Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Jalan Timbunan Mayat Paling Mengerikan Didunia







Pernahkah anda melintasi sebuah jalan dan berfikir adakah jalan yang paling merbahaya di dunia ? Rupanya jalan itu benar – benar ada di India . Lalu seperti apa saat melaluinya ?

Jalanan maut itu berada di laluan Rohtang yang membelah pergunungan Himalaya di ketinggian 3.978 m . Rohtang sendiri dalam bahasa tempatan bermaksud ” timbunan mayat ” kerana banyaknya orang maut saat melalui laluan tersebut di cuaca buruk . Laluan itu menghubungkan lembah Kullu dengan Spiti di Himachal Pradesh , India .



Jalan Rohtang sendiri sudah berbahaya namun ada satu titik jalan yang dituntut sebagai yang paling maut di dunia . Jalan itu tepatnya terletak di killar , lembah Pangi , menuju ke Kishtwar . Jalan sehaluan itu mirip sebuah overdraf yang dipahat di tepian gunung batu .

Saiz jalan maut itu hanya cukup dilalui satu kenderaan tanpa pagar keselamatan sehingga kendaran boleh terus terjun ke gaung jika tergelincir satu inci sahaja . Maka jika anda naik kereta melalui jalan itu akan terus melihat sungai di dasar gaung ketika menjenguk dari tingkap .




Ketakutan bertambah kerana rendahnya bumbung tebing di atas jalan diapit dinding batuan tajam menonjol . Tidak sampai di situ , jalanan semakin sukar dilalui kerana di penuh rontokan batu padahal jalan sangat berliku-liku . Saat cuaca buruk biasanya sering terjadi runtuhan yang menambah berbahaya jalur ini .

Tidak hairan , bagi orang yang baru pertama melintas di sana harus ditemani penduduk setempat yang sudah akrap . Meskipun paling menakutkan namun jalan Rohtang selalu padat , bahkan tidak jarang hingga berlaku kesesakan panjang . Apakah anda juga ingin merasakan sensasi melintasi jalan Rohtang ?



Sumber



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ