Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



CERITA PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI CULIK ADALAH REKAAN SEMATA-MATA



Kerana gagal menyiapkan beberapa assignment, Pelajar perempuan tersebut mereka-reka cerita yang kononnya telah di culik...


Heboh di dalam whatsapp dan juga di laman sosial mengisahkan konon seorang pelajar perempuan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang telah diculik beberapa individu yang tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam tetapi penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi. 





Malam ini, Ida menerima satu laporan yang dipanjangkan di dalam whatsapp berkenaan Update kes tersebut.  Setelah soalsiasat yang baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa assignment kemudian beliau merangka cerita  rekaan yang kononnya telah diculik.




Aduh... macam-macam... bikin satu Malaysia merasa kecoh cemas!!

0 comments:

Post a Comment

Isteri Buat Laporan Polis ‘Zakar Suami Terlalu Besar’




Menurut pengadu, laporan itu dibuat ekoran mereka berdua bergaduh kerana perkara itu selepas wanita itu enggan melakukan hubungan seks.

“Suami saya telah mengajak saya melakukan hubungan seks, saya telah menolak ajakan suami saya kerana tidak mampu memenuhi permintaannya kerana setiap kali bersama, saya akan berasa sakit di bahagian kemaluan akibat saiz yang besar.

“Ekoran daripada itu, saya telah bergaduh dengan suami saya, saya datang ke balai polis buat laporan untuk rujukan pihak mahkamah syariah kerana mahu buat permohonan,” kata pengadu dalam laporan polis.

Kes berkenaan berlaku pada bulan Julai tetapi mula tersebar hari ini di internet dan laman sosial.




Hohohoho macam-macam...

0 comments:

Post a Comment

10 Jenis Nafsu Yang Terdapat Dalam Diri Manusia





Keadaan masalah sosial di kalangan masyarakat di Malaysia semakin menjadi-jadi sehingga ada yang mengatakan seperti lebih teruk dari haiwan yang tidak berakal.


Adakah kita berjiwa atau bernafsu seperti haiwan?

Dalam sastera Arab, nafsu bermaksud “jiwa kehidupan” atau “ghairah dan hasrat duniawi”.

Apabila orang mendengar perkataan nafsu, pasti akan ingat perkara yang jahat-jahat sahaja. Sedangkan, nafsu itu adakalanya baik dan adakalanya jahat. Jika dilatih nafsu itu ke arah kebaikan, pasti nafsu itu boleh membawakan kita ke syurga.

Bak kata Imam Al Ghazali, nafsu itu seperti anjing. Jika dilatih dan dijinakkan ia pasti akan menjadi baik.

Nafsu ialah organ rohani manusia yang memiliki pengaruh paling banyak dan paling besar di antara anggota rohani yang lain. Nafsu mengeluarkan arahan kepada anggota jasmani untuk melakukan sesuatu tindakan.

Pembahagian nafsu secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

– 7 peringkat yang ditempuh oleh diri atau nafsu manusia
– 10 rupa nafsu yang menggambarkan jiwa atau sifat tercela yang ada pada manusia.

Memetik sebuah perkongsian yang digarap semula dari blog ini, kami megajak anda untuk mengenali jenis-jenis nafsu yang kita harus ‘jinakkan’ atau dalam erti kata yang sama perlu dikawal dengan sebaiknya.




Artikel ini akan menghuraikan secara ringkas 10 rupa nafsu (jiwa/sifat tercela) yang ada dalam diri manusia, yang perlu dijinakkan atau dihapuskan/dihindari.

(1) Nafsu kalbiyah
– Sifat anjing
– yang kewujudannya antara lain suka memonopoli

(2) Nafsu himariyah
– Jiwa keldai
– yang pandai memikul namun tidak mengerti sedikit pun apa yang dipikulnya
– dengan kata lain, ia tidak memahami masalah

(3) Nafsu sabu’iyah
– Jiwa serigala
– suka-suka menyakiti atau menganiaya orang lain dengan cara apa pun

(4) Nafsu fa’riyah
– Hati tikus
– sebangsa merosak, atau semacamnya

(5) Nafsu dzatis-suhumi wa hamati wal-hayati wal-aqrabi
-Jiwa binatang penyengat
– berupa sebagai ular dan kala jengking
– senang menyindir-nyindir orang, menyakiti hati orang, dengki, dendam, dan sepertinya

(6) Nafsu khinziriyah
– Sifat babi
– suka kepada yang kotor, busuk, hapak, dan yang menjijikkan

(7) Nafsu thusiyah
– Nafsu merak
– antara lain suka menyombongkan diri, suka beraksi, berlagak, busung dada, dan sebagainya

(8) Nafsu jamaliyah
– Nafsu unta
– tak punya rasa santun, kasih sayang, tidak bermasyarakat, tidak peduli kesusahan orang lain
– yang penting dirinya selamat dan untung

(9) Nafsu dubbiyah
– Jiwa beruang
– biarpun kuat dan gagah, tapi pendek akal dan dungu

(10) Nafsu qirdiyah
– Jiwa beruk
– diberi ia mengejek, tidak diberi ia mencebik
– sinis dan suka melecehkan/memandang ringan



0 comments:

Post a Comment

Komen TMJ Berkenaan Aksi Tendang Corner Flag Yang Jadi Viral Di Internet




Tindakan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyepak tiang sudut selepas perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam tadi viral di media sosial. Ramai yang salah anggap tentang aksi tersebut, oleh itu Johor Souhthern Team (JST) melalui laman FB mereka telah menemubual sendiri TMJ.


Ikuti temuabual tersebut dibawah.

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya – Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang.

Seperti yang selalu saya katakan… setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.


Jom saksikan beberapa beberapa aksi tersebut di dalam video dibawah









0 comments:

Post a Comment

Gambar Mohammad Sofwan Selamatkan Anjing Hanya Rekaan





Kecoh sekejap, sekeping gambar budak lelaki yang mendukung seekor anjing di belakangnya menjadi viral di internet hari ini kerana kesanggupannya bersusah payah menyelamatkan anjing itu ketika banjir.

Budak lelaki itu dikatakan namanya Mohammad Sofwan dan sekelip mata ‘Mohammad Sofwan’ mendapat pujian melangit ekoran keberaniannya itu.

Gambar itu juga tersebar luas di Facebook menceritakan keberanian adik itu yang menyelamatkan anjing daripada mati lemas. Pada hakikatnya sebenarnya, Mohammad Sofwan cuma watak rekaan semata-mata.

Hasil tinjauan, penulis mendapati gambar viral sebenarnya palsu kerana ia merupakan gambar yang diambil ketika banjir di Filipina oleh jurufoto Reuters, Rome Ranoco.



Budak lelaki itu mendukung anjing mengharungi air banjir ketika daerah Trami, Filipina dilanda ribut tropika kira-kira setahun lepas.

Tidak diketahui apakah tujuannya sesetengah laman web dan akaun media sosial Facebook mengambil gambar ini dan menyebarkannya ke internet.

Apa yang mungkin pasti, gambar ini dilihat mampu menarik perhatian kerana rupa budak lelaki yang mendukung anjing itu mirip kepada orang berbangsa Melayu di negara ini.

Hasil pemeriksaan juga mendapati gambar asal kejadian itu dipaparkan dalam The Huffington Post pada 9 Jun tahun lalu.

Kejadian banjir di Trami di bandar Paranaque itu berlaku pada 20 Ogos tahun lepas dan ia menyebabkan pejabat kerajaan, sekolah dan premis perniagaan terpaksa ditutup.

Ada penduduk dan rakyat di kawasan itu juga terpaksa meninggalkan rumah kerana banjir berkenaan.

Kesimpulannya, itulah kisah sebenar gambar viral ini dan bukannya adik Mohammad Sofwan seperti yang digembar-gemburkan dalam banyak posting di laman sosial sebelum ini. – MYNEWSHUB

0 comments:

Post a Comment

Jenama Beras Yang Boleh Buat Lelaki Stim?




Hahaha tergelak dulu....

Gara-gara ‘packaging’ satu jenama beras mengunakan gambar anak dara Melayu manis berbaju kurung, seorang pengguna menegurnya sebagai strategi pemasaran yang bijak di Twitter.



Sudah pasti, otak pengguna (terutama lelaki nakal) apabila melihat tagline beras berjenama Dara Kampung ini iaitu ‘Suci, Segar dan Menyelerakan’ akan mengaitkannya dengan awek yang duduk bersimpuh kat kampit beras tu kan.

Maklumlah, selama ini biasa nampak wajah petani atau Dato’ Jalaludin Hassan saja di kampit beras…

Sampaikan, seorang lelaki yang memuat naik gambar beras ini di laman sosialnya menulis kapsyen agak lucah di bawah bagi menggambarkan perasaannya bila melihat kampit beras tersebut.

Mesti ramai bapak-bapak yang tak sabar nak pergi cari beras Dara Kampung lepas ni kan?
- MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment

GAMBAR KERETA PERONDA TERBARU PDRM??


KERETA PERONDA TERBARU PDRM

Kereta peronda terbaru PDRM? Gambar yang Ida terima dalam group whatsapp semalam. Cantik tak? Dah macam lambang MAS Airline pula!!


KERETA PERONDA TERBARU PDRM

0 comments:

Post a Comment

Video Wanita Separuh Bogel Yang Amat Menggoda!!!

Video Wanita Separuh Bogel Yang Amat Menggoda



Video ini pasti mengundang curiga orang ramai bila menontonnya lagi-lagi video ini dirakam separuh bogel.

Video ini sebenarnya dirakam oleh seseorang yang bukan sahaja berwajah cantik dan ayu malah memiliki suara lembut yang agak seksi sambil menyoal “awak kat mana?”.

Video ini telah menjadi viral di media sosial dan Whatapps kerana wanita ini dilihat istimewa.

Nak tahu apa keistimewaan wanita ini? Jom saksikan...


0 comments:

Post a Comment

Senarai Barangan Yang Dikecualikan GST




Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2015 Jumaat lepas, beliau telah mengumumkan bahawa senarai barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan dari dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diwartakan.

Terdapat lebih 900 barang yang disenaraikan dan ia dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor barangan dan perkhidmatan.

Berikut adalah senarai barangan yang dikecualikan GST : -

BARANGAN

Mana-mana tanah yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan setakat ia digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian,atau kegunaan am.

i. Setakat bagi tujuan pertanian tidak termasuk tanah yang digunakan bagi aktiviti memburu dan memancing; atau

ii. Bagi tujuan kediaman termasuk apa-apa kemudahan tempat letak kereta yang bersampingan dengan pembekalan bangunan kediaman itu.

iii. Mana-mana bangunan atau premis setakat ia digunakan bagi tujuan kediaman, direka atau disesuaikan untuk digunakan atau diniatkan untuk digunakan sebagai kediaman tidak termasuk hotel, rumah penginapan, rumah tumpangan atau establismen yang serupa bagi tempat tidur.

2. Mana-mana pembekalan logam berharga pelaburan termasuk adalah seperti:

i. Emas yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

ii. Perak yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;

iii. Platinum yang dalam bentuk bar, jongkong atau wafer yang mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%; dan memiliki ciri-ciri pelaburan;


PERKHIDMATAN

Perkhidmatan Kewangan

i. Operasi apa-apa akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan.

ii. Penyediaan pembiayaan apa-apa pinjaman, pendahuluan atau kemudahan yang serupa. Penyediaan apa-apa kemudahan ansuran kredit kewangan dalam suatu perjanjian sewa beli, jualan bersyarat, jualan kredit atau pajakan jika suatu faedah atau apa-apa caj lain yang serupa dinyatakan secara berasingan kepada penerima pembekalan barang itu.

iii. Pemindahan hak milik apa-apa nota atau arahan bagi pembayaran

iv. Pertukaran matawang atau pemindahan hak milik apa-apa derivatif yang berhubungan dengan pertukaran matawang (sama ada disebabkan oleh pertukaran mata wang, wang kertas atau syiling, dengan mengkredit atau mendebit akaun atau selainnya) selain pembekalan suatu wang kertas atau syiling sebagai suatu item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik.

v. Pemindahan hak milik apa-apa hak atau derivatif yang berhubungan dengan suatu obligasi bagi membayar faedah atau caj yang serupa.



Perkhidmatan Pendidikan

Perkhidmatan pendidikan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pendidikan:

i. Berhubung dengan pendidikan taman asuhan kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta yang disediakan kepada pelajar oleh penyedia berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961],

ii. Majlis Amanah Rakyat 1966, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984, Enakmen yang berkaitan dengan pengawalan sekolah agama Islam bagi Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

iii. Makanan dan minuman yang dibekalkan oleh operator kantin di pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan atau bantuan kerajaan atau prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta

iv. Taman asuhan kanak-kanak, prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah swasta”ertinya suatu sekolah atau suatu institusi pendidikan yang bukan sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan yang ditakrifkan di bawah Akta Pendidikan 1996

v. “Institusi pendidikan” ertinya suatu sekolah atau mana-mana tempat lain yang, dalam menjalankan kerja suatu organisasi atau institusi, orang lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih, dan termasuklah suatu tadika dan suatu pusat pendidikan jarak jauh tetapi tidak termasuk;

vi. Mana-mana tempat yang dikategorikan sebagai suatu institusi pendidikan swasta yang didaftarkan di bawah Akta Pendidikan 1996 yang menyediakan kelas tuisyen, latihan bahasa, komputer, kemahiran,kerjaya,profesion atau pekerjaan atau perdagangan, pengayaan minda dan pusat bimbingan

vii. Mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tangungjawab bagi pendidikan,melalui pemberitahuan dalam Warta, sebagai bukan suatu institusi pendidikan bagi maksud Akta Pendidikan 1996.



Perkhidmatan Asuhan

I. Perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang disediakan oleh mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta yang didaftarkan atau dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta586] termasuk:

i. Apa-apa perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi dan ambulans yang disediakan oleh seorang profesional jagaan kesihatan;

ii. Apa-apa perkhidmatan bagi pemeriksaan, diagnosis, atau rawatan seseorang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;

iii. Apa-apa tempat tinggal bagi maksud penyediaan perkhidmatan jagaan kesihatan;

iv. Apa-apa perkhidmatan bagi maksudkesihatan pencegahan atau penggalakan;

v. Apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain;

vi. Apa-apa perkhidmatan makanan yang disediakan kepada pesakit oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen;

vii. Apa-apa perkhidmatan bilik mayat yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan yang berdaftar atau berlesen

Bagi maksud butiran ini:

i. “Kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis,selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, seperti hospital swasta, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan dan klinik pergigian dan apa-apa premis jagaan kesihatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagikesihatan melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998

ii. Untuk menduduki tanah bagi tujuan pertanian tidak termasuk pemberian apa-apa kepentingan atau hak ke atas tanah atau lesen untuk menduduki tanah setakat yang tanah itu digunakan untuk aktiviti memburu dan memancing;



Perkhidmatan Pengangkutan

Pengangkutan penumpang :

i. Mana-mana kenderaan yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan termasuk bas tidak termasuk bas sewa; teksi tidak termasuk kereta sewa dan pandu; suatu syarikat yang dilesenkan di bawah Akta Keretapi 1991 [Akta 463] untuk menyediakan perkhidmatan rel dan mana-mana kapal atau vesel yang dilesenkan sebagai kapal penumpang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952


Tol lebuh raya

Pemberian apa-apa hak untuk menggunakan lebuh raya bertol di jalan awam

Perkhidmatan pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat

Apa-apa pembekalan perkhidmatan dalam suatu pakej berhubung dengan upacara dan penghormatan, pelupusan mayat atau upacara peringatan;

Program perancangan pra keperluan pengebumian iaitu penempahan kolumbarium atau plot tanah perkuburan.

0 comments:

Post a Comment

Google Street View Rakam Pasangan Kekasih Lakukan Seks Tepi Jalan

Google Street View Rakam Pasangan Kekasih Lakukan Seks Tepi Jalan



SEPASANG ‘kekasih’ menjadi popular di internet apabila terkantoi melakukan hubungan seks di tepi jalan di Lebuhraya Dukes, Selatan Australia. Rakaman ini mungkin dianggap sebagai ‘kurang ajar’ kerana cuba memalukan pasangan ini.

Dikatakan, ketika rakaman dilakukan oleh Street View, pasangan ini telah meletakkan kereta di bahu jalan dan kemudian melakukan seks secara terbuka di bonet hadapan kenderaan mereka.


Imej itu kemudian telah di kaburkan oleh Google. Gambar itu menyaksikan lelaki terbabit melondehkan seluarnya dan memegang minuman keras . Wanita itu pula dilihat melambai tangan kepada kamera Street View.

Gambar itu kemudian telah disebarkan di media sosial . Bagaimanapun ramai yang beranggapan gambar itu hanyalah lakonan semata-mata. Sementara itu, lelaki terbabit berkata gambar itu adalah dia dan isterinya.

Katanya, “Kami melihat kenderaan Google ketika dalam perjalanan ke Adelaide beberapa tahun lalu. Kami memecut dan memotong kenderaan mereka sambil melambaikan Corona (bir) di tangan.

“Kami cuba mencari lokasi itu di peta, cuba mengingatkan kembali lokasi terbabit tetapi tidak menemuinya,” yang menyifatkan adegan itu sebagai ‘kelakar, lapor MyNewsHub.


0 comments:

Post a Comment

SCAM ALERT: SINDIKET PENIPUAN ANAK ANGKAT MELALUI WHATSAPP




SCAM ALERT: Keprihatinan dan perasan kasih sayang yang tidak disusuli dengan kebijaksanaan mungkin membawa padah. Terkini, sindiket penipuan yang menawarkan urusan pengambilan anak angkat mengambil kesempatan melalui medium media sosial dan whatsapp untuk melakukan jenayah penipuan.

Modus Operandi:

1. Suspek menggunakan medium media sosial dan 'WhatsApp' untuk hebahan pengambilan anak angkat.

2. Hebahan yang dibuat memaklumkan bapa bayi itu baru sahaja meninggal dunia dan merupakan keluarga susah.

3. Mangsa yang berminat untuk mengambil anak angkat akan menghubungi suspek menggunakan nombor yang disertakan pada mesej yang dihantar.

4. Suspek akan memberikan nombor telefon kononnya seorang doktor yang boleh dihubungi sekiranya ingin mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai proses pengambilan anak angkat tersebut.

5. Mangsa kemudian menerima panggilan telefon dari 'doktor' tersebut dan dimaklumkan mengenai maklumat peribadi bayi serta proses pengambilan anak angkat.

6. Beberapa hari kemudian, doktor berkenaan menghubungi mangsa sekali lagi untuk meminta mangsa membuat pemindahan duit kononnya sebagai kos rawatan dan kos guaman.

7. Doktor tersebut kemudiannya menghilangkan diri selepas mangsa membuat pemindahan duit.



Nasihat polis:

1. Orang ramai yang ingin mengambil anak angkat dinasihatkan supaya berurusan dengan pihak yang berwajib seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat.

2. Elakkan membuat urusan pemindahan duit kepada orang yang tidak dikenali

3. Jangan mudah percaya dengan tawaran maya yang belum dikenalpasti kesahihannya.


Sumber: Facebook Polis DiRaja Malaysia

0 comments:

Post a Comment

MACAM MANA NAK BERCERAI NI??




Selepas entry Benci Tapi Rindu pada 10 Oktober yang lalu, masuk dua lagi  CPUV pada hari yang sama dan keesokkan harinya...




Alamak macam mana nak bercerai ni? Dugaan datang supaya kasih sayang kembali bertaut...




0 comments:

Post a Comment

Pengakuan Berani Mati! Pengalaman Kali Pertama Main Dengan Awek



Gambar hiasan


Aku ingin berkongsi pengalaman pertama aku bermain dengan perempuan. Ini bukan fantasi dan memang betul-betul terjadi. Tahun 2000 adalah tahun di mana ekenomi Malaysia agak lembab. Disebabkan gaji yang kena potong aku berpindah ke rumah sewa yang agak murah di luar Kuala Lumpur.


Aku menyewa sebuah rumah kampung berkongsi membayar dengan teman-teman yang lain. Disebabkan aku bekerja syiff, tidur aku tak menentu. Kalau kerja pagi aku tidur malam dan kalau kerja malam aku tidur sianglah.

Nak jadikan cerita jiran aku tu adalah sebuah keluarga kecil lebih kurang 3 orang anaknya. Yang bongsu 3 tahun, kedua 12thn dan yang ketiga anak gadisnya, berusia 18thn.

Jika aku pulang kerja syif malam aku senang membasuh terus pakaian aku dan akan aku sidai di ampaian yang bertentangan dgn bilik anak gadisnya yg sulung. Setiap kali aku menyidai kain bajuku, aku perasan ada sepasang mata di celah-celah tingkap cermin memerhatiku. Tapi aku syak mesti anak gadisnya itu. Tekaan aku rupanya tepat bila maknya memanggil..


“Yati!!!!”, lantas bergemalah satu suara dari bilik itu dan menyahut, “ya, mak!!!”.

Aku pendekkanlah ceritaku ini. Entah macamana pada hari yang lain aku menyidai kain bajuku, anak gadisnya juga menyidai kain bajunya juga kerana ampaian kami bertentangan kedudukannya. Maka dari peristiwa itulah titik tolak perkenalan kami. Setiap kali aku sidai baju mesti dia sidai baju juga dan kami sering bertanya kabar dan berbualbual mesra.

Satu hari dia tanya aku, “Siang ni you free tak?” Aku yang terpinga-pinga bertanya balik, “Ada apa?” “I nak tumpang bilik youlah, kawan you pun kerjakan?” Berderau darah aku lantas terpacul selamba suaraku “Eh… no problem” “Bilik u ada TV?” tanya dia lagi “Ada!!!” balasku dengan kehairanan “Kalau macam tu baguslah..u tunggu kat bilik, lagi 1/2 jam i datang.”

Aku pun dengan dada yg berdebar-debar menunggunya sambil memerhati jam di dinding dengan perasaan yg tak sabar. Setengah jam berlalu tiba2 Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilikku berbunyi. Tanpa membuang masa aku membuka pintu bilik dan Yati dengan tshirt ketatnya tersenyum sambil tangannya menjinjing beg plastik yg aku tak pasti apa isinya.

Tanpa membuang masa dia terus menuju dan men’switch on’kan tv aku dan terus membuka barang di dalam beg plastiknya. “U biasa main tak?” tanya Yati “Tak biasa” jawab aku “Tak pe i ajar u, step by step. U tengok i punya permainan dan lepas tu u pulak main, nanti dak okey kita main sama2.”ujarnya panjang lebar.

Tak sampai 1 jam permainan yang diajar oleh Yati, aku dah okey dalam permainanku dan kami kini bermain bersama-sama. Kadang-kadang turn aku dulu kemudian turn dia pulak.

Fuhhhh… .Syok ape… Gian beb, dan dengan selamba aku pun tanya,

“Eh, mahal tak Playstation yang u beli nie?” tanya aku

“Mahal juga, itupun ayah yang belikan” jawab Yati

“I ingat nak belilah satu, bulan depan” aku bersuara dgn penuh minat

“Eloklah, esok nanti Yati tak yah nak bawak Yati punya PS lagi” Yati menjawab dgn senyum. Lebih kurang 2 jam bermain, Yati minta diri dan kami bersalaman.

Untuk kekawan, itulah pengalaman pertama aku bermain Playstation dengan seorang awek. Aku harap korang terangsang dengan cerita benar aku ini… .

Main PS rupanya..

Kui kui kui.. jangan marah yer, artikel sekadar santai..





Sumber: FotomediaForum

1 comments:

Post a Comment

Ketahui 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis

Ketahui 10 Sebab Kenapa Bayi Menangis



Kenapa bayi menangis malam? Kenapa bayi menangis ketika menyusu? Lebih-lebih lagi bila menjelang waktu Maghrib. Tentu ramai yang melalui pengalaman ini, sibuk membaca doa untuk menjauhkan diri dari syaitan. Bagi ibu muda, ini mungkin merungsingkan. Mari kita rungkaikan apa sebenarnya yang bayi mahu.

Menangis bagi seorang bayi adalah normal. Bayi akan menangis tanpa mengira masa dan tempat. Disebabkan bayi masih kecil dan tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk dirinya, bayi hanya bergantung kepada orang lain untuk memahami akan dirinya. Menangis adalah cara bagi seorang bayi memberitahu sesuatu kepada orang sekelilingnya.

Sebagai seorang ibu atau bapa yang baru sahaja melangkah ke dunia keibubapaan, pasti sukar untuk menentukan apa yang bayi mahukan jika mereka menangis. Samada mereka lapar, sakit, panas atau sejuk. ia pasti membuatkan anda resah dan bimbang kerana masih tidak mengetahui akan keperluan dan kemahuan bayi. Namun, lama-kelamaan anda akan mula mengecam akan corak tangisan bayi anda. Mengenali anak dengan lebih dekat lagi akan membuatkan anda faham akan keperluannya.


Kenapa bayi menangis ?

Berikut adalah antara sebab-sebab bayi anda menangis. Ia mungkin dapat membantu anda memujuknya atau memenuhi keperluannya.

1. Saya lapar!

Bayi anda mungkin lapar dan inginkan susu. Ada beberapa tanda menunjukkan bahawa bayi ingin minum susu seperti menghisap jari dan menggerak-gerakkan mulutnya ke kiri dan ke kanan kerana mencari susu ibunya. Perut bayi bukan seperti perut orang dewasa. Mereka hanya boleh mengisi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam satu-satu masa. Ini menyebabkan bayi akan kerap menyusu bagi memenuhi keperluannya. Berikanlah dia susu selagi dia mahu. Jika dia kenyang dia akan berhenti dan mungkin akan tertidur.

2. Lampin saya penuh!

Bayi menangis mungkin kerana lampinnya sudah kotor dan dipenuhi najis. Periksa lampinnya dan segera cuci dan tukar lampin baru jika anda mendapati lampinya sudah penuh. Bayi akan kembali selesa jika lampinnya kering.

3. Saya tidak sihat!

Bayi anda mungkin ingin memberitahu bahawa dia tidak sihat seperti demam, selsema, batuk atau kolik. Cuba periksa suhu badannya. Jika benar dia tidak sihat, bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

4. Saya sangat sejuk/ sangat panas!

Seorang bayi masih tidak mampu menyesuaikan diri dengan cuaca yang terlalu sejuk atau terlalu panas. Mereka akan rasa tidak selesa dan akan menunjukkan reaksi seperti menangis bagi memberitahu orang sekelilingnya. Bedunglah atau selimutlah jika bayi anda terlalu sejuk atau pakaikanlah dia baju yang nipis jika dia terlalu panas.

5. Saya mahu tidur!

Bayi bukan pelik atau mengada-ngada. Namun itulah fitrah seorang bayi. Walaupun dia mahu tidur, kadangkala dia akan menangis untuk memberitahu ibu yang dia mahu tidur. Cuba baringkan dia, atau dodoikan lembur bayi anda. ada juga bayi tidur ketika menyusu susu ibunya. Tepuk-tepuk lembut dan alunkan ritma yang harmoni. Jika benar dia mengantuk, pasti dia akan terlena jua.

6. Saya mahu dipeluk!

Jika bayi anda sudah kenyang atau lampinnya kering dan dia masih menangis, cuba peluk dan manjainya. Bawa bayi anda rapat ke badan. Mungkin itu yang dia mahukan!

7. Saya mahu bermain!

Cuba anda bermain dengannya. Permainan ringan tetapi menghiburkan seperti peek-a-boo, pasti menyeronokkan.

8. Saya mahu berehat!

Bayi anda mungkin mahu memberitahu anda bahawa dia mahu berehat dan letakkannya di bawah. Dia mungkin mahu bebaskan kai dan tangannya dari pelukan atau bedungan.

9. Saya mahu selesa!

Jika anda pergi ke tempat baru atau berjalan-jalan terlalu lama, ini juga akan membuatkan bayi rasa tidak selesa dan menangis. Dia akan resah jika persekitarannya berbeza dengan keadaan rumahnya. Cuma hadkan waktu melawat anda ketika ziarah atau berjalan-jalan.

10. Saya tidak tahu apa yang saya mahu!

Di dalam Islam, kita percaya bahawa ada makhluk lain yang ghaib yang mungkin akan menganggu bayi. Perbanyakkanlah membaca al-Qur’an dan zikir bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Kita percaya bahawa setiap penyakit ada penawarnya dan kita digalakkan berusaha untuk memberikan kesembuhan.

Selamat mencuba dan sentiasalah bersabar menghadapi kerenah bayi anda.


0 comments:

Post a Comment

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar.




Allahuakbar! sudah dekat dan semakin dekat. Janji ALLAH dan tanda-tanda bahawa kiamat semakin dekat. Semoga ini mampu menyedarkan kita bahawa DUNIA SUDAH TUA dan akan balik kepada Pencipta.

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! Ini diantara petanda Kiamat sudah semakin hampir dengan kita. Semoga gambar ini memberi ingatan dan kesedaran kepada kita semua.

PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." Sahih Muslim




Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema paling besar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.










0 comments:

Post a Comment

LELAKI LEBIH MANJA KETIKA SAKIT

Gambar Hiasan



LELAKI LEBIH MANJA KETIKA SAKIT, DEMAM & SELESEMA - KAJIAN


Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.

Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau. - AGENSI

0 comments:

Post a Comment

Bahaya!! Gambar Gandar Kereta Perodua Tercabut!!

Gambar Gandar Kereta Perodua Tercabut




Peringatan Kepada Pengguna Myvi Dan Alza


Kepada anda yang ada menggunakan kereta Myvi atau Alza ini kena beringat selalu serta minta service advisor check rear excel nuts full tighten kerana sesuatu pernah terjadi beberapa kes kereta perodua ini telah gandar belakang tercabut terus (walau kereta baru)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

Gambar Gandar Kereta Perodua Tercabut

Gambar Gandar Kereta Perodua Tercabut

Gambar Gandar Kereta Perodua Tercabut

1 comments:

Post a Comment

Gambar Gadis Seksi Berpesta Air Di Thailand
















0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ