Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Sayu Hati Melihat Tok Guru Haji Hadi Di Kandang Mahkamah




Sayu dan sedih hati melihat gambar ini.. Tuan Guru Haji Hadi di kandang mahkamah... Rakyat Hakim Negara tetapi Tuan Guru Haji Hadi dibiarkan bersendirian?

Seorang pejuang yang berhadapan dengan pertuduhan tanpa membawa para pelajar atau pengikut untuk berdemonstrasi di depan mahkamah. Ulama semakin dipinggirkan. Dimanakah Rakyat Hakim Negara untuk membela Tuan Guru ini? Apakah Rakyat Hakim Negara hanya untuk Dato' Sri Anwar Ibrahim sahaja? Dimanakah keadilan dari Rakyat Hakim Negara ini?



Kuala Terengganu: Mahkamah Tinggi di sini, sebelum ini memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang itu gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya susulan ceramah Abdul Hadi di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.

TERKINI: Perbicaraan di tangguh ke 23 November 2014.


2 comments:

tak faham.. ~.~'

29 October 2014 at 13:11 comment-delete

Kerana mulut badan binasa...
Kena faham baik2 kes kedua2 mereka ini dikandang pesalah...

29 October 2014 at 23:11 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ