Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KENAPA AKU TAK SAMBUT HARI IBU??




Hari ini selepas buat posting Episod 2 (PT 2) enovel Suhana Karissa, aku berblogwalking untuk klik2 iklan nuff dorang. Boleh dikatakan 90% blogger membuat posting SELAMAT HARI IBU.

" Ida, u takde ibu ke? Tak kan u tanak buat penghargaan kepada ibu u? "

Aku ada ibu, aku sayang ibu aku...Setiap hari ibu berada di hatiku...Memang aku excited sangat nak sambut hari ibu  tetapi ada sesuatu yang membuat hati aku hancur...sesuatu yang membuat hati aku hancur luluh...Semuanya kerana artikel ini yang aku terima di website MalaysiaRia aku!!

“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?


Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : " Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]

Untuk diri aku, cukuplah setiap detik dan waktu, dan tiap-tiap hari aku adalah hari untuk ibuku..kerana merekalah "malaikat-malaikat" yang diutuskan Ilahi dalam menjaga amanah membesarkan dan mendidik aku selama ini, kenapa aku perlukan hanya satu tarikh sahaja untuk menghargainya dan mengingatinya? Padahal ibu sentiasa ada di dalam hati dan jiwa raga aku!


10 comments:

tersangat2 sokong kamu!
apit pown x bt entri utk mak apit..
yang penting kita syg mak kita sepanjang hayat kita..
itu yang penting!
mak adalah ratu hati kita semua!

8 May 2011 at 21:08 comment-delete

no komen sal ni...
4 me as long as niat kiter x tersasar,slagi tu bnde ygn kite buat tu halal,,

Anonymous
8 May 2011 at 21:24 comment-delete

sometimes kiter bz,smpai lupe kt parents,so time2 cmni laa kiter amik kesempatan utk hargai diorg...

Anonymous
8 May 2011 at 21:25 comment-delete

Assalamualaikum. Salam perkenalan.
em..hari ibu xwajar dikuhususkan utk hari trtentu sahaja, bahkan ia spttnya setiap hari. hr ibu adalah salah satu kaedah orientalis utk menarik muda mudi agar menghormati ibu bapa mereka lantaran sikap mereka yg tidak berakhlak.
walaupun mereka orientalis, kt xptt menolak mereka mentah2. semua perkara baik kt ptt ambil. spt nabi kita mgmbil kelaziman org jahiliah spt poligami dan 'eid. dr sudut dakwahnya, hr ibu lebih baik diamalkan drpd xdiamalkan. plg pntg, kita buat pemurnian kpd smbutan hr ibu ni. tolak segala perkara yg brtentangan dgn syariat dan sematkan dlm diri bhw hari2 adalah hr ibu. klu nak dikatakan sambutan hr ibu tu menyamai perayaan kristian, xsama.
dgn sambutan hr ibu ni, boleh mengeratkan lg hbgn kekeluargaan. banyaklah cthnye..
wallahu'alam.

1
8 May 2011 at 22:35 comment-delete

let it be untuk yang percayaan adat greek tuh
yang penting kita sambut hari ibu
denga niat kita menyampaikan
kasih syg cinta yg mendalam kepadanya

yang penting nawaitu.. Allah itu sangat mengetahui...

8 May 2011 at 23:06 comment-delete

tapikan ia mungkin satu penghargaan tuk satu dunia berterima kasih pada ibu. ia x salah selagi kite tau niat kite. ia hanye satu hari yang kite rase kite patut tunjukkan perasaan sayang tu lebih sikit dengan ucapan dan sedikit penghargaan . macam satu hari yang bermakne yang perlu diingat oleh seluruh dunie dan berkate ! eh, hari ni HARI IBU ! ^^ hehehehehehe :p (tbe2 rase nak komen panjang)

8 May 2011 at 23:52 comment-delete

Tia pun tak buat entri lee . bagi Tia , hari2 pun hari ibu ;)

9 May 2011 at 00:11 comment-delete

Pegang 1 menda je... SYURGA tu KAT BAWAH TELAPAK KAKI IBU...:)

9 May 2011 at 01:08 comment-delete

pengorbanan ibu patut dihargai setiap hari.

9 May 2011 at 06:53 comment-delete

Muhasabah diri.

Anonymous
9 May 2011 at 12:32 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ