Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Lelaki Maut Di Baham Harimau Di Safari A’Famosa Resort Melaka






Seorang warga indonesia telah dibaham harimau ketika memberi makan di safari A’Famosa Resort Melaka jam 5.40 petang tadi.

Menurut sumber, mangsa Herman 38 tahun ditugaskan untuk memberi makan harimau di kandang.

Mangsa cedera parah di kepala kerana dibaham oleh harimau tersebut dibahagian kepala.

Rakan-rakan sekerja yang berada berhampiran tempat simangsa datang membantu dan hantar mangsa ke hospital tampin.

Mangsa meninggal dunia dihospital Tampin. Kes diklasifikasikan sebagai SDR. Post mortem akan dilakukan esok di hospital Tampin.







1 comments:

Post a Comment

AKHIRNYA PENJENAYAH YG PALING DIKEHENDAKI ADIK KEPADA NOH OMAR BERJAYA DITANGKAP POLIS




AKHIRNYA PENJENAYAH YG PALING DIKEHENDAKI DISABAH MERUPAKAN ADIK KEPADA NOH OMAR BERJAYA DITANGKAP POLIS

KOTA KINABALU: Selepas hampir sebulan diburu berkaitan kes cubaan bunuh, seorang suspek adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yg juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang Dato' Seri Noh Omar, Mohd Jusnaidi Omar atau lebih dikenali sebagai 'Mat Malaya' ditahan di sebuah homestay di Kundasang, dekat Ranau, malam tadi.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan bersama wanita berusia 24 tahun dan seorang bayi kira-kira jam 10.50 malam.

Serbuan dijalankan sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata susulan penahan suspek polis merampas dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut selain masih mengesan senjata api milik suspek.

Suspek yg beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dgn mangsa di bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang hari Rabu 6hb Mei 2015 yg lalu.

Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya menembusi betis kanan pengadu.

Sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu. Pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang elektronik dipercayai digunakan utk menimbang syabu di dalam kenderaan tersebut.

Suspek juga pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088 gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007.



Sumber group whatsaap

0 comments:

Post a Comment

Yahudi Cuba Rebut Makam Nabi Yusuf



Yahudi Cuba Rebut Makam Nabi Yusuf  | Satu info yang kurang baik kepada umat Islam baru kami terima dari satu laman web Indonesia.

Satu tragedi sejarah kembali terjadi. Makam Nabi Yusuf ‘alaihis salam di Kota Nablus, pada tanggal (8/4/2015) jatuh ke tangan Yahudi, setelah ratusan pendatang Yahudi dengan kawalan tentera Israel merebut tempat bersejarah itu.

Menerusi Dakwatuna, ratusan pendatang Yahudi menguasai makam Nabi Yusuf di kota Nablus, Rabu (8/4/2015) pagi. Mereka menguasai tempat yang sangat dihormati itu di bawah penjagaan ketat tentera Israel.

Nablus berada di Tepi Barat bahgian utara, Palestin. Di kota itulah terletak makam Nabi Yusuf yang mulia.

Perebutan makam Nabi Yusuf dilaporkan telah dirancang dengan rapi. Menurut sumber, tentera Israel terlebih dulu menutup seluruh wilayah timur kota itu. Dengan penutupan itu, rombongan pendatang Yahudi yang datang menaiki bas bebas menuju ke maqam Nabi Yusuf. Pihak tentera juga dilihat mengawal rombongan bas pendatang Yahudi tersebut untuk menjamin keamanan mereka.

Setelah berhasil menguasai makam Nabi Yusuf, para pemukim Yahudi melakukan ritual keagamaan dan pesta yang berisik. La haula walaa quwwata illa billah…

Sumber:

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ