This is Hong Leong!!! Chinese Bank you know!!! It is not your Najib’s Bank, Bank Bumiputera, Stupid!!
Pengurus Bank Mengaku Tak Bersalah Ucap Ayat Berbaur Perkauman
“This is Hong Leong ! Hong Leong!!! Chinese Bank you know!!! It is not your Najib’s Bank, Bank Bumiputera, Stupid!!”
JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.
Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.
Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Md Zahar Ngah yang mewakili Choy Wan memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain memberitahu jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.
Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 September ini untuk sebutan semula kes.
0 comments:
Post a Comment