KENALI BEG MEWAH BERJENAMA BIJAN YG DIRAMPAS DIKEDIAMAN DS NAJIB RAZAK
Beg berjenama BIJAN menggegarkan seluruh rakyat Malaysia. Ada yg ketawa dan ada yg senyum sinis bila mendengarnya kerana namanya tidak se-gah Hermes Birkin atau Chennal atau Prada. Ada juga beranggap BIJAN adalah nama NAJIB yg diterbalikkan. Nanum beg BIJAN yg sebenar adalah beg mewah bermutu tinggi diperbuat dari kulit buaya dan direka khas untuk kaum lelaki. Jom baca selanjutnya.
Koleksi Bijan |
PETALING JAYA: Nama beg tangan mewah berjenama Bijan menceriakan suasana sidang media khas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh pagi Rabu.
"Ia melibatkan sebanyak 567 beg tangan dari lebih 37 jenama. Antaranya adalah jenama Hermes, Prada, Channel dan Bijan," katanya.
Bijan Pakzad |
Menerusi carian di Google, beg tangan mewah bernama BIJAN itu direka pereka terkenal kelahiran Iran, Bijan Pakzad yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Koleksi mewah rekaan Bijan Pakzad seperti minyak wangi, kasut dan beg tangan dijual di butik House of Bijan.
Antara pelanggan House of Bijan adalah bekas Presiden AS, Barack Obama, pewaris takhta diraja Britain, Putera Charles, pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner, pelakon terkenal seperti Pierce Brosnan dan Arnold Schwarzenegger serta Raja Monaco, Putera Rainer. Malah beg jenama Bijan ini direka khas untuk orang lelaki.
Bagaimana pun Bijan Pakzad telah pun meninggal dunia pada tahun 2011 akibat stroke. Dan perniagaannya diambil alih oleh anaknya Nicolas Bijan Pakzad.
Sedikit latarbelakang mengenai Bijan Pakzad
Bijan Pakzad, generally known simply as Bijan, was an Iranian designer of menswear and fragrances. Wikipedia
Born: April 4, 1940, Tehran, Iran
Died: April 16, 2011, Beverly Hills, California, United States
Full name: Bijan Pakzad
Cause of death: Stroke
Spouse: Tracy Murdock (m. 1986–1995), Sigi Pakzad (m. 1963–1980)
Children: Alexandra Pakzad, Daniela Pakzad, Nicolas Bijan Pakzad
Sumber: mStar Online / wikipedia Irani
Update:
Jenama Bijan?
1. Bijan disebut sebagai bizaen (perkataan dalam bahasa Iran) adalah antara jenama yang paling eksklusif dan antara termahal di dunia.
2. Bijan adalah antara jenama fesyen yang menjual kelengkapan lelaki dan wanita termahal di dunia dengan harga stokin mencecah RM403 sepasang, manakala harga bagi tali leher bermula pada harga RM4,031 setiap satu dan satu persalinan sut bermula pada harga RM100,000.
3. Pada mulanya, jenama Bijan ini hanya boleh ditempah khas daripada pereka fesyen terkemuka Bijan Pakzad (meninggal dunia 2011) yang juga pengasas jenama ini melalui temujanji khas.
4. Bijan pernah bekerjasama dengan Bugatti menghasilkan rekaan khas untuk jenama kereta berkenaan.
5. Beg jenama Bijan tidak boleh dibeli di pasaran biasa sebaliknya ia ditempah khas.
6. Bijan Pakzad yang lebih dikenali sebagai Bijan kelahiran Iran mencipta nama di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah perunding imej kepada lima Presiden Amerika Syarikat lebih 40 tahun bermula daripada zaman Ronald Reagan, George Bush, George W Bush, Bill Clinton dan Barack Obama.
7. Bijan juga adalah pilihan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair and Presiden Russia, Vladmir Putin selain menjadi pereka pilihan selebriti dan tokoh terkemuka dunia seperti Malcolm Forbes, Roger Moore, Pierre Trudeau, Raja Juan Carlos, Barry Manilow, Raja Hussein (Jordan) dan pemain gitar, George Benson dan pemain bola keranjang Micheal Jordan.
8. Pereka fesyen itu juga turut menjadi pilihan pereka fesyen lain seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani, selain artis berprofil tinggi seperti Tom Cruise and Anthony Hopkins.
9. The Huffington Post menamakan butik House of Bijan sebagai kedai ikonik yang paling mahal yang mana Bijan memaparkan kemewahannya menerusi rekaan dalaman dihiasi candelier kristal, perabot mewah dan lantai marmar.
10. Sebelum kematiannya, Bijan yang dikenali sebagai pereka fesyen eksklusif hanya menerima tempahan melalui temujanji khas dengan di butiknya di Rodeo Drive Beverley Hill di Los Angeles. Bijan hanya menerima lima hingga enam pelanggan dalam satu hari.
Sumber: Berita Harian
3 comments:
Pertama kali dengar dan tahu...
Bersusah payahlah nak pertahankan 'Ketuanan Melayu' lagi. ... songkok dua jengkal dengan darah dengan nyawa sebagainyaaa..hanya untuk nak bagi rosmah najib merompak lagi dan lagi.. punyalah haprakkk puak puak macai ameno haha
bijan pun bijan la..
Post a Comment