Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bolehkah COVID-19 merebak melalui udara?





APA yang kita tahu setakat ini adalah virus SARS-CoV-2 merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti apabila individu tersebut batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau menghembuskan nafas. Titisan cecair ini boleh jadi partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Seseorang boleh dijangkiti apabila menyedut droplet atau aerosol yang mengandungi virus.
Droplet adalah lebih berat dan biasanya akan jatuh dalam lingkungan jarak 1-2 meter. Manakala aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter. Kebolehan partikel-partikel ini kekal di udara juga bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti aliran udara dan kelembapan. 

 Apabila kepadatan virus dalam udara tinggi, jangkitan boleh berlaku kepada individu yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter, dan kepada individu yang hanya merentas ruang tersebut. 

Keadaan di mana virus lebih mudah merebak: 

1. Berinteraksi secara bersemuka pada jarak yang dekat. 
2. Tempat tertutup yang sesak tanpa pengudaraan yang baik. 
3. Aktiviti yang menambahkan hembusan titisan cecair dari seseorang yang dijangkiti seperti sembang kuat, menjerit, menyanyi, bernafas kuat semasa bersenam. 
4. Pendedahan kepada keadaan-keadaan di atas untuk tempoh masa yang lama (>15 minit). 


Seseorang juga boleh dijangkiti apabila menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh titisan cecair yang mengandungi virus dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut tanpa membersihkan tangan mereka, terlebih dahulu. 

Oleh itu, pastikan amalan langkah-langkah pencegahan sedia ada kerana ia masih berkesan iaitu: 

1. Elakkan 3S – kawasan Sempit (tertutup), kawasan Sesak dan Sembang dekat. 
2. Pemakaian pelitup muka, sama ada di dalam atau luar bangunan. 
3. Sentiasa menjaga penjarakan fizikal. 
4. Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer. 
5. Lakukan disinfeksi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari. 
6. Pastikan pengudaraan bilik yang baik dengan membuka tingkap atau menggunakan penapis udara. 
7. Amalkan etika batuk dan bersin. 


 Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

2 comments:

Post a Comment

Persamaan Covid-19 vs Dajjal?





Covid-19 & Dajjal?
 

Hari ini aku nak kongsi sikit keadaan persamaan antara Covid-19 & Dajjal. Terlalu banyak persamaan. Gambaran ini hanya 1% saja. Ini penting, sila baca sampai habis. 

Allah dah bagi ‘hint’ siap-siap. Baiknya Allah, sebelum dilepaskan Dajjal, diberi kita bersedia dalam menghadapi situasi yang sebegini sukar. 

Orang bijak akan ambil ibrah, orang jahil akan terus menyalah-nyalah. 
 Masih fikir nak shopping baju baru? 
Masih fikir nak ke Saloon & Spa? 
Dah rindu kopi starbuck? 
Dah rindu burger McD? 

Setakat hari ini lebih 6 ribu kematian di Italy & hampir 1 juta orang kehilangan pekerjaan di Australia - Laporan Al-Jazeera. 

Kita masih nak ‘bermanja-manja’ lagi. Masih nak fikir benda-benda yang tak penting & tak mendatangkan faedah. Masih nak benci membenci, masih nak memaki hamun. 

 Fikir lagi nak ke sana ke mari. Boleh siap rindu nak keluar dating dengan balak/awek. Boleh layan movie porno di Netflix dikala orang susah hati & bersedih dengan wabak Covid-19 yang membunuh ini. 

Ini bukan posting kecaman. Ini posting mengajak orang berfikir. Apa guna kita hidup tak saling mengingatkan. 

Ketika mana Dajjal muncul, masing-masing akan kelam kabut. Suami akan kehilangan isteri. Isteri tak sabar dengan dugaan kesusahan, diikutnya Dajjal yang mampu beri nikmat kemewahan. Ini bukan aku cakap. Ini dah disabdakan oleh Nabi saw. Kaum paling ramai menjadi pengikut Dajjal adalah kaum wanita. Kaum yang mudah tewas dengan nafsu. Sebab itu Nabi suruh ikat & tambat anak isteri di tiang-tiang rumah. 

Waktu itu orang tak fikir nak berjimak, tak fikir nak tergoda dengan perempuan kiri kanan. Masing-masing cuma fikir nak survive hidup, lindungi ahli keluarga & makan. Makanan umat islam ketika itu hanya zikir. Kalau kita fikirkan logic akal, memang tak akan kenyang. 

Tapi Islam ni tak boleh kita fikir dengan logic akal. Kalau Allah berkehendak, dengan zikir boleh mengenyangkan. Masih buta ke kita dengan apa yang jadi di sekeliling kita hari ini? Masjid kosong, orang terhalang dari mengerjakan Umrah. Kemungkinan tak boleh mengerjakan Haji. Nabi saw pernah bersabda satu hari umatku akan terhalang dari menunaikan Haji & Umrah. Kalau nak kepastian boleh search. 

 Banyak hadis yang berkaitan. Tak akan terjadinya kiamat selagi mana pintu-pintu Masjid masih dibuka. Tanda Dajjal tu semakin hampir kemunculannya apabila masjid-masjid semua kosong. Masih tak nampak lagikah kita apa dah jadi hari ini? Okay mungkin belum cukup jelas lagi gambaran itu. 

Cuba perhatikan Danau Tiberias. Airnya semakin mengering. Apa tandanya itu? Itu tanda besar bahawa Dajjal itu tak lama lagi akan muncul. Kita perhatikan Kebun Kurma Baisan. Pohonnya 100% sudah tidak berbuah. Sekarang kering kontang. Itu tandanya apa? Dajjal semakin hampir. Ini bukan aku dengar khabar angin. Ini Hadis Nabi saw & hadis ini adalah hadis sahih. 

Kita saksikan bangunan tinggi-tinggi dibina. Masing-masing berlumba-lumba membangunkan gedung-gedung yang mewah. Nabi saw pernah bersabda, “Dan bila engkau menyaksikan mereka yang berjalan tanpa alas kaki, tidak berpakaian, fakir, dan penggembala kambing, (kemudian) berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi.” (HR. Muslim). Sekarang petanda itu dah jelas depan mata. Menara jam, Burj Khalifah & Kingdom Tower. Mereka semua dari keturunan arab yang dahulunya fakir & pengembala kambing. 

Tanah Arab sekarang dah mula menghijau. Kalau dulu cuma ada padang pasir. Jauh sekali nak dihujani salji. Tapi hari ini? Salji dah mula turun di tanah Arab. Tak lama lagi tanah Arab akan subur dengan pohon-pohon & rumput-rumput yang menghijau. Itu tanda Dajjal itu akan muncul sangatlah dekat. Apa persediaan kita dalam menghadapi Dajjal? Kalau ditakdirkan Dajjal itu muncul dalam masa terdekat ni, jangan sesekali jumpa & bertentangan mata dengan dia. 

Kalau boleh elak sedaya yang mungkin. Dia akan pukau kita sehingga kita ikut & sembah dia. Hebatnya sihir Dajjal ini. Tak kisah iman kita setaraf wali macamana sekali pun, kalau berdepan dengan Dajjal, kita akan tewas. Macamana rupa Dajjal? Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis riwayat Muslim: “Dajal ialah orang yang rosak sebelah matanya dan di antara dua dahinya tertulis ‘kafir’...” Perkataan ‘Kafir’ ini hanya boleh dilihat oleh orang-orang mukmin saja. Orang kafir, munafik & fasik, tak akan nampak perkataan ini. Jadi, elak dari bersua muka dengan Dajjal. 


Suami-suami wajib ikat anak isteri ketat-ketat di rumah. Sebab waktu Dajjal muncul, Dajjal akan masuk ke setiap penjuru kampung, bandar, taman-taman, lembah-lembah & tak akan ada satu tempat pun yang tak akan dijejaki oleh Dajjal. Kenapa perlu ikat anak bini? Sebab bila Dajjal tiba di tempat kita, Dajjal akan menghentakkan kakinya sehingga menyebabkan orang-orang yang berada di dalam rumah akan memberontak keluar untuk bertemu dengan Dajjal. 


Kalau ditakdirkan bersua muka dengan Dajjal, pilihlah tangan kirinya. Tangan kanannya menggenggam syurga, tangan kirinya menggenggam neraka. Pilihlah neraka, kerana fitnah Dajjal syurga itu neraka, neraka itu syurga. Amalkan surah Al-Khafi 10 ayat awal & 10 ayat akhir. Hafal surah ni, sebab waktu kemunculan Dajjal, surah-surah dalam Al-Quran akan hilang dari kitab-kitab, dinding-dinding & di mana-mana ada tertulisnya kalam-kalam Allah ini. 


 Abu Darda mengatakan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, "Barangsiapa telah membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi maka ia telah terjaga dari fitnah Dajjal". (HR An-Nasai) Siapa yang baca surah ini ketika Dajjal muncul, Dajjal tak akan nampak orang itu walau berada di depan matanya sendiri. Jadi, kita akan terselamat dari dipengaruhi oleh si makhluk terlaknat ini. Amalkan ayat ini selepas tasyahhud, Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal. Ertinya, “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab Jahannam, azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari keburukan fitnah Dajjal. ” (HR. Muttafaq ‘alaih) 

Sewaktu Dajjal tiba di setiap negara, negeri, bandar, taman-taman, kampung-kampung & lembah-lembah, kalau penduduk di kawasan itu sembah Dajjal, maka tempat itu akan subur & diberikan kemewahan oleh Dajjal. Tapi kalau penduduk di kawasan itu ingkar dengan arahan Dajjal, maka tempat itu akan jadi padang jarak padang terkukur. Kering kontang tak ada air, tak ada makanan, haiwan mati, tanah tandus, orang-orang akan kebuluran yang amat sangat. Jadi apa kaitan dengan Covid-19? Ramai duduk rumah, di zaman Dajjal nanti ramai juga duduk rumah. Tapi golongan yang faham agama.

Macam kes sekaranglah. Semua yang duduk rumah, jenis yang faham bahasa. Jenis tak faham bahasa, semua duk merayap ke sana ke mari. Kalau beginilah sikap kita, kalau Dajjal muncul, kita mungkin salah seorang boleh jadi pengikut Dajjal. Arahan kerajaan pun kita ingkar, apatah lagi arahan Nabi saw. Masjid kosong. Sekarang semua masjid kosong. Seolah-olah Allah dah bagi hint. Esok Dajjal muncul, semua masjid akan lengang. Bukan saja kosong, azan pun tak akan berkumandang. 

Panic buying. Kalau Covid-19 ni, orang panic berebut-rebut nak beli barang dapur. Semua risau kelaparan takut tak dapat makan. Kalau Dajjal muncul, semua orang ‘Panic buying’ juga. Masing-masing panic berebut-rebut nak dapatkan bekalan makanan dari Dajjal. Maka semua dari mereka tercabutlah iman masing-masing. Terpisah keluarga. Kalau Covid-19, salah sorang ahli keluarga dijangkiti virus, ahli keluarga tak akan dapat bersua muka lagi. Kalau ada rezeki jumpa, tak ada rezeki, hanya memandang dari jauh jenazah ahli keluarga dikebumikan. 


Kalau Dajjal muncul, ramai akan kehilangan ahli keluarga. Ada ahli keluarga yang lemah imannya akan jadi pengikut-pengikut Dajjal. Frontliner bertungkus-lumus. Kalau Covid-19, masing-masing berusaha sehabis keringat untuk tangani virus ini. Kalau Dajjal muncul, ketua keluarga merangkap frontliner berusaha bertungkus lumus menghalang ahli keluarganya dari menjadi pengikut Dajjal. Sebab itulah, kita amat dituntut belajar agama. Supaya kita faham akan hakikat hidup ini. Semua ini bakal berlaku & kita lebih bersedia. Pentingnya kita memilih pasangan yang faham agama. Supaya dia boleh selalu mengingatkan kita tentang kecaman-kecaman ini & terus mengajak kita ke arah kebaikan serta menambah amalan. 


Bagi orang lelaki, tambah ilmu agama. Perlu faham untuk fahamkan ahli keluarga. Sebagai ketua keluarga, ini tanggungjawab kalian. Bagi orang perempuan, ini bukan zaman nak ‘bermanja & menggedik’ fikirkan nak bercantik-cantik 24 jam. Cantikkan otak dulu sebelum cantikkan fizikal. Kalau Dajjal keluar, dia takda pilih-pilih kau cantik ke hodoh. Paling penting iman kau roboh. Jadi, tiba masa kita sedar diri. Tambah ilmu & terus bersedia. Kerana orang bijak adalah orang yang sentiasa bersedia. Pakat muhasabah. *Semoga bermanfaat.*


Kredit kepada yang menulis - artikel yang dikongsi melalui group wasap.

1 comments:

Post a Comment

Penerima vaksin akan mati selepas dua tahun?


 

INI satu lagi kaedah kumpulan anti-vaksin untuk memburuk-burukkan vaksin. Mereka memetik pendapat peribadi individu-tertentu dan memotong sekerat-sekerat kenyataan yang telah dikeluarkan. Walaupun ianya dikeluarkan oleh individu termasyhur tetapi ianya masih lagi pendapat peribadi yang belum pun boleh dibuktikan. Ianya berbentuk akademik dan teori semata-mata. Dalam sains pembuktian perubatan (evidence based medicine) ianya terletak di serata paling bawah carta. 





Tulisan Prof. Luc Montagnier itu telah diputar belit dan ditambah perisa untuk memberi konotasi negatif terhadap vaksin. Malah artikel Prof. Virologi tersohor itu pun telah ditarik balik dari jurnal yang telah menerbitkan tulisan beliau kerana terdapat kesalahan fakta. Jika diteliti semula tulisan itu, tidak ada pun satu patah perkataan yang beliau mengatakan bahawa manusia akan mati selepas dua tahun selepas vaksin. Atau tulisan yang mendakwa pemberian vaksin akan menyebabkan wujudnya varian baharu. Cuma ia telah diulas semula oleh anti-vaksin Barat yang menambah putar belit bagi menakut-nakutkan lagi orang ramai. Isu berkaitan dengan Antibody 

Dependent Enhancement (ADE) ini sudah diulas beberapa kali. Isu itu berlegar sejak daripada Jun 2020, tahun lalu lagi. Pada masa tersebut pembangunan dan penciptaan vaksin baharu sahaja bermula. Tidak dinafikan terdapat beberapa pakar cuba memberikan pandangan berdasarkan kepada teori. Teori itu pun tidak terbukti walaupun mereka mengatakan bahawa ADE akan berlaku dalam tempoh dua tahun. Tetapi ADE sebenarnya boleh berlaku di dalam tempoh tiga bulan sepertimana berlaku terhadap vaksin Denvaxia (vaksin denggi). Namun kajian penuh ‘Bridging study’ berkaitan dengan penghasilan antibodi sama ada boleh menimbulkan kesan buruk atau tidak, ianya masih lagi dalam pengkajian berterusan, belum ditentukan sepenuhnya. 

 Pun begitu, secara bukti nyata yang kita dapati sekarang ini, tidak pun berlaku seperti mana yang diteorikan oleh pihak-pihak yang tertentu itu. Bahkan sebaliknya berlaku bahawa manfaat daripada mengambil vaksin amat memberangsangkan dengan mengurangkan jumlah kes kemasukan ke hospital, mengurangkan kes-kes serius dan mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19. Saya nasihatkan orang ramai supaya tidak terikut-ikut dengan rentak golongan anti-vaksin itu. Mereka sengaja menimbulkan keraguan terhadap perubatan yang telah pun terbukti melalui kajian saintifik dan melepasi tahap-tahap klinikal kajian. Tetapi sebaliknya mereka duduk mempromosikan ubat-ubatan ataupun bahan-bahan yang tidak pun terbukti secara klinikal. Hanya andaian kosong sahaja. Di situ duduknya kepelikan mereka. 

 DR SUHAZELI ABDULLAH Pakar Perubatan Keluarga Sarjana (Master of Medicine) dalam pengkhususan Perubatan Keluarga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – HARAKAHDAILY 27/5/2021





1 comments:

Post a Comment

Cara Paling Mudah Nak Kekal Bertenaga Dan Wajah Cantik Kemerah Merahan

Imej from google




Membuat Air Untuk Mengecutkan Lemak Dan Melancarkan Darah

Orang sekarang kan tak suka jaga pemakanan sangat kan. Fast food lah. Makanan berlemak bercili berlada semua sumbat. Bila masa cuci usus pon tak tahu.

Cara yang paling mudah nak kekal bertenaga dan wajah kemerah merahan. Badan wangi dan gebu tanpa lemak jahat.

Bahan bahan :
2 inci Halia
4 batang Serai.
3 Asam keping ( tak nak takpa)
3/4 helai Daun pandan
7 biji cengkih
Lemon 4/5 hiris
Air 1 liter
Madu / gula merah setengah sudu besar

Cara buat :
Hiris halia (agak berapa banyak nak)
tumbuk tumbuk comel halia.
7biji cengkih (cuci dulu)
Hirisan lemon
Masukkan 4/5batang serai yang ketuk
satukan dalam periuk bersama air dah didih matikan api
Air dah suam, bolehlah minum bersama madu sesudu kecil

Tips :
Minum selepas sarapan pagi.
Boleh juga letak madu sikit.
Untuk ibu, kena tengok jugak anak. Kalau masa amalkan anak takde masalah kembung perut @ cirit-birit boleh teruskan.
Jaga pemakanan dan selalu buat exercise jugak untuk dapatkan kesan yang lebih cepat.
Air putih kena minum cukup setiap hari untuk menggalakkan proses buang lemak.
Ketika amalkan minum air detox ni, memang akan mudah buang air besar.
Untuk cepat kurus, boleh amalkan setiap hari. Jika dah kurus dan nak maintain, boleh minum 3 kali seminggu.

Minum tiap 3x seminggu. Bagi buang angin, memudahkan peraliran darah. Kecutkan lemak dekat perut geleber.

Kredit: Ana Mahabu

1 comments:

Post a Comment

Lukisan Dari Zaman Reinassance Ini Dijual Dengan Harga Bidaan Lebih 30,000,000 Euro



 STARVE TO DEATH! 




Ini adalah lukisan dari zaman Reinassance yang dijual dengan nilai  harga bidaan lebih daripada 30,000,000 euro kepada seseorang yang mengetahui semua nilainya . 


 Lukisan ini adalah berkenaan tentang seorang lelaki tua yang miskin pada masa zaman pemerintahan Raja Perancis Louis 14 yang telah dijatuhi bersalah kerana mencuri sebuku roti dan dijatuhkan hukuman mati, dengan cara kematian yang tragis: dikurung Kelaparan sehingga Mati!


Orang tua berkenaan mempunyai seorang warisnya iaitu Anak perempuannya yang telah mengetahui hukuman bapanya dan meminta izin untuk pergi mengunjunginya .


 Namun keselamatan sangat ketat dan pengawal yang ditugaskan pada setiap kali lawatan perempuan itu mengujungi dengan pemeriksaan teliti terhadap wanita muda itu dan juga bayi berusia 6 bulan yang dibawanya, kemudian biarkan dia masuk, sekali sehari demi memastikan tiada sebarang roti atau makanan langsung yang dibawanya pada sekali untuk sehari lawatan. 


Akhirnya Pada bulan keempat lelaki tua itu dikurung , setelah pihak berkuasa mendapati bahawa orang tua itu masih lagi tidak mati dan pihak berkuasa memutuskan untuk membuat pemantauan terhadapnya secara menyeluruh.


Pemerhatian dilakukan .tiap kali lawatan, hanya Anak perempuanny sebagai satu-satunya tetamu ayahnya dalam setiap lawatannya setiap hari dengan keadaan terpaksa dia menyusukan bapanya yang sepatutnya diberikan kepada bayinya yang masih kecil. 


Setelah siasatan pihak hakim mendapati tujuan wanita muda tersebut melakukan penyusuannya terhadap Bapa kandungnya menjadi simbolik ketaatannya dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi .lalu mahkamah memutuskan supaya pembebasan orang tua itu dilakukan dengan kadar segera setelah mengetahui kisah disebalik penyusuan ini. 


Dia telah berjanji untuk menyelamatkan hidup dalam penderitaan dan melindunginya dengan segala cara.lalu lukisan ini dihasilkan untuk mengabadikan kisah ketaatan dan kasih sayang ini.

1 comments:

Post a Comment

Tahukah Anda Kenapa Kapal Terbang Tidak Boleh Terbang Atas Kaabah

Adakah anda tahu mengapa dilarang terbang di atas Kaabah dan tidak ada lapangan terbang di Mekah Terdapat 2 penjelasan yang popular sebab kenapa kapal terbang tidak boleh terbang di Kaabah. 

Yang pertama, dikatakan kuasa magnet di kawasan ini akan menyebabkan peralatan navigasi menjadi tidak stabil. 

 Kedua, terdapat dakwaan bahawa tarikan graviti lebih kuat di sana, yang bermaksud kapal terbang akan berhadapan kesukaran dalam mengekalkan ketinggian mereka. Ada juga pendapat mengatakan burung juga tidak boleh terbang di kawasan terbabit. Tetapi, semua ini tidak dapat dibuktikan oleh kajian yang dilakukan, sebenarnya terdapat juga helikopter keselamatan yang terbang dikawasan terbabit. Jadi ramai yang meragui dalam teori ini. 

Selebihnya jom kita baca sedikit penjelasan di bawah: 

 1. Maklumat itu akan mengejutkan anda. Maklumat inilah yang membawa banyak orang memeluk agama Islam, terutama para saintis 

 2. Kaabah adalah pusat bumi. Ia adalah bahagian tengah bumi tanpa perbezaan tekanan 

 3. Dan kerana pusat graviti, ia secara semula jadi menarik beban magnet ke tempat ini 

 4. Ini adalah titik pertama untuk menyambut matahari terbit. Atas sebab-sebab ini dan hakikat bahawa Ka'bah adalah pusat graviti di Bumi sebagai pusat tarikan dan pertemuan sinaran graviti kosmik di permukaan bumi zon vakum di lapisan udara 

 5. Oleh itu, mustahil untuk terbang di atas Kaabah sama ada dengan burung atau bahkan dengan pesawat kerana ia adalah pusat tarikan magnet

 6. Ini memang disahkan oleh sains bahawa pesawat ✈️ dan burung tidak dapat terbang di atas Ka'bah kerana daya tarikan magnet 

 7. Inilah sebabnya mengapa di Arab Saudi tidak ada lapangan terbang di Mekah 

 8. Ini juga menjelaskan mengapa walaupun terdapat banyak burung di sekitar Ka'bah, mereka hanya terbang di sekitar Ka'bah tidak di atas! 🍀Segala puji bagi Allah Tuhan itu Maha Besar. Maha Suci Allah. 

9. Harus diingat bahawa Ka'bah adalah cahaya bumi 8. Cahaya yang datang dari Ka'bah melewati ruang angkasa dan melalui langit dalam cahaya rumah Allah di langit (itu adalah cinta Baytil Ma ') yang berserenjang dengan rumah Allah di dunia (iaitu - mengatakan Ka 'abah di bumi). Allah Maha Besar 

10. Allah telah memberkati Al-Quran di antara buku-buku Kaba di antara Masjid-masjid nabi di antara manusia Zam Zam di antara perairan bumi di antara planet 10. Semoga Allah memberkati anda dengan cara yang sama dan memberi anda dua kali ganda dari apa yang anda cari Aamiin Aamiin Aamiin. Wallahualam


 Credit : Safa dan juga www.tripjalan.com/

1 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ