Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Roh tidak kembali ke dunia



RAMADAN datang lagi. Kemuliaan dan kelebihannya dirasakan tidak perlu lagi dihuraikan kerana majoriti umat Islam arif tentangnya. Pasang surut ‘kemeriahannya’ secara asasnya terbahagi kepada tiga fasa - 10 hari pertama saf masjid dan surau meriah dengan jemaah, 10 hari kedua semakin berkurangan dan 10 hari terakhir yang tinggal hanya imam serta beberapa penunggu setia masjid sahaja.

Masuknya Ramadan, antara topik popular dalam laman sosial ialah tentang isu pulangnya roh untuk meninjau dan mengutip pahala daripada anak-anak serta saudara-mara mereka yang masih hidup.

Maka ramailah yang akan berkongsi maklumat ini tanpa terlebih dahulu memperinci kesahihannya. Alasan lazim yang diberikan, “aku dengar ada ustaz kata begitu. Guru agama aku pun cakap benda sama...,”.

Perlu diperbetul bahawa kesahihan mengenai isu agama bukannya berdasarkan kepada nama individu tetapi wajib bersandarkan kepada sumber asal agama iaitu al-Quran, sunnah yang sahih, ijmak dan kias.

Fokus kali ini merupakan hasil susunan jawapan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri dan beberapa tokoh agama lain mengenai isu pulangnya roh orang mati.

HAKIKAT ROH

Sebenarnya pengetahuan manusia mengenai roh terlalu sedikit. Firman Allah, “Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu daripada perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja,” (al-Isra’: 85)


Syeikh Abdul Rahman al-Sa’di Rahimahullah di dalam tafsirnya, Taysir al-Karim al-Rahman: ayat itu menunjukkan tentang kelemahan manusia iaitu dalam sesetengah perkara mereka tidak mampu untuk mencapai dan mengetahuinya. Disebabkan itu, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar menjawab persoalan mengenai roh ini dengan menyerahkan urusannya kepada Allah.

Mereka yang meninggal dunia, roh mereka tidak mungkin kembali semula ke dunia, sama ada untuk menziarahi ahli keluarga atau membalas dendam.

Antara dalil-dalil:

1. “Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).” (al-Mu’minuun: 100)

l Imam Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat Mujahid Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) bahawa barzakh di dalam ayat itu ialah hijab (seperti tembok penghalang) antara orang yang telah mati untuk pulang ke dunia.

2. “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa daripada badannya, jiwa orang yang sampai ajal semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajal yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (al-Zumaar: 42)

l Ayat di atas menunjukkan bahawa roh orang mati tidak akan kembali, bahkan Allah yang berkuasa menahannya daripada kembali ke dunia. Ini seperti riwayat daripada Sa’id bin Jubair Rahimahullah (tabiin dan juga anak murid kepada Ibn Abbas r.a.) yang mengatakan bahawa telah dikumpulkan antara roh-roh orang yang hidup dan mati (di dalam mimpi) kemudian Allah menahan roh orang mati dan melepaskan roh orang yang hidup kepada jasadnya semula.

3. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad di dalam musnadnya daripada Jabir r.a.:

“Telah berkata kepadaku Rasulullah SAW: Wahai Jabir! Adakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah SWT telah menghidupkan ayahmu dan berfirman kepadanya: “Mohonlah kepada-Ku”. Lantas ayahmu berkata: “Kembalikanlah diriku ke dunia hingga aku terbunuh (dalam jihad fi sabilillah) sekali lagi. Maka Allah berfirman: “Aku telah memutuskan bahawa mereka (yang telah mati) tidak akan kembali lagi ke dunia.”

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada nas dan pendapat para ulama, kami (Irsyad al-Fatwa) nyatakan bahawa roh tidak mampu untuk pulang ke dunia kerana ia berada di satu alam yang dinamakan barzakh.

Nas yang sahih lagi jelas seperti yang terdapat pada hadis Jabir r.a menjadi pemutus dan penghukum di samping tafsiran para mufassirin mengenai ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dalam isu ini, yang mana menunjukkan bahawa roh tidak dapat kembali ke dunia.

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutamanya di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

l Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

l Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan di antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

l Banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

l Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Haron Din mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.

KEBIASAANNYA pada zaman dahulu menjelang penghujung Ramadan, kebanyakan rumah di kampung mula dihias dengan pelita minyak tanah, terutama di sepanjang jalan masuk ke kawasan halaman rumah.

Selain bagi menimbulkan suasana menjelang Aidilfitri, dikatakan bahawa tradisi itu kononnya bertujuan meraikan kepulangan roh-roh keluarga untuk melihat waris-waris yang ditinggalkan. Roh yang baik peluangnya amat tinggi untuk dibenarkan ‘turun’ ke dunia, manakala bagi yang kurang amalannya hanya mampu ‘menggigit jari’.

Kononnya apabila roh pulang, perkara pertama yang bakal dilakukan ialah kembali ke kubur untuk melihat jasad mereka sebelum meneruskan perjalanan ke rumah pusaka, anak-anak dan rumah orang yang selalu mendoakan mereka.

Roh ini akan kembali ke Luh Mahfuz pada malam 1 Syawal bersama ‘poket’ yang sarat dengan amalan-amalan yang disedekahkan oleh waris-warisnya.

Sementara itu, Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam yang juga pengasas Pusat Rawatan Islam Darussyifa, Datuk Dr. Haron Din turut mengulas mengenai isu ini.

Antara penjelasan beliau:

1. Orang meninggal dunia bermaksud rohnya berpindah ke alam baqa’ yang bermula dari kubur.

- Hadis Nabi SAW menyebut (yang bermaksud), “Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia,”

2.Barzakh bermaksud pemisah atau penghalang seumpama sebuah tembok kukuh yang memisahkan antara dua alam.

- “Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

3.Banyak ayat al-Quran dan hadis yang menunjukkan bahawa roh si mati berada dalam suatu kepungan barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Alam barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.

4. Logiknya, jika roh boleh kembali ke dunia, melakukan pelbagai perkara, sudah tentu orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.

Haron mengakui terdapat tanggapan segelintir bahawa roh kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad tertentu. Berdasarkan kepada pengalamannya, ada yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya serta mampu mengubat orang melalui ilmu yang diperoleh daripada orang telah mati.

“Semuanya tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arab disebut ‘tanasuthil arwah’ - reincarnation. Elemen ini wujud dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.

“Umat Islam mesti beriman bahawa roh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk ke dalam diri orang lain. Satu jasad satu roh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, roh kembali ke alam barzakh.

“Apabila tiba hari Kiamat, jasad akan dijadikan semula dan roh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah SWT,” katanya.

Jawapan ini boleh dirujuk melalui:

www.muftiwp.gov.my/v3/index.php/perkhidmatan-s/irsyad-fatwa/945-irsyad-al-fatwa-ke-112-bolehkah-roh-orang-yang-telah-mati-kembali-ke-dunia

www.darussyifa.org/SJ001.php.


Kredit : http://www.utusan.com.my/
KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT



KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT BILA BERLAKUNYA PERKARA INI…

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut.

‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus.

Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه

وتعالى;
حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ
“Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.” (Surah Al-Anbiya : Ayat 96).

Bahawa munculnya Zussuwaqatain bermula pada masa turunnya Nabi Isa Alaihis Salaam, iaitu setelah dibinasakannya Yakjuj dan Makjuj.

Ketika itu Nabi Isa Alaihis Salaam menghantar pasukannya untuk memerangi bala tentera Zussuwaqatain yang berkekuatan di antara 700 hingga 800 orang. Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى mengirimkan angin sejuk dari arah negeri Yaman dan telah meragut nyawa setiap orang yang beriman serta selebihnya manusia-manusia jahat yang melakukan sex bebas seperti binatang.

# Ka’ab Al-Ahbar berpendapat, pada masa itu Qiamat sudah semakin hampir.

Hadis-Hadis Yang Berkaitan Dengan Zussuwaqatain

Hadis-hadis Nabi ﷺ ada menyebutkan tentang Kaabah akan diroboh pada akhir zaman. Rasulullah ﷺ juga menyebut ciri-ciri yang ada pada peroboh Kaabah tersebut:



Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu Anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kaabah ini akan dirobohkan oleh Zussuwaqatain dari Habasyah. Dia merampas perhiasannya dan melepaskan kiswahnya. Aku seakan-akan melihatnya, orangnya kecil botak dengan tulang-tulang sendinya bengkok, sedang memukul Kaabah dengan penyodok dan kapaknya.” (Sanad hadis ini Jayyid dan Qawiy – Hadis Riwayat Ahmad).

Abu Daud meriwayatkan dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi ﷺ, bahawa Baginda bersabda, “Biarkan orang-orang Habasyah selagi mereka membiarkan kamu (tidak mengganggu kamu). Sesungguhnya tidak ntaraa orang yang (berani) membongkar barang-barang simpanan dalam Kaabah selain daripada Zussuwaqatain dari Habasyah.”

Imam Ahmad meriwayatkan pula pula bahawa Ibnu Abbas menceritakan kepada perawi hadis ini, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Seakan-akan aku melihatnya, orangnya hitam, dengan congkaknya dia merobohkannya (Kaabah) batu demi batu.”

Dan menurut riwayat Imam Ahmad pula dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, Rasulullah ﷺ bersabda, “Malam dan siang tak akan berhenti bersilih-ganti sebelum ada seorang lelaki dari kalangan kaum hamba menjadi raja, dia bernama Jahjah.”

Serangan

Ketika hampirHari Qiamat itu, Zussuwaqatain menghantar pasukannya yang berkekuatan antara 700 hingga 800 orang untuk menghancurkan Kaabah. Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang mempunyai dua pasukan kecil dari Habasyah hendak menghancurkan Kaabah.”

Namun ketika mereka berjalan, Allah سبحانه وتعالى menghantar angin sejuk dari arah negeri Yaman yang meragut nyawa setiap orang beriman serta selebihnya golongan manusia yang melakukan kejahatan dan sex bebas seperti binatang. Aisyah Radhiyallahu Anha berkata, “Nabi bersabda, ‘Kaabah itu akan diperangi oleh tentera. Tetapi, kemudian mereka itu akan ditenggelamkan dalam bumi (yakni di Baida’, suatu tempat ntara Makkah dan Madinah).’”

Ketika berlaku perang kelak orang tidak akan menunaikan haji dan dikatakan Kaabah akan diruntuhkan ketika itu serta diriwayatkan bahawa ‘sesudah itu Kaabah tidak dibangunkan lagi’.

Abu Sa’id al-Khudri Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Nabi ﷺ. Bersabda, “Sungguh Baitullah akan digunakan untuk mengerjakan haji dan umrah selepas keluarnya Yakjuj dan Makjuj.”(Dan dalam riwayat yang mu’allaq, Baginda bersabda, “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga ibadah haji tidak dilaksanakan lagi.”)

Yaumul Khalash (Hari Pembersihan)

Adapun kota Madinah, sebagaimana telah dibincangkan dalam banyak catatan mengenai ‘Yaumul Khalash’ (Hari Pembersihan), bahawa Dajjal tidak dapat memasuki kota Madinah dan Makkah. Disetiap penjuru jalan di Madinah ada malaikat-malaikat yang menjaganya supaya tidak dimasuki Dajjal.

Dalam shahih Al-Bukhari diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, bahawa Rasulullah ﷺbersabda, “Madinah tidak dapat dimasuki Dajjal maupun wabak penyakit.”

Telah dijelaskan juga bahawa Dajjal hanya boleh tinggal di luar bandar, lalu terjadilah goncangan hebat tiga kali yang menyebabkan kaum munafik maupun orang-orang fasik, lelaki dan perempuan, semuanya keluar dari kota dan tinggallah orang-orang mukmin dan muslim, lelaki dan perempuan di dalam kota Madinah. Dan hari itu disebut sebagai “Yaumul Khalash” (Hari Pembersihan).

Demikian sebagaimana pernah dinyatakan oleh Rasulullah ﷺ, “Sesungguhnya kota ini (Madinah) adalah Thaibah (harum). Dia sendiri akan membuang kotorannya lalu semerbaklah keharumannya.”

Kota Madinah akan tetap ramai ketika Dajjal menguasainya dan ramai juga penduduk pada masa datangnya Nabi Isa bin Maryam Alaihis Salaam, sehingga Baginda wafat dan dikebumikan di sana. Sesudah semua itu berlaku, barulah penduduk Madinah akan keluar meninggalkan kota.

Kehancuran ketiga2 kota suci iaitu Baitulmuqddis, Madinah dan Makkah telah disebutkan Baginda dan dikatakan setelah Kaabah runtuh buat kali ketiga, Kaabah akan diangkat ke langit. Bahkan Baginda ﷺ ada memberikan gambaran bahawa tanah-tanah suci tersebut akan dibangunkan semula. Maka sebenarnya kehancuran kota suci bukan bermaksud kehancuran sebenar tapi lebih bermaksud penyucian tanah suci iaitu bukan sahaja penyucian rohaniah tanah suci bahkan meliputi penyucian fizikalnya sekali.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Semoga Allah سبحانه وتعالى menganugerahkan kita akhir hayat yang baik dengan amalan kebaikan melebihi daripada segala keburukan yang pernah dilakukan, dan menghapuskan segala dosa kita hingga kita boleh berhimpun dalam keadaan sejahtera dan bercahaya di yaumul akhir (Hari Qiamat) nanti.

Bertaubatlah kita sebelum kaabah hilang dari mata dunia….



Sumber https://tambahcheeze.com/
ECRL


ECRL: APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?

BEZA RUNDINGAN SEMULA TUN M BERBANDING RUNDINGAN LAMA NAJIB RAZAK DGN CHINA

Laluan baharu ecrl



Lihat secara terperinci perbezaan deal ECRL yang dibuat oleh Najib VS deal ECRL yang dibaiki oleh Tun Mahathir

Latar belakang:
Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian ter-ter-terbaik kepada kerajaan Malaysia kerana kita terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib Razak. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita Malaysia diikat.

1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL

SEBELUM: RM65.5 bil
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)

SEBELUM: RM95.5 juta / km
SELEPAS: RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer

2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret)
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret)

3. CIRI-CIRI LANDASAN

SEBELUM: 688km, standard gauge, double track
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.

Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang.

4. LALUAN

SEBELUM: 4 negeri terlibat (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan terlibat (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)

Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.

5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA

SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.

Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.

6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA

SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.

7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh PM6 Najib Razak akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.

8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN

SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.

9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN

SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.

10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR

SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.

11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG

SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 BELUM ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah BELUM ditandatangani BOLEH DIKURANGKAN kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.

12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN

SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib Razak ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-belion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Tun Mahathir AMBIL peluang SURUH China BELI kelapa sawit.

Nampak perbezaan deal antara Tun M dgn Najib Razak..

Hasil rundingan sebegini sememangnya bijak dilakukan oleh Tun M dalam menangani tandatangan perjanjian BERAT SEBELAH dgn syarikat China yg mana keuntungan di pihak China bukan Malaysia..
Teringat perjanjian beli pesawat dgn Russia suatu masa dulu yg dibayar dgn myk kelapa sawit disamping deal menerokai program angkasawan pertama negara Malaysia...

Copy & paste jer




Video penjelasan isu cinci di Parlimen - Timb Menteri tersengih2 mengaku DSR tak beli cincin 



MENGEMBARA SEHINGGA KE NEW YORK MENCARI CINCIN ROSMAH.

Ikuti kisah pengembaraan Saudara Mohd Faisal mengembara hingga ke New York untuk mencari cincin DS Rosmah Mansor.

-----------------------------------------------

CINCIN DAN MENABUNG DARI KECIL- MENJEJAKI SEBUAH KEBENARAN




Saya tidak pernah menceritakan kepada umum tentang perkara ini. Jika yang tahu pun hanya ahli2 keluarga terdekat sahaja. Dan beberapa rakan2 rapat. Saya sengaja buat kerja senyap2 dan apabila dapat bahan saya sebarkan tanpa perlu hendak diberitahu umum itu kerja saya. Hari ini baru saya hendak kongsikan kepada umum. Kerana saya lihat fitnah masih belum berhenti. Terbaru yang saya dengar dengan telinga sendiri adalah ketika menghadiri kelas pemasaran di talian oleh Najib Asaddok pada 22 Okt 2017 di Hotel De Palma, Ampang. Najib Asaddok dalam ceramahnya telah memperli Datin Seri Rosmah (DSR) dengan mengeluarkan cerita cincin dan menabung dari kecil. Jika sesiapa yang kenal Najib Asaddok tolong sampaikan kisah ini kepadanya.

Tulisan ini agak panjang. Jika anda berhajat untuk mendengar sebuah kebenaran anda boleh membacanya. Jika anda tidak mahu atau pahit untuk menerima sebuah kebenaran, anda boleh berhenti disini.

Pada 2011 DSR telah dikatakan membeli sebentuk cincin yang berharga puluhan juta. Semuanya berpunca dari kebocoran satu dokumen kastam yang mana tercatat nama DSR sebagai penerima yang beralamat di Seri Perdana, Putrajaya.

Kemudian disusuli dengan satu keratan akhbar palsu Utusan Malaysia yang telah diubah dari tajuk asal. Dengan meletak tajuk BELI SENDIRI GUNA DUIT MENABUNG DARI KECIL - ROSMAH. Muka depan akhbar Utusan itu diubah dari tajuk asal akhbar berkenaan yg bertarikh 8 FEB 2008. Utusan Malaysia ada membuat laporan polis berhubung perkara itu pada 13 Ogos 2011. Rujuk gambar nombor 5 dibawah.

DSR menafikan cincin itu milik beliau dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan itu. Cincin itu dihantar dari satu kedai barang kemas terkemuka di New York, iaitu Jacob & Co. Ianya dihantar kepada bakal besan DSR, warga Kazakhtan yang ketika itu berada di Kuala Lumpur kerana urusan pertunangan anak mereka. Cincin itu dihantar untuk tujuan pameran.

Setahun setengah isu itu berlegar malah ada khatib yang membawanya hingga ke dalam khutbah hari raya. Pada Oktober 2012, saya berbincang dengan dua kawan. Iaitu Muhammad Azri dan Salim Iskandar . Apa kata kalau kita ke New York dan cari kedai itu untuk mengetahui kisah sebenar. Yang pada asalnya ianya hanyalah idea suka2 sahaja. Tetapi kemudiannya menjadi serius. Proses pertama kami memohon visa Amerika terlebih dahulu. Saya dan Azri ditemuduga di Kedutaan Amerika. Kami berjaya dlm temuduga dan visa kami diluluskan untuk tempoh 10 tahun. Salim pula ditemuduga pada hari lain. Nasib Salim tidak sebaik kami. Beliau tidak lepas temuduga pada hari berkenaan. Beliau diminta untuk hadir kembali selepas dipanggil kemudian. Tiada tempoh ditetapkan berapa lama tempoh panggilan balik. Saya telah pesan kepada Salim sebelum temuduga. Jaga ekspresi muka. Jangan buat muka ganas, muka garang dan cakap lembut2. Janggut dan jambang semua cukur. Tapi orang muka ganas, dia tetap kelihatan ganaslah. Setelah beberapa minggu kami tidak boleh lagi menunggu Salim. Nanti kami terlepas peluang tiket yang murah. Kerana ketika itu menghampiri musim krismas. Tiket semakin naik harga. Visa Salim diluluskan tiga bulan kemudian.

Kami ke New York dengan menaiki penerbangan ke Dubai selama 7 jam dan sambung penerbangan ke New York selama 14 jam. Dengan keadaan saiz badan saya ketika itu, hanya tuhan sajalah tahu untuk saya mengharungi perjalanan selama itu dalam penerbangan kelas ekonomi.

Setibanya di Lapangan Terbang John F Kennedy, saya telah ditahan. Manakala Azri pula lepas. Dari kaunter saya dibawa ke pejabat imigresen. Hanya tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Apakah nasib aku lebih teruk dari Salim ? Adakah aku berwajah pengganas ? Adakah aku akan dihantar ke Kem Guantanamo ? Ahhh...mcm2 terbayang dlm fikiran. Ketika menunggu giliran disoal siasat, selawat punya selawat , entah bagaimana pun tidak tahu saya telah dipanggil untuk dicop paspot dan dibenarkan keluar tanpa sebarang soal siasat.

Keesokan harinya kami memulakan misi. Setelah beberapa usaha dilakukan, akhirnya kami berjaya berjumpa dengan pihak pengurusan Jacob & Co. Kami berjumpa dgn Mr Jacob sendiri. Kemudiannya beliau menemukan kami dgn pengurus kedai itu , Mr Philip Nasimi. Beliau telah menceritakan satu persatu kepada kami apa sebenarnya dan menunjukkan segala dokumen2 berkaitan.

Cincin itu telah masuk ke Malaysia untuk tujuan pameran kepada bakal besan DSR, Maira Nazarbaye pada 16 April 2011. Mr Philip memberitahu kami cincin itu perlu dihantar kepada orang dan alamat tempatan. Lihat penerangannya dalam video yg saya letakkan di bahagian komen. Lihat dokumen kastam di gambar nombor 7. Borang 1 untuk pengishtiharan barang masuk.

Pada 20 April 2011, cincin berkenaan keluar dari Malaysia untuk tujuan pameran di Singapura pula. Lihat borang kastam 2 gambar nombor 8 untuk pengishtiran barang keluar. Sewaktu pemfitnah menyebarkan cerita ini, mereka hanya sebarkan dokumen masuk. Dokumen keluar tidak pula mereka tunjukkan. Ya lah...jika ditunjukkan semua itu ianya tidak lagi menjadi fitnah pula.

Selepas Singapura cincin itu dibawa pula untuk tujuan pameran di Hong Kong. Kemudian dari Hong Kong cincin itu pulang semula ke New York dengan menggunakan pesawat Cathay Pacific nombor penerbangan CX888. Lihat dokumen gambar nombor 12.

Gambar dokumen nombor 13 pula menunjukkan borang pengishtiran kastam Amerika untuk pengembalian semula produk Amerika tanpa cukai.

Sewaktu saya di kedai itu pada masa itu cincin berkenaan ada di sana. Ianya telah dibeli oleh orang lain, tetapi dikembalikan semula untuk proses mengubah saiz. Cincin itu tidak dibeli oleh besan DSR atau DSR sendiri. Untuk pengetahuan, Maira Nazarbaye adalah pelanggan VIP kedai berkenaan sejak 10 tahun lepas. Kata Mr Philip ketika itu pada tahun 2012. Mereka juga berkata, adalah perkara biasa bagi perniagaan mereka menghantar barang2 kemas untuk tujuan pameran kepada pelanggan2 VIP mereka di seluruh dunia. Itu bukan kali pertama mereka lakukan. Kami ditunjukkan dokumen2 sbg bukti mereka pernah menghantar barang2 kemas ke pelanggan2 di negara lain untuk tujuan pameran. Bagaimanapun kami diminta untuk tidak merakam gambar dokumen berkenaan kerana ianya maklumat sulit pelanggan mereka.

Kedai itu juga bukan kecil anak punya kedailah. Saya nak melangkah masuk pun menggeletar jugalah. Orang hebat-hebat dari seluruh dunia yg menjadi pelanggan kedainya. Saya lihat gambar2 yang dipamerkan di kedai itu. Artis2 dan ahli2 sukan dunia yg hebat2 pun pelanggan mereka. Saya yakin dengan bukti2 yg mereka tunjukkan dan keseriusan mereka sewaktu menerangkan kpd kami. Mereka perlu menjaga intergriti mereka dengan pelanggan2 lain dari seluruh dunia. Mereka pun tahu apa yang terjadi di Malaysia. Dan mereka memuji usaha kami untuk mencari sebuah kebenaran.

Setelah pulang ke Malaysia, saya, Salim dan Azri mengambil masa beberapa bulan lagi memikirkan bagaimana hendak sebarkan video penerangan pihak Jacob & Co itu. Masa itu bukan ada whats up seperti hari ini. Yg ada BBM saja. Adalah cara yang kami gunakan hingga video itu menjadi bahan portal2 pro pembangkang terlebih dahulu pada bulan April 2013.

Kalau nak bercakap bab cincin itu, tak usah kelentong depan sayalah. Najib Asaddok silap orang kerana buka hal cincin itu tempohari. Itu pasal saya tak boleh tahan dan saya bangun menegurnya. Kerana saya tahu kisah sebenarnya. Malah cincin itu telah dipegang ditangan saya. Kamu hanya boleh sekadar bercakap. Rupa cincin pun kamu tak pernah tengok.

Itulah perkongsian yang boleh saya kongsikan dengan rakan2. Jadi tak usah dengarlah kalau ada orang cakap, pakcik aku kawan dia kerja rumah PM, dia cakap memang Datin Seri Rosmah pakai cincin itu. Atau abang saudara aku, ada sepupu kepada sepupu dia dulu kerja dengan Datin Seri Rosmah. Dia tukang simpan barang2 peribadi Datin. Dia nampak cincin tu dalam bekas simpan barang kemas. Kau jangan cakap orang lain. Rahsia ni tau....

Sembang saja semua itu....semuanya untuk menyuburkan fitnah. Kononnya dia bawa berita yang eksklusif tahap gaban. Jadi kalau anda masih dengar lagi berita2 seperti ini yg dibisik2, tlglah cantas dan terangkan yang sebenar. Anda mahu percayakan orang yg membawa khabar angin atau mahu percayakan saya ? Saya ini orang yang telah berjumpa dgn penjual cincin, orang yang telah memegang cincin itu dan orang yang telah melihat dokumen siapa yang membeli cincin itu. Kepada khatib yang membawa fitnah sampai ke mimbar, tanggunglah kamu di akhirat kelak.

Orang yang membuat fitnah maha dasyat sekarang ini apa jadi kepada hidupnya ? Jadi kucing kurap jugakan ? Parti sendiri pun tidak menerimanya. Manakala orang yang menjadi mangsa fitnah, tetap tenang saja. Sebab dia tidak takut. Kerana dia tidak melakukannya. Anjing yang menyalak bukit, bukit tidak akan runtuh. Sebaliknya anjing itu boleh jadi anjing gila kerana bukit tidak terjejas walaupun dia salak bagai nak rak.

Sekian....

(True story from Mohd Faisal)

**sila sebarkan utk mengelakkan ramai lagi tanggung dosa.















Gunung Berapi Temerloh
Hiasan Gunung Berapi



GUNUNG BERAPI TEMERLOH AKAN MELETUS BALIK? dan RAHSIA EMAS akhir zaman ...

Ramai yang tak tahu bahwa Semenanjung Malaysia dahulu mempunyai gunung berapi yang banyak sekali dan tersusun cantik sepanjang banjaran titiwangsa . Jutaan tahun dahulu sebenarnya semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis ,Kedah , Perak ,Selangor , Negeri Sembilan dan Melaka

Namun plat Cathaysia yang mempunyai negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah semenanjung asal .

Akibat dari pertembungan , tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini , ianya telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini . Pada waktu itu gunung-gunung berapi ini semuanya adalah aktif . Namun setelah ia berlanggar sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif tadi bertukar menjadi separuh aktif , pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati .

Lalu setelah banjaran-banjaran gunung berapi ini mati , ianya telah membentuk menjadi bukit pergunungan dan Banjaran baru yang sekarang kita kenali sebagai Banjaran Titiwangsa , Banjaran Bintang , Banjaran Keledang , Banjaran Bintang Tahan dan Banjaran Benom .

Prof Madya Dr.Habibah berkata , banjaran gunung berapi tersebut dikirakan wujud semasa usia akhir 237 juta tahun yang lalu . Disebabkan aktiviti gunung berapi inilah terdapat banyaknya emas-emas , bijih besi , timah , perak dan pelbagai sumber mineral lain yang menjadikan Malaysia berjaya menjadi kuasa besar dunia pada zaman lampau sehingga dizaman moden ini . Sehingga mampu membangunkan negara China sebanyak dua kali di zaman kejatuhan mereka , apakah mereka tidak sedar?

Dari tanah yang kaya dengan sumber mineral ini jugalah menyebabkan Malaysia mempunyai kayu-kayu balak yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan beratus ribuan tahun seperti Belian , cengal , tualang , mempening , penaga dan banyak lagi kayu berkualiti Gred A kelas Satu dan tahan lama . Jadi tidak hairan lah Malaysia mampu menjadi empayar penguasa lautan dan pencipta pengangkutan pertama di dunia iaitu industri perkapalan suatu ketika dahulu .

Siapa kata Melayu Pemalas? Sehinggakan maharaja china telah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya untuk melabur , membina dan mengajar mereka ilmu tukang perkapalan . Maka terbitlah tentera laut yang pertama di china dibawah telunjuk Srivijaya . Tidak mungkin Laksamana Cheng Ho mampu pusing keliling dunia jika bukan kerana bantuan Empayar Melayu .

Berbalik kepada tajuk utama kita mengenai Gunung Berapi Temerloh . Abang pernah berjumpa dengan ahli kasyaf di suatu lokasi pertapaan di atas sebuah gunung . Menurut ahli kasyaf , gunung berapi ini masih separa aktif namun tidaklah ditahap serius . Namun jika berlaku lagi gempa bumi di sekeliling Tanah Melayu ini , kita bakal menyaksikan gunung berapi tersebut akan menjadi total aktif . Bukan sahaja gunung berapi Temerloh yang masih berfungsi sehingga kini , namun terdapat beberapa lagi gunung yang masih aktif mengeluarkan sumber mineral seperti gunung berapi Gunung Tahan.

Tanda-tanda hasil aktiviti letusan gunung berapi ditemui sepanjang jalur tengah semenanjung Malaysia , terutama di Kampung Arwah . Kampung Arwah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam mukim Bukit Segenggam , kira-kira 18km dari bandar Temerloh dan 35km dari bandar Maran ,Pahang . Lokasi terpaksa dirahsiakan dan diubah .

Ahli geologi tempatan menjangkakan bahawa lokasi gunung berapi paling aktif berkemungkinan terletak berdekatan dengan kawasan tersebut . Kerana pengkaji telah menemui pelbagai jenis batuan gunung jauh lebih banyak berbanding di tempat-tempat lain . Berdasarkan penemuan ini ahli geologi yakin bahawa pusat gunung berapi suatu tika dahulu terletak di negeri Pahang .

Sambungan dari hasil pertapaan ..... abang diberitahu bahawa emas akan muncul dengan banyak sekali tanpa perlu mengorek ke dasar dalam pada akhir zaman kelak . Logiknya? emas yang ada sekarang telah memasuki fasa yang baru iaitu pada tahun 2012 dimana ramai menjangkakan dunia akan kiamat menurut kalendar Maya , namun apa yang mereka tidak tahu ialah sebaliknya .

Tahun 2012 sebenarnya adalah waktu bermulanya pembentukan bumi untuk menyediakan dirinya sehingga diwaktu bumi meletup pada akhir zaman . Dimana salah satunya ialah dengan mengaktifkan kembali gunung-gunung berapi diseluruh dunia . Disebabkan itu terdapat banyak bencana alam yang dahsyat berlaku pada tahun-tahun sekitarnya .

Secara tidak langsung juga , ianya telah mengakibatkan fasa permulaan atau kelahiran semula pembentukan baru sumber mineral di dunia terutamanya emas! Bermakna emas yang ada sekarang adalah di fasa awal iaitu belum matang sepenuhnya . Fasa ini terpecah kepada tiga bahagian dan fasa akhir ialah setelah 10 tahun bermula sekarang . Kepada penduduk Temerloh dan kawasan sepanjang banjaran emas tersebut anda tahu apa perlu anda lakukan bukan?

Bahasa mudahnya batuan-batuan dibawah kerak bumi akan menolak emas tersebut sehingga muncul ke dasar permukaan , kerana ia muncul dengan jumlah yang banyak . Jadi tak perlu lah korek sangat pun . Adakah ini semua mustahil?

Pada akhir zaman kelak , Imam Mahdi akan mengeluarkan sumber dan harta dunia sehingga manusia tidak mahu lagi menerimanya kerana terlalu banyak . Ternakan-ternakan dan tanaman akan menjadi subur akibat dari berlakunya perubahan dalam bumi .

Bagaimana mungkin semua ini terjadi tanpa logik sains akal bukan? Itulah sebab mengapa bumi sedang aktif kembali dan akan mengeluarkan semua hasilnya sebelum ianya mati . Di satu tahap , bumi akan mengeluarkan semuanya hatta isi perutnya sendiri hingga menyebabkan bumi ini terburai .

Ini semua adalah kehendak tuhan dan telah ditulis dengan selengkapnya di dalam hadis akhir zaman . Hanya orang yang berilmu akan mengambil pengajaran

Ditulis oleh Syed Al Shahab Al Banjari


TUDM SG BESI



Satu dua hari ini, saya telah memberi banyak bukti bahawa PH sedang aktif menjual aset-aset negara.

Oleh itu, ada juga mereka yang tanya saya mengenai tanah lapangan terbang Sg Besi.

Sebenarnya, saya sudah menjelaskan panjang lebar pada bulan-bulan yang lepas. Siap saya lukis juga.

Tak apalah, saya post kembali.


-----
Sebenarnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berpendirian bahawa Pangkalan Udara (PU) Sungai Besi yang keluasan tanahnya 486 ekar tidak lagi sesuai dari aspek operasi dan keselamatan.

Ini penjelasan dari Panglima TUDM: https://bit.ly/2UtX3cA

Berbanding 60 tahun dahulu, lokasi di tengah bandaraya dan dikelilingi kepesatan pembangunan dengan adanya bangunan tinggi dan kepadatan penduduk bermakna Pangkalan Udara di Sungai Besi ini amat terdedah dengan ancaman luar dan usaha risikan.

Sebab itu juga, mengapa kebanyakan lapangan terbang antarabangsa di dunia dipindahkan dari tengah bandaraya kepada kawasan pinggir bandar.

Selain itu, kebanyakan bangunan dan fasiliti di PU Sungai Besi ini sudah berusia 60 tahun ke atas serta dalam keadaan usang.

Oleh itu, satu perjanjian telah dibuat dengan 1MDB.

Apa yang ATM perolehi dengan penyerahan tanah 486 ekar Sg Besi?





1) ATM dapat Pangkalan Udara di Sendayan di atas tanah 750 ekar yang jauh lebih besar.

Dengan keluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti dibina sedia ada di PU Kuala Lumpur, PU Sendayan telah dilengkapi dengan fasiliti moden, sejajar dengan pelan modenisasi nasional TUDM.

Ada yang bertanya mengapa Pangkalan Udara (PU) Sendayan yang satu kali lebih besar dari PU Sungai Besi tidak ada landasan penerbangan.

Ini di atas keperluan perancangan pihak TUDM sendiri kerana mereka percaya pangkalan-pangkalan lain di negara termasuk pembinaan dan kenaikkan taraf di PU yang lain oleh 1MDB seperti di Subang sudah memenuhi keperluan TUDM pada masa ini.

Kalau TUDM memerlukan landasan di PU Sendayan, kerajaan pada masa itu tentu akan membina juga.

PU Sendayan sudah bermula operasi pada 16 Mac tahun ini: https://bit.ly/2B3oSzz

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM dan pihak polis dapat?


Punca Sebenar Tentang Penjualan Pangkalan Udara di Sungai Besi


2) PDRM dapat Pangkalan Udara (PGU) PDRM Subang yang luasnya 40 ekar dengan 17 buah bangunan dan fasiliti baru yang lebih besar berbanding fasiliti lama. PGU ini juga membolehkan operasi PGU berjalan 24 jam tanpa henti yang tidak dapat dijalankan sebelum ini.

PGU Subang ini telah bermula operasi pada 28 Februari 2018. https://bit.ly/2RMNy6j

Kos pembelian tanah, kos pemindahan dan kos pembinaan juga dibiayai oleh 1MDB.

Apa lagi yang ATM perolehi?

3) ATM juga dapat menaiktaraf dan membina 6 lagi aset dan pangkalan mereka.

Ini termasuk PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth dan PU PDRM di Ipoh yang telah siap tahun lepas.

Manakala pembinaan dan kerja naik taraf masih dijalankan di PU Kuantan, PU Subang dan Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) di Kajang.

Kos ini juga ditanggung oleh 1MDB.

Ada apa lagi yang ATM dapat?

4) Kesemua projek-projek yang bernilai RM2.7 bilion ini dianugerahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) - bukan kepada kroni.

Dengan ini, keselamatan aset-aset ini boleh dipastikan dan LTAT boleh menjana untung untuk wang pesara ATM.

Saya amat hairan mengapa saya sering dituduh menjual PU Sg Besi. Mengapa tidak pula mereka katakan saya kejam atau zalim kerana membina PU Sendayan yang jauh lebih besar dan canggih, PGU Subang untuk RMP yang lebih besar dan moden serta menaikkan taraf 6 lagi pangkalan ATM?

Walaupun 1MDB mengambil alih tanah ini dari pihak TUDM sama seperti tanah TRX, harga jualan RM400 juta juga tidak memberi gambaran yang penuh.

Antara syaratnya ialah 1MDB tidak boleh memulakan sebarang pembinaan di atas tanah tersebut dan terpaksa menanggung kos pinjaman untuk beberapa tahun sehingga kesemua 8 pangkalan ATM telah siap dibina dan memulakan operasi.

Setelah kesemua pembinaan dan pemindahan selesai, 1MDB boleh mula memaju dan membangunkan projek Bandar Malaysia yang mempunyak nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM200 bilion - jauh lebih tinggi dari hutang 1MDB kini.

Ini yang propaganda PH telah sembunyikan mengenai 1MDB sehingga kini seperti TRX bernilai RM40 bilion yang saya telah jelaskan di sini: https://bit.ly/2G7qoGq

Begitu juga dengan peranan 1MDB dalam penyelesaian perjanjian legasi Penjanaan Tenaga Bebas (IPP) berat sebelah yang akan dan telah membolehkan Petronas dan Tenaga untung sebanyak RM400 bilion dalam tempoh 20 tahun ini seperti saya jelaskan di sini: https://bit.ly/2Pq97aY

Oleh kerana ramai tidak suka baca dan sering panggil saya lukis, maka saya juga lukis kesimpulan untuk isu PU Sungai Besi ini.


Najib Razak
27 February 2019
3 Waktu Mustajab untuk Berdoa di Bulan Ramadhan



3 Waktu Mustajab untuk Berdoa di Bulan Ramadhan



Ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memperbanyak doa. Ayat tentang puasa dalam surat Al Baqarah yang langsung dilanjutkan dengan ayat tentang doa mengisyaratkan hal ini.

Secara khusus, ada tiga waktu di setiap hari selama bulan Ramadhan yang merupakan waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Berdoa di waktu-waktu ini, insya Allah lebih mudah dikabulkan Allah.

1). Sepertiga malam terakhir

Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajabah untuk berdoa. Di bulan Ramadhan, berdoa di waktu ini lebih mudah bagi banyak orang karena umumnya waktu ini adalah waktu sahur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdo’a kepadaKu, niscaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, niscaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, niscaya akan Aku ampuni.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)

2). Sepanjang waktu puasa

Yakni sejak terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Sebagaimana sabda Rasulullah:

ثَلاَثَةٌ لاَ تُرَدُّ دَعْوَتُهُمُ الصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ

“Tiga orang yang do’anya tidak tertolak: (pertama) orang yang berpuasa sampai ia berbuka” (HR. Ahmad; shahih lighairihi)

3). Saat berbuka

Perbanyak doa saat berbuka karena waktu ini juga waktu mustajabah untuk berdoa.

إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ

“Sesungguhnya do’a orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak.” (HR. Ibnu Majah; hasan)

Jangan sia-siakan tiga waktu ini ya. Setiap hari selama Ramadhan. [Ibnu K/Bersamadakwah]



Kredit kepada penulis artikel
      Gambar Ilustrasi



Adakah kamu mengenali negara Turkistan? Ya, ia adalah sebuah negara yg sudah hilang dari akal fikiran...

Adakah kamu mengetahui bahawa Turkistan Timur itu adalah sebuah negara Islam yg cukup besar? Ya benar, amatlah luas negaranya dan amatlah ramai penduduknya. Ia adalah di antara negara terawal yg dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi, namun nasibnya sekarang ia sedang dijajah diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang.

Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Turkistan Timur !!, yakni satu jumlah yg amat-amat besar, hampir 10 kali ganda dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Syisyan dan Palestine. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakkannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika itu. 

Dari tahun 1949 hingga 1979, penjajah China telah meruntuhkan 1000 buah masjid di sana. Dari tahun 1979 hingga sekarang, penjajah ini telah mengunci 1200 masjid, dan telah cuba sedayanya utk menukarkan sebahagiannya menjadi pusat2 dan pejabat parti komunis mereka. Bukan setakat cuba menyekat umat Islam dari beribadat di masjid-masjid, malah ibadat puasa di bulan Ramadan juga adalah dilarang. Lebih-lebih lagilah kebencian mereka yg cukup memuncak terhadap para pembaca & pencinta al Quran. Hingga kini, mereka telah membakar 370,000 pusat-pusat tahfiz al Quran di kota Urumqi, yakni ibu kota Turkistan Timur sekarang.
Penjajah China ini juga telah menghantar 54,000 pegawai-pegawai agama Turkistan Timur untuk bekerja dibawah tentera kerahan. Mereka juga telah membakar kumpulan2 wanita berhijab yg menolak utk tidak menanggalkan hijab-hijab mereka, dibakar hidup2 di kota Kashgar dan tempat-tempat lainnya di sana.

Sekitar tahun lepas juga ketika saya masih di Mesir, mereka telah memaksa pihak kerajaan Mesir utk menyerahkan pelajar2 al Azhar dari Turkistan Timur ini utk dikembalikan ke negara mereka, habis berselerak pelajar2 malang ini menyorok dan menyembunyikan diri di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Ibu bapa mereka disana ditahan dan diugut bunuh andai tidak pulang, ramai yg ditangkap dan diserahkan, dan hingga kini saya sendiri juga tidak tahu adakah pelajar2 tersebut masih hidup atau sudah bergelar syuhada? Hasbunallah wani'mal wakil.. Sesungguhnya hanya laknat Allah dan kemarahanNya sebesar-besarnya adalah selayaknya ke atas penjajah China ini dan sekalian pendukung fahaman komunis kapiaq harbi di serata dunia, yg malangnya sedang wujud juga ia di negara kita yg sedang dikuasai oleh mereka dari belakang secara sedikit demi sedikit skrg ini. 

Wahai para pembaca, adakah wajar sekarang ini buat kita umat Islam utk terus bercakaran sesama sendiri? Saling gemar salah menyalahkan aku betul korang salah sheikh aku betul sheikh korang salah jemaah aku betul jemaah korang salah? Adakah masih wajar bagi kita yg setiap saat semakin lemah untuk meneruskan edisi perpecahan ini? 

Aku menyerahkan semua yg diceritakan ini kepada jiwa-jiwa yang masih mempunyai hati dan perasaan. Inilah dia diantara kisah-kisah dan peringatan buat umat Islam di zaman ini. Moga-moga ia menjadi iktibar & teladan buat akal-akal yg ingin merenung dan berfikir.

Ibn Shihab al Dimashqy
17:10 Tareem HadraMaut




APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI



APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?

Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya.

Beberapa waktu kemudian

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.



Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”

Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.

Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.

_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_


Kredit kepada yg menulis artikel ini



Tau tak apa itu #DUKHON?

Dukhon tu asap tebal yang menggelapkan bumi selama 40 hari. Disebabkan meteor menghentam bumi nanti. Jangkaannya adalah bulan puasa di waktu subuh. Gelap dia nanti macam gelap nabi yunus dalam perut ikan nun.😢

Bumi kita ni dah masuk sungai meteor. Anytime boleh kena hentam dengan mateor.

Masa tu, Semua elektrik2 teknologi ni padam buat selamanya.

Sebab meteor tu ada saidrik sejenis zat besi neutral apa ntah yang akan membuatkan daya tarikan besi2 lumpuh buat selamanya. Komputer kereta apa semua takleh pakai.
Sebab tu kena belajar memanah,berkuda, berenang dari sekarang.

Masa Dukhon tu nanti ramai mati jadi zombi dan sebagainya. Makanan time tu takde semua kelaparan.

Orang beriman makanan dia adalah ZIKIR. Masa bergelap tu nanti baca "lailahaillantasubhanakainnikuntuminazzalimin" banyak2.

Masa dukhon terjadi tu. Masuk rumah masing2. Masuk bilik masing2. Baca subhanalkuddus rabbunalkuddus.

Ingat pesan ini.
Kalau kita sempat. Sebab kita dah di fasa 4. Fasa Dukhon. Fasa imam mahdi tak tahu sempat ke dak.

Sebab tu kita ni ada masa lagi 6 bulan je. Kita ni fasa dukhon sebab kita fasa teknologi paling canggih. Nset pun touch2 je sekarang ni.

Kan job steve dah cakap 3 tahun Selepas dia meninggal tidak akan ada lagi teknologi.

Siapa JOB STEVE tu?
Dia founder apple iphone yg korang pakai tu.
Barat dah siap sedia nak hadap dukhon siap buat rumah bawah tanah lagi tu siap muatkan makanan selama setahun.

Untuk hadap dukhon dijangka 2019 ni.Korang rasa korang banyak masa lagi ke nak kejar jutawan bagai?

Nak hafal Quran ke apa ke baiknya lah sekarang.

Bekal untuk generasi muda andai kata kita pergi dulu lah. Kita tetap akan mati.

Check diri masing2 . apa bekal yg kita bawa . ilmu shj tiada guna jika tiada amalnya . sunnah apa yg kita buat , pakai dan ikut .

Adakah semua kearah duniawi ?
isteri , anak2 dan waris kita . apa amalan yg mereka amal ? ketat atau longgar pakaian mereka ? beramal mereka kerana Allah atau manusia .

Banyak lagi yg perlu kita ambil tahu . kerana kita sudah pun berada diakhir zaman . dimana pakaian sunnah dicemuh . pakaian yahudi diangkat dan dijulang . solat jika perlu . sunnah ditinggal . artis diangkat dan dikenali . ulama ditolak dan tidak lagi dikenali .

Hebatkah kita ?
Jika kaki gagah melangkah ke serata dunia . tapi masjid sekampung tidak pernah dikunjungi . surau bagai rumah kosong tak berpenghuni .

Setelah rezeki yg Allah limpahkan . kita tipu Allah . kita lupa Allah . dengan selesanya kita hidup dimuka bumi Allah . tanpa rasa malu .

Bersediakah kita ?

Jangan sesekali kata "kubur masing2".
Ambil contoh . wanita pakaian ketat . tudung acah2 datin . dan seorang imam masjid berdiri ditepi pantai . datangnya tsunami . adakah imam tersebut tidak akan terkena walau setitik air laut ?

Sama seperti dukhon . dia tidak mengenal siapa pun kita . tiada cahaya sikit pun waktu itu selain zikir kepada Allah .

Ingatkan lah ini pada semua waris kita .
Baca dan kongsi untuk kita bersedia . Jika baca tanpa sedetik rasa apa2 . itu tanda kita akan terus lalai

" biarlah pos ni"
"acah2 alim je ni"
"buat2 tak nampak je"

Itu hak masing2 . tapi ingat . dunia dah tersangat tua . andai dukhon ni tidak datang masa bulan puasa pun . yang pasti kiamat tu akan datang juga . dan setiap yg hidup akan mati .

INNALILLAHI WAINNAILAIHI ROOJIUN
Copy paste

Kredit kepada penulis artikel ini

Sama-2lah kita menantikan samada artikel ini benar atau tidak.. tetapi Janji Allah itu pasti.. kiamat itu pasti...

DUKHON



http://www.astroawani.com/berita-dunia/asteroid-gergasi-bakal-memasuki-atmosfera-bumi-194950
Rusuhan kuil usj selangor


Memahami 'Timeline' isu Sri Maha Mariamman Temple, Hicom
.
1. Tanah terletaknya kuil berkenaan asalnya dimiliki oleh Consolidated Plantations Bhd yang merupakan adalah pemilik kepada Seafield Estate.

Ada 2 teori mengenai tarikh asal pembinaan kuil tersebut,

1974: Kuil tersebut dibina pada tahun 1974 oleh seorang individu yang bernama Sabathy Perumal.

1891: Ia dibina pada tahun 1891 di sebahagian tanah yang didedikasikan oleh pemiliknya untuk kegunaan pekerja Hindu di estet tersebut.
.

2. Pada tahun 1987,

SIME UEP membeli tanah tersebut daripada Consolidated Plantations Bhd.

Tanah tersebut asalnya adalah di bawah status tanah pertanian namun kemudiannya SIME UEP telah menukarkannya kepada skim pembangunan perumahan.
.

3. Pada tahun 1992-1993,

Tanah kuil berkenaan telah dituntut oleh pihak SIME UEP yang bertindak sebagai pemilik tanah setelah membeli tanah tersebut daripada pemilik estet pada tahun 1987.

Maka ditubuhkanlah Komiti Pengurusan Kuil berkenaan dibawah ROS dan Chellappa a/l K.Kalimuthu telah dilantik sebagai presiden manakala Nagaraju a/l Merganathan telah dilantik sebagai setiausaha komiti tesebut.
.

4. Pada tahun 1996,

Tuntutan pertama melalui saman sivil : No.MT1-21-353-1996 diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) dan Sime UEP Properties Sdn Bhd, Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor Darul Ehsan, Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, One City Development Sdn Bhd, Merganathan a/l Nallo (Defendants) dan Nagaraju a/l Merganathan (perayu/pencelah).

Kes ini juga sebenarnya pernah diwakili oleh mendiang Karpal Singh.
.

5. Pada tahun 2001,

Berlakunya salah faham diantara Chellapa dan Nagaraju, di mana Chellapa telah menuduh Nagaraju telah 'red caught handed' mencuri duit dan barang dapur kuil, Nagaraju kemudiannya meletakkan jawatan sebagai setiausaha, namun kemudiannya kembali bersama Mohan dan Vijayakumar dan memaksa ahli komitee termasuklah Chelappa untuk mengosongkan kuil dengan cara paksaan dan ugutan.
.

6. Pada tahun 2007,

One City Development telah membeli tanah itu dan telah ada rancangan untuk memindahkan kuil itu telah bermula sejak. Saman sivil pertama iaitu No.MT1-21-353-1996 untuk menuntut hak kuil tersebut diteruskan dan akhirnya dapat diselesaikan pada tahun 2014.
.

7. Pada tahun 2012,

Kira-kira 50 penganut Hindu mengadakan protes aman di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor dan mendesak kerajaan negeri untuk menghalang perobohan kuil berkenaan dan menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan ura-ura cadangan pemindahan kuil berkenaan di Persiaran Harmoni di Putra Heights.
.

8. Pada tahun 2014,

Mac 2014,

Kedua-duanya Chellapa dan Nagaraju telah bersetuju untuk menyerahkan tanah tersebut kepada One City selepas syarikat itu bersetuju :

1. Menyediakan dua tanah lain yang terletak berhampiran kuil yang ada untuk diberikan kepada persatuan kuil berkenaan sebagai pampasan.

2. Mendermakan RM1.5 juta untuk membina kuil baru di salah satu daripada dua bidang tanah yang diberikan oleh One City.

Mahkamah mengarahkan tapak di mana kuil itu terletak untuk diserahkan kepada One City dalam masa dua bulan selepas pembinaan kuil baru oleh pemaju.

Julai 2014,

Sebuah lagi saman sivil yang melibatkan pertelingkahan di antara Chellapa dan Nagaraju telah di: No.MT1-22-491-2001 (MT5) diantara Chellappa a/l K.Kalimuthu (mendakwa sebagai Pegawai Awam Kuil Sri Maha Mariamman, Hicom Shah Alam Selangor sejajar dengan Seksyen 9 @Akta Pertubuhan 1966) (as Plaintiff) and Merganathan a/l Nallo, Nagaraju a/l Merganathan, Sangguletchumi isteri kepada Sanggu, Thanabalan a/l Murugiah, Low Kok Beng, Mohan a/l Muniandy, Subramaniam, Subramaniam a/l Sarangabani, Sarathy a/l Muthan, and Vello s (as Defendants). Saman ini telah didengar dan Orders telah dimasukkan pada 25 Julai 2014.
.

9. Pada tahun 2016,

Berdasarkan keputusan mahkahmah pada 2014, Chellappa telah dinobatkan sebagai pengurus kuil yang sah.

Persatuan kuil berkenaan juga secara sukarela melepaskan hak mereka ke salah satu tanah yang dijanjikan dan dibayar ganti rugi RM1 juta oleh One City sebagai pampasan.
.

10. Pada tahun 2017,

May 2017,
Pihak One City telah menghantar Notis Pengusiran (Eviction Notice) kepada pihak kuil.

Lokasi baru itu juga telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tempat ibadat.

Kawasan tanah untuk lokasi baru adalah satu hektar, dan ruang tambahan 0.86 ekar di sebelah kuil akan membolehkan para penganut memarkir kenderaan mereka
.
1 Jun 2017,
Isu menjadi panas semula apabila, Nagaraju bersama beberapa NGO telah menolak untuk mematuhi penghakiman persetujuan untuk berpindah, walaupun beliau telah menyetujui keputusan mahkhamah pada 2014.

Nagaraju dan NGO seperti Malaysian Indian Progressive Association (Mipas),Malaysian Indian Education Transformation Association (Mieta) telah menggunakan beberapa hujah untuk menolak cadangan pemindahan kuil berkenaan ke tapak baru (2.7 KM) dari tapak lama, berikut adalah hujah mereka:

1. Sebuah pokok Ara yang berusia 140 tahun ada ditanah tersebut, yang dianggap keramat kepada masyarakat Hindu.

2. Mempunyai merit sejarah bahawa kuil berkenaan adalah berusia lebih 140 tahun dan perlu dikekalkan.

3. Tapak baru bagi kuil adalah dikawasan Muslim yang mana acara sambutan dikuil mungkin akan menggangu masyrakat setempat dan mewujudkan racial-tension.

Mereka juga memberi amaran kepada kerajaan negeri selangor untuk menyelesaikan masalah ini jika tidak mahu menerima 'political backlash'.
.
6 Jun 2017,
Dato Seri Azmin (MB Selangor ketika itu) telah menasihatkan dan memujuk pemaju untuk meletakkan notis eviction mereka sebagai on-hold.
.
Disember 2017,
Isu ini 'panas' sebentar apabila dibangkitkan semula oleh Sivarasa and Santiago yang mana mana kuil tersebut harus dikekalkan berdasarkan sejarah yang panjang sebagai kuil di tanah bekas estet tersebut.
.

11.Pada tahun 2018,

28 September,
Isu menjadi panas semula apabila satu notis pengosongan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengarahkan penghuni kuil mengosongkan tapak pada atau sebelum 15 Oktober lalu.
.

Rusuhan kuil hindu

16 Oktober,
Menteri Perpaduan YB Senator P.Waytha Moorthy menasihatkan masyarakat India untuk bertenang dan menegaskan bahawa beliau sedang menghubungi kesemua pihak taruh yang terlibat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
.
25 Oktober,
Menerusi hantaran yang tular di laman Facebook, kira-kira 300 individu yang tidak bersetuju kuil itu dipindahkan bertindak berkumpul di kuil berkenaan semasa urusan pemindahan dijalankan menyebabkan kesesakan teruk di LDP.

Seramai kira-kira 300 orang anggota polis ditempatkan di lokasi terlibat bagi mengawal sebarang situasi tegang yang tercetus.

Selepas perbincangan, pemaju (One City) bersetuju untuk menangguhkan perobohan sehingga 22 November iaitu selepas perayaan Deepavali.

Pengurusan kuil itu akan diambil alih oleh pasukan petugas khas yang diketuai oleh aktivis Hindraf "Ramaji", yang nama sebenarnya M Ramachandran.

YB Sivarasa berjanji untuk bertemu dengan MB Selangor sebelum 22 November untuk mencari penyelesaian isu tersebut.
.
31 Oktober,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau menasihatkan kepada pihak yang membantah untuk mengikut keputusan dan perjanjian di mahkahamah pada 2014, beliau juga mengingatkan bahawa arahan untuk kuil itu dipindah atas arahan mahkamah bukan arahan kerajaan negeri.
.
17 November,
Kumpulan yang membantah persetujuan antara jawatankuasa kuil dan pemaju untuk berpindah merancang satu tunjuk perasaan di luar Parlimen minggu depan bagi meminta campurtangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun mahkamah sudah membuat pada 2014.

Malah ada 2 orang penganut hindu dikalangan jawatankuasa juga telah memulakan mogok lapar menentang pemindahan kuil tersebut.

Kumpulan “Save Seafield Sri Maha Mariamman Temple” berkata kuil itu, yang dibina lebih 40 tahun lalu, adalah warisan sejarah dan tidak patut dipindahkan.

Ketua kumpulan itu, S Ramaju, menuduh kerajaan tidak peduli akan bantahan mereka.

“Ini adalah kerajaan baharu, tetapi tidak menawarkan penyelesaian dan tidak proaktif,” katanya, dan menambah mereka akan berhimpun di luar Parlimen pada 21 November ini, sehari sebelum perpindahan kuil itu.

“Kami mahu perdana menteri campurtangan dan bantu kami cari satu penyelesaian. Tiada orang dengar rayuan kami,” katanya.
.
21 November,
Sekumpulan penganut Hindu berdemonstrasi di depan bangunan parlimen bagi mempertahankan kuil tersebut daripada dirobohkan pada tarikh akhir iaitu 22 November 2018.

Mereka telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya segera memberi perhatian kepada isu Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman di Ladang Seafield itu.

Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai tugas-tugas khas di Jabatan Perdana Menteri yang berjanji akan membawa isu itu ke perhatian Mahathir.
.
23 November,
Sekali lagi memorendum cuba dibawa ke parlimen oleh Ramaji, yang juga Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Sakthi Maha Mariamman namun telah dihalang masuk kira-kira jam 5.50 petang semalam ketika ingin menghadiri perjumpaan bersama Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy berhubung isu kuil.

Beliau mendakwa telah dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu.

Pada hari yang sama juga pihak pemaju dari One City telah menafikan bahawa mereka telah menangguhkan tarikh akhir 22 November kepada 29 November
.
25-26 November,
Telah diadakan mesyuarat tergempar bahawa akan ada usaha daripada pihak pemaju untuk datang menghalau orang-orang di dalam kuil dan memulakan kerja pembersihan kuil mulai Isnin (26 November).

Maka ramailah telah turun tunggu di kuil sejak dari pukul 10 malam lagi.



Pada pukul 2 pagi, sekumpulan lelaki Melayu (50-100 orang) berpakaian hitam telah tiba-tiba datang menyerbu kuil dan mengarahkan semua orang untuk keluar, keadaan menjadi tidak terkawal dan perkara ini telah diviralkan di media sosial menggunakan fungsi live facebook.

Unsur-unsur orang Melayu vs India, dan kononnya jeritan Allahu Akbar dijerit oleh kumpulan berkenaan telah didendangkan di dalam seruan meminta bantuan oleh pihak dari dalam kuil berkenaan.

Maka ramailah dari kalangan orang India yang turun ke kuil berkenaan dan berlakulah pertempuran dan pergaduhan diantara kumpulan lelaki Melayu tadi dengan orang yang turun memberi bantuan kepada persatuan kuil, ada yang cedera parah akibat dipukul secara beramai-ramai dari kedua-dua belah pihak.

Pertempuran tersebut akhirnya telah berjaya dikawal oleh LPF dan FRU dan beberapa orang telah berjaya digari dan ditangkap oleh pihak polis.

Di dalam kekecohan tersebut, beberapa buah truck pickup telah diterbalikan dan beberapa buah kereta juga telah dibakar.
.

Sebagai kesimpulan, isu ini bukanlah isu 'planted' yang dirancang secara tiba-tiba, isu ini adalah isu lama yang sudah berpanjangan sejak bertahun-tahun walaupun sepatutnya telah diselesaikan dengan cara mahkahmah.

Namun mungkin kerana ada agenda daripada pihak-pihak tertentu isu ini menjadi panas dan semakin 'complicated'

Diharapkan, kita sebagai rakyat Malaysia tidak termakan akan provokasi atau hasutan yang tidak sepatutnya seperti, bahawa kejadian semalam adalah kejadian rusuhan di antara kaum Melayu dan India, orang Melayu nak robohkan kuil Hindu, ekstrimis Melay atau Muslim dsbnya..

Walhal ianya adalah pergeseran di antara pihak pengurusan kuil yang mempunyai 2 puak dan juga pihak pemaju yang telah memakan masa hampir 20 tahun (lebih kalau dikira dari tahun 1992), namun tidak selesai-selesai lagi.

Dan jujurnya saya rasa, ke semua pihak yang terlibat termasuklah pemaju harus dipanggil dan disiasat sebelum benda ni jadi lebih merebak dan tidak terkawal.

Sekian.
.
.

Rujukan:

1. The Truth and Lies about Sri Maha Mariamman Temple, Hicom - Malaysia Hindu Sangam
http://www.malaysiahindusangam.org/2017/10/15/the-truth-and-lies-about-sri-maha-mariamman-temple-hicom/

2. Mariamman temple in Subang Jaya finds new permanent home
https://www.malaymail.com/s/1387729/mariamman-temple-in-subang-jaya-finds-new-permanent-home

3. Tussle over Hindu temple, S'gor gov't urged to step in
https://www.malaysiakini.com/news/384199

4. Objection to Seafield temple demolition not valid, says Selangor exco
https://www.malaymail.com/s/1390891/objection-to-seafield-temple-demolition-not-valid-says-selangor-exco

5. Press Statement – Seafield Sri Maha Mariamman Temple, USJ 25, Puchong - Azmin Ali
http://azminali.com/press-statement-seafield-sri-maha-mariamman-temple-usj-25-puchong/

6. S'gor MB confirms freeze on eviction plan for Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/384722

7. Seafield temple issue: Abusive speeches won’t help, says MP
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/22/seafield-temple-issue-abusive-speeches-wont-help-says-mp/

8. MPs want dialogue over fate of century-old temple
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/12/18/mps-want-dialogue-over-fate-of-century-old-temple/

9. Minister urges calm over temple demolition in Subang Jaya
https://www.malaymail.com/s/1683592/minister-urges-calm-over-temple-demolition-in-subang-jaya

10. Pindah kuil ikut penghakiman persetujuan – Ganabatirau
https://selangortv.my/pindah-kuil-ikut-penghakiman-persetujuan-ganabatirau/

11. Seafield temple relocation postponed to after Deepavali following standoff with protesters
https://www.edgeprop.my/content/1438400/seafield-temple-relocation-postponed-after-deepavali-following-standoff-protesters

12. Tense Seafield Hindu temple standoff defused with relocation postponed to after Deepavali
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/10/25/tense-seafield-hindu-temple-standoff-defused-with-relocation-after-deepavali/

13. Seafield temple demolition postponed again, following fresh protests
https://www.malaysiakini.com/news/448990

14. Kuil dipindah atas arahan mahkamah
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/kuil-dipindah-atas-arahan-mahkamah-1.899015

15. Bantah pindah kuil, laluan sesak
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bantah-pindah-kuil-laluan-sesak-1.896505

16. Kuil Seafield Sri Maha Mariamman dipindah atas arahan mahkamah - Exco Selangor
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kuil-seafield-sri-maha-mariamman-dipindah-atas-arahan-mahkamah-exco-selangor-189848

17. Kumpulan tolak pemindahan kuil rancang tunjuk perasaan di Parlimen
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/11/17/kumpulan-tolak-pemindahan-kuil-rancang-tunjuk-perasaan-di-parlimen/

18. We don’t own the land, govt tells group opposed to temple relocation
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/18/we-dont-own-the-land-govt-tells-group-opposed-to-temple-relocation/

19. Respect the law and allow relocation, developer urges temple management
https://www.nst.com.my/news/nation/2018/11/432994/respect-law-and-allow-relocation-developer-urges-temple-management

20. Seafield temple devotees take complaint to PM in protest at Parliament
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/21/seafield-temple-devotees-take-complaint-to-pm-in-protest-at-parliament/

21. Demo pertahan kuil 100 tahun di parlimen hari ini
https://www.malaysiakini.com/news/452765

22. Hindu Sangam: Handling of Seafield temple relocation good model to follow
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/21/hindu-sangam-handling-of-seafield-temple-relocation-good-model-to-follow/

23. Sami dakwa dilarang masuk parlimen kerana berpakaian Hindu
https://www.malaysiakini.com/news/453097

24. We didn’t agree to postpone temple relocation, says developer
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/23/we-didnt-agree-to-postpone-temple-relocation-says-developer/

25. Violence erupts over relocation of Seafield temple
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/26/riot-breaks-out-over-relocation-of-temple-in-usj/

26. Violence as devotees scuffle over relocation of Seafield temple
https://www.malaysiakini.com/news/453399

27. Violent scuffle erupts over relocation of Seafield temple
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/11/26/violent-protest-erupts-over-relocation-of-seafield-temple/

28. Hicom Maha Mariamman Temple, 22 November
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1438665266266262&set=a.1407654886033967&type=3

29. Devotees are beginning to gather to safeguard Seafield Maha Mariamman temple upon strong rumours of attempt by the Developer to demolish the temple anytime between 4pm till 9am. 25.11.2018 @ 10.20pm.
https://goo.gl/FYcXd7

Kredit pada penulis
Sumber dari wasap group

Gambar kahwin Yang diPertuan Agong



Kenali ‘Suri’ Seri Paduka Memang Bijak, Jelita

ANGGUN… Nama Oksana Voevodina sejak semalam tular bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia setelah dilaporkan berkahwin dengan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan
Muhammad V.




Personaliti gadis Rusia berusia 22 tahun dengan senyuman wajah cantik menawan semula jadi ini turut lonjak nama beliau sendiri apabila menjadi entri ‘tanda pagar’ paling tinggi carian menerusi Google dan media sosial tempatan.





Beliau yang merupakan seorang pintar ini sebenarnya pernah memenangi pertandingan ratu cantik ‘Miss Moscow 2015’ pada tahun 2015 lalu dan diadakan di sebuah teater terkenal “Nadezhda Babkina” di ibu kota Rusia tersebut.

Nama premis terkenal itu kebetulan diambil daripada penyanyi wanita lagu rakyat ternama di Rusia. Pada peringkat akhir pertandingan berprestij tersebut, Oksana melayakkan diri dan muncul pemenang mengatasi 31 peserta lain.

Dalam ucapan ringkas, dia berterima kasih kepada semua yang bantu hingga ke peringkat itu, terutama ibu bapanya. Selepas dinobat sebagai gadis paling cantik dari Moscow, dia berpeluang sertai Miss Russia, juga pada 2015.



Bagaimanapun gelaran ratu Moscow 2015 dimiliki Oksana bukan secara kebetulan, pada akhir pertandingan itu dia berjaya menambat hati para hakim dengan aura pakej imej kecantikan wajah dan kercerdikan yang dimiliki dirinya.

Pelajar ini juga memiliki bentuk badan yang menawan 85-59-90, dan ketinggian 170 sentimeter. Sebelum menyertai peraduan itu, Oksana pernah bekerja dengan pelbagai agensi model luar negara dan agensi tempatan di Rusia.



Sejak usia muda lagi, beberapa majalah fesyen antarabangsa pernah dihiasai dengan foto gadis cantik ini. Oksana memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi di Fakulti Perniagaan di Universiti Ekonomi Plekhanov, Rusia.

Beliau juga fasih berbahasa Inggeris kerana minat pelajari bahasa berkenaan dan dikatakan sangat petah dalam penggunaan bahasa tersebut. Selain itu, Oksana juga meminati bidang fotografi sebagai hobi ketika masa lapang.

Lebih unik, beliau juga merupakan pereka bentuk pakaian dan aksesori fesyen wanita dalam sebuah agensi fesyen terkemuka. Impian Oksana adalah untuk cipta koleksi fesyen dengan jenamanya yang tersendiri.






Beliau turut bercita-cita untuk menjadi seorang penyampai di stesen televisyen sebagai profesion satu hari nanti. Sejak semalam, Sultan Muhammad V dilaporkan sudah secara rasmi berkahwin dengan Oksana.

Menurut laporan portal berita hal ehwal Islam di Rusia, www.islamnews.ru., majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Barvikha di Moscow, itu diadakan gilang-gemilang dengan berkonsepkan tradisi Melayu dan Rusia.

Dalam majlis yang penuh adat istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda kelihatan anggun mengenakan serba lengkap persalinan baju Melayu sementara Oksana mengenakan sepersalinan gaun pengantin berwarna biru muda.

Tetamu yang hadir turut dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa tanpa minuman beralkohol. Sejak semalam, beberapa keping gambar dan video mengenai suasana ceria majlis tersebut tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, memetik laporan daripada portal berita tempatan NSTP, sehingga pagi ini, pihak Istana Negara masih lagi belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung majlis tersebut. Daulat Tuanku!

Sumber– Mynewshub.TV



Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ