Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?

Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?


Kebenaran untuk berkahwin secara mutaah yang kononnya menghalalkan zina dikenali pasti sebagai faktor utama menyebabkan segelintir umat Islam di negara ini terutama lelaki, terjebak dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah, Seksyen Akidah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Aizam Mas'od, berkata kesimpulan itu berdasarkan pengakuan 141 pengikut fahaman terbabit yang direkodkan JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) setakat ini.


Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?

Syiah buat hadis palsu

Katanya, kebanyakan pengikut Syiah daripada kalangan orang Melayu tidak mahu menceritakan secara terperinci mengenai kahwin mutaah, namun Syiah buat hadis palsu mengenai mutaah dengan mengatakan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala besar.

Mereka tahu zina perkara jijik dan berdosa besar, tetapi dalam Syiah benda jijik dimuliakan... Nikah mutaah mulia, bahkan mendapat pahala lagi, siapa yang bermutaah sekali sama martabatnya dengan Saidina Hassan, dua kali sama dengan Saidina Hussin dan tiga kali sama dengan Saidina Ali.

Pengikut Syiah percaya, kahwin mutaah yang sebenarnya menghalalkan zina dalam Islam, akan diberikan pahala yang besar seperti yang diterima Rasulullah SAW dan sahabat Baginda, katanya ketika berucap pada majlis 'Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana BAKTI: Kesesatan dan Fahaman Syiah', di sini semalam.

Gila Seks Punca Ramai Gadis Menganut Syiah?


Ciri penganut Syiah

Majlis anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Kompleks Seri Perdana itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua BAKTI, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Aizam juga mendedahkan ciri penganut fahaman Syiah yang turut menggelarkan fahaman itu sebagai Mazhab Ahli Bait bagi mengelirukan umat Islam, terutama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Katanya, antara ciri berkenaan termasuk menambah bacaan dua kalimah syahadah dan azan, solat tiga waktu sehari iaitu dengan menjamakkan Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

Amalan lain termasuk sujud di atas batu Karbala ketika solat, tidak menunjukkan penghormatan kepada sahabat Rasulullah dan tidak terus berbuka puasa selepas mendengar azan Maghrib pada Ramadan.

Penyebaran ajaran sesat itu yang kerap berselindung di sebalik agensi pelancongan, buku agama dan risalah serta media sosial, katanya sambil menambah pengikut Syiah di Malaysia dianggarkan sekitar 1,500 hingga 2,000 orang.

Ceramah itu dihadiri 70 tetamu termasuk ahli BAKTI, Badan Kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) serta Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). - Sumber


7 comments:

Astaghfirullahalazim. Harap-harap mereka kembali ke pangkal jalan. :(

29 November 2013 at 13:47 comment-delete

kasihan...

29 November 2013 at 15:31 comment-delete

ya ke?

29 November 2013 at 18:49 comment-delete

aktivit penyebaran ajaran syiah memng harus dikawal dan diharamkan di malaysia...

30 November 2013 at 15:32 comment-delete

semoga iman kita sentiasa terpelihara dan tidak terpedaya dengan fahaman yang bertentangan dengan Islam...

30 November 2013 at 23:11 comment-delete

Yup btul 2,harap kembali ke pgkal jln...

1 December 2013 at 23:04 comment-delete

Masya Allah.. semoga Allah lembutkan hati agar kembali ke pangkal jalan..

2 December 2013 at 00:01 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ