Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan mata hati. Jangan terbuai
dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda
tidak melihat percaturan sebenarnya.
Anda
sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar
dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan
Malaysia dan perairannya.
Hari ini kita melihat mereka
maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada
kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama
pihak-pihak yang berkepentingan.
Imam Tirmidzi
meriwayatkan dari Abi Sa’id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda:
“Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan
cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)
Kemudian
baginda membaca ayat: “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang
yang memperhatikan tanda-tanda).” (QS Al-Hijr: 75)
Perkara
pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar
mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan
berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.
Sebenarnya, apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk,
“CNN is bad news”.
Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya rasa ramai yang terpengaruh
dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita
tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN
dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.
Saya
masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370,
mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan
selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan
peringatan dan pesanan ini.
Richard Quest dan Silap Mata Klasik Dajjal Melalui CNN
Sistem
dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula
berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang
bermain-main di bawah batang hidung anda.
Silapmatanya
membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu
realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan.
Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.
Menurut
Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN
Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada
19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).
Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
He landed it in a flight captured on video last month by CNN
It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid’s work
– (Sumber CNN)
(gambar
diatas) Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama
Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Spy?
Anehnya
CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA
langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa
beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat
penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh
beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari?
Kebetulan?
Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang
yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan
pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah
‘meth’. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan
beliau berkelulusan undang-undang!
Beliau membuat
penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau
sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan
sebagai ‘PAKAR AVIASI’ dan memberi liputan/analisis secara terperinci
mengenai MH370.
Apakah mereka datang ke sini untuk membuat
penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI
FALSE FLAG MH370 sebenarnya?
Bangunlah anak-anak Melayu,
jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri.
Hentikanlah permusuhan sesama kamu.
Pada tahun 2006
Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan
saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan
homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish).
Owen
Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). “Look east: After long
delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent,
English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen
Gibson and Afshin Rattansi report”. The Guardian. Retrieved 6 August
2012. “But there were delays from the start. It was hard to recruit
big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer
on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable.”
CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 – 8:40AM
A
well-known CNN reporter has been arrested in New York’s Central Park
with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his
genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest – who is known for
his boisterous and quirky style – was arrested at 3.40am on Friday,
almost three hours after the park’s 1am closing time.
He
was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a
search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside
Quest’s boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket
pocket, the Post said. (
http://www.smh.com.au)
Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident
http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/
Kedua-dua
Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard
Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa
melaporkan tentang MH370.
Tidak hairanlah isu membaca riak
wajah dan “bahasa badan” ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah
Melayu ‘pulang paku buah keras’.
Pentagon sendiri telah
menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk ‘membaca’ Presiden
Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1
jam.
“The Pentagon has spent hundreds of thousands of
dollars in recent years so that researchers can study the body
movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir
Putin, in hopes of predicting future behavior.”
http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/
Video 1: Richard Quest – I flew with missing first officer of MH370.
(00:32)
And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and
Singapore is also involved, China would also get involved. The US
forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in
a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada:
ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water..”
Apakah
yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan
berkata “coordinated attack?” Apakah ini prosedur ‘Search & Rescue’
atau ‘Search & Destroy’?
(00:54) Pembaca
berita kepada Richard Quest: “Now Richard let’s talk a little bit more
about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a
similar aircraft just a few days ago..”
(1:18)
We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD
AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we
were on the cockpit..”
Richard Quest dan Anderson
Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa
insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden ‘kebetulan’
dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan
rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu
operasi ‘covert’ rahsia perisikan Amerika Syarikat.
Video 2: Richard Quest - Malaysia Airlines MH370 jet was ‘at safest point’ in flight.
Pada saat pembuka kata (00:03) video, Anderson Cooper sudah tersasul.
Anderson
Cooper: “We’re now bringing in Richard Quest who has ‘ACTUALLY’
(gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada “secara
kebetulan..”) has been shooting a story on the “airline” (Penerbangan
Malaysia) and has spent time with the airline’s CEO…”
Video 3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact
Video
http://www.youtube.com/watch?v=y-RuoMDqRqQ&hd=1
Pada
video 3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat
MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat
dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga
Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety
Board – NTSB).
Beliau membuat konotasi bahawa
negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai
untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih
besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai
penyiasatan tersebut.
Menurut John Goglia, “pakar aviasi”
dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang,
“Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama
ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan
letupan.”
”Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada
komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua
penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red
Flag) yang besar,” menurutnya.
Saya ‘bertanya’ kepada John Goglia di sini, “Red Flag” atau “False Flag”? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.
ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG
Anda
akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang
tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih
dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka
dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?
Perkembangan
semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China
dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China
tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden
MH370 ini?
Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di
mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan
penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan
China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita
tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan
rakyatnya terhadap Malaysia.
Pada peringkat awal ini
sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap
Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang
kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala
sedang disemai secara sistematik.
Bagi saya inilah cara
instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga
(Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu
China.
ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA
Seorang
kenalan maya di RT melawak dan katanya “tiada siapa yang lebih arif
tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada
sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara
dengan mudah adalah Amerika Syarikat.”
Itulah
hakikatnya. Rangkaian perhubungan data ‘dalam penerbangan’ Boeing 777
berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle,
Washington.
Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
- Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
- Sebuah
serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS
Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut
China Selatan ketika itu.
- Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.
Radar
USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut,
mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu
menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.
Satelit
Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup
di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah
peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang
udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan
disahkan.
“They will keep you running in circles where in fact they have you encircled.” – Al Faedah
Namun
tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi
dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang
mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi
kamu.
Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa
pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam
prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia
Tenggara seperti Malaysia.
Insiden MH370 adalah suatu
signal dan statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat
suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung
atau tidak.
ANTARA MASA DAN TIMING INSIDEN
Perhatikan dengan baik ‘timing’ insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima.
Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah?
Anda
percaya pada “kebetulan” Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac
2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap
setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua
semata-mata “kebetulan”.
Bagaimanakah sentimen blok pro
kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi
pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah
meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal
selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah
terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya
berkurun-kurun lamanya.
Perhatikan kedudukan Penerbangan
Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan
kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun
terumbang ambing, tidak akan tergugat sama sekali? Sebenarnya, entiti
syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.
Perhatikan
elemen dan komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda
melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine,
Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah
diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa
global di Ukraine?
Apakah
pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370?
Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka?
Apakah anda mampu merungkai “nilai” mereka dalam konteks perisikan?
Sama-samalah
kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak. Yang
penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam
dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan
Amerika Syarikat.
Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika
Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan
FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga
China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan
perisikan mereka?
Memang masih terlalu awal pada ketika
ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh
mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang
polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda
akan hanya semakin keliru.
MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH DAN TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS
Pihak
manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang “dicipta” ini?
Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah
dan terdedah.
Perhatikan rentetan reaksi pada setiap
spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit
kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?
Bayangkan
sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan
kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya
keatas kita semua.
Pihak manakah yang bakal meraih
keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini
melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka ‘menawarkan bantuan?”
Inilah
mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi
“Problem-Reaction-Solution” ini. Inilah ummah yang hanya mampu
reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh
musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon
bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.
Saya
membincangkan dengan ringkas penciptaan ‘problem’ (masalah) dan
implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat
interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci.
Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.
AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN DAN SOLUSI
Anda
akan melihat selepas ini siri-siri ‘solution’ (penyelesaian) akan
disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini
akan diwar-warkan secara “umum” dan “terbuka”. Ada di antara
“penyelesaian-penyelesaian” ini akan di’runding’kan dibelakang tabir
bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.
Mereka sudah pun
memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan
(security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah,
terbuka dan akan dirobek secara berperingkat.
Inilah masa
yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin
memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti.
Mereka
akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk ‘keluar’ dari krisis
ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling ‘berpengalaman’.
Dalam
kesibukan anda menangani pelbagai persoalan dan permaslahan yang
berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah
“ransom demand” mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun
dari implikasi insiden ‘false flag’ pesawat MH370, sudah pasti anda akan
terlalai dari “teroris” dan “tuntutan” maupun “ugutan” yang
sebenarnya.
Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma
sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis,
kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan
bersedialah untuk tahap ‘CAMPURTANGAN’ yang lebih tinggi keatas urusan
negara.
Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara
berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu
krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan
pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.
Bayangkan
sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif
dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada
mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya,
perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila ‘pakar-pakar’
perisikan dan penyiasatan mereka masuk.
Oleh yang
demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi
dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai
“pampasan” untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah
mengena.
Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin
dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah
insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau
naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda
yang bakal disusun.
Badan-badan penyiasat yang pakar
sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara
langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan
Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan
komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun
digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.
Malangnya
anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah
jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI
dan apa sekalipun menjalankan operasi ‘psy-op’ mereka di sini. Mereka
akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar ‘spin’ terkini
lagi tercanggih tentang MH370.
Inilah generasi yang telah
diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak
faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi
keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.
Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, “Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!”.
Sedangkan
ALLAH SWT telah berfirman: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga
engkau menuruti (tatacara hidup dan agama) mereka (yang telah
terpesong itu)".
Katakanlah (kepada
mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk
yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa
nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan
kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari
Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan
kepadamu. (Al Baqarah:120)
Wahai
orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi
dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah
pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu
mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zhalim. (Al Ma’idah: 51)
KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK
Anda
tidak akan ‘nampak’ naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda
tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.
Tragedi
yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan
membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang
berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah
dan simplistik. Malah sebarang ‘penyelesaian’ dan ‘solusi’ yang
tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.
Pada
akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan
ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah
perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.
Ketahuilah
tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama
sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di
samping kita mendoakan keselamatan bagi “mangsa-mangsa” yang terlibat,
jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri.
Sekiranya
nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan
berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah
nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu,
bangunlah. Masamu semakin suntuk.
Samada anda dalam blok
pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang
akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita
kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan
memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.
Maka
saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk
kita bersatu dan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita
bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda
tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang
mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.
Kita
tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita
kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan
oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama
kita.
Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar
tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan
perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri.
Saya
mendoakan anak-anak dari umat Melayu dan Islam yang bermusuhan supaya
kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH
SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka.
Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka.
Pautan youtube sumber utk video diatas tak dpt dikenalpasti akan pautannya
sila ke website berkenaan utk lebih terperinci. Harap Maaf.
Wallahu'alam
Sumber:
2 comments:
Post a Comment