Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hari Ahad Adalah Pemakaian Baju Batik Di Johor

Corak Batik - Gambar dari google


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Umum seperti yang kita tahu, mulai tahun 2014 hari kelepasan mingguan negeri Johor telah ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari 2014. Sehubungan dengan itu Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri Johor telah bersetuju supaya Pemakaian Baju Batik ditukar daripada hari Khamis kepada hari Ahad


Hari Ahad Adalah Pemakaian Baju Batik Di Johor

Hari Ahad Adalah Pemakaian Pakaian Batik Di Johor

4 comments:

Post a Comment

Makanan Diwaktu Sibuk


Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt...

Dulu masa Ida bekerja di sebuah bank sebagai juruaudit (sebelum mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Ida seorang yang sibuk. Dan sekarang sebagai seorang pelajar pun Ida masih lagi seorang yang sibuk mungkin sudah terbiasa untuk menyibukkan diri kot hehe. Memang sibuk sehinggakan waktu makan terpaksa di abaikan. Memang jaranglah Ida dapat bersama rakan-rakan untuk menikmati makan tengahari yang enak. Jadi untuk mengalas perut Ida akan mengambil biskut Lexus dari Munchy's. Sebenarnya banyak perisa tetapi perisa Chocolate Cream dan Peanut Butter ni yang paling Ida suka. Setiap hari di dalam beg tangan Ida mesti tidak miss dengan 2-3 paket kecil biskut ni. Selain daripada sedap, biskut Lexus ini kaya dengan kalsium bagi membantu menguatkan tulang dan gigi.




4 comments:

Post a Comment

Pulih Dara, Realiti atau Fantasi?

Pulih Dara, Realiti atau Fantasi?



Selaput yang sudah pecah tidak mungkin kembali seperti asal

CERITA wanita tertipu dengan bomoh palsu yang mendakwa mampu mengembalikan perawan bukan perkara baru. Walaupun perlu melakukan amalan ritual, wanita yang 'terdesak' untuk kembalikan dara tetap percaya serta ingin mencubanya. Rawatan itu bukan saja karut tetapi berisiko dan boleh mengundang bahaya seperti memasukkan benda terlarang pada bahagian sulit, antaranya susuk atau ditindik, kononnya boleh memulihkan semula dara. Persoalannya, adakah dara benar boleh dipulihkan atau sekadar omongan kosong pihak tertentu untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan terhadap wanita daif?

Pakar Sakit Puan dan Kecantikan Klinik Dr Alice, Dr Alice Prethima, berkata wanita yang mengikut petua atau kepercayaan untuk pulihkan dara, tidak masuk akal seperti memasukkan sesuatu ke bahagian sulit.

Dr Alice berkata, ini mungkin berlaku kerana wanita tidak mempunyai pengetahuan secukupnya berhubung fungsi dan peranan bahagian sulit. Mereka tidak mengenali fungsi bahagian yang menjadikan seseorang itu sebagai wanita sejati.

“Memang ada wanita percaya rawatan bomoh atau mengamalkan petua yang nyata tidak mementingkan kebersihan atau sanggup mengeluarkan belanja besar semata-mata untuk bahagian itu sempurna, akhirnya terperangkap dengan tipu muslihat seperti dilaporkan di akhbar. Ada juga yang percaya menyapu sesuatu sebelum melakukan hubungan intim akan menyebabkan ‘alat sulit’ ketat.

“Tetapi sebenarnya, ‘ketat’ itu terasa bila bahagian disapu itu menjadi bengkak atau radang. Keadaan itu hanya bersifat sementara dan penggunaan berterusan terhadap bahan sapu seperti ini dikhuatiri menyebabkan bahagian sulit wanita terasa kebas dan tidak akan dapat lagi menikmati hubungan intim sebenarnya,” katanya mengenai pulih dara.

Dara dikaitkan dengan selaput bahagian itu dan ia menentukan perawan wanita. Ia terlalu ‘rapuh’ hingga boleh hilang disebabkan kemalangan atau melakukan hubungan seksual. Justeru, selaput dara tidak dapat dikembalikan dengan hanya dengan rawatan serta petua.

Itulah kenyataan, tetapi merapatkan bahagian sulit atau pulih dara, membolehkan hubungan kelamin berjalan dengan baik boleh dilakukan menerusi rawatan di klinik sakit puan.

Sama ada wanita itu masih dara hanya dapat ditentukan suami (menerusi hubungan seks) dan jika mudah saja bermaksud ‘daranya sudah dicerobohi’ atau disebabkan perkara lain kerana selaput berkenaan terlalu tipis dan mudah hilang.

Bagi wanita berkahwin, pulih dara dilakukan untuk memperbaiki hubungan seksual selepas ‘tidak kemas’ akibat pertambahan usia atau melahirkan anak.

Namun, bagi wanita bujang, rawatan itu membolehkan rahsianya tidak terbongkar. Lantaran kesukaran penetrasi dijadikan ‘tanda dara yang boleh dipalsukan’ olehnya kepada bakal suami kelak.

Bagaimana berlaku ‘kelonggaran’? Dr Alice berkata, sejajar peredaran waktu, anggota tubuh badan juga mengalami penuaan. Bezanya di bahagian bawah itu tidak dapat dilihat jelas keadaannya.

Keadaan itu hanya disedari apabila sudah agak terlewat, seperti berasa tidak selesa dan pasangan mulai mengadu mengenai kemutan yang tidak lagi seperti dulu.

“Wanita perlu akur bahagian sulit wanita tidak akan menjadi sempit seperti zaman anak dara disebabkan beberapa faktor termasuk melalui proses kelahiran selain perubahan hormon disebabkan pertambahan usia kerana ia memberi implikasi kepada otot dan ligamen sekitar vagina atau faraj wanita apabila akan semakin mengendur.

“Wanita muda memiliki struktur tubuh yang ketat dan kemas. Justeru, semakin berusia usia wanita, vagina akan menjadi semakin lemah dan longgar dengan kekenduran otot serta ligamen di sekeliling lantai pelvik tidak boleh dielakkan, sekali gus memberi kesan kepada kepuasan ketika menjalin hubungan seksual.

“Keadaan ini bukan saja memberikan implikasi kepada pasangan sebaliknya turut mengalami ‘vagina relaxation’ iaitu keadaan menyebabkan wanita tidak lagi mendapat kepuasan seperti dulu. Ia disebabkan masalah ‘stress urinary incontinence (SUI)’ iaitu keadaan individu tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing. Keadaan tidak selesa itu boleh menyebabkan hilang fungsi kawalan serta penurunan keinginan seksual,” katanya.

Vulva adalah organ luaran wanita yang melindungi pembukaannya oleh ‘dua pintu’ labia majora (bibir besar) dan labia minora (bibir kecil). Faraj adalah bahagian anjal menyambungkan antara vulva ke rahim. Panjang faraj ketika rehat kira-kira 6 hingga 7.5 cm (2.5 hingga 3 inci) merentasi dinding anterior (depan), manakala 9 cm (3.5 inci) panjang di dinding belakang atau (posterior).

Ketika berahi faraj akan mengembang di dalam menyebabkan kedua-dua bahagian itu menjadi lebih panjang dan lebar. Keanjalan itu, membolehkan ia meregangkan ketika hubungan seksual dan ketika proses kelahiran anak berlaku.

Indahnya sains apabila kecanggihan teknologinya membantu wanita memulihkan dara menerusi rawatan khusus menggunakan laser. Ia dikatakan mampu memulih keadaan otot serta kekuatan faraj wanita yang mengalami masalah kekenduran otot vagina terutama selepas bersalin atau akibat peningkatan usia.

Menyifatkan ia sebagai rawatan ringan kerana tidak mengakibatkan pendarahan, ia hanya mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk pulih. Rawatan menghasilkan stimulasi kolagen untuk memulihkan mukosa faraj, merangsang penjanaan semula kolagen dan pemulihan dinding vagina menjadikan ia rapat dan elok sama di bahagian dalam atau luaran.

Bukti keberkesanan rawatan apabila ia mampu mengurangkan diameter luar dalam vagina, sekali gus meningkatkan rangsangan vagina.

Bagaimanapun tegas Dr Alice, ‘keperluan’ rawatan untuk wanita yang berhadapan menopaus yang menyebabkan longgar serta rasa tidak selesa.

Perubahan fisiologi biasa kepada wanita dalam penuaan dan wanita pos-menopaus meningkatkan kerapuhan, kegatalan, kekeringan, dan atau sakit dalam tisu kemaluan. Pengurangan lapisan kolagen dalam mukosa disebabkan oleh penuaan dan perubahan hormon menopaus, pengurangan kolagen serta penipisan lapisan mukus dinding faraj akan menyebabkan kerapuhan, kekeringan, kesakitan dan pendarahan dalam faraj.

Begitupun, menjaga kekuatan otot kawasan sekitar, usaha lain boleh diamalkan. Antaranya, wanita disaran amalkan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok dan alkohol. Makan makanan berkhasiat serta tinggi serat termasuk buah-buahan serta minyak ikan diikuti amalan senaman kemutan untuk menguatkan otot bahagian itu, pada masa sama menggalakkan kolagen.

Oleh : Nor Afzan Mohamad Yusof

Sumber - Tungkaran Hati

1 comments:

Post a Comment

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Sebelum itu boleh layan Himpunan Gambar Menarik PT 1 di sini


Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2

Himpunan Gambar Menarik PT 2





5 comments:

Post a Comment

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Gambar Ziana Zain ni juga Ida sediakan untuk aminahsanusi89 dari blog ISU PANAZ...Sebab dia memang suka rompak gambar-gambar macam ni... Nak tahu lebih lanjut klik sini. Baik kan hati Ida sediakan untuk dia hehehe...

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

Manisnya Ziana Zain Bertudung

6 comments:

Post a Comment

Gempar!! Gambar Lelaki Tanpa Kepala Dirakam!

Gempar!! Gambar Lelaki Tanpa Kepala Dirakam!


Baru-baru ini sebuah gambar yang telah di ambil oleh sekumpulan remaja yang berlatar belakangkan bangunan mirip candi dan pura.

Dalam gambar tersebut pada bahagian sisi kiri terdapat seorang manusia tanpa kepala yang hanya berbaju dan berseluar corak atau seperti sarung yang bercorak. Gambar ini juga sehingga kini masih belum diketahui kesahihannya adakah ia betul atau disebaliknya.

Gambar manusia tanpa kepala ini telah tersebar luas di BlackBerry Messenger di Makassar, Sulawesi Selatan.

9 comments:

Post a Comment

Benarkah Malaysia Negara Ke-3 Paling Aktif Gay Dan Homoseksual Di Asia?

Nauzubillah..mohon Allah lindungi Malaysia dari bala bencana...Allah dah tunjukkan dulu bagaimana hukuman pada manusia yang LUAR TABI'I...Allah hancurkan manusia yang punyai nafsu yang jijik ini dengan hukuman yang lebih dasyat dari Allah dengan menghancurkan umat Nabi Luth..




Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertindak agresif membendung gejala homoseksual atau gay di kalangan lelaki Melayu termasuk golongan eksekutif diyakini berjumlah puluhan ribu orang.

Malah, pegawai Jakim turun padang mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa persatuan gay baru-baru ini selain melakukan tugas dakwah di pusat hiburan yang menjadi sarang kumpulan seks songsang ini.

Sumber berkata, melalui perbincangan khas itu, Jakim mendekati golongan gay dan berusaha memujuk mereka menyertai program mukhayyah yang diyakini mampu membawa golongan ini ke arah keinsafan.

“Pada pertemuan membabitkan lebih 20 ketua kumpulan gay Melayu, Jakim memujuk mereka menyertai program khas diatur. Walaupun majoriti tidak bersetuju, namun masih ada segelintir berminat menyertai program.

“Apa ang pasti kegiatan gay di Malaysia seolah-olah disokong gerakan khas yang berusaha menyebarkan ideologi menjadikan ia tidak ubah seperti di negara Barat,” katanya.

Difahamkan gerakan sulit kumpulan gay dikesan melanda bandar raya Kuala Lumpur selain Sarawak dan beberapa negeri lain.

Golongan ini termasuk pekerja profesional turut menjadi antara teramai menghidap HIV dan Aids yang mendapat rawatan di hospital kerajaan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Saimah Mukhtar berkata kakitangan jabatannya serius menangani gejala gay seperti mendekati golongan mak nyah sejak awal tahun ini.

Menurutnya, program pemulihan khusus untuk golongan homoseksual sedang diatur dan pihaknya cuba memujuk mereka menyertai program itu.



“Golongan gay bukan seperti mak nyah atau pondan yang mudah dikenali berdasarkan bentuk fizikal. Mereka mempunyai penampilan lelaki normal, namun kecenderungan seksual songsang.

“Kami cuba mendekati golongan ini dengan memasuki beberapa kelab gay terkemuka di ibu kota dan beberapa bandar raya lain sebagai kerja dakwah,” katanya.

Menurutnya, tambah membimbangkan golongan gay tidak hanya membabitkan mereka yang berusia pertengahan tahun, malah disertai remaja dan berusia lebih 50-an.

“Jika dulu kegiatan gay dilakukan selindung, kini ramai berani mengisytiharkan diri sebagai gay melalui blog dan facebook selain menganjurkan pesta khas,” katanya.

Menurutnya, Jakim tidak pernah memandang hina golongan ini sebaliknya menganggap gay Melayu pesakit yang perlu rawatan.

“Saya difahamkan ramai bersetuju mengikuti program pemulihan bakal dikendalikan Jakim tidak lama lagi. Ia dianggap satu langkah awal positif,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata gejala warisan kaum Nabi Lut itu kian serius dengan adanya kemudahan teknologi perhubungan yang semakin canggih.

Menurutnya, blog, laman web sosial seperti twitter dan facebook dijadikan pengantara oleh kumpulan gay Melayu ini untuk aktif dan mengumpulkan seramai mungkin ahli.

“Mungkin ramai pihak tidak menyedari bahaya kebangkitan golongan dilaknat ini namun ia sedang merebak dan boleh merosakkan generasi muda Islam,” katanya.

Menurutnya, tindakan drastik perlu dilakukan bagi memerangi golongan ini termasuk golongan lesbian dan mak nyah yang menggambarkan kelemahan umat Islam negara ini.

4 comments:

Post a Comment

Di Saman Kerana Guna Pelekat Gambar Nik Aziz Pada Kenderaan

Di Saman Kerana Guna Pelekat Gambar Nik Aziz Pada Kenderaan



Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) disaman kerana mempunyai pelekat kereta Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selain kerana meletakkan kenderaan secara tidak sah.
Insiden ini dipercayai berlaku kepada pelajar UiTM kampus Sri Iskandar, Perak.

Gambar kereta yang dikunci dan surat saman tersebar di laman sosial termasuk akaun Facebook bekas menteri besar Kelantan itu dan mengundang 23,196 tanda suka kepada posting tersebut.

Kebanyakan pengguna internet menyelar tindakan tidak demokratik UiTM itu yang menghalang pelajar mereka untuk mengekspresikan pendirian politik.

“Kat mane ye saya boleh beli sticker gambo Tok Guru yg kaler hijau putih tu? Nak beli dua tampal depan belakang.

“This is my car, I can do watever the heck dat i wanna do! (Ini kereta saya, saya boleh buat apa saya suka),” tulis Haanasz Fais di ruangan komen di akaun Facebook Nik Abdul Aziz.

“Ini menunjukkan betapa gentarnya musuh-musuh di luar sana, baru pelekat belum semuka lagi. Mau terkencing tu,” tulis seorang lagi yang bernama Nuri Gold.

Ketika The Malaysian Insider menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM kampuk induk di Shah Alam untuk mendapatkan pengesahan mengenai isu ini, pegawai yang menjawab panggilan enggan memberikan sebarang komen. - TMI

6 comments:

Post a Comment

Gempar!! Skandal Adi Putra Diceraikan Talak Satu!




PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abd Mutalib, semalam.

Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.

"Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.

"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.


"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi. - Metro

AMIRUDDIN Othman (tengah) bersama peguam Muhammad Hasif Hasan (kiri) dan Kassim Osman selepas menyerahkan surat representasi di Pejabat peguam Negara.

7 comments:

Post a Comment

Akaun Gadis Ghairah Di Facebook Akan Di Siasat

Akaun Gadis Ghairah Di Facebook Akan Di Siasat


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan puluhan gambar gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula dikesan sejak lebih sebulan lalu.

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam, tinjauan semula mendapati pengendali akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun tersebut. - Sinar

Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan
di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Abdul Rani (tengah) mewakili MJMM membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

2 comments:

Post a Comment

KOTA TINGGI WATERFALL

Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan yang dirahmati Allah swt.

Jom follow Ida ke Kota Tinggi Waterfall... Ini lah bila dah tiada kerja. Cuti-cuti sem ni bosan duduk rumah so ikutlah ke mana saja ayah Ida pergi. Maksudnya ikut ayah Ida keluar kerja menyiasat kes. Sekurang-kurangnya Ida pun dapat lah menimba ilmu pengalaman dalam bidang forensik Ida...tengok macam mana dorang ambil barang-barang kes... selama ni hanya menonton dalam TV terutamanya dalam-dalam siri penyiasatan CSI...

Bila selesai... singgah lah ke beberapa tempat-tempat menarik macam kat bawah ni iaitu Kota Tinggi Waterfall. Pertama kali Ida datang sini, menarik juga lah tempat ni. Tiket masuk untuk rakyat Malaysia adalah RM7.50 untuk dewasa dan RM3.50 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warganegara asing pula adalah  RM10.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.




3 comments:

Post a Comment

Apabila Lelaki Di Mekapkan Jadi Wanita....

Apabila Lelaki Di Mekapkan Wanita

6 comments:

Post a Comment

Teman Lelaki Untuk Di Sewa!



Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.


Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka.

Media melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.



Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan.

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja.



“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.


8 comments:

Post a Comment

Justin Bieber mahu bersara dari menyanyi?

Justin Bieber mahu bersara dari menyanyi?



Penyanyi remaja sensasi dunia, Justin Bieber telah mengejutkan dunia muzik apabila mengumumkan persaraannya dari dunia muzik ketika ditemubual dalam sebuah rancangan radio baru-baru ini.

Menurut Justin dalam temubual bersama stesen Power 106, dia mahu mengundurkan diri daripada dunia seni selepas album terbarunya "Journals" diriliskan pada minggu depan.

"Selepas album baru saya keluar, saya akan bersara. Serius!."

Pengumuman itu nyata mengejutkan penyampai radio Power 106, DJ Kurt Alexander.

Bagaimanapun, Justin turut mengakui dia masih belum memikirkan perkara itu masak-masak.

"Saya mahu berkembang sebagai artis dan perlu keluar sementara daripada bidang ini untuk membolehkan muzik saya menjadi lebih matang."

Dalam pada itu, Justin menafikan dirinya semakin sombong dan besar kepala apabila sering terpalit dengan kontroversi.

"Saya dituduh semakin angkuh, namun itu tidak benar. Saya sebenarnya sangat bertimbang rasa, tetapi biasalah, masih muda dan tak lari daripada membuat kesilapan. Apa yang penting, saya di sini hanya untuk peminat saya."

Sementara itu, satu sumber rapat dengan penyanyi kelahiran Kanada itu berkata, kenyataan itu hanya sekadar gurauan kerana Justin masih belum bersedia untuk mengundurkan diri daripada dunia muzik.

7 comments:

Post a Comment

Rita Rudaini Tak Ambil Tahu Gosip Aidil Zafuan

Rita Rudaini Tak Ambil Tahu Gosip Aidil Zafuan


Aktres jelita Rita Rudaini tidak peduli dan tak kisah langsung mengenai gosip terbaru bekas suaminya Aidil Zafuan Abdul Razak yang dikatakan bakal bernikah dengan kekasih Zarema Zainal.

"Saya tak nak komen. Mereka tidak ada kena mengena dengan saya dan saya tak perlu ambil tahu," katanya seperti dipetik laporan Malaysia Digest.

Tambah Rita, kes tuntutan nafkah yang dimintanya sebanyak RM5,392 masih berjalan dan dia menganggap tuntutan itu munasabah kerana itulah jumlah belanja yang diperlukan untuk kedua-dua anak lelakinya.
"Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja.

"Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya, orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua kan."

Sementara itu, Rita turut memberitahu dia tidak pernah mengajar anaknya Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, cara hidup mewah sungguhpun kehidupan tampak seperti mewah.
"Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya."
Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan filem terbarunya "Balistik" bergandingan dengan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor dan Adi Putra yang bakal menemui penonton pada 9 Januari depan.

3 comments:

Post a Comment

Katil Pelik

Kreatif ker katil ni? Haha biar anda saja yang berbicara....



Katil Pelik

Katil Pelik

3 comments:

Post a Comment

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

Pertandingan Menghias Unta Di India

5 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ