Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Perbezaan Masturbasi Antara Lelaki dan Wanita!!!




Kegiatan masturbasi adalah salah satu cara untuk menemukan hasrat seksual manusia. Dilakukan oleh lelaki atau wanita dengan cara-caranya tersendiri.

Kita tidak akan membahas masturbasi itu secara seksologi, ada perbezaan antara masturbasi lelaki dan wanita.

Dipetik dari Merdeka.com, ternyata masturbasi lelaki dan wanita berbeza secara efek yang dihasilkannya.


Masturbasi lelaki

Beberapa efek positif masturbasi lelaki, antara lain:

Menimbulkan perasaan yang tenang setelah ejakulasi
Memberikan kenikmatan serta kesenangan terhadap lelaki
Membantu tidur lebih nyenyak
Membuat tubuh jadi rileks dan santai
Meredakan ketegangan dan stres tubuh serta pikiran

Beberapa efek negatif masturbasi lelaki, antara lain:

Dapat menurunkan jumlah sperma yang membuat kemungkinan lelaki memiliki anak jadi menurun
Membuat lelaki jadi susah puas ketika berhubungan intim dengan isterinya
Membuat lelaki memerlukan waktu lebih lama untuk ejakulasi
Menyebabkan alat kelamin bengkak terutama ketika melakukan masturbasi dengan gerakan berlebihan

Khabarnya, masturbasi juga dapat mempengaruhi ereksi serta ejakulasi pada lelaki. Khabar ini belum ditunjang oleh bukti-bukti medik, kerana tidak semua lelaki mengalaminya.


Masturbasi Wanita


Beberapa efek positif masturbasi wanita, antara lain:

Dapat menurunkan risiko terkena kanser serviks
Menurunkan stres tubuh dan pikiran
Menguatkan otot miss V
Membantu tidur lebih nyenyak
Membantu meningkatkan mood wanita

Beberapa efek negatif masturbasi wanita, antara lain:

Menggunakan alat-alat yang tidak semestinya dan kotor dapat mengakibatkan terjadinya infeksi di area intim
Kesulitan mencapai orgasme saat berhubungan intim dengan pasangan
Wanita yang melakukan masturbasi dikaitkan dengan stigma sosial bahwa ia mengalami penurunan moral

Mitos soal orgasme pada wanita juga sempat merebak, salah satunya seperti masturbasi dapat menyebabkan kebutaan, masturbasi dapat mempengaruhi kesuburan, serta menurunkan ghairah seksual wanita.

Pun demikian, seperti halnya pada masturbasi lelaki, beberapa mitos belum terbukti secara ilmiah, sehingga memerlukan penelitian yang lebih dalam.

0 comments:

Post a Comment

JENIS MESEJ-MESEJ BERANTAI YANG HUKUMNYA HARAM BILA DISEBARKAN





السلام عليكم،
(Drp Ustaz Shahidan KUIS)

MESEJ2 YG HUKUMNYA HARAM!

Mesej berantai dijatuhkan hukum SYIRIK ! Kerana KERAP manusia menentukan qada dan qadar yg tlh ditetapkan Allah SWT .

Contoh mesej :

"siapa tak hantar mesej ni , akan ditimpa musibah" .

"siapa yang hantar mesej ini , dalam masa dua jam orang yang tersayang akan datang kerumah anda .

"siapa yang mengabaikan mesej ini , anda akan kehilangan orang yang tersayang .

"siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang , dalam masa 4 jam , anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah .

"hantar mesej ini minima 12orng , anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2jam .

Senang cerita , ia berkait dengan perjanjian ganjaran atau musibah yang ditetapkan sendiri

Manusia tak layak menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab tertentu ...

Teguran untuk semua sahabat dan rakan2 harap anda semua faham ea?

untuk umat islam , mesej berantai begini adalah HARAM !! .

copypaste / share biar semua orang tahu. ...


والله اعلم

Contoh mesej berantai




Nota: Kadang-kadang isi mesej-mesej tersebut memang menarik dan memberi kesedaran serta pengajaran kepada orang yang membacanya... maka padam dan editlah ayat-ayat yang berbunyi seperti di atas sebelum menyebarkannya / forward kepada orang lain supaya kita dihindari dari perbuatan yang haram.

0 comments:

Post a Comment

Langit Israel Diberi Petanda Aneh?




SATU fenomena aneh telah berlaku di langit Israel, kejadian luar biasa dan jarang-jarang terjadi ini berlaku pada hari sabtu di selatan Israel berhampiran bandar Netivot.

Di langit tiba-tiba kelihatan gelap dengan kepulan awan hitam yang bergerak kesana kemari, seolah-olah bergerak mengikut irama. Kejadian ini telah menyebabkan berbondong-bondong orang ramai memerhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku dilangit bandar Netivot, selatan Israel ini.

Inilah fenomena aneh dan ganjil yang dipanggil ‘Murmuration’. Gerakan seperti kepulan awan hitam di langit ini sebenarnya adalah kumpulan jutaan ‘Burung Starlings’.

Sebenarnya sudah lebih 20 tahun kelibat ‘Burung Starlings’ tidak pernah kelihatan lagi di langit Israel, buat pertama kalinya burung ini dilaporkan berlegar-legar di atas ‘Laut Galilee’. (Laut Galile dipercayai tempat keluarnya Dajjal laknatullah, kejadian ini akan berlaku bila mana air laut ini menjadi kering), menurut pakar-pakar di sana mengapa fenomena ini berlaku sukar untuk di terangkan.

Puluhan jutaan burung ini di percayai datang dari Rusia dan Eropah Timur.-alamcyber



Jom saksikan videonya di bawah





Orang yang mengkaji tentang keduniaan memang tiada hairan dengan fenomena ini, sama seperti dengan orang putih yang mengkaji matahari timbul di sebelah barat. Bagi mereka itu adalah fenomena alam. Kawanan burung Starling atau migratory birds yang biasa dan Israel memang destinasi tahunan mereka untuk mengelirukan burung pemangsa seperti helang, falcon dsbnya..Tetapi bagi kita umat islam yang mempercayai kebesaran Allah, ini  adalah satu perkara yang amat besar dan luar biasa...sama seperti burung Ababil yang hanya kelihatan di langit tapi di sebalik kuasa Allah binatang yang kecil ini mampu membawa batu-batu yang panas dan menghancurkan pakusan tentera bergajah. Jadi jangan lah pandang remeh di sebalik kejadian yang berlaku walaupun ianya hanya burung yang berterbangan..jangan mudah berkata-kata sesungguhnya kita dalam kelalaian.

2 comments:

Post a Comment

Abby Abadi Sudah Temui Pengganti Farhan?




Baru sahaja memulakan hidup solo beberapa bulan yang lalu, bekas isteri kepada Muhammad Noor Farhan iaitu Abby Abadi khabarnya sudah menemui pengganti baru. Khabar angin mula bertiup apabila Abby memuatkan gambar jejaka tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini dan disertakan sekali ucapan hari jadi khas buat insan yang bernama Khairul Azli.

Dipetik dari Ohbulan!, identiti sebenar lelaki tersebut masih belum dapat dipastikan lagi namun dikatakan beliau merupakan seorang ustaz.






Mengimbas kembali foto-foto terdahulu Abby di laman sosialnya itu, turut ditemui sekeping gambar yang memaparkan jelas rupa jejaka tersebut yang sedang melakukan aktiviti bersama anak-anak Abby.

Mungkin Azli merupakan pengganti baru kepada bekas suaminya Farhan? Sejauh mana hubungan mereka masih tidak dapat dipastikan dan kemungkinan besar sedang mengenali hati budi masing-masing.

Turut menguatkan lagi khabar angin terbabit, rakan rapat Abby yang juga bekas anggota kumpulan Elite iaitu Azza turut memberi 'hint' kepada Azli yang berbunyi "jangan lambat nanti menyesal". Jangan lambat masuk meminang Abby barangkali?

Walau bagaimanapun, semoga Abby dikurniakan jodoh yang baik buat dirinya serta anak-anaknya dan kekal sehingga ke syurga.

1 comments:

Post a Comment

Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis

Makanan Yang Wajib Dihindari Agar Perut Kempis



Perut yang kempis dan rata sememangnya menjadi idaman setiap wanita dan ternyata perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Ianya menuntut kerja keras dalam menjaga rutin senaman dan pengambilan makanan yang ketat.

Gaya hidup anda ternyata akan menentukan dan mempengaruhi ukuran lilitan pinggang dan sekaligus saiz celana anda!

Untuk itu, ayuh kuatkan semangat anda dalam memilih makanan yang berkhasiat dan cuba hindari 4 jenis makanan seperti yang dipetik dari Womenhealthmag.com ini:

1. Sayuran bergas
Terdapat beberapa sayuran yang mempunyai gas seperti brokoli, kubis, kalian dan lain-lain lagi. Namun, sayuran ini juga mempunyai banyat zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan dan seeloknya diambil dengan kuantiti yang lebih kecil.

2. Makanan yang diawetkan
Makanan ringan seperti kerepek, keropok dan juga makanan dalam tin mempunyai kandungan natrium yang tinggi. Natrium dapat meninggalkan sisa di dalam tubuh badan sehingga menyebabkan pembesaran pada bahagian perut dan di sekitar kawasan lain. Hindari pengambilan makanan jenis ini agar perut kekal rata.

3. Minuman berkarbonat
Minuman soda atau berkarbonat sememangnya perlu dielakkan selama-lamanya. Selain mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi, ianya juga terdapat gelombang udara yang akan tertinggal di sekitar perut dan menyebabkan perut kembung serta membesar. Minuman terbaik adalah air putih yang membantu 'membersihkan' perut sehingga menjadi kempis.

4. Pemanis buatan
Elakkan dari mengambil pemanis buatan yang kebiasaanya terdapat dalam hiasan pencuci mulut seperti kek. Tidak salah sekadar merasa dalam kuantiti yang kecil dan pastikan tidak mengambilnya dengan kadar berlebihan walaupun rasanya sedap dan lazat!

Selain menjaga pengambilan makanan, anda juga harus menjaga bentuk badan dengan sering bersenam secara rutin agar otot perut dapat terbentuk dan seterusnya menghalang ianya dari buncit.

Selamat mencuba!


Sumber: tupai.com.my

0 comments:

Post a Comment

Berhati-Hati Kerana Kita Boleh Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar.




Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan
Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya:

Apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon. Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

0 comments:

Post a Comment

10 GADIS TERSEKSI YANG TERKENAL DI ARAB

Dunia hiburan di negara-negara Arab ternyata tidak kalah gemerlapnya jika dibandingkan dengan negara lain. Kegemerlapan ini diserlahkankan oleh gaya hidup, mode, dan tingkah laku para selebritinya.


Dari sekian banyak wanita yang berkecimpung di dunia hiburan sana, muncul 10 wanita yang disebut-sebut paling sexy dan bahkan dikenal sebagai selebriti dunia.


May Hariri


May Hariri adalah penyanyi dan menempati peringkat pertama daftar wanita tersexy Lebanon tahun ini. Ia memulai karier sebangai penyanyi pada 2004 dengan lagu hitsnya yang berjudul “Ha Sahhar Ouyounou”. Sampai sekarang, May Hariri sudah memiliki 5 album yang laris di pasaran.



Rania Al Abdullah.

Rania Al Abdullah adalah ratu Jordan. Baginda merupakan seorang wanita yang pintar, mempedulikan pendidikan, dan pejuang hak-hak wanita di negaranya. Dan tentunya, baginda bertubuh seksi walaupun usianya sudah menginjak 39 tahun.



Jenna Dewan

Jenna adalah wanita kelahiran Lebanon. Ia memulai karier sebagai penari di tournya Janet Jackson dan Ricky Martin, dan kemudian dia menjadi model video klip Justin Timberlake dan Mandy More. Pada 2006 ia menjadi pemain drama Steup Up bersama suaminya Channing Tatum.


Karima Adebibe
Karima Adebibe menghentak panggung dunia hiburan pada 2006 ketika ia dipilih sebagai pemeran di video gama Lara Croft (wanita ketujuh untuk peranan itu). Wanita berdarah campuran Maroko, Iran, dan Yunani ini tidak diragukan lagi memiliki charisma dan tubuh yang atletic.




Haifa Wehbe


Haifa Wehbe disebut-sebut sebagai Madonna Timur Tengah. Bintang pop asal Lebanon ini memulai karier sebagai model pada usia remaja.

Saat berusia 16 tahun, dia merebut gelaran Miss Lebanon Selatan. Di bidang muzik dia bermulai dengan album pertamanya pada 2002. Pada tahun 2006 ia ditunjuk sebagai penyanyi pembuka konsertnya 50 Cent di Beirut. Pada tahun yang sama ia juga dinobatkan sebagai 50 Most Beautiful People oleh majalah People.


Nadine Njeim


Nadine Njeim adalah Miss Lebanon 2007. Dia menyukai olahraga ekstrim, membaca, dan bernyanyi jazz. Jiwa sosialnya tinggi kerana dia menjadi salah seorang tenaga medik Palang Merah Lebanon.


Valerie Dominguez


Valerie Dominguez lahir di Syria, namun berhijrah bersama orang tuanya ke Colombia. Pada tahun 2005 wanita berdarah campuran Syria dan Lebanon ini meraih gelaran Miss Columbia dan menjadi wakil negara itu ke pertandingan Miss Universe 2006.


Leila Bekhti


Leila Bekhti mulai dikenal dunia semenjak berperanan sebagai wanita muslim di dalam filem Perancis berjudul Quais de Seine.

Wanita berusia 25 tahun ini mengecapi penghargaan Gran Jury pada Festival Film Cannes 2006 sehingga ia menjadi utusan rasmi Perancis di Oscar 2006. Semenjak itu, tubuh sexy-nya sering menghiasi majalah-majalah hiburan dunia.


Yamila Diaz-Rahi


Yamila Diaz-Rahi adalah artis keturunan Lebanon dan Sepanyol. Dia lahir dan besar di Argentina, dan memulai karier sebagai foto model.

Sampai sekarang, wanita sexy ini sering menghiasi sampul majalah ternama seperti Harper’s Bazaar, Marie Claire, Glamour, and Elle.

Yang menjadi fenomenanya adalah dia 8 kali menjadi cover majalah Sports Illustrated. Dengan rambut panjang, bibir merekah, dan tubuh yang seksinya, Yamila disebut-sebut sebagai wanita paling cantik.


Hoda Fadel


Hoda Fadel adalah model dan presenter ternama di Lebanon. Pada 2008, ia menjadi presenter di acara Candy Girl untuk Rotana Music TV.

Yang menghebohkan, dia dikenali sebagai wanita pesta tahun ini di mana ia sering menari-nari setengah bogel.

0 comments:

Post a Comment

Kajian Dedahkan Majoriti Pengundi Melayu Selangor Mahu PAS Tinggalkan Pakatan

Kajian Dedahkan Majoriti Pengundi Melayu Selangor Mahu PAS Tinggalkan Pakatan



Hampir 3 daripada 5 pengundi Melayu di Selangor mahu PAS meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), manakala kebanyakan pengundi Cina dan India mahu gabungan itu kekal utuh, menurut kajian bersama yang dijalankan The Malaysian Insider dan Merdeka Centre.

Kaji selidik yang dijalankan semasa kemuncak krisis menteri besar Selangor mendapati pengundi Selangor terbahagi sama rata antara mereka yang mahu parti Islam itu keluar atau kekal dalam pakatan itu, manakala seorang daripada 6 pengundi tidak membuat keputusan.

Pecahan etnik seramai 808 responden bagaimanapun menunjukkan 58% Melayu mahu PAS keluar daripada PR. Tetapi, hanya 29% daripada pengundi Cina, dan 19% pengundi India bersetuju.

"Saya percaya pengundi Melayu itu adalah gabungan penyokong Barisan Nasional dan PAS yang percaya terdapat kekurangan apabila bersama Pakatan," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Ibrahim berkata, PAS tidak akan mendapat keuntungan dengan mendengar sentimen pengundi Melayu Selangor dan tindakan meninggalkan PR hanya akan memberi manfaat kepada pesaing politik mereka.

"Di Selangor, PAS pasti akan kalah jika ia melakukannya secara sendirian. 50% daripada pengundi terdiri daripada bukan Melayu. Walaupun pertandingan PAS di kawasan yang dominan Melayu, mereka masih bergantung kepada undi bukan Melayu," katanya.

Kaji selidik yang berlangsung dari 11 Ogos hingga 17 Ogos itu juga mendapati jurang etnik yang jelas apabila pengundi ditanya sama ada PAS sepatutnya menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar.

Sebanyak 81% pengundi Melayu yang ditemubual berkata PAS harus terus menyokong Khalid walaupun selepas PKR menyingkirkannya, berbanding 21% Cina dan 33% India.

Ketika ditanya apa yang PAS patut lakukan semasa tempoh kebuntuan, 40% Melayu yang ditemubual berkata PAS perlu bekerjasama dengan Umno Selangor untuk menyokong Khalid, manakala 31% daripada mereka berkata PAS harus menyokong Khalid walaupun PR akan berpecah kerananya.

Hanya 14% daripada orang Melayu bersetuju PAS harus berlembut dan bersetuju dengan PKR dan DAP.
Sebaliknya, 4% daripada Cina dan 8% daripada pengundi India berkata "ya" kepada perikatan Umno-PAS di Selangor untuk menyokong Khalid; dan 12% Cina dan 8% daripada pengundi India bersetuju PAS harus menyokong Khalid walaupun PR akan berpecah.

Bagaimanapun 55% dan 53% daripada orang Cina dan India, mahu PAS bersetuju dan menyokong keputusan sekutunya untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Ketika ditanya mengapa ada kecenderungan Melayu mahu PAS menyokong Khalid, Ibrahim berkata satu sebab adalah kerana beliau bakal digantikan seorang wanita.

Kaji selidik itu mendedahkan hanya 34% daripada responden Melayu berasa negara sudah bersedia menerima menteri besar wanita secara umum, berbanding 83% daripada pengundi Cina dan India yang bertindak balas secara positif kepada idea itu.

"Satu perkara lagi ialah, terdapat perpaduan antara sokongan daripada orang Melayu yang merupakan penyokong BN, yang mahu Khalid kekal. Kita juga dapati ada penyokong PAS bersama-sama ketetapan parti," kata Ibrahim.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura parti itu pada mulanya memberi sokongan kepada Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. Tetapi Jawatankuasa Pusat PAS akhirnya mengambil keputusan pada 17 Ogos – hari terakhir kaji selidik Merdeka Centre - untuk menyokong Dr Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali untuk jawatan itu.

Khalid kekal sebagai menteri besar walaupun dipecat PKR kerana Sultan Selangor memberikan perkenan kepadanya pada 11 Ogos selepas diyakinkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu masih mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Khalid meletak jawatan pada 26 Ogos, selepas PAS mengumumkan ia tidak lagi menyokong beliau. Bagaimanapun, Sultan menunda peletakan jawatannya dan mahu beliau kekal sehingga menteri besar baharu dilantik.

Sultan Sharafuddin Idris Shah juga menetapkan setiap pemimpin parti dalam PR menghantar lebih daripada tiga nama untuk jawatan menteri besar Selangor, walaupun PR sudah mengemukakan surat sokongan kepada Dr Wan Azizah, yang ditandatangani 30 Adun.

PKR dan DAP memutuskan untuk berpegang kepada keputusan asal mereka dengan hanya mencalonkan Dr Wan Azizah di sebalik titah Sultan, merujuk kepada konvensyen 2013 dan 2008.

Bagaimanapun, PAS menghantar nama Dr Wan Azizah dan Azmin kepada istana, satu tindakan yang boleh menyebabkan ketegangan hubungan antara ketiga-tiga sekutu PR. - TMI - 4 September, 2014

2 comments:

Post a Comment

Penghabisan Dunia Akhir Zaman Bermula di Malaysia?








Fasa 1

Keadaan umat Islam di Rusia makin merosot setelah Presiden Vladimir Putin menentang keras pemakaian tudung di persekitaran sekolah-sekolah. Ucapan Presiden Putin ini semakin menambah kontroversi yang berkembang di Rusia tentang larangan keras bagi murid perempuan Muslim yang bertudung untuk bersekolah.

Fasa 2

Terdiri daripada Bumi Syam meliputi Syria, Palestin, Jordan dan Lebanon. Syam merupakan benteng ummat Islam ketika berlakunya malhamah kubro [perang dahsyat akhir zaman].



Berlakunya konflik ke atas umat islam.

Selepas revolusi kebangkitan rakyat berjaya menggulingkan kerajaan Tunisia dan Mesir, protes pertama bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lalu berikutan penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.

Tunjuk perasaan itu akhirnya merebak ke beberapa bahagian lain di Syria selepas pasukan keselamatan rejim Assad mula bertindak ganas dan melepaskan tembakan rambang ke arah kumpulan penunjuk perasaan.

Sayang sekali masih ada diantara ummat Islam yang masih lelap dalam tidur yang panjang, enak dengan segala makanan, tidak ada sikap peduli sedikitpun, apalagi merasakan penderitaan dan kesusahan ummat Islam di Syria yang pada ketika ini dizalimi.

China juga tidak terlepas dengan konflik terhadap umat islam

Kini kerajaan China bertindak melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini, sama seperti tahun sebelumnya. Larangan itu dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing disampaikan kepada orang ramai melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar. Sebuah laman web lain menyebut: “Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa.” Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.

Sudah 40 tahun kerajaan malaysia menjalinkan hubungan dengan kerajaan cina, atas dasar semua umat Islam itu bersaudara, ada baiknya kerajaan malaysia beri sedikit teguran kepada kerajaan cina supaya menghormati hak-hak umat Islam.

Fasa 3

Melibatkan konflik Politik di Negara Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India.



Kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?

Dikala saudaramu di Bangladesh dibunuh, diseksa, dikurung, ditindas oleh orang yang mengaku diri mereka Islam sendiri, dunia hanya membutakan mata, diam membisu, memekakkan telinga. Buang sentimen sempadan negara bangsa, semaikan sentimen aqidah Islamiah.

Fasa 4

Melibatkan negara-negara seperti Myanmar, Filipina, Kemboja dan Thailand . Berjuta-juta umat Islam sedang menderita , ditindas dan dibunuh.



Kekejaman yang berlaku di negara-negara tersebut secara umumnya adalah lebih dahsyat dan buas berbanding di tempat-tempat lain. Mereka tidak mampu untuk mem­bolehkan suara mereka didengari oleh dunia luar, dan mereka terus bergelut untuk me­neruskan penghidupan walaupun sebenarnya bagi kebanyakan kes, mereka sudah mati akal, manakala tanah dan harta benda pula telah dirampas. Usaha yang hebat telah dijalankan bagi menghalang mereka dari hidup ber­landaskan kepada agama yang dianuti, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk meng­asimilasi mereka dengan mengenakan tekanan dan sistem pemerintahan yang zalim.

Fasa 5

Terdiri daripada Malaysia, Indonesia dan Brunai yang kini timbul huru hara huru hara konflik terhadap islam. 

Akan terjadinya kebangkitan rakyat dan protes, seperti yang terjadi di negara fasa 2 dan 3. Apabila sampainya di tahap 5 maka dunia akan sampai ke penghujungnya.




Kalau anda perhatikan kajian di atas , segala konflik bermula dari atas (fasa 5) dan akan turun ke fasa 1 yang melibatkan negara Malaysia (Negara kita), Indonesia , Brunai dan singapura. Ini adalah disebabkan kesedaran dan pegangan di kalangan kita sendiri bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata.

Suatu hari nanti kita akan sedar bahawa gerakan protes besar-besaran itu telah timbul secara spontan dan dianjur atau disusun oleh golongan muda yang tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik. Revolusi yang tercetus itu adalah bagaikan anak kecil yang mesti dibenarkan untuk membesar sendiri. Sekiranya Ikhwan atau mana-mana pertubuhan politik tergesa-gesa atau terlalu gopoh untuk mendakap anak kecil itu dan mendakwa anak kecil itu dia yang punya, sudah pastinya musuh-musuh revolusi akan membunuh anak kecil itu.

Orang awam akan mudah terpedaya apabila melihat kezaliman pemerintah ini, dan akan segera menyokong jika pemerintah itu mahu dijatuhkan. Masa ni, Kuasa-kuasa asing sebenarnya telah menjadikan umat Islam sebagai sebahagian tentera mereka untuk menjatuhkan pemerintah-pemerintah yang tidak diperlukan dan menghalang mereka dalam membentuk satu sistem pemerintahan dunia yang baru di dunia ini.

Sekiranya apa yang berlaku di fasa 2 dan 3 itu adalah versi revolusi, apa yang terjadi di Malaysia pula ia adalah versi demokrasi, iaitu tentang bagaimana kuasa-kuasa asing yang tersembunyi ini cuba mengambil alih kuasa dengan menggunakan tangan-tangan orang lain.


2 comments:

Post a Comment

Jepun Semakin Pelik - Wabak "Selfie Alat Sulit"





Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yang sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj.


Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.




Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu.

"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.


Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu.


Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

0 comments:

Post a Comment

UNTUK BACAAN WANITA SAHAJA!!!




Mendapatkan Payudara Besar, Indah Serta Montok Tanpa Pembedahan.




Buat anda yang ingin memperbesarkan payudara, tetapi takut menghadapi pisau bedah, masih ada jalan meskipun hasilnya tidak memuaskan dan tidak seperti hasil kerja doktor bedah plastik. Inilah pilihan non-operasi yang layak dicuba:


1). Olahraga


Payudaya tidak memiliki otot, hanya terdiri dari sel lemak, saluran susu, dan kelenjar. Olahraga tidak boleh memperbesarka ukuran payudara, tetapi dapat menjadikan tubuh lebih tegap dan tegak. Otomatik payudara terlihat lebih besar.

Berenang membuatkan payudara terlihat lebih besar kerana melatih otot dada yang bergerak melawan air. Lakukan latihan untuk menegangkan otot pektoral di bawah payudara. Setelah otot tegang, jaringan dada menjadi lebih kencang dan kenyal. Pada dasarnya latihan membesarkan dada ini merupakan latihan pengembangan dada.


2). Pakai Bra Khusus

Pakailah bra yang dirancang secara profesional sehingga boleh memperbaiki penampilan tanpa bergantung kepada operasi implan  payudara. Bra jenis ini sukar didapati.


3). Visualisasi Payudara Lebih Besar

Anda pernah mendengar tentang the Secret? Rhonda Bryne, penulis buku fenomena itu, mendefinisikan law of attraction, iaitu sebuah prinsip tarik-menarik. Prinsip itu menerangkan apa yang kita ciptakan adalah pilihan-pilihan yang kita buat dan kita fikirkan sendiri.

Kenapa tidak mempraktikkan prinsip itu untuk membuat payudara terlihat cantik? Rilekskan diri terlebih dahulu. Picit dan usap payudara dengan lembut dan pastikan diri percaya bahawa payudara jadi lebih besar. Lakukan ini sesering mungkin saat kita merasa nyaman dengan diri sendiri.

4). Hati-Hati terhadap Janji Palsu

Selain suntik dan vakum, ada lagi suplemen yang menjanjikan boleh memperbesarkan payudara. Namun, menurut ahli spesialis kesihatan payudara dari Mayo Clinic, AS, tidak ada bukti bahwa suplemen ini benar-benar berkhasiat memperbesar payudara.

1 comments:

Post a Comment

10 Masjid Tercantik Di Dunia Edisi 2014 - Satu Daripadanya Terletak Di Malaysia

10). Masjid Kul Sharif, Kazan Russia




9). Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan



8). Masjid Sultan, Singapore



7). Masjid Baiturrahman, Bandar Aceh, Indonesia




6). Masjid Taj’ul, Bhopal, India



5). Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei



4). Masjid Zahir, Kedah Malaysia


3). Masjid Al Aqsa, Palestine



2). Masjid Al Nabawi, Madina, Saudi Arabia



1). Masjid Al Haram, Makkah, Saudi Arabia




1 comments:

Post a Comment

17 JELITAWAN FILIFINA MEMPUNYAI DARAH MELAYU.

Menurut sumber Jelitawan dari Filifina ini dikatakan mempunyai darah keturunan Melayu... Sejauh mana kebenarannya wallahualam... Jom layannnn


Angel Locsin



 MARIAN RIVERA




Sarah Geronimo



CRISTINE REYES




Kristine Hermosa



ANNE CURTIS



JEWEL MISCHE



KIM CHIU



COLEEN GARCIA




Sam Pinto



BEA ALONZO




RHIAN RAMOS



SHAINA MAGDAYAO




JENNYLYN MERCADO




HEART EVANGELISTA



SOLENN HEUSSAFF




Jackie Rice


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ