Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Saya Ada Masalah - Sesiapa Boleh Bantu Saya?

Assalamualaikum wbt...

Rasanya macam besar sangat masalah ni ;)
Ida amat berbesar hati sekiranya ada kawan2 yang sudi tampil untuk membantu Ida. Puas juga mencari tutorial berkenaan tetapi tak jumpa. Jengok2 juga blog Lyssa Faizureen yang comey tu, tapi tak jumpa lak ;(

Sebenarnya sudah lama gak Ida letak LinkWithin di kaki setiap post Ida, sejak tahun 2010 lagi. Tetapi setelah 2 tahun tidak berbelog tetiba tahun 2013 ingin berbelog semula. Dulu link belog Ida lain iaitu ceritacerita.aku.blogspot.com, tetapi baru2 ni Ida gegatal tangan tukar link belog jadi idasyuhada.blogspot.com. Sejak itulah LinkWithin Ida mengalami masalah, walaupun Ida dah cuba tukar yang baru.

Sesiapa saja yang klik pada tajuk di LinkWithin seperti dibawah, post tersebut error dan  tidak keluar 


Bila kita klik, ia akan jadi seperti ini


Tolong lah jika ada sesiapa yang dapat membantu Ida selesaikan masalah ini. Dah buntu sangat dah ni...Ida sangat-sangat menghargai nasihat dan bantuan dari kawan2 semua. Wasalam.





9 comments:

Post a Comment

[Biarkan Gambar Berbicara] Suasana Desa Yang Menarik Sangat!!

Karya Achmad Munasit, Indonesian photographer






1 comments:

Post a Comment

TERKINI!!! Tanpa amaran, Datuk Seri Zahid tahan filem New Village?

Ops!! ini bukan cerita politik ya!!



Pihak Lembaga Penapisan Filem(LPF) telah ambil keputusan untuk MENAHAN tayangan filem ini bagi mengelakkan kontroversi... Ianya akan diteliti semula terutamanya mesej2 tersembunyi termasuk perkara yang berkaitan dengan komunis... - Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

Jika benar - Ida nak ucapkan Alhamdulillah.




Filem New Village menayangkan kaum Cina sebagai mangsa komunis dan British tapi juga mahu gambarkan CIna komunis sebagai pejuang kemerdekaan. Ingat Melayu lupa ke AMCJA yang amnbilalih kerajaan seminggu dan bertndak kejam. Mereka memasuki istana-istana dengan hasrat mahu menangkap dan bunuh Sultan dan Raja-Raja Melayu. Keluarga di Raja dan kaum bangsawan masih lagi ingatkah peristiwa ini? Tak faham macam mana LPF boleh luluskan? Tahukah Lembaga LPF menilai filem? Satu hal lagi, macam mana FINAS boleh beri tarikh 26hb Ogos, dua hari sebelum tarikh tayang Tanda Putera pada 28hb.


Kredit: The Unspinners


Nota kaki: Menurut kata arwah opah Ida, moyang Ida (ayah opah) telah dibunuh dengan kejamnya oleh komunis semasa sedang menoreh getah di Rasa, Selangor. Ketika itu komunis meminta beras kepada moyang tetapi moyang Ida tak beri sebab dia pun takde beras. Komunis kata moyang penipu dan menembak moyang di situ juga. Moyang perempuan (emak opah) juga hampir2 dibunuh, nasib baik dia selamat kerana ketika itu orang-orang kampung datang selamatkan dia. Kemudian komunis2 tu terus lari masuk ke dalam hutan. Kejamkan mereka?

2 comments:

Post a Comment

Polis Wanita Dulu Dan Sekarang

Assalamualaikum wbt...

Apa ya topik hari ini? Letih juga memerah otak hehehe. Tiba-tiba Ida ternampak lah gambar ini kat desktop komputer emak... ermmm hari-hari Ida tengok gambar ini, rasa menarik dan kagum sangat. Rasa kagum kerana Ida tidak berpeluang merasainya atau melaluinya.


Al-Kisah, gambar Polis-Polis Wanita di atas adalah teman-teman seperjuangan emak Ida di Cawangan Trafik, Ibupejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru. Sebenarnya mereka kesemuanya ada lapan orang, mungkin lagi empat orang berada di sebelah kanan karpet biru itu. Mereka ini adalah di antara polis-polis trafik wanita yang bertuah dan di amanahkan untuk membuat tugas-tugas rider DYMM Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Glamourkan mereka? Rasa jealous lak bila mereka berpeluang membawa dan menguasi Motorsikal Harley Davidson yang berkuasa tinggi itu.

Malaysia sekarang sudah maju dan moden. Bila melihat mereka yang gah dengan Motorsikal yang berkuasa tinggi terlihat pula gambar yang ini (bawah). Tak pasti tahun bila, mungkin tahun 70an kot yang mana polis wanita masih lagi memakai skirt. Pada tahun itu, memang bermotorsikal sebegitu sudah di anggap maju dan moden bagi polis wanita. Tetapi sekarang sudah berlambak-lambak polis trafik wanita yang mahir menguasai motorsikal berkuasa tinggi seperti VFR, ST, CBR, CBX dan lain-lain.

Diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana telah memartabatkan polis wanita, dari memakai skirt dan sekarang sudah berseluar panjang dan bertudung. Sesungguhnya kerja-kerja mereka adalah mulia kerana menjaga keamanan negara yang tercinta. Berbaktilah dengan ikhlas dan jujur agar dipandang mulia di sisi Allah swt mahupun masyarakat sekeliling. 


3 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ