Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



KISAH PELAKON AHMAD NISFU YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI




Kalau menonton filem P Ramlee sudah pasti anda mengenali Ahmad Nisfu. Ahmad Nisfu sememangnya kawan baik dengan P.Ramlee.

Banyak filem arahan P.Ramlee akan melibatkan Ahmad Nisfu dan dia juga sering membawa watak agak besar.

Ahmad Nisfu juga digelar Pak Besar oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.


Pelakon ini berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang. Beliau sering memegang watak kecil di awal karier bersama Shaw production. Shaw yang membawa Ahmad Nifsu ke dunia lakonan.



Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Untuk pengetahuan Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.



Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu.

Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo

Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!



Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “Pura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.




1 comments:

Ya Allah, sedihnya. Every time baca kisah dia, mesti hati rasa sebak. Tempatkanlah dia dlm kalangan orang-orang yg beriman ya Allah .. :'(

Betapa ramai pelakon yg membawa diri sebaik Jln Ampas ditutup. Soalnya mengapa perkara ini boleh dibiarkan berlaku? Jeng3..

2 September 2014 at 08:51 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ