Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ngeri!! Mayat Tanpa Kepala Dan Dikerat 7 Ditemui




Singapura – Penduduk di kawasan McNair Spring terkejut dengan penemuan mayat seorang wanita tanpa kepala dan dikerat tujuh di tepian Sungai Whampoa, Jalan McNair di sini pada pagi Khamis. Penduduk yang melihat mayat wanita tanpa baju itu sukar untuk menggambarkan kepada pemberita akibat kaku melihat mayat tanpa kepala itu.

Menurut sumber, mayat wanita itu hanya memakai seluar dalam berwarna hitam.Akhbar petang berbahasa Cina, Lianhe Wanbao melaporkan mayat mangsa telah dikerat di bahagian sendi dan pelipat kepada tujuh bahagian.Namun, kepala dan tangan mangsa masih lagi hilang.

Bahagian-bahagian yang dikerat tersebut dijumpai di dalam sebuah beg plastik sampah.Menurut laman Stomp, mayat itu dijumpai oleh dua orang pejalan kaki yang sedang berjoging di tepian sungai tersebut.

“Saya bercakap dengan salah seorang yang sedang berjoging disitu dan dia berkata dia serta rakan ternampak sebuah plastik beg hitam yang menyerupai bentuk badan dan kelihatan seperti bentuk kaki.

“Dia terus menghubungi polis,” jelas sumber.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kematian luar biasa.Menurut polis, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.Bagaimanapun, pihak polis masih lagi tidak dapat membuat kepastian masa mangsa dibunuh.Pihak polis masih mencari tempat asal di mana mangsa dibuang ke dalam sungai serta mencari saksi-saksi kejadian bagi membantu siasatan. - Lapor Mypaper.

1 comments:

Post a Comment

Cara Membuat Mangkuk Coklat Dari Belon

Cara Membuat Mangkuk Coklat Dari Belon

Cara membuat mangkuk coklat daripada belon... senang sesangat!

Jom layan videonya di bawah...



3 comments:

Post a Comment

Gambar Terkini Nora Danish Semakin Matang Dan Ayu



2 comments:

Post a Comment

Subhanallah!! Gambar Seakan Tentera Allah Di Langit

Gambar seakan tentera Allah di langit.. Subhanallah..Gambar awan berbentuk seperti sekumpulan tentera Islam zaman lampau yang sedang bergerak menuju ke medan perang dan imej sekumpulan pahlawan berkuda. Gambar ini diambil pada tahun 2009 di Nilai, Negeri Sembilan dan kini tersebar di facebook dan twitter.

Subhanallah!! Gambar Seakan Tentera Allah Di Langit


3 comments:

Post a Comment

SubhanaAllah!! Ribut Salji Melanda GAZA

Ribut Salji Melanda Gaza. Jika kita Di Malaysia dan beberapa negara di Asia Tenggara diuji dengan banjir dan taufan, penduduk di GAZA pula diuji Allah dengan ribut salji yang tebal. Ribut salji kali ini dikatakan paling teruk sejak 20 tahun yang lalu. 



Ramai yang terpaksa berpindah apabila ribut salji memusnahkan kediaman dan bangunan mereka. Lebih 30 penduduk dilaporkan cedera dalam kemalangan kereta dan juga runtuhan bangunan. Sekolah dan pejabat terpaksa ditutup termasuk pengangkutan awam digantung sementara susulan ribut salji yang tebal. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila penduduk terpaksa bergelap serta tinggal dalam kesejukan kerana pihak berkuasa telah mengambil tindakan menyekat bahan api sejak dua bulan yang lalu. - Sumber


3 comments:

Post a Comment

Sejuta Penduduk Selangor, KL Hadapi Gangguan Bekalan Air Minggu Depan

Sejuta Penduduk Selangor, KL Hadapi Gangguan Bekalan Air Minggu Depan


KUALA LUMPUR: Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermula Selasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Dis (Ahad).

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Kenyataan itu menyebut ia melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

1 comments:

Post a Comment

Top Referall Bulan November Di PingJe.Org

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah, setelah 5 bulan bekerja keras untuk memajukan blog Cerita Ida (Ida berblog memang seawal Tahun 2011 tetapi tidak seaktif sekarang) Ida agak berpuas hati kerana blog Ida iaitu Cerita Ida @ Ida Syuhada mendapat tempat PingJe.org iaitu Laman Perkongsian Artikel Blogger Malaysia. Ida menyertai PingJe.org  seawal bulan Oktober 2013 dan pada bulan November 2013 Ida berjaya tersenarai sebagai salah seorang Top Referall bagi bulan tersebut. Sungguhnya Ida belum lagi tersenarai di dalam 20 Top Blogger (Ida hanya menduduki ranking ke 236) tetapi ini sudah memadai dan menjadi perangsang buat Ida supaya bekerja lebih keras lagi untuk berjaya serta mengekalkan kedudukan ini, InshaAllah. Sebenarnya di PingJe.org teramat sukar untuk kita mendapat tempat teratas kerana Top Referall dihitung melalui jumlah hits yang kita terima. 

Top Referall Bulan November Di PingJe.Org


Sementara itu di Laman perkongsian Artikel OhPingBlog.com pula, Ida berjaya menduduki CartaTop 5 User. Pada pendapat Ida di OhPingBlog.com lebih  mudah untuk menjadi Top User kerana ia dihitung melalui berapa banyak jumlah artikel yang kita hantar. Lagi banyak artikel lagi bagus dan lebih cerah untuk menjadi Top User.
  
Top Referall Bulan November Di PingJe.Org


Oh ya seperti yang anda tahu, blog Ida sekarang masih di dalam pengubahsuaian. Ida ingin memberi tahu awal-awal di sini berkemungkinan besar title blog Ida iaitu Cerita Ida @ Ida Syuhada akan ditukar kepada satu nama lain yang difikirkan lebih sesuai. Nantikan saja  ya - InshaAllah ;)

6 comments:

Post a Comment

SubhanAllah Ramai Yang Merasuk Bila Ayat Ruqyah Dibacakan

SubhanAllah Ramai Yang Merasuk Bila Ayat Ruqyah Dibacakan


Dikatakan akibat kerap dan ramainya penduduk kampung terkena penyakit sihir maka dikumpulkan mereka ini disatu kawasan lalu dibacakan ayat ruqyah. Lalu menggelupur dan merasuklah sebahagian daripada mereka itu apabila ayat ruqyah dibacakan. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kampung di Sudan.



Jom saksikan video di bawah

5 comments:

Post a Comment

Gambar-Gambar Terbaru Nora Danish Bersama Anaknya Norayqal

Untung Kahwin muda, anak dah besar ;)

Gambar-Gambar Nora Danish Bersama Anaknya Norayqal

Gambar-Gambar Nora Danish Bersama Anaknya Norayqal

4 comments:

Post a Comment

Putus Cinta, Gadis Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 12.

Putus Cinta, Gadis Bunuh Diri Terjun Dari Tingkat 12



Seorang perempuan melayu berumur lingkungan 20 tahun, berbaju lengan panjang berwarna pink, berseluar jeans hitam dan berselipar hitam telah terjun dari tingkat 12 Flat Tioman, Taman Melati, Gombak sekitar jam 5.46 petang tadi.

Menurut saksi, gadis tersebut termenung di tingkat 12. Tidak lama kemudian keadaan menjadi panik dengan kereta polis. Jiran yang berhampiran cuba menghalang gadis tersebut terjun, malah mereka cuba menarik baju gadis berkenaan. Tengah jirannya cuba memujuk, gadis malang itu tergelincir dan jatuh ke atas porch kereta di bawah. Spekulasi mengatakan gadis itu mula panik/terkejut dengan kehadiran kereta polis.

Saksi yang melihat dari awal kejadian bergegas ke tempat kejadian. Orang di sekelilingnya sempat mengajarnya mengucap. Gadis itu tidak mengalami kecederaan di luar, mungkin kecederaan di bahagian dalaman.

Punca kejadian dikatakan gadis tersebut stress dan putus cinta. Kemudian mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat 12.

Al-fatihah…

2 comments:

Post a Comment

Semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada Hukum Syarak

emua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada Hukum Syarak


Semua ajaran Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada Hukum Syarak, kata Jakim

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak. Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.


1 comments:

Post a Comment

Proses Membuat Asam Keping

Proses Membuat Asam Keping

Ini adalah buah asam keping atau asam gelugor

Proses Membuat Asam Keping

Proses Membuat Asam Keping

Buah-buah asam keping ini di hiris nipis samada bulat atau pun di potong dua

Proses Membuat Asam Keping

Proses Membuat Asam Keping

Kemudian kepingan asam yang telah dihiris ini dijemur sehingga kering dan 

Proses Membuat Asam Keping

Sudah menjadi Asam Keping

2 comments:

Post a Comment

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?


Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor menganggap dakwaan yang mengatakan dirinya memiliki tiga kereta mewah bernilai RM8 juta itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.

Menurut petikan laporan Harian Metro, Rosyam yang merupakan penerbit Suhan Movies & Trading berkata, "Hak milik siapa kereta itu tidak penting. Bagi saya, tak patut jadi isu pun jika ia hak saya. Kalau saya nak pakai pun, salah ke?

"Benda ini terlalu peribadi untuk diceritakan, jadi saya harap tiada pihak cuba untuk cetus kontroversi pula," ujarnya.

Menurut pemilik nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin ini lagi, dia akan memberi penjelasan bila tiba waktu yang sesuai dan berharap agar persoalan mengenai pemilik tiga kereta mewah itu tidak diperbesarkan.
"Adakah satu kesalahan kalau saya benar-benar pakai tiga kereta mewah itu atau salah ke kalau saya hanya pinjam kereta-kereta itu?." katanya lagi.

Baru-baru ini desas-desus mendakwa Rosyam, 46, memiliki tiga kereta jenis sport iaitu McLaren MP4, Aston Martin Rapide dan Aston Martin DB9.

Dalam perkembangan lain, Rosyam bakal muncul dengan filem terbarunya berjudul "Balistik" pada 9 Januari depan.

Filem yang turut dilakonkan oleh Adi Putra, Rita Rudaini, Rykarl Iskandar, Jack Lim, Syamsul Yusof dan Susan Lankester ini mengisahkan Saga, seorang pembunuh upahan dan ahli kumpulan geng mafia ditinggalkan isterinya, Salina yang bimbang nyawanya terancam. Beberapa tahun kemudian, Saga telah terjumpa Salina yang kini sudah berkahwin dengan Inspektor Nizam yang merupakan teman baik Saga ketika di rumah anak yatim piatu.

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?

Rosyam Nor: Salah ke pakai kereta mewah?

2 comments:

Post a Comment

Petua Merawat Tumit Pecah

Petua Merawat Tumit Pecah



Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai.

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah.

Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali.

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk;

• Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi
• Berat badan yang berlebihan
• Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap
• Alahan pada jenis sabun
• Alahan pada simen lantai
• Mengabaikan penjagaan kaki

Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 2
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair).


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 3
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 4
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 5
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 6
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai.


Petua Merawat Tumit Pecah

Petua 7
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya.

Selamat mencuba!

3 comments:

Post a Comment

Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Business Berbanding Cina?

Kenapa Orang Melayu Kurang Berjaya Dalam Business Berbanding Cina?



Melayu

  • Untung RM5 kata kecik, komplen tak boleh nak berniaga
  • Meniaga nak mudah dan terus nak untung
  • Malas usaha selalu banyak terlibat Skin Cepat Kaya
  • Lebih rungut dari usaha
  • Pakai bomoh, dengki, irihati kalau jiran berniaga benda yang sama
  • Bangga Jutawan dalam business card tapi tak sedar hakikatnya kuli



Cina

  • Jual topup hp untung RM0.50 tak merungut
  • Berusaha baru boleh untung
  • Berani berubah
  • Masih boleh berniaga walau jiran buat business yang sama
  • Tak kisah wujud pesaing
  • Tak malu berniaga, anak-anak dari kecil di ajar meniaga walau baju lusuh tetapi dalam bank duit berkodi. 

4 comments:

Post a Comment

Gambar-Gambar Terbaru Fazura Yang Semakin Anggun!!



5 comments:

Post a Comment

Jurutera Jawab Cemuhan Pengkritik Kereta Nasional

Jurutera Jawab Cemuhan Pengkritik Kereta Nasional


APABILA Proton mengumumkan model terbaru Perdana, ramai yang respon dengan negatif terhadap rupa bentuk model tersebut yang mirip Honda Accord.

Seperti biasa, cemuhan demi cemuhan dilemparkan kepada Proton di atas pengeluaran model ini. Saya suka untuk memberi pandangan berdasarkan beberapa fakta berikut:

1- Saya kurang senang mendengar kritikan serta cemuhan terhadap Proton ini, tatkala pada masa yang sama apabila Kia mengeluarkan model seakan Audi, ramai yang memuji, juga tatkala Honda mengeluarkan model Accord 2011 yang seakan Audi, ramai juga yang memuji dan membelinya. Bahkan Mazda 6 tahun 2013 juga mirip Lexus, tiada pula yang mencemuh. Mentaliti sebegini wujud sifat dualisma, di mana berlakunya tindakan pilih kasih dalam kritikan.


1 comments:

Post a Comment

Pulau Ketam Jadi Pusat Pelacuran??






Selain terkenal sebagai destinasi makanan laut, Pulau Ketam yang terletak di Selangor, kini diberi jolokan baru. Apa yang menyedihkan, pulau itu kini menjadi pusat pelacuran.

Sasaran pelanggan pula dari kalangan nelayan setempat.

Hasil maklumat dan intipan bahagian maksiat D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor, serbuan dilakukan di sebuah premis hiburan di pulau berkenaan.Siasatan mendapati, sindiket pelacuran beroperasi atas nama pusat hiburan terbabit.

Sasaran pelanggan pula dikalangan nelayan kecil atau nelayan bot pukal yang singgah untuk berehat, setiap petang.

Pusat hiburan ini juga dilengkapi dengan bilik khas yang menawarkan perkhidmatan seks pada kadar RM500 untuk satu malam. Pelacur yang ditawarkan pula adalah wanita warga Vietnam dan China.

Dalam operasi ini, enam wanita dari Vietnam dan China dalam lingkungan 25 sehingga 36 tahun ditahan. 30 pengunjung di pusat hiburan ini juga turut diperiksa.

Kebanyakan wanita warga asing terbabit didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial manakala pusat hiburan ini juga tidak berlesen.

Kesemua mereka yang ditahan termasuk seorang penjaga premis, dibawa ke IPD Klang Utara untuk tindakan lanjut.


0 comments:

Post a Comment

JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir

JPJ Nafi Bertindak Kejam Saman Lori Bawa Bantuan Banjir



Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan bertindak kejam apabila menyaman lori yang dikatakan membawa barangan bantuan banjir seperti yang disebar dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata tindakan itu diambil setelah pegawai penguat kuasa mendapati lori berkenaan membawa muatan berlebihan tanpa dimaklumkan bahawa ia merupakan barangan bantuan banjir.

"Pemandunya langsung tidak memaklumkan yang ia membawa muatan misi kemanusiaan banjir. Sepatutnya pemandu itu memaklumkan keadaan sebenar terlebih dahulu, dan bukannya bertindak mensensasikan keadaan itu di laman sosial," katanya kepada pemberita selepas penutupan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Tumpat hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Gambar Menarik Di Sekitar Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Tahniah Zain dan Che Ta! Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.



Gambar Menarik Di Sekitar Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin
Pasangan suami isteri yang sah
Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Gambar Menarik Di Sekitar Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin
Ayu dan Anggun

2 comments:

Post a Comment

Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki

Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki



KUALA LUMPUR: Bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-6 (AF-6) Hairina Abd Halim mengakui berasa terkilan apabila tidak lagi mendapat undangan nyanyian sejak setahun lalu.

Hairina atau lebih mesra dengan sapaan Mama Rina, 50, berkata, akibat keadaan itu dia terpaksa menjual keretanya kerana tidak mampu melunaskan ansuran bulanan.

“Sekarang ini jika ada apa-apa undangan saya akan menaiki bas dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur kerana tidak lagi mempunyai kereta.

“Undangan nyanyian juga tidak serancak dahulu malah sejak setahun lalu saya tidak lagi menerima sebarang tawaran nyanyian,” katanya kepada mStar Online.

Mama Rina ditemui selepas majlis memperkenalkan enam peserta akhir pertandingan Bintang Nostalgia di Angkasapuri di sini, Rabu.


3 comments:

Post a Comment

BENARKAH LELAKI LANJUT USIA BERTAMBAH GATAL?

BENARKAH LELAKI LANJUT USIA BERTAMBAH GATAL


Petikan Berita Harian

MENJANGKAU usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun.

Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan.


3 comments:

Post a Comment

Gambar Mimik Muka Datuk Siti Nurhaliza Yang Melucukan

Kalau orang cantik, buat macam mana pun wajah tetap cantik ;)

Gambar Mimik Muka Datuk Siti Nurhaliza Yang Melucukan

Gambar Mimik Muka Datuk Siti Nurhaliza Yang Melucukan

Gambar Mimik Muka Datuk Siti Nurhaliza Yang Melucukan

8 comments:

Post a Comment

10 TAHUN AKU MEMBENCI SUAMIKU

CERITA RENUNGAN :: 10 TAHUN AKU MEMBENCI SUAMIKU

10 TAHUN AKU MEMBENCI SUAMIKU


Aku membencinya, itulah yang selalu kubisikkan dalam hatiku hampir sepanjang kebersamaan kami. Meskipun menikahinya, aku tak pernah benar-benar menyerahkan hatiku padanya. Menikah karena paksaan orangtua, membuatku membenci suamiku sendiri.

Walaupun menikah terpaksa, aku tak pernah menunjukkan sikap benciku. Meskipun membencinya, setiap hari aku melayaninya sebagaimana tugas istri. Aku terpaksa melakukan semuanya karena aku tak punya pegangan lain. Beberapa kali muncul keinginan meninggalkannya tapi aku tak punya kemampuan finansial dan dukungan siapapun. Kedua orangtuaku sangat menyayangi suamiku karena menurut mereka, suamiku adalah sosok suami sempurna untuk putri satu-satunya mereka.

Ketika menikah, aku menjadi istri yang teramat manja. Kulakukan segala hal sesuka hatiku. Suamiku juga memanjakanku sedemikian rupa. Aku tak pernah benar-benar menjalani tugasku sebagai seorang istri. Aku selalu bergantung padanya karena aku menganggap hal itu sudah seharusnya setelah apa yang ia lakukan padaku. Aku telah menyerahkan hidupku padanya sehingga tugasnyalah membuatku bahagia dengan menuruti semua keinginanku.


2 comments:

Post a Comment

Gambar Majlis Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Selepas majlis pernikahan pereka fesyen terkenal petang tadi, peminat dunia hiburan hari ini terus dihidangkan dengan majlis pernikahan berprofil tinggi dan kali ini melibatkan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin.

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre, Shah Alam pasangan ini telah di’ijabkabulkan selepas beberapa tahun menyulam cinta sesama mereka dan menjadi tumpuan para peminat sepanjang hubungan mereka terjalin.

Rozita Che Wan & Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman. Rozita diwalikan oleh adiknya Roshidi Che Wan.

Rozita Che Wan menerima sebanyak sembilan peti hantaran termasuklah cek wang hantaran RM23,200, mas kahwin RM9,300 serta cincin nikah bernilai RM93,000


Gambar Majlis Pernikahan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin



5 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ