Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



WAJARKAH KERETA PERONDA BRIGED PPPM MIRIP KERETA PERONDA PDRM?




Menurut info kereta mirip kereta peronda polis ini ditemui di kawasan Damansara  telah pun berjaya ditahan oleh sepasukan polis ketika membuat rondaan di Pekan Sek 17 atas maklumat orang ramai. Atas pemeriksaan kereta tersebut dinaiki oleh dua orang lelaki cina dan bukanlah kenderaan polis sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPPM ibu pejabat di Damansara Utama...Kereta peronda mirip MPV Polis ini boleh mengelirukan penduduk sekitar Damansara.


APAKAH BRIGED PPPM?

Menurut sumber di sini , BRIGED PPPM adalah singkatan nama Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia. Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia merupakan pertubuhan NGO yang ditubuhkan di Malaysia. Dahulu dikenali dengan Persatuan Perlindungan Pengguna Pahang, di antaranya ialah membantu melindungi hak-hak pengguna dari dianiaya dan dizalimi mana-mana pihak sama ada pekedai, peniaga , agensi kerajaan mahupun pihak swasta yang lain. Presiden PPPM terkini adalah Dato’.Mohd Firdaus b. Abdullah.

Penubuhan Bridget adalah untuk membolehkan lebih ramai orang untuk menyertai dan menyumbang kepada negara kita. Presiden berjanji dengan penubuhan Panel Tatatertib ini, ia dapat membolehkan lebih ramai orang untuk menyertai aktiviti yang bermakna. BRIGED PPPM adalah salah satu cabang daripada Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) yang ditubuhkan oleh kumpulan komuniti, yang bekerjasama dengan 27 jabatan-jabatan kerajaan untuk mengekalkan mereka dalam prosiding undang-undang negara yang perlu diambil, penggunaan, layanan yang adil dan saksama serta lain-lain tempat kerja yang tertakluk dengan undang-undang dan syarat-syarat yang berdaftar dengan Lembaga Persatuan, seperti jabatan-jabatan yang bukan milk kerajaan, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Kementerian Perdagangan dan negara kepengguna (KPDNKK), pengguna tribunal (tritututan),Suruhjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) bersama-sama dengan kami untuk membantu mengekalkan hak-hak pengguna, menolong membela kita sendiri sebagai pengguna, masyarakat, negara, dan pasukan-pasukan yang terlibat untuk membina dan membela hak pengguna-pengguna yang memberikan kita kuasa untuk mendapatkan kembali peluh ekuiti dan tuntutan wang bersertakan pembayaran wang yang bernilai.

Persoalannya perlukah BRIGED PPPM ini menyerupai PDRM? 








0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ