4 Masalah Kesihatan Yang Timbul Jika Salah Memilih Kasut
4 Masalah Kesihatan Yang Timbul Jika Salah Memilih Kasut
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih sepatu, mulai dari model, warna, jenis heels atau rata dan sebagainya lagi. Namun hanya sedikit yang mempertimbangkan masalah kesihatan.
Seringkali model yang stylish serta harga yang murah/berpatutan membuatkan kita tidak memperdulikan kualiti kasut. Padahal, kualiti kasut yang rendah mungkin berbahaya bagi anda. Berikut beberapa masalah yang boleh berlaku disebabkan salah memilih kasut.
1. Penebalan kulit
Penebalan kulit boleh terjadi jika kita memilih kasut yang tidak tepat. Jika anda salah memilih model atau ukuran kasut, kulit kaki anda akan bergesek dengan kulit kasut. Gesekan itu juga boleh terjadi antara jari-jari kaki anda. Gesekan terus menerus itu yang menyebabkan penebalan kulit.
2. Heel Spur (Penumbuhan tulang)
Heel Spur adalah penumbuhan tulang kecil yang menyerupai duri di bahagian tumit. Hal ini disebabkan oleh radangan yang menstimulasi sel-sel dalam tubuh membentuk tulang yang baru. Bentuk tumit kasut yang tidak baik dapat memicu peradangan tersebut. Akibat dari hell spur, akan terjadi rasa nyeri juga pembengkakan di sekitar pergelangan kaki.
3. Kuku tumbuh ke dalam
Salah memilih bentuk dan ukuran kasut juga boleh merosak kuku kaki anda. Tekanan yang disebabkan oleh hujung kasut memaksa kuku untuk tidak tumbuh. Pertumbuhan kuku kaki anda menjadi tidak normal, kerana arahnya ke dalam.
4. Radang Sendi
Berjalan dengan menggunakan kasut tumit tinggi akan sedikit menekuk lutut. Akibatnya, beban terbeban pada paha dan lutut yang membuat anda rentan terhadap cedera. Jika anda berjalan dengan lutut sedikit ditekuk, hal ini dapat memberi tekanan sebanyak 2 kali ganda lebih besar pada tempurung lutut anda dan meningkatkan risiko terkena radang sendi.
0 comments:
Post a Comment