Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kiblat Pertama Islam Tunggu Diselamatkan


SEJAK penaklukan Zionis pada Jun 1967, pihak Zionis melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid Al-Aqsa. - Foto AP


BUMI Palestin amat penting dari segi fizikal dan spiritualnya kepada umat Islam. Kepentingannya juga mempunyai hubungan dengan kesucian bumi ini dan sejarahnya dalam konteks perutusan Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membawa rahmat dan kesejahteraan kepada manusia dan dunia ini. Al-Quran menyatakan tentang nabi-nabi yang turun dan mendiami bumi suci Palestin ini dengan jelasnya seperti Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaaqub, Yusuf, Salih, Daud, Sulaiman, Isa dan nabi lain. Nabi dan Rasul terakhir, Muhammad SAW, Nabi kita, telah diberikan penghormatan yang amat mulia oleh Allah SWT dengan pengembaraannya ke bumi suci ini dan persinggahannya pada waktu malam Israk di masjid Al-Aqsa dalam peristiwa Israk dan Mikraj Baginda dalam satu peristiwa mukjizat yang besar seperti yang disebutkan dalam al-Quran: "Maha suci Allah yang telah membawa hamba-Nya berjalan pada malam hari dari Al-Masjid Al-Haram ke Al-Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari bukti-bukti (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat." (Al-Isra' ayat 1)

Masjid Al-Aqsa yang terletak di bumi Palestin adalah kiblat pertama umat Islam, dan salah satu masjid suci, di samping masjid Al-Haram di Makkah dan masjid Al-Nabawi di Madinah. Umat Islam kini bebas melawat dan beribadah di kedua-dua buah masjid yang terletak di bumi Saudi, di Makkah dan Madinah, tetapi amat malang sekali sebuah masjid suci yang menjadi kiblat pertama iaitu masjid Al-Aqsa kini terletak di bawah kekuasaan rejim Israel terkutuk itu selepas kekalahan Arab dalam peperangan lima hari pada Jun 1967. Rosakkan masjid Al-Aqsa Sejak penaklukan Zionis pada Jun 1967, pihak Zionis melakukan pelbagai aktiviti yang merosakkan masjid Al-Aqsa. Hanya beberapa hari sahaja selepas penaklukannya, mereka merobohkan dinding Al-Magharibah di sebelah barat masjid dan diratakan untuk menjadi tempat ibadat orang Yahudi. Dalam usaha mereka untuk menemui bukti sejarah tentang kehadiran (Solomon's temple) di kawasan utara dan barat kota Baitulmaqdis, mereka menjalankan kerja galian dan pembongkaran yang besar di kawasan itu, tetapi mereka tidak menemui bukti yang mereka cari itu, malah bukti sejarah yang mereka temui menunjukkan bahawa bandar dan kota ini adalah kota suci Islam. Sekurang-kurangnya tiga faktor menjadikan Palestin amat penting kepada umat Islam, iaitu kesucian masjid Al-Aqsa sebagai kiblat pertama, kedua kerana kekejaman hebat yang dilakukan oleh rejim Israel dan gerakan Zionis antarabangsa yang dilakukan terhadap umat Arab dan Islam, dan ketiga ialah serangan mental dan fizikal yang dilakukan oleh rejim tersebut dan gerakan Zionis antarabangsa di Amerika Syarikat dan Eropah sehingga mereka berjaya memecah-belahkan tanah Palestin dan rakyatnya serta umat Islam seluruhnya. Negara Zionis Israel ditubuhkan pada 14 Mei 1948 di sekeping tanah yang kecil sahaja, tetapi mereka telah merampas tanah Palestin dengan kadar 77 peratus dan mengusir kira-kira 800,000 penduduk Palestin menjadi pelarian perang, iaitu ketika mereka memenangi peperangan dengan Arab yang lemah dan tidak punya kepemimpinan di antara 1948 hingga 1967. Dalam peperangan dengan Arab pada Jun 1967, baki tanah Palestin telah dirampas, termasuk Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis serta Genting Gaza dan rejim ini juga menakluki Bukit Golan (1,150km persegi) dari Syria, dan Semenanjung Sinai (61,198km persegi) dari Mesir. Akibatnya kira-kira 300,000 lagi rakyat Palestin menjadi pelarian perang, terpaksa meninggalkan tanah air mereka. Tetapi Sinai telah dikembalikan kepada Mesir ketika Mesir memenangi peperangan dengan Israel pada 1974, dengan beberapa syarat yang diletakkan kepada mereka, termasuk perjanjian damai dengan Israel dan bantuan kewangan dari sekutu Israel, Amerika. Ketika rakyat asal Palestin terpaksa lari merempat ke negara lain, rejim Israel membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Yahudi untuk berhijrah masuk ke wilayah ditaklukinya itu. Mengikut perangkaan yang pernah dicatatkan ada kira-kira 2.8 juta Yahudi telah berhijrah ke Palestin antara 1949 hingga 2000. Buka peluang tindas Palestin Kemenangan Hamas dalam pilihan raya Palestin, membuka peluang kepada rejim Israel untuk mengukuhkan lagi penindasan mereka terhadap Palestin dan rakyatnya, kerana mereka melabel Hamas sebagai radikal dan jihad Islam, tambahan pula Hamas mempunyai kaedah perjuangan yang berbeza dari Fatah dan berkonflik pula dengan Fatah, sehingga akhirnya Palestin mempunyai dua kerajaan dengan dua Perdana Menteri, Fatah menguasai Tebing Barat dan Hamas menguasai Gaza. Pada 2005, Israel sekali lagi bermain sandiwara, iaitu mengundurkan tentera dan rakyatnya dari Gaza, supaya Gaza menjadi kawasan penduduk Palestin sepenuhnya, yang kemudiannya ternyata bahawa Gaza menjadi penjara terbuka yang besar bagi rakyat Palestin kerana lautan dan ruang angkasanya dikuasai Israel. Sejak itulah Gaza diserang, dibom dengan pelbagai senjata, penduduknya yang tidak berdosa dicederakan, dibunuh dan akhirnya dikenakan sekatan yang amat ketat sekali. Tetapi, perpecahan umat Islam, dan pergolakan politik negara Islam yang terlalu banyak konfliknya, maka umat Islam hanya dapat merungut dan tidak berdaya untuk melakukan sesuatu terhadap kebebasan Palestin dan kiblat pertama umat Islam itu.


Penulis adalah bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi - Datuk Dr Ismail Ibrahim


0 comments:

Post a Comment

Melancong Ke Jeti Terminal Tanjung Gemuk




Pemandangan dari Jeti Terminal Tanjung Gemuk, Endau Pahang pada Mei 2016. Selain daripada Mersing, Tanjung Gemuk juga merupakan jeti untuk pergi ke Pulau Tioman.




Jambatan Endau - Mersing pemisah sempadan Pahang - Johor




















 Jeti Merin - pemandangan dari Jeti terminal penumpang biasa








0 comments:

Post a Comment

GAMBAR PALESTIN SUATU MASA DAHULU PT 2





Jom layan gambar2 di bawah untuk kenali Palestin lama dengan lebih dalam lagi..






























0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ