Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GEMPAR!! RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI, KINI DI LOKASI KEMALANGAN KARPAL SINGH!

RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI, KINI  DI LOKASI KEMALANGAN KARPAL SINGH


RAJA BOMOH BUAT HAL LAGI ... KALI INI BUAT RITUAL DI LOKASI KEMALANGAN MENDIANG KARPAL SINGH!

Sungguh tak faham...Untuk apa dia lakukan ini semua tak tahu lah...


"...Kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada." Al-Qur'anul Karim 20:69

Peliharalah aqidah anda.



Baca juga di sini









2 comments:

Post a Comment

7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai




7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai

1. Harta Karun Panagyuriste

Pada 8 Disember 1949 tiga adik beradik - Pavel, Petko dan Michail Deikovi bekerja bersama-sama di 'Merul' kilang jubin berhampiran Panagyuriste, Bulgaria. Ketika sedang memproses lapisan baru daripada tanah, mereka temui objek berkilat yang luar biasa. Apa yang mereka temui adalah harta Panagyuriste yang hebat dibuat oleh bangsa Thracian, ia merupakan salah satu khazanah paling terkenal di dunia wooo. Ia terdiri daripada botol kecil, sebuah amfora (tembikar Yunani lama) dan tujuh rhytons dengan jumlah berat 6,164 kg emas tulen!. Semua objek yang dihias dengan adegan satu mitos, adat dan kehidupan bangsa Thracian. Ia bertarikh dari abad ke-4-3 SM.


7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai

2. Harta Karun Preslev

Harta karun Preslev dijumpai pada musim luruh 1978 di kebun anggur di Castana, 3km ke arah utara kota kedua terbesar Bulgaria iaitu Veliki Preslev. Penggalian yang dilakukan menemui lebih daripada 170 objek emas, perak dan gangsa termasuk 15 Byzantine syiling perak yang dimiliki oleh Constantine VII, Roman II (945 dan 959) dan artifak lain yang bertarikh antara abad ke-3 dan ke-7.

7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai


3. Harta Karun Tillia Tepe

Tilia Tepe merupakan tapak arkeologi di utara Afghanistan berhampiran Sheberghan. Pada tahun 1979 satu misi telah diadakan antara ahli arkeologi Soviet-Afghanistan yang diketuai oleh Victor Sariandi. Setahun sebelum pencerobohan Soviet di Afghanistan. Harta ini adalah koleksi kira-kira 20,000 perhiasan emas yang ditemui dalam enam kubur (lima wanita dan seorang lelaki) dengan barang-barang kemas yang sangat mewah, bertarikh kira-kira abad ke-1 SM. Harta karun ini kebanyakkannya diperbuat daripada gabungan emas, pirus dan lapis-lazuli. Perhiasan termasuk syiling, rantai ditetapkan dengan permata, tali pinggang, medallions dan mahkota.


7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai

4. Harta Karun Sroda

Harta karun ini adalah salah satu yang paling berharga penemuan arkeologi di abad ke-20. Ia ditemui pada tahun 1985 semasa kerja-kerja pengubahsuaian di Sroda Slaska, Poland. Khazanah yang ditemui termasuk mahkota emas, mungkin kepunyaan Blanche dari Valois, isteri Emperor Charles IV, 2 loket emas abad ke-12, dua loket emas abad ke-13, satu strap emas dihalusi batu permata, tiga cincin, 39 syiling emas dan 2924 duit syiling perak.


7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai

5. Harta Karun Nagyszentmiklos

Harta karun Nagyszentmiklos (macam mana nak sebut ni?) merupakan harta karun yang berharga bagi bangsa Romania yang teridiri daripada 23 bekas air emas berasal dari abad ke-10, yang ditemui pada tahun 1791 di sekitar bandar Nagyszentmiklos (sekarang bernama Sannicolau Mare, Romania).


7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai


6. Harta Karun Gourdon

Harta ini ditemui di Gourdon, Saone-et-loire, pada tahun 1845. Harta karun ini dikatakan berasal dari abad ke-5 atau awal abad ke-6 yang tersimpan sejak tahun 524. Ketika ditemui simpanan terdiri daripada sebuah piala, sebuah lingkaran besi segi empat tepat, juga digunakan dengan garnets dan turquoises dalam petak cloisonne, bersama-sama dengan kira-kira seratus syiling emas yang berasal daripada pemerintahan Byzantine Leo I (457-474) sehingga pemerintahan Justin I (518-527).


7 Harta Karun Paling Menakjubkan Yang Pernah Dijumpai

7. Harta Karun Tutankhamen

Satu senarai khazanah tidak akan lengkap jika kita tidak menyebut harta Tutankhamen ini. Ia ditemui pada kuburnya pada 1922 oleh Howard Carter, di bawah pondok pekerja yang dibina semasa tempoh Ramesside, yang terselamat dari kemusnahan makam yang terjadi pada masa itu. Harta karun raja-raja yang terdapat dalam keranda emas memaparkan kualiti mutu kerja dan ketelitian sukar ditandingi. Keranda diperbuat daripada emas padu. Ia adalah 74" panjang, 20" lebar dan 20" tinggi. Khazanah lain yang terkandung dalam kubur termasuk takhta raja.


sumber: www.gempak.org



Baca juga di sini

Mungkinkah Harta Karun Di Pulau Nangka Milik Sultan Mahmud?

1 comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment

WAJIB TENGOK!! BAGAIMANA CARA KOREA SELATAN DAN MALAYSIA MENANGANI KRISIS / BENCANA NEGARA!!


WAJIB TENGOK!! BEZA KOREA SELATAN DAN MALAYSIA MENANGANI KRISIS / BENCANA NEGARA!!

Seorang Pegawai Kerajaan Ditampar Oleh Keluarga Mangsa


Suasana Dalam Sebuah Dewan Penempatan Sementara Negara Maju Korea Selatan Semalam Menempatkan Mangsa Feri Karam

Perdana Menteri Korea Selatan Dibaling Botol Air

Cara Negara Maju Korea Selatan Mengurus Rakyat Mereka Dalam Dewan/Stadium tertutup


Kita mencadangkan supaya mana-mana Wakil Rakyat yang suka mengkritik negara sendiri tentang pengurusan mangsa-mangsa di dalam dewan supaya membuat lawatan belajar segera ke Korea Selatan sekarang. Inilah masa yang paling sesuai untuk membuat perbandingan pengurusan penempatan mangsa-mangsa tragedi di dalam dewan.

Lawatan ini diharap akan memberi kesedaran kepada mana-mana Wakil Rakyat betapa kemas dan tersusun pengurusan penginapan sementara dalam dewan yang diuruskan oleh kerajaan Malaysia.

Mesti ada sebab kenapa Perdana Menterinya dibaling botol mineral. Mesti ada sebab kenapa pegawai kerajaannya ditampar. Mangsa di Korea tidak sampai 1000 orang pun, di Malaysia kerajaan mengurus mangsa-mangsa di dalam dewan sehingga mencecah puluhan ribu orang.


SUMBER DI ATAS : MYMASSA

JOM KITA TENGOK PENGURUSAN BENCANA DI MALAYSIA PULA


Pengagihan makanan yang tersusun dan bersih meskipun dalam keadaan krisis

Kerabat diraja juga tidak terlepas memasakkan untuk rakyatnya

Keadaan Pusat pemindahan yang dipecah-pecahkan seterusnya tidak menyebabkan kesesakan meskipun bencana berlaku serentak melibatkan sehingga 20,000 - 30,000 mangsa


Bantuan keselamatan yang cepat tiba, meminimakan risiko kematian dan kecederaan

Dapat duit Ihsan bencana lagi yang diuruskan oleh Agensi Persekutuan yang pantas memberikan bantuan tanpa mengira ideologi politik dan perbezaan warna kulit!

Pemimpin Kerajaan turun ke pusat pemindahan setiap hari!



Sumber: myhomesoil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


Sumber dari perkongsian whatsapp


Baca juga di sini

1 comments:

Post a Comment

Mengapa Tidak Boleh Upload Gambar Bayi Bawah 40 Hari Dalam Facebook?

Mengapa Tidak Boleh Upload Gambar Bayi Bawah 40 Hari Dalam Facebook



Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan. Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi).

“Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.”

(hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ

Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)”

(HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya. Terdapat dua jenis ain, iaitu : ain insi (‘ain berunsur manusia) dan ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ
Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?)
(Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka!

(HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya. Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi? Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa.

NauzubILLAHi min Zalik. Kebanyakan kes diterima yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic (kembung perut) dan hernia (angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata.

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya. Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma ingin kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.

Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk) Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan).

Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.

(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain.

Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran. Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku: Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya). Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.
Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima, 98% daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu.

NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.

Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

0 comments:

Post a Comment

10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda





10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggoda

2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda sudah sedia

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senang kira

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda mudah mesra

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menggula

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai menjaga

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda pandai bekerja

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda tahu semua benda

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda senyumnya manja

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Kerana janda kurang belanja


Hahaha jangan marah yer... saja suka-suka...

1 comments:

Post a Comment

Remaja Kini Semakin Berani Tunjuk Gambar Berahi Di Laman Sosial!!

Remaja Kini Semakin Berani Tunjuk Gambar Berahi Di Laman Sosial
Cium-cium mulut perkara biasa?



Kalau dilihat dari gambar-gambar ini, memang sudah cukup menggambarkan bahawa remaja masa kini yang lebih berani menunjukkan perlakuan tidak senonoh kepada orang ramai terutama sekali apabila mereka memuatnaik gambar di dalam laman sosial. Seperti yang kita tahu rata-rata penduduk Di Malaysia ini mempunyaiakaun laman sosial, dengan sekali tekan sahaja semua gambar tadi boleh tersebar. Semuanya hanya di hujung jari.

Kenapa perkara ini kerap berlaku? Kerana ramai yang bersandar kepada “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat”

Bukan nak mengaibkan atau memalukan sesiapa tetapi untuk peringatan semua pihak terutama remaja kerana perkara ini tidak dipandang dengan lebih serius. Kebanyakkan orang akan berkata "biarlah, dosa masing-masing tanggung" tetapi harus diingat gejala ini boleh merebak dan mungkin akan terkena tempias saudara mara, adik - beradik, anak kita nanti jika tidak dicegah dari sekarang walaupun gejala ini sekarang ini boleh dikategorikan sudah mencapai tahap bahaya. Malah membuat DOSA memang seronok!

Cuba kita lihat dan nilai mana letaknya moral dan persaan malu remaja sekarang ini. Adakah didikan agama yang diajar di sekolah mahupun di rumah tidak cukup? 

3 comments:

Post a Comment

Tips Kesihatan Elak Jangkitan Mers-Cov Semasa Umrah




Berikut antara tips yang boleh diamalkan orang ramai khususnya mereka yang mahu mengerjakan umrah di tanah suci atau melawat mana-mana negara asia barat tempat yang dilaporkan berlaku jangkitan Mers-Covi. Antara lain paling utama ialah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi. 

1). Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan seperti hand sanitizer terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman amat digalakkan.

2). Sentiasa memakai penutup mulut/hidung

3). Dilarang melawat ladang haiwan terutamanya unta serta menyentuh

4). Elak daripada menyentuh pesakit

5). Jangan memakan makanan mentah yang tidak di masak

6). Jangan memakan buah-buahan yang tidak di basuh

7).  Jangan meminum air yang tidak dirawat


Selanjutnya jom dengar tips tersebut di dalam video di bawah supaya lebih jelas








Baca juga di sini


0 comments:

Post a Comment

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun



Subhanallah… Masjid Kobe di Jepun tetap berdiri dengan kukuh dan tegap sehingga ke hari ini meskipun telah dihentam oleh bom atom dan gempa bumi yang dahsyat sejak sekian lama...


Masjid Kobe ini adalah Masjid pertama di Jepun yang di dirikan pada tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku. Kobe berarti gate of God atau gerbang Tuhan.

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun

Gambar Rumah Allah Tidak Mampu Dimusnahkan Oleh Bom Atom Amerika Di Jepun


Sumber: comering-oki.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Tertinggal Barang di hotel adalah perkara yang dilakukan oleh banyak orang. Terburu-buru boleh menjadi punca utama penyebabnya. Namun, bagaimana jika benda yang ditinggalkan adalah benda yang "pelik", seperti tujuh benda ini contohnya :
1) Wang USD 6,000

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia


Meninggalkan tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik hotel.


2) Kaki Palsu

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Selipar atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.


3) Ikan Jerung

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Jika anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.


4) Ganja


Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Tidak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa perjalanan.


5) Kuda

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Secara teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.


6) Gigi

Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia


Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Spanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu kembali kepadanya.


7) Belon Kambing


Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel Serata Dunia

Mungkin penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku di Travelodge's Edinburgh.


Sumber: beritapanasterkini.blogspot.com


Baca juga di sini

Costumes Pelik Yang Diperagakan Oleh Miss Universe 

Selebriti Dengan Ketagihan Yang Pelik

Fenomena Pelik Bayangan Gunung Menghala Ke Langit

Ritual Pelik Meraikan Kedewasaan

Pelik!!! Wanita Mempunyai Tiga Payu Dara!!

Katil pelik

1 comments:

Post a Comment

Kos Pencarian MH370 Sudah Lebih RM300 Juta

Kos Pencarian MH370 Sudah Lebih RM300 Juta


18/4/2014 - PENCARIAN pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 bakal mencatat kos paling mahal dalam sejarah dunia penerbangan sementelah usaha mencarinya di Lautan Hindi masih belum menemui sebarang petunjuk, menurut pihak penganalisis.

Setakat ini, Australia yang mengetuai misi pencarian di kawasan yang disifatkan ‘tidak diketahui manusia’ itu tidak meletakkan sebarang angka, namun Malaysia telah diberi amaran bahawa kosnya akan meningkat.

Mengimbas tragedi tersebut, pesawat MH370 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal hilang dari radar sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan dipercayai terhempas di luar pantai Australia.

“Kalau pun kita menemui serpihan pada kedalaman 4.5 kilometer, tiada tentera di luar sana yang mempunyai kapasiti untuk melakukannya (operasi menyelamat),” kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sementara itu, pakar penerbangan di Frost & Sullivan Asia Pacific, Ravikumar Madavaram berkata, Malaysia, Australia dan China merupakan penyumbang paling besar dan jumlah kos sehingga kini dianggarkan mencecah RM324 juta.

“Sukar untuk dinyatakan secara terperinci kos operasi ini…tetapi, ia sememangnya operasi terbesar dalam sejarah penerbangan. Secara tidak langsung, kosnya juga akan menjadi paling tinggi.

“Buat masa ini, persoalan mengenai kos mungkin dianggap ‘kurang sensitif’, namun selepas beberapa bulan, mungkin orang ramai akan mula mempersoalkannya,” jelasnya.

Pendapat Madavaram turut disokong dengan kenyataan penyelidik keselamatan pesawat Universiti Loughborough, Britain, David Gleave yang menyifatkan kosnya tetap akan mencecah ratusan juta ringgit jika pesawat itu dijumpai pada waktu yang terdekat ini.

Pentagon pada masa yang sama berkata, pada bulan pertama, Amerika Syarikat sudah membelanjakan hampir RM24 juta untuk mencari pesawat itu.

Bagaimanapun, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JCCC) berkata, fokus utama mereka sehingga ke saat ini ialah untuk terus mencari pesawat MH370 itu berbanding membincangkan sebarang isu mengenai kos.

“Ini merupakan pencarian paling sukar dan akan mengambil masa. Angka sebenar masih belum dikira. Kos dikongsi bersama oleh rakan negara yang menyumbang bantuan dari segi pegawai, tentera dan aset awamnya,” menurut jurucakapnya. - (Sumber: AFP) - mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

Rawatan Tulang Belakang No 1 DI DUNIA, PERCUMA HANYA DI CERAGEM


Rawatan Tulang Belakang No 1 DI DUNIA, PERCUMA HANYA DI CERAGEM



Pernah dengar CERAGEM? 

Ceragem merupakan Inovasi Transformasi Pintar iaitu Alat Urutan Berhaba Automatik No 1 di dunia!!

Pengenalan

Ceragem adalah syarikat Alat Urutan Tulang Belakang Berhaba pertama dan No 1 di dunia. Projektor dalamannya diperbuat daripada batu jed yang memancarkan Sinar Merah Jarak Jauh (FIR) serta mengurut titik tenaga pada tulang belakang agar aliran tenaga badan dapat diperbaiki lalu meningkatkan lagi tahap kesihatan pengguna secara menyeluruh. Prodak 100% milik Korea.



Rawatan Tulang Belakang PERCUMA Di CERAGEM

Rawatan Tulang Belakang PERCUMA Di CERAGEM
Ceragem Master V3


Kenapa perlu guna Ceragem?

Ya Ceragem merupakan sebuah katil urutan pertama di dunia. Ceragem Master V3 dicipta dengan menggabungkan PRINSIP RAWATAN TIMUR dan RAWATAN ALTERNATIF (CHIROPRACTIC)

Ciri-ciri dan prinsip yang digunakan adalah seperti berikut:

1). MASSAGE
Urutan (Massage) Ceragem Master V3 sangat baik untuk otot, saraf dan tulang belakang. Urutan membantu melembutkan otot yang tegang, merangsang dan membebaskan saraf terhimpit juga memperbetulkan semula struktur tulang belakang.

2). ACUPRESSURE
Terapi Tekanan (Acupressure) Ceragem Master V3 memberi tekanan pada 135 titik chi (titik tenaga tubuh) yang berfungsi memberbaiki aliran tenaga dan melancarkan lagi pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.

3). MOXIBUSTION
Terapi Haba (Moxibustion) Ceragem Master V3 membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian tubuh badan. Ia melembutkan otot dan melancarkan proses pembuangan toksin. Dengan itu menjadikan sendi tubuh badan lebih mudah untuk digerakkan.


CERAGEM MASTER V3 telah dibangunkan dengan ciri-ciri CANGGIH seperti berikut




1). PENGIMBAS TULANG BELAKANG & SPPC
  • Menganalisa Panjang & Lengkung Spinal
  • Menganalisa Titik Tenaga
  • Menganalisa Tekanan Tubuh
Ketika projektor dalaman bergerak di sepanjang badan dari kepala hingga ke pinggul, SPPC (Sistem Pergerakan Projektor Canggih) mengimbas dan menganalisa tulang belakang pengguna, kemudian secara automatik projektor dalaman akan menyelaraskan ketinggian/kontur projektor pengikut kesesuaian tubuh pengguna.

2). KAWALAN INTENSITI
  • Terdapat 6 peringkat penyelarasan intensiti (kekuatan) projektor dalaman. Pengguna boleh memilih kekuatan urutan yang diingini bermula Step 1 hingga Step 6.


3). PGOGRAM URUTAN TERCANGGIH
  • Bagi mendapat kesan urutan yang opima, terdapat 12 program urutan yang direka khas mengikut keperluan dan kondisi tubuh badan pengguna. Mod boleh dipilih mengikut citarasa anda.


4). TERAPI BUNYI
  • Dengan mendengar dendangan irama klasik dan bunyi-bunyian alam semulajadi, ia menenangkan mental dan fizikal pengguna.

5). REKAAN PINTAR
  • Rekaannya boleh dosorong tarik membentuk sofa serta memiliki pemegang khas pada projektor luaran



Mengikut tajuk RAWATAN PERCUMA? Betul ke?

BENAR! RAWATANNYA ADALAH PERCUMA

DATANG DAN RASAILAH KEHEBATANNYA...DIULANG... RAWATAN ADALAH PERCUMA!!

WAKTU OPERASI:

ISNIN - JUMAAT - 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG.
SABTU -                  8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
Tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.


KUNJUNGI SEGERA PUSAT CERAGEM DITEMPAT ANDA!!


KENAPA PERCUMA DAN DIMANA PUSAT CERAGEM DI TEMPAT ANDA NANTIKAN BAHAGIAN KEDUA. - KLIK SINI

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ