Luahan Hati Seorang Anak Polis
Saya bukanlah berpihak dengan siapa-siapa. Tapi saya juga punya rasa hati. Punya suara hati yang kadang-kadang orang tak boleh faham. Saya adalah seorang anak polis. Saya sayangkan ayah saya. Tanpa ayah, saya takkan boleh hidup sampai sekarang dan berada di sini.
Bila mengenangkan ayah dan semua yang ayah dah buat untuk kami anak-anaknya dan isterinya, airmata saya laju mengalir. Bila ada yang menggelarkan anggota polis sebagai anjing kerajaan, jadi siapa kami anak-anak polis? Anak anjingkah kami?
Gara2 nila yang setitik, rosak susu sebelanga. Gara2 yg sikit buat jahat, habis semua dilibatkan. Bermacam-macam lagi tuduhan dan cacian yg saya tak sanggup mendengarnya. Hati saya sebak bila tengok ada antara polis dipukul, diterajang. Seolah mereka tiada sanak saudara, keluarga dan anak2 yg menanti kepulangan mereka dari bertugas. Macam mana kalau hal itu berlaku pada saya? Apa yg saya tahu, setiap hari sebelum ayah pergi kerja kami akan salam dan cium tangan ayah dan setiap kali itu juga ayah akan pesan pada kami jangan lawan cakap ibu, dengar cakap ibu, jangan biadap dengan orang lain, belajar bersungguh-sungguh dan ayah tahu dan ayah selalu tegaskan, JANGAN TINGGAL SOLAT kerana itu adalah tiang agama kita. Sedangkan di luar sana, ayah dan rakan2 dicerca, dimaki, dipukul semata2 untuk menjaga keamanan negara.
Fikirlah dengan penghinaan sedemikian takkan kami anak2 anggota polis hanya berdiam diri? Membiarkan orang yg kami sayangi diperlakukan seperti haiwan.. Tiap kali ayah bekerja waktu subuh, hati saya sebak.. Orang lain sedang lena tidur ayah mengorbankan masa tidurnya.. untuk melaksanakan tugas dan amanah yang diberi.. Sungguh saya tak dapat nyatakan semua rasa.. yang ada dalam hati saya ini. InsyaAllah saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi orang yang berjaya dan berguna pada agama, bangsa dan negara.
Saya mahu menyara hidup keluarga...supaya ayah tak perlu lagi mengharungi episod duka dan hina ini. Saya tetap berbangga dengan ayah saya dan tugasnya sebagai anggota polis yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan negara. Saya sayang ayah...
1 comments:
ramai orang tak tahu tp anggap tahu..pedulikan pe orang nak kata selagi kita x buat apa yg diorang ckp tu..pandangan manusia bukan benda paling benda pun..peace..:)
Post a Comment