Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



5 Pengajaran Cinta Dari Drama Rindu Awak 200%





Drama yang menjadi sebutan ramai, lakonan pelakon kacak Zul Ariffin dan Ayda Jebat baru saja berakhir. Penulis pasti, ramai yang mula rindu ternanti-natikan drama itu, kan?


Penulis pun sama. Tetapi tahukah kamu, ada banyak pengajaran dalam percintaan dan perhubungan yang boleh kamu pelajari dari drama keluaran TV3 tersebut? Kami kongsikan lima pengajaran yang boleh kamu pelajari dari drama bersiri Rindu Awak 200%.

1) Waktu Maghrib masa untuk berkhayal

Waktu Maghrib adalah waktu untuk menonton drama cinta melayu sambil berkhayal dan berangan. Waktu untuk para gadis sekolah dan emak budak bertenggek di depan TV untuk menghayati kisah percintaan yang suci murni serta wajah tampan pelakon lelaki dan berharap mereka ada kekasih atau suami seperti itu.

2) Melatih untuk mentepati masa

Drama ini melatih kita supaya lebih menepati masa kerana ia disiarkan setiap hari Isnin sehingga Khamis tepat jam 7.00 malam di Slot Akasia. Ini bermakna dalam seminggu, 4 hari kita dilatih untuk belajar menjadi lebih menepati masa dan menyusun waktu dengan lebih efektif. Kita perlu merancang masa untuk pulang dari tempat kerja, ambil anak kecil di rumah pengasuh dan selesaikan dulu apa2 urusan agar dapat sampai rumah sebelum jam 7.00 malam.

3) Yang haram boleh menjadi halal

Lelaki dan wanita sama ada yang masih bujang atau yang telah menjadi suami atau isteri orang lain boleh berpegangan tangan dan berpelukan sebagai sebuah pasangan suami isteri hanya jika ianya di dalam lakonan drama. Yang haram di dunia nyata menjadi halal di dunia lakonan.




4) Sumber inspirasi untuk memilih pasangan

Memberi harapan, impian dan sumber inspirasi kepada gadis2 melayu di luar sana agar mencari lelaki yang kacak, anak orang kaya atau yang banyak duit seperti pilot untuk dijadikan teman hidup dunia akhirat till jannah. Dan jika kekasih atau suami kita tidak seperti watak hero dalam drama itu, kita boleh menjadikannya sebagai modal untuk dibanding2kan dengan pasangan kita.

5) Memberi banyak pengajaran mengenai percintaan dan kekeluargaan

Menunjukkan kepada masyarakat melayu Islam yang dengan menonton kisah cinta dongeng, rekaan, fantasi, khayalan dan tidak realistik seperti ini juga kita boleh dapat banyak pengajaran. Tak perlu kita pergi dengar tazkirah atau kuliah maghrib kat surau, masjid dan TV Al-Hijrah atau rujuk kepada para ustaz lagi untuk mendapatkan nasihat dan pengajaran dalam hubungan cinta dan kekeluargaan, hanya dengan penghayatan terhadap drama cinta melayu sahaja sudah banyak memberi kita pengajaran.

Walau drama Benci Awak 800% dah tamat, tapi jangan risau, kerana kita akan terus dihidangkan lagi dengan drama2 cinta melayu tipikal lain yang turut dapat memberi banyak penghayatan dan pengajaran kepada kita semua.


Sumber


1 comments:

hehehe..makan dlm

20 September 2014 at 13:02 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ