PROSES MENJEMUR UDANG KERING / GERAGAU YANG MENJIJIKKAN!!
Hahaha... yang ini terang-terang tiada logo HALAL JAKIM tapi masih dimakan juga... sedappppp
SEBUT saja udang geragau, pasti anda akan terbayangkan kesedapannya apabila diproses menjadi belacan, cencaluk atau dikeringkan.
Kebiasaannya, di pasaraya, anda akan mendapati longgokan udang geragau kering yang kerap dijadikan bahan tambahan untuk nasi goreng, sambal dan pelbagai lagi menu masakan.
Bagaimanapun, perkongsian mengenai proses penjemuran udang geragau pada tahun 2009 oleh seorang blogger di laman Bluehikari.com mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita lebih berhati-hati dalam memilih makanan yang bersih dan halal.
Gambar-gambar yang disertakan oleh blogger itu sewaktu berkunjung ke sebuah jeti di Kuala Gula, Kerian, Perak jelas memperlihatkan aktiviti menjemur udang geragau yang amat diragui kebersihannya.
Bukan sahaja ia dijemur di atas kanvas yang diletakkan di atas tanah, malah pekerjanya dilihat memijak udang geragau tersebut dengan kasut. Bayangkanlah betapa banyak kekotoran yang melekat pada kasut tersebut.
Pada masa yang sama, terdapat dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.
Tidak mustahil bulu dan air liur haiwan tersebut boleh jatuh ke atas udang geragau tersebut sekaligus boleh mendatangkan penyakit kepada mereka yang memakannya.
Biarpun entri ini sudah lama ditulis, tidak mustahil masih ada pengusaha makanan laut atau sungai yang menjalankan proses penjemuran tanpa mengikut proses yang betul.
Justeru, adalah penting untuk kita mengetahui dari mana sumber makanan yang kita beli kerana ia akan menjadi darah daging kita apabila dimakan nanti…
2 comments:
tips..jangan beli udang kering yang cantik warnanya.. tu selalunya cina yang buat. beli yang pudar n xbrape nak cntik tu..tu orang melayu yang buat selalunya..
Tak lalu plak bila tau camni... Nampak je udang geragau tu cantik, tapi time proses nak kering tu macam2 perisa tambahan dapat...
Post a Comment