Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN



HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

Soal :

Adakah harus kita meletakkan suatu barang di atas Quran seperti ditindih di atasnya dengan buku yang lain atau mata benda seperti kunci atau umpamanya?

Jawab :

Para ulama telah bersetuju bahawa memuliakan Quran itu adalah wajib dan beradab dengan Quran itu tanda ketaqwaan seseorang.

Firman Allah :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Artinya : “Yang demikian itu siapa yang memuliakan syiar-syiar agama Allah maka sungguhnya ia sebahagian dari tanda ketaqwaan hati.” (Al-Haj : 32)

Maka memuliakan Quran termasuk tanda-tanda ketaqwaan hati kerana Quran adalah sebahagian dari syiar Allah.

Hukum meletakkan suatu barangan atau harta di atas Quran adalah dilarang melainkan diletakkan Quran di atas Quran yang lain maka ulama-ulama mengharuskannya.

Ada pun buku-buku selain Quran sekalipun buku-buku agama maka tidak diharuskan letaknya di atas Quran.

Berkata Al-Baihaqi :

وَمِنْهَا : أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ، وَلَا ثَوْبٌ ، وَلَا شَيْءٌ

Artinya : “Dan setengah dari adab dengan Quran ialah tidak diletak di atas Quran akan kitab yang lain. Dan tiada harus juga letak pakaian atau suatu benda pun.” (Kitab Syua’bul Iman)

Berkata pula Imam Tirmizi :

ومن حرمته - يعني المصحف - إذا وضع أن لا يتركه منشورا ، وأن لا يضع فوقه شيئا من الكتب ، حتى يكون أبدا عاليا على سائر الكتب

Artinya : “Dan setengah dari adab memuliakan Quran itu jangan ditinggalkan dalam keadaan terbuka dan tidak diletakkan di atas Quran itu suatu dari buku-buku sehingga adalah Quran itu selamanya lebih atas dari segala buku-buku.” (Nawadirul Usul)

Harus Letak Quran Di Atas Quran

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami :

يجوز وضع مصحف على مصحف

Artinya : “Harus meletak akan Quran di atas Quran.” (Fatawa Hadisiyah)

Dan berkata Imam Baihaqi :

إلا أن يكون مصحفان فيوضع أحدهما فوق الآخر فيجوزو

Artinya : “Melainkan bahawa ada di situ dua buah Quran maka diletakan salah satunya atas yang satu lagi maka hukumnya adalah harus.” (Su’abul Iman)

Dan dimaafkan letak suatu yang bertujuan menjaga Quran seperti meletak kertas di atasnya supaya tidak jatuh atas Quran itu olih debu.

Dan dimaafkan juga barangan yang memang disimpan di dalam quran seperti penunjuk yang digunakan untuk menunjuk ayat yang dibaca atau penanda muka surat supaya mudah dijumpai muka surat yang hendak dibaca.

Wallahua’lam



Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Oiginal)


1 comments:

Post a Comment

E-TUNAI RAKYAT: WASPADA DENGAN DATA PERIBADI

ewallet



E-TUNAI RAKYAT: WASPADA DENGAN DATA PERIBADI – SYAHIR SULAIMAN

Tertarik melihat reaksi pelbagai pihak yang mempersoalkan kewajaran perkongsian data peribadi kepada pihak swasta yang mengendalikan program ‘e-Tunai Rakyat’ oleh pihak Kerajaan.

Menurut Menteri Kewangan, insentif pendigitalan ekonomi ini adalah selaras dengan peruntukan Kerajaan dalam Belanjawan 2020 berjumlah RM450 juta yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat.

Tambah beliau, setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ mulai 15 Januari 2020, dengan kerjasama tiga pengendali e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.

Ketika ditanya mengenai risiko penyalahgunaan data pemohon e-Tunai Rakyat, beliau berkata,

“Khazanah Nasional Berhad merupakan pelaksana program e-Tunai Rakyat dan perkara seumpama itu tidak akan berlaku, ..

.. Peraturan kita amat ketat dan tegas kerana kita ada Akta Perlindungan Data Peribadi, maklumat dan data pemohon hanya dikongsi oleh Kerajaan dan tidak kepada syarikat luar".

Persoalannya mengapa perlu dikongsikan data peribadi yang terlalu sensitif dan terperinci, antaranya gambar kad pengenalan, penyata bank dan rekod transaksi pembelian, sebagai imbalan kepada penerimaan RM30 e-tunai secara ‘one-off’ ini.

Perlindungan Data Peribadi.

Merujuk kepada terma dan syarat e-Tunai Rakyat yang dikendalikan oleh pihak Touch ‘n Go eWallet:

1. Untuk melayakkan diri menyertai program ini, pemohon perlu mengemukakan bukti pengenalan diri menggunakan kad pengenalan Malaysia yang sah.

2. Pemohon yang layak akan menerima pembayaran RM30 secara ‘one-off’ apabila tuntutan telah diluluskan, dan akan dikreditkan ke dalam e-Wallet pemohon dalam tempoh lima hari.

3. Sebagai tambahan kepada Notis Privasi Data, peserta bersetuju dan membenarkan pihak pengendali, Kerajaan Malaysia dan agensi/syarikat berkaitan untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan, memproses dan mendedahkan Data Peribadi peserta, yang termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

a. Nama, nombor kad pengenalan
b. Alamat, nombor telefon mudah alih
c. Butiran akaun bank, penyata bank
d. Maklumat transaksi pembelian

Perkongsian dan pendedahan Data Peribadi peserta e-Tunai Rakyat adalah dibenarkan untuk tujuan seperti berikut, antaranya:

a. Pengesahan kelayakan permohonan dan pengesahan tuntutan insentif dengan penyedia perkhidmatan e-dompet lain.

b. Memproses sebarang aduan & menghantar sebarang notis/komunikasi.
c. Mengumpul data & maklumat transaksi perbelanjaan ketika menggunakan insentif ini.
d. Membolehkan Data Peribadi peserta digunakan oleh penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan program ini

Tidak dinafikan insentif ini boleh merancakkan penggunaan e-tunai dalam transaksi harian, seterusnya meningkatkan kecekapan dan transparensi dalam usaha pendigitalan ekonomi yang lebih meluas.

Namun timbul persoalan adakah pengguna memahami implikasi daripada perkongsian data peribadi ini, dan apakah jaminan tidak berlaku penyelewengan terhadap penyimpanan, keselamatan & pemprosesan data, sebagaimana yang terkandung dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Ternyata data peribadi yang dikongsi adalah terlalu besar nilainya, berbanding RM30 yang diterima secara ‘one-off’ melalui program e-Tunai Rakyat.

Justeru semua pihak perlu bertanggungjawab dalam melindungi #dataperibadi 15 juta rakyat yang sangat berharga ini.

Kredit@syahirnomic

1 comments:

Post a Comment

Ini Yang Anda Perlu Lakukan Jika Menerima Panggilan Dari Debt Collector

debt collector



Ini yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan dari debt collector. Sila ambil perhatian, debt collector kini menggunakan letterhead firma guaman untuk menuntut hutang.

1. Semak jumlah yang dituntut. Minta mereka kemukakan penyata akaun atau bukti bagaimana jumlah yang dituntut tersebut boleh diperolehi.

2. Jangan dedahkan nama penuh dan alamat rumah atau alamat majikan. Anda tidak dikehendaki berbuat demikian. Debt collector juga tidak boleh menelefon pejabat, majikan atau keluarga dan saudara-mara peminjam.

3. Dapatkan nama pemanggil tersebut dan agensi pengutip hutang itu. Kemudian google alamat mereka.

4. Jika mereka tidak mengemukakan notis bertulis atau penyata atau bukti hutang tetapi sebaliknya terus menerus membuat panggilan, buat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

5. Jangan bayar selagi tiada bukti hutang/dokumen/perjanjian yang sah dikemukakan kepada anda.

6. Jika debt collector menggunakan bahasa kasar, mengugut dan mengancam anda, buat laporan polis.

7. Debt collector sering menyamar sebagai peguam dari firma guaman/mahkamah atau balai polis untuk menakut-nakutkan peminjam. Perlu ditekankan, pejabat peguam atau mahkamah atau balai polis TIDAK BUAT PANGGILAN TELEFON UNTUK TUNTUT HUTANG.

8. Jika mereka mendakwa mereka dari firma guaman, dapatkan nama firma itu dan buat carian di website Majlis Peguam Malaysia di pautan: http://www.malaysianbar.org.my/find_a_law_firm.html

9. Jika firma yang didakwa wujud, hubungi nombor firma yang tertera di laman web Majlis Peguam tersebut dan semak dengan mereka. Jika firma tersebut tidak wujud, buat laporan polis.

10. Kini ada debt collector yang menggunakan letterhead firma guaman. Mereka membayar firma guaman dengan syarat firma tersebut membenarkan debt collector menggunakan letterhead mereka.

11. Jika peminjam menerima surat seperti ini, hubungi firma guaman tersebut dan minta mereka kemukakan bukti hutang seperti yang dituntut.

12. Jika peminjam diugut dan diserang oleh Debt Collector di tempat kerja atau di mana sahaja, laporkan kepada Bank Negara. Debt collector dan bank-bank komersial di Malaysia tertakluk di bawah Fair Debt Collection Practices oleh Bank Negara.

13. Dibawah FDCP, dalam proses menuntut hutang, notis bertulis hendaklah diberikan kepada peminjam. Maka panggilan telefon tidak boleh dianggap sebagai notis yang mematuhi syarat di bawah FDCP.

14. Debt collector juga perlu mengemukakan ID mereka, untuk mengesahkan bahawa mereka diberi kebenaran oleh Bank Negara untuk mengutip hutang.

15. Mana-mana debt collector yang melanggar FDCP ini boleh diambil tindakan oleh Bank Negara. Kerana itu bank komersial tidak mahu Debt Collector mendedahkan nama bank apabila membuat panggilan untuk menuntut hutang kerana jika debt collector melanggar FDCP ini, bank tersebut berdepan tindakan oleh Bank Negara jika peminjam membuat laporan kepada Bank Negara.

16. Jika peminjam sudah pasti berkenaan bukti hutang yang dikemukakan kepadanya, peminjam boleh membuat bayaran terus kepada bank atau syarikat kredit yang memberikan pinjaman tersebut.

***

debt collector

debt collector







Kredit : Jumpa Kat Mahkamah

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ