Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Benarkah Temerloh Pahang Ada Gunung Berapi Yang Bakal Meletus?


Gunung Berapi Temerloh
Hiasan Gunung Berapi



GUNUNG BERAPI TEMERLOH AKAN MELETUS BALIK? dan RAHSIA EMAS akhir zaman ...

Ramai yang tak tahu bahwa Semenanjung Malaysia dahulu mempunyai gunung berapi yang banyak sekali dan tersusun cantik sepanjang banjaran titiwangsa . Jutaan tahun dahulu sebenarnya semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis ,Kedah , Perak ,Selangor , Negeri Sembilan dan Melaka

Namun plat Cathaysia yang mempunyai negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah semenanjung asal .

Akibat dari pertembungan , tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini , ianya telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini . Pada waktu itu gunung-gunung berapi ini semuanya adalah aktif . Namun setelah ia berlanggar sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif tadi bertukar menjadi separuh aktif , pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati .

Lalu setelah banjaran-banjaran gunung berapi ini mati , ianya telah membentuk menjadi bukit pergunungan dan Banjaran baru yang sekarang kita kenali sebagai Banjaran Titiwangsa , Banjaran Bintang , Banjaran Keledang , Banjaran Bintang Tahan dan Banjaran Benom .

Prof Madya Dr.Habibah berkata , banjaran gunung berapi tersebut dikirakan wujud semasa usia akhir 237 juta tahun yang lalu . Disebabkan aktiviti gunung berapi inilah terdapat banyaknya emas-emas , bijih besi , timah , perak dan pelbagai sumber mineral lain yang menjadikan Malaysia berjaya menjadi kuasa besar dunia pada zaman lampau sehingga dizaman moden ini . Sehingga mampu membangunkan negara China sebanyak dua kali di zaman kejatuhan mereka , apakah mereka tidak sedar?

Dari tanah yang kaya dengan sumber mineral ini jugalah menyebabkan Malaysia mempunyai kayu-kayu balak yang berkualiti tinggi dan mampu bertahan beratus ribuan tahun seperti Belian , cengal , tualang , mempening , penaga dan banyak lagi kayu berkualiti Gred A kelas Satu dan tahan lama . Jadi tidak hairan lah Malaysia mampu menjadi empayar penguasa lautan dan pencipta pengangkutan pertama di dunia iaitu industri perkapalan suatu ketika dahulu .

Siapa kata Melayu Pemalas? Sehinggakan maharaja china telah meminta bantuan Empayar Melayu Srivijaya untuk melabur , membina dan mengajar mereka ilmu tukang perkapalan . Maka terbitlah tentera laut yang pertama di china dibawah telunjuk Srivijaya . Tidak mungkin Laksamana Cheng Ho mampu pusing keliling dunia jika bukan kerana bantuan Empayar Melayu .

Berbalik kepada tajuk utama kita mengenai Gunung Berapi Temerloh . Abang pernah berjumpa dengan ahli kasyaf di suatu lokasi pertapaan di atas sebuah gunung . Menurut ahli kasyaf , gunung berapi ini masih separa aktif namun tidaklah ditahap serius . Namun jika berlaku lagi gempa bumi di sekeliling Tanah Melayu ini , kita bakal menyaksikan gunung berapi tersebut akan menjadi total aktif . Bukan sahaja gunung berapi Temerloh yang masih berfungsi sehingga kini , namun terdapat beberapa lagi gunung yang masih aktif mengeluarkan sumber mineral seperti gunung berapi Gunung Tahan.

Tanda-tanda hasil aktiviti letusan gunung berapi ditemui sepanjang jalur tengah semenanjung Malaysia , terutama di Kampung Arwah . Kampung Arwah ialah sebuah perkampungan Melayu tradisional terletak di dalam mukim Bukit Segenggam , kira-kira 18km dari bandar Temerloh dan 35km dari bandar Maran ,Pahang . Lokasi terpaksa dirahsiakan dan diubah .

Ahli geologi tempatan menjangkakan bahawa lokasi gunung berapi paling aktif berkemungkinan terletak berdekatan dengan kawasan tersebut . Kerana pengkaji telah menemui pelbagai jenis batuan gunung jauh lebih banyak berbanding di tempat-tempat lain . Berdasarkan penemuan ini ahli geologi yakin bahawa pusat gunung berapi suatu tika dahulu terletak di negeri Pahang .

Sambungan dari hasil pertapaan ..... abang diberitahu bahawa emas akan muncul dengan banyak sekali tanpa perlu mengorek ke dasar dalam pada akhir zaman kelak . Logiknya? emas yang ada sekarang telah memasuki fasa yang baru iaitu pada tahun 2012 dimana ramai menjangkakan dunia akan kiamat menurut kalendar Maya , namun apa yang mereka tidak tahu ialah sebaliknya .

Tahun 2012 sebenarnya adalah waktu bermulanya pembentukan bumi untuk menyediakan dirinya sehingga diwaktu bumi meletup pada akhir zaman . Dimana salah satunya ialah dengan mengaktifkan kembali gunung-gunung berapi diseluruh dunia . Disebabkan itu terdapat banyak bencana alam yang dahsyat berlaku pada tahun-tahun sekitarnya .

Secara tidak langsung juga , ianya telah mengakibatkan fasa permulaan atau kelahiran semula pembentukan baru sumber mineral di dunia terutamanya emas! Bermakna emas yang ada sekarang adalah di fasa awal iaitu belum matang sepenuhnya . Fasa ini terpecah kepada tiga bahagian dan fasa akhir ialah setelah 10 tahun bermula sekarang . Kepada penduduk Temerloh dan kawasan sepanjang banjaran emas tersebut anda tahu apa perlu anda lakukan bukan?

Bahasa mudahnya batuan-batuan dibawah kerak bumi akan menolak emas tersebut sehingga muncul ke dasar permukaan , kerana ia muncul dengan jumlah yang banyak . Jadi tak perlu lah korek sangat pun . Adakah ini semua mustahil?

Pada akhir zaman kelak , Imam Mahdi akan mengeluarkan sumber dan harta dunia sehingga manusia tidak mahu lagi menerimanya kerana terlalu banyak . Ternakan-ternakan dan tanaman akan menjadi subur akibat dari berlakunya perubahan dalam bumi .

Bagaimana mungkin semua ini terjadi tanpa logik sains akal bukan? Itulah sebab mengapa bumi sedang aktif kembali dan akan mengeluarkan semua hasilnya sebelum ianya mati . Di satu tahap , bumi akan mengeluarkan semuanya hatta isi perutnya sendiri hingga menyebabkan bumi ini terburai .

Ini semua adalah kehendak tuhan dan telah ditulis dengan selengkapnya di dalam hadis akhir zaman . Hanya orang yang berilmu akan mengambil pengajaran

Ditulis oleh Syed Al Shahab Al Banjari


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ