi kaya-raya, ada yang berjaya mengatasi halangan dalam hidup dan mencapai apa yang dianggap mustahil sebelumnya.

Secara mudah, rahsia itu terletak pada cara berfikir seseorang dan yakinnya dia kepada apa yang difikirkannya itu. Mengikut Law of Attraction (istilah yang mula dipopularkan oleh surat khabar New York Times pada 1879), seluruh energi di alam semesta akan menyokong kepada berlakunya apa yang difikirkan dan diyakini oleh seseorang. Apabila dia berfikir yang positif, itulah yang akan berlaku. Apabila sebaliknya maka sebaliknya yang akan berlaku.

Dalam bukunya Spiritual Liberation, Dr. Michael Bernard Beckwith mengungkapkan, "If you can begin with a feeling that you're all right already, you begin from wholeness and move from glory to greater glory. That's spiritual liberation."

Dalam video dan buku The Secret dipaparkan antara lain, tentang seorang bekas pesakit kaser payudara. Dia sembuh daripada penyakitnya dengan cara yang ‘ajaib’ iaitu dengan hanya membayangkan dirinya sudah sembuh lalu menjalani kehidupan seperti biasa. Beberapa bulan kemudian, doktor mengesahkan kansernya pulih – tanpa menjalani radioterapi dan kimoterapi.

Dalam video dan buku itu hanya ada tiga langkah mudah yang disarankan untuk mencapai sesuatu dalam hidup – ask (meminta), believe (meyakini) dan receive (menerima). Kita disarankan memfokus pada apa yang kita mahukan, bukan pada apa yang kita tidak mahu. Kekuatan memfokus kepada apa yang dihajati ini akan menghasilkan kekuatan meyakini bahawa kita akan memperolehinya, lalu kita akan mendapat apa yang kita hajatkan itu.

Saya sangat terkesan dengan video tersebut. Baru-baru ini anak kedua saya Raihanah memperolehi keputusan semester pertama di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah. Untuk kertas Kimia, dia mendapat gred A sedangkan sebelum ini dia kurang berminat dengan Kimia dan hanya mendapat D6 dalam SPM. Dia menceritakan kepada saya dan ibunya bagaimana dia mengatasi kelemahannya dalam Kimia.

Katanya, dia menulis “Saya suka Kimia” di dalam buku kerja Kimia dan di beberapa tempat lain. Dia membayangkan dirinya kini suka kepada subjek itu. Kebetulan guru Kimianya di pusat matrikulasi terbaca ayat itu pada bukunya dan berkata, “Wah, bagusnya awak. Bangganya saya.” Sejak itu Kimia tidak lagi menjadi masalah kepadanya.

Jika mengikut teori Law of Attraction, seluruh energi di alam semesta telah menyokong ke arah berlakunya sangkaan anak saya bahawa dia menyukai Kimia. Lalu, apa yang difikirkannya itu betul-betul berlaku. Dia akhirnya suka kepada Kimia. Minat dan tumpuan pada sesuatu menjadikan ia mudah dikuasai. Gred Kimia yang diperolehinya membantu menyumbang kepada CGPA 4.0 dalam peperiksaan semester pertamanya.

Saya sangat terkesan dengan dapatan dari video The Secret kerana apa yang dianggap ‘rahsia’ itu sebenarnya sudah diberitahu lama dulu oleh Rasulullah SAW tetapi kita umatnya sudah tidak begitu menghiraukannya. ‘Rahsia’ itu diberitahu oleh baginda dalam satu hadis qudsi yang bermaksud: “Aku (Allah) mengikut sangkaan hamba-Ku pada-Ku, dan aku menyertainya ketika ia telah berdoa pada-Ku.” (Riwayat Muslim)

Dalam hadis qudsi ini, Allah memberi isyarat bahawa apa yang difikirkan dan diyakini oleh hamba-Nya, itulah yang Dia akan beri.

Orang-orang bertakwa tidak perlu belajar tentang ‘The Secret’ atau Law of Attraction, kerana sikap dan keyakinan mereka memang sentiasa positif. Mereka sentiasa berfikir yang positif dan meyakini yang positif. Diuji dengan dugaan hidup yang berat pun, mereka masih positif bahawa Allah akan memberi kebaikan yang banyak kepada mereka melalui ujian itu. Lalu itulah yang mereka dapat iaitu kebaikan dari musibah yang berlaku. Mereka sentiasa bersangka baik dengan Allah, sentiasa yakin adanya hikmah di sebalik setiap ujian-Nya. Maka hikmah itulah yang mereka dapat.

Fokus orang-orang bertakwa adalah pada memburu redha Allah dan menganggap redha Allah adalah segala-galanya. Mereka berbuat ketaatan dengan mengharap dan meyakini di situ adanya redha Allah. Mereka meninggalkan perkara maksiat dan mungkar dengan mengharap dan meyakini bahawa Allah meredhainya. Redha Allah yang mereka mahukan dan yakini maka redha Allah itulah yang mereka dapat. Apabila Allah redha kepada seseorang, Allah menjadikan seluruh makhluk di langit dan di bumi redha dan kasih kepadanya termasuk makhluk yang dipanggil energi, sel, atom atau apa saja namanya.

Inilah juga rahsia kenapa Allah melarang umat Islam berputus asa daripada rahmat-Nya. Dengan berputus asa daripada rahmat Allah apabila ditimpa kesusahan, seseorang itu sudah mewujudkan sangkaan negatif di dalam dirinya. Dia akan dua kali susah. Susah ditimpa dugaan hidup dan susah kerana kesusahan yang menyusul akibat berfikiran negatif. Sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung ternafi hikmah dari musibah yang sepatutnya dia boleh dapat apabila bersangka baik kepada Allah.

Di sini juga rahsia kemakbulan doa iaitu apabila doa dipohon berserta keyakinan bahawa Allah akan memakbulkannya. Bandingkan dengan doa yang dipohon dalam keadaan lalai atau tidak yakin Allah akan memakbulkannya. Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu..." (Al-Mukmin: 60)

Dalam The Secret juga disebut tentang konsep syukur dengan kata-kata, “If you are grateful, you will get more.” Bukankah ini ‘rahsia’ umat Islam? Bukankah Allah berfirman yang maksudnya: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur (ingkar), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras." (Ibrahim: 7)

Bagi penulis berjiwa Islam, kebolehan menyaring dapatan (input) dari sumber bahan tulisan sangatlah penting. Hati-hati agar kita tidak sekadar menyambung lidah orang-orang yang kufur kepada Allah. Law of Attraction tidak lain hanyalah menimbulkan sangkaan-sangkaan baik dan mengajak kita belajar bersyukur, cuma dalam ‘sains’ itu, ia tidak dikaitkan dengan Allah.
Apa yang disebut sebagai ‘energi’ dari alam semesta itu tidak dikaitkan secara langsung dengan sumber energi tersebut iaitu Allah. Apa yang disebut sebagai “mendapat lebih apabila bersyukur” itu juga tidak dikaitkan sangat dengan Pemberinya, Allah.

Tanpa dikaitkan dengan Penciptanya, seseorang itu mungkin secara tidak sedar menganggap yang seolah-olah ‘energi’ itulah Tuhan. Paling tidak, dia tidak akan ‘nampak’ Allah dalam setiap perkara yang dia dapat dengan mengaplikasi Law of Attraction atau ‘The Secret’. Dia hanya nampak adanya ‘energi’ yang membolehkan dia mencapai apa yang dimahukannya melalui kekuatan memfokus dan meyakini. Lalu, di mana Allah?

Di sini perlunya penulis yang berjiwa Islam memberi halatuju yang lebih jelas kepada apa yang diwarwarkan sebagai ‘The Secret’ atau Law of Attraction. Mungkin dari situ kita akan menemui semula senjata yang tercicir. Law of Attraction wajar dianggap sebagai ‘adaptasi’ dari sistem nilai yang sedia ada di dalam Islam iaitu bersangka baik dan yakin bulat kepada Tuhan. Law of Attraction adalah sunnatullah atau hukum alam yang boleh berlaku kepada sesiapa saja, Islam atau bukan Islam, seperti firman Allah:
“Dan kamu tidak sekali-kali akan mendapati sunnatullah itu berubah.” (Al-Ahzab: 62)

Law of Attraction perlu ‘diadaptasi’ semula kepada versi Islamnya untuk menguatkan tauhid umat. Penemuan Law of Attraction itu seharusnya menyedarkan kita dan menjadikan kita bertambah yakin kepada kebenaran Islam."




Credit

0 comments:

Post a Comment

Doa Jibril Di Aminkan Nabi Menjelang Puasa: Yang Palsu dan Yang Benar




Doa Jibril Di’amin’kan Nabi: Yang Palsu dan Yang Benar


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله، والحدالله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد

Saudara/saudari yang dikasihahi sekalian.

Saban tahun menjelangnya Ramadhan, akan berlegar emel-emel memohon maaf dengan bersandarkan pernyataan yang dikatakan doa daripada Jibril A.S iaitu:

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Namun, ketahuilah bahawa ianya tidak diketahui asal-usulnya. Bila para pengkaji hadith mengkajinya, ia didapati palsu, suatu cubaan untuk berdusta atas nama baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Para pengkaji hadith menemui hadith lain yang mirip kepada kata-kata di atas iaitu:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Maka, nasihat saya… Berhati-hatilah bila disampaikan sesuatu kepada kita yang dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم . Cuba teladani kisah bagaimana para sahabat bersikap terhadap sesuatu yang dikaitkan dengan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم seperti yang diriwayatkan dalam Shahih Bukhari (no: 5891) di bawah:

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata: Aku (Sa’id al-Khudri) sedang menghadiri majlis yang diadakan oleh kaum Ansar, kemudian Abu Musa datang mendekatiku, dia berkata: Aku (Abu Musa) telah mengucapkan salam tiga kali di hadapan pintu rumah Umar namun tidak mendapati jawapan, lalu aku pun pulang, kemudian aku ditanya orang: “Mengapa engkau pulang?” Aku telah mengucapkan salam tiga kali namun tidak mendapati jawapan, oleh sebab itu aku harus pulang, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Apabila kamu mengucapkan salam sebanyak tiga kali dan tidak mendapat jawapan maka hendaklah kamu pulang”

Abu Sa’id berkata: Demi Allah engkau telah mengeluarkan satu penjelasan, adakah diantara kamu sekalian yang pernah mendengarkan apa yang telah didengar oleh Abu Musa daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم ? Lalu Ubay bin Ka’ab berkata: Demi Allah tidak ada yang turut mendengarnya melainkan orang yang lebih muda diantara kami dan aku adalah orangnya, aku bersamanya semasa itu dan aku juga telah mengkhabarkan kepada Umar bahawa bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda sedemikian.

Namun, saya akui tidak ramai yang mampu untuk menilai setiap apa yang disampaikan kepadanya. Jadi, saya sarankan agar kita memilih antara dua pilihan di bawah:

Berdiam diri daripada menyebarkannya sehinggalah jelas diketahui bahawa ianya benar shahih daripada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , atau;
Menyampaikannya kepada mereka yang dipercayai sebagai ahli dalam bidang hadith untuk memintanya agar membuat semakan terhadap hadith itu.
Apabila telah dijelaskan kepalsuan sesuatu hadith, sebaiknya kita berhenti menyebarkannya dan seboleh-bolehnya maklumkan semula kepada mereka yang pernah mendengarnya daripada kita bahawa ianya adalah palsu. Ini kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah memberi ancaman kepada pendusta atas namanya:

Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka. (Hadith Shahih Mutawattir, Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain)

Akhir kata, sama-samalah kita sambut Ramadhan ini dengan penuh kegembiraan, seperti mana gembiranya kita dapat bonus gaji, sepatutnya begitulah (atau lebih daripada itu) kita gembira dengan bonus pahala berlipat ganda dalam bulan Ramadhan ini.

Dalam hadith Rasulullah mengaminkan doa Jibril A.S itu, disebut salah satu yang diaminkan ialah “Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.” Cubalah kita muhasabah diri, bagaimana agaknya dosa tidak diampun itu? Yang utama ialah jauhilah mensyirikkan Allah dan jagalah iman kita. Berpuasalah atas sebab iman, bukannya berpuasa kerana ianya budaya sebelum berhari raya. Disebut dalam hadith shahih yang maksudnya:

“Barang siapa yang berpuasa ramadhan kerana didorong oleh iman dan mengharapkan keredhaan Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu” (Hadith Riwayat Bukhari : 38 dan Muslim : 175)

Teruskan mempelajari ilmu Islam untuk memperkuatkan lagi iman kita dan perbanyakkan doa memohon keredhaan Allah SWT ke atas kita. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membaca. Salam maaf dan sekian, wassalam. Ramadhan karim!

0 comments:

Post a Comment

Siapa yang suka tidur lepas Solat Subuh tolong baca..

dan siapa suka tidur lepas subuh then bangon nak solat dhuha pon tolong baca ..
sentap n muhasabah sesamer .. takde ruginya..in shaa Allah..

Tidur lepas subuh, bagi pandangan orang soleh.

Sedikit perkongsian. Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yg tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat. Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik. Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Bila diberi peluang, aku terus bertanya.

ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?

Dia menjawabkan,
tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”.

Ohhh, “jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh?"
Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?"

Aku bisik dalam hati “ada banyak mazhab ke dia ni?”.

Dia mengatakan lagi.
Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku.

Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…

maaf ustaz”. Aku cakap dekat dia,
dua dua mazhab lah ustaz”.

Dia kata, "kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati."

Aku nak menangis.

Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!

Aku senyap. Kemudian bertanya kembali.
kenapa ustaz?

Dia menjawab, "orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah!. Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur."

"Perumpamaan kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.

Aku tersentak.

Dia berkata lagi

Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha”.

Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Ya Allah…

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi
orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?"

Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi
ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan dan apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?

Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang.

Kau siapa? Nak ubah sunnatullah?"

Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis. Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri. Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir.Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb,,rase macam potong bawang halus2,,tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh,,lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh, aku baca surah al waqiah dan solat dhuha setiap hari,,dan aku rasakan rezeki yang Allah kurniakan melimpah-ruah sampai aku rasekan,,,Subhanallah.. Ya Allah!!!!! Murahnya rezeki MU jika aku tidak tidur lepas subuh,,

pada tidur lepas subuh .fikir fikirkanlah.

Credit

0 comments:

Post a Comment

Kedudukan Gospel Barnabas

Ianya bukanlah Kitab agama kristian kerana itulah ia telah diperintahkan untuk dibakar oleh pihak Gereja di Rome. Ianya adalah Kitab agama Hanif (Tuhan yang satu) yang diajar oleh Nabi Isa (as).

Ianya ditulis oleh Barnabas seorang sahabat Nabi Isa as. Perhubungan Barnabas dengan Nabi Isa (as) adalah seperti perhubungan sahabat di antara Abu Hurairah (ra) dengan Rasulullah (saw).

Kitab (injil) yang digunakan oleh agama kristian hari ini adalah dituliskan oleh mereka yang datang sesudah lama Nabi Isa (as) diangkat ke langit. Penulis-penulis itu adalah seperti para pengikut tabiun zaman Islam.

Gospel Barnabas ini juga mencerita banyak keistimewaan Rasulullah (saw) sehingga Nabi Isa (as) berkata bahawa sekiranya ia dapat mengikat tali sepatu Rasulullah (saw), dia akan menjadi Nabi yang lebih berwibawa. Anihnya praktis mengikat tali sepatu sambil mencium kaki kanak-kanak (yang memakai sepatu itu) dijalankan oleh pihak Gereja di Rome setiap tahun tanpa menyedari hakikat kenyataan Nabi Isa (as).

Ia juga menceritakan penderitaan Nabi Isa (as) apabila dipanggil “anak Tuhan” dan bagaimana setiapkali terdengar panggilan ini beliau mengeletar tidak terhingga lalu pengsan. Beliau ada berkata bahawa setiap kali beliau terdengar panggilan ini beliau terasa seperti masuk sepuluh neraka.

Ia juga menceritakan bagaimana Nabi Isa (as) berdoa supaya Rasulullah (saw) datang secepat mungkin kerana Rasulullah (saw) serta umat baginda-lah yang dapat membersihkan nama beliau iaitu beliau hanya seorang Nabi dan Rasul sebelum Rasulullah (saw) dan bukanlah “anak Tuhan”.

Senaskah Gospel Barnabas ini dijumpai bersama mayat Barnabas. Naskah yang asli itu ada di Musium di Amerika Syarikat. 

Semasa pencetakkan pertama (berasaskan Gospel yang asli itu) sebanyak 10 ribu naskah, ianya habis dijual dengan cepatnya.

Saya selalu menitiskan air mata apabila membaca berkenaan penderitaan Nabi Isa (as) kerana dipanggil “anak Tuhan”. 

Namun begitu apabila membaca tentang keistimewan Nabi Muhammad (saw) seperti yang diceritakan oleh Nabi Isa (as) saya amat kagum dengan kemuliaan yang dianugerah oleh Allah swt kepada baginda. Cerita berkenaan kemuliaan Rasulullah (saw) seperti yang diceritakan oleh Nabi Isa (as) dalam Gospel ini adalah 10 kali lebih hebat dibandingkan dengan yang diceritakan dalam kitab Dibai’ atau Berzanzi (yang tuliskan oleh ulama Syi’ah) yang dibaca semasa Maulid.

Cerita berkenaan Kebesaran Allah swt dalam Gospel ini mirip seperti Ilmu Tasawuf dalam Islam. Kerana itu, pengkritik kristian mentohmah Gospel ini ditulis oleh ahli sufi Islam.

Pada satu ketika, Paderi Benjamin Keldani telah dihantar ke Perpustakaan Gereja di Rome untuk membuat penyelidikkan tentang sesuatu perkara apabila ia terjumpa dengan senaskah Gospel ini terperuk dan tersembunyi di dalam Perpustakaan itu. Setelah mentelaah dan mengkaji Gospel ini sedarlah beliau bahawa Kitab Injil yang digunakan oleh agama Kristian sekarang ini mengandungi banyak penyelewangan. Dengan kesedaran ini, beliau memeluk agama Islam dan mengambil nama “Abu Ahad Dawood.” Sesudah itu, beliau menulis buku berjudul “Muhammad in the Bible” menyentuh kesemua penyelewengan yang terdapat pada kitab-kitab Injil yang digunakan oleh pihak Kristian hari ini. Tulisan beliau ini pula digunakan sebagai asas oleh Almarhum Ahmad Dedat semasa beliau baru-baru berdakwah untuk menyedarkan pihak kristian tentang penyelewangan yang terdapat dalam kitab Injil mereka. Sesudah berapa lama berjuang, beliau sudah dapat mengkukuhkan kedudukan beliau sebagai pendakwah yang disegani oleh pihak kristian. Kerana kewibaan beliau ini banyak negeri tidak dapat menerima beliau serta beliau digelar “The Unpolished Diamond”. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada roh beliau dan juga roh Abu Ahad Dawood dan meletakkan mereka di Jannah kelak, amin!

Berkenaan Gospel of Barnabas, mengikut Prof. Anwar Musaddad, Rektor IAIN “Sunan Gunung Jati” merangkap Dean Fakultas Usuluddin serta Dozen Mata Kuliah Ilmu Perbandingan Agama:

“Injil Barnabas sejajar dengan hadith dhaif tetapi isinya dikuatkan oleh Al Quran, iaitu dalam soalan-soalan ketauhidan dan memelihara kesegaraman agama dan kepercayaan terhadap Nabi Muhamad (saw) maka ia dapat diterima oleh kaum muslimin sebagai berita-berita israiliyat yakni berita-berita disekitar Bani Israil (Yahudi) yang terdapat dalam kitab-kitab mereka.”

Prof. KH Anwar Musaddad, Kedudukan Injil Barnabas Menurut Pandangan Islam, 30 (1981)

Sumber

0 comments:

Post a Comment

SENARAI LENGKAP NAMA MANGSA GEMPA BUMI KINABALU DIKENAL PASTI



GEMPA BUMI KUNDASANG –
UPDATE MANGSA MAUT.

BUTIRAN:
1) Laporan setakat :
07/06/15(Ahad) @ 1100 hrs.
2) Jum. mayat telah sampai ke HQE1 : 14 orang.

PECAHAN MAYAT:
05 mayat lelaki.
05 mayat perempuan.
04 mayat tidak dapat disampaikan.

NOTA:
10 mayat berbadan lengkap.
04 mayat separuh badan/tidak lengkap.

MAYAT YANG TELAH DIKENALPASTI:

1) i. Nama : Wei Ying Ping
ii. Umur : 12 Thn
iii. Jantina : Perempuan
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E3997242C
(Hospital Queen 1)
Punca kematian : Menunggu untuk bedah siasat.

2)i. Nama : Velarian Joannes
ii. Umur : 27 thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Malaysia (Tour Guide)
v. Paspot/IC : 871125-12-5303
(Hospital Queen 1 )

3)i. Nama : Karyl Mitzi Higuit Matahom
ii. Umur : 12 thn
iii. Jantina : Perempuan
iv. Warganegara : Filipina
v. Paspot/IC : EC0530106
(Hospital Queen 1 )

4)i. Nama : Emilie Giovanna Ramu
ii. Umur : 12 thn
iii. Jantina : Perempuan
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E3673966C
(Hospital Queen 1 )

5)i. Nama : Sonia Jhala
ii. Umur : 12 thn
iii. Jantina : Perempuan
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E3808123A
(Hospital Queen 1 )

6)i. Nama : Rachel Ho Yann Shiun (He Yanxuan)
ii. Umur : 12 thn
iii. Jantina : Perempuan
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E3751615C
(Hospital Queen 1 )

7)i. Nama : Ameer Ryyan Bin Mohd Adeed Sanjay
ii. Umur : 12 thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E4135348N
(Hospital Queen 1 )

8)i. Nama : Loo Jian Liang, Terrence Sebastian
ii. Umur : 29 thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E228044J
(Hospital Queen 1 )

9)i. Nama : Muhammad Daanish bin Amran
ii. Umur : 32 thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Singapura
v. Paspot/IC : E2119087H
(Hospital Queen 1 )

10) i. Nama : Ricky Masirin
ii. Umur : 28 thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Malaysia (Tour Guide)
v. Paspot/IC : 870517-12-6061
(Hospital Queen 1 )

JUMLAH MANGSA MAUT MENUNGGU POST MORTEM .
- 14 orang. Semua mayat akan dibuat post mortem mengikut giliran.




ULASAN :-

1. Setakat ini hanya 10 maklumat mangsa diperolehi manakala 04 lagi belum dikenalpasti kerana menunggu laporan post mortem yang dijalankan ke atas mayat-mayat tersebut pada hari ini.

2. Mayat mangsa Tour Guide (malim) telah dibuat post mortem di Hospital Ranau & mayat telah dituntut oleh keluarga :-
i. Nama : Roby Bin Sapingi
ii. Umur : 31 Thn
iii. Jantina : Lelaki
iv. Warganegara : Malaysia
v. Paspot/IC : Tidak diperolehi

3. Keadaan keseluruhan di HQE1 adalah terkawal.

4. KESELURUHAN MANGSA YANG MATI ADALAH 15 ORANG.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ