Penjelasan Sebenar Replika Keris Gergasi Di Pintu Utama UIAM Diturunkan
Tinggal kenangan - replika keris di hadapan pintu masuk utama UIAM |
Tanda Mercu UIAM Baharu
Mushraf Al Quran menggantikan replika keris |
Alhamdulillah, di pagi tadi saya sempat menyaksikan acara penukaran replika keris kepada Mushaf di pintu utama masuk UIAM. Ini adalah satu detik yang bersejarah kerana replika al-Quran adalah replika asal dalam logo UIAM.
Replika pertama di UIAM Gombak sejak penubuhannya adalah sebuah tugu melambangkan huruf Alif sebagai simbolik kepada Iqra'. Ia kemudiannya ditukar kepada keris beberapa tahun yang lepas.
Beberapa bulan yang lepas dalam ucapan sulung saya di UIAM selaku Presiden, saya usulkan kepada pihak UIAM menimbang untuk meletakkan keris di tempat yang sesuai dengan kehebatannya dan meletakkan Mushaf sebagai replika utama UIAM sesuai dengan logo asal UIAM. Ini adalah lebih tepat dan bersesuaian dengan asal usul dan genesis UIAM. Bagi saya replika keris perlu juga disanjung dan diletakkan di lokasi yang bersesuaian. InsyaAllah, bila semua urusan penempatan keris di kawasan Kampung Melayu berhadapan Kulliyyah Senibina siap, saya akan updatekan nanti.
Video saat-saat replika keris diturunkan
Kos perbelanjaan menganti replika keris dengan Mushaf tidak melibatkan bajet UIAM. Ianya digerak dan disokong oleh sumbangan dan derma beberapa individu dan agensi. Semoga sumbangan mereka menjadi amal ibadah mengusung replika al-Quran di persada utama sebagai simbolik kitab panduan yang bijaksana, berimpak dan berilham.
Semoga replika yang berbentuk Mushaf atau Quran yang terbuka ini adalah simbolik paling tepat bagi fraterniti keilmuan yang menadah dan memohon hidayah dan ilmu daripada langit untuk kelestarian pembinaan ilmu untuk kebajikan manusia sejagat.
Hari ini juga adalah hari besar dalam sejarah Islam...hari keputeraan manusia paling agung di dunia dan di langit. Salam dan selawat kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW sepanjang masa dan ketika. Kerana perjuangan bagindalah, kita mengenali Islam. Sesungguhnya al-Quran diturunkan ke atas bahu baginda SAW dengan penuh keberatan (qawlan thaqilan) kerana dalamnya mesej yang berat dan besar serta berimpak tinggi kepada kehidupan manusia sepanjang masa dan era.
Semoga Allah merahmati UIAM dan semua pusat pengajian di mana sahaja di muka bumi ini. Keilmuan adalah pintu hidayah dan kunci kepada keilmuan adalah al-Quran.
Datuk Dr Mohd Daud Bakar
President of International Islamic University Malaysia
Namun ramai juga netizen yang mempertikaikannya dan mengaitkan dengan bidaah
0 comments:
Post a Comment