Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Saya Tidak Akan Tunduk Permintaan Suami Nooraida - Adi Putra



Pelakon Adi Putra tidak akan tunduk dengan permintaan Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengannya agar mengaku dia terbabit dalam kes pertukaran gambar lucah.

Adi berkata, dia mempunyai pendirian sendiri dan berhak untuk tidak mengikut kata Amiruddin kerana tidak bersalah dalam kes itu.

“Saya hormat dengan permintaannya yang mahu saya mengaku kesilapan itu tetapi saya tidak akan tunduk dengan keinginannya.
“Saya tahu saya berada di pihak yang benar dan saya ada pendirian untuk tidak berbuat demikian. Sekiranya pihak di sana ingin membuat tindakan lanjut, silakan,” katanya.

Adi ditemui pada majlis pra tonton filem Balistik di e@Curve di sini pada Selasa.
Adi Putra dalam sidang medianya pada 13 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.


**************************


Isu skandal Adi Putra ini semakin hangat. Masing-masing mempunyai penyokong tersendiri. Ida sedari awal menyokong dan berpihak kepada Adi Putra. Ini adalah pandangan peribadi Ida dan bukan kerana Adi Putra seorang artis tetapi Ida memadang kerana dia seorang lelaki. Dalam bahasa mudahnya 'lelaki ni kalau tak gatal bukan lelaki namanya'. Lelaki dibolehkan berkahwin lebih dari satu dan suami Nooraida juga kena faham sebab Nooraida pun bukan merupakan isteri pertama dia. Dah isteri dia pun miang sama-sama melayan tu apa kes? Memang tak patut kalau nak salahkan Adi Putra seorang sahaja kononnya mengganggu isteri orang... habis siperempuan tu tak salah ke mengganggu suami orang kerana semua peminat tahu Adi Putra sudah berkahwin.

Kepada suami Nooraida, hentikan lah ini semua kerana ia akan lebih memalukan isteri anda. Kalau Adi Putra mendedahkan gambar-gambar aib isteri anda yang diberikan kepadanya ia akan lebih menyakitkan. 


3 comments:

tak berpihak kepada sesiapa pun..sebab malas kisah hal macam ni....

18 December 2013 at 12:02 comment-delete

entahlah..sape yg benar..sape yg salah..tapi seksi bebenor gambo tu..hihihih

18 December 2013 at 13:30 comment-delete

moga segera berakhir hendaknya.

18 December 2013 at 14:45 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ