Gempar!! Skandal Adi Putra Diceraikan Talak Satu!
PUTRAJAYA: Kontroversi skandal Adi Putra membahang lagi apabila Amiruddin Othman, 56, mengaku telah menceraikan isterinya Noraida Abd Mutalib, semalam.
Amirudin berkata, lafaz cerai talak satu dilakukan di kediaman mereka di Johor Bahru, antara jam 4.30 hingga 5 pagi dua hari lalu.
"Sebelum cerai dilafazkan, kami berdua keluar makan dan meronda di sekitar kawasan bandar sebelum pulang ke rumah.
"Selepas berbincang dari hati ke hati dan mempertimbangkan semuanya, saya melafazkan cerai talak satu kepada Noraida.
"Noraida menerima dengan hati terbuka walaupun masing-masing sedih kerana rumah tangga yang kami bina selama 10 tahun runtuh," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat representasi atau rayuan ke pejabat peguam negara di sini, sebentar tadi. - Metro
AMIRUDDIN Othman (tengah) bersama peguam Muhammad Hasif Hasan (kiri) dan Kassim Osman selepas menyerahkan surat representasi di Pejabat peguam Negara. |
7 comments:
pelik betul kenapa dorang bercerai dan lagi pelik kenapa perlu hebah kat semua orang...isk..isk..isk...
Regards,
-Strider-
kesian kat masing2..sabar je la..
Hehe sendiri cari pasal
Kenapa nak heboh kan kepada umum hal rumahtangga... tadi cakap bincang hati ke hati....
tak faham...tak faham...
Saya pun agak terkejut apabila melihat dalam berita pengumuman cerai tu.
Saya tak tahu kes apa sebenarnya ni. Tengok pun gitu-gitu je. Tak beberapa berminat sebenarnya.
Post a Comment