Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



BENARKAH LANGIT MEMPUNYAI TUJUH LAPISAN?





LAPISAN-LAPISAN ATMOSFERA



Satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an adalah bahwa langit terdiri atas tujuh lapis.


“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al Qur’an, 2:29)
Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.” (Al Qur’an, 41:11-12)


Kata “langit”, yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Qur’an, digunakan untuk mengacu pada “langit” bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan makna kata seperti ini, terlihat bahwa langit bumi atau atmosfera terdiri dari tujuh lapisan.




Saat ini benar-benar diketahui bahwa atmosfir bumi terdiri atas lapisan-lapisan yang berbeda yang saling bertumpukan. Lebih dari itu, persis sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an, atmosfera terdiri atas tujuh lapisan. Dalam sumber ilmiah, hal tersebut diuraikan sebagai berikut:

Para ilmuwan menemukan bahwa atmosfer terdiri diri beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeda dalam ciri-ciri fisik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfer yang terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan massa atmosfer. Lapisan di atas troposfer disebut STRATOSFER.A LAPISAN OZON adalah bagian dari stratosfer di mana terjadi penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut MESOSFERA. 


TERMOSFERA berada di atas mesosfer. Gas-gas terionisasi membentuk suatu lapisan dalam termosfer yang disebut IONOSFERA. Bagian terluar atmosfer bumi membentang dari sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini dinamakan EKSOSFERA. (Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 319-322)


Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah tersebut, kita ketahui bahwa atmosfera tepat terdiri atas tujuh lapis, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut.

  1. Troposfera
  2. Stratosfera
  3. Ozonosfera
  4. Mesosfera
  5. Termosfera
  6. Ionosfera
  7. Eksosfera



Keajaiban penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12,


… Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.


Dengan kata lain, Allah dalam ayat ini menyatakan bahwa Dia memberikan kepada setiap langit tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat dipahami, tiap-tiap lapisan atmosfir ini memiliki fungsi penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk hidup lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga perlindungan terhadap impak meteor yang berbahaya.

Atmosfera bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan terendah dinamakan troposfir. Hujan, salju, dan angin hanya terjadi pada troposfera.

Adalah sebuah keajaiban besar bahwa fakta-fakta ini, yang tak mungkin ditemukan tanpa teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Qur’an 1.400 tahun yang lalu.


Oleh: Harun Yahya


0 comments:

Post a Comment

Hukum Mengelak Kehamilan Setelah Berjimak





Mengelak Kehamilan Setelah Berjimak

Soalan:

Saya telah ditanyai dengan persoalan apakah hukumnya seorang wanita yang meminum minuman bergas yang dicampur dengan panadol untuk mengelakkan kehamilan setelah melakukan perhubungan dengan suaminya?

'Izzah, Gombak


Jawapan:

Berbagai kaedah telah ditemui oleh para ahli tentang cara menjarak kehamilan, atau mengatur kehamilan. Bahkan para ulama juga telah menyetujui diantara kaedah-kaedah dan penemuan moden tentang pengaturan jarak kehamilan tersebut. Jika usaha menghindarkan kehamilan yang puan lakukan kerana demi menjaga kemaslahatan kesihatan anda ataupun untuk menjaga kesihatan bayi yang masih kecil, maka usaha tersebut tidaklah berdosa. Tapi jika menghindarkan kehamilan lantaran takut miskin dan ingin sentiasa nampak cantik dan ramping maka pekerjaan ini tidak termasuk sunnah Rasulullah SAW.

Setelah melakukan jimak kedudukan sperma dalam rahim belum berbentuk apa-apa, ertinya belum terjadi pembentukan organ janin, jadi jika kita meminum ramuan tersebut menyebabkan sperma itu tidak berfungsi tidaklah bererti kita telah membunuh janin, kerana ketika itu ia belum terbentuk kehidupan.




Mencegah Kehamilan


Soalan:

Apakah hukum seseorang wanita menggunakan 'IUCD' (sejenis alat yang dimasukkan ke dalam sistem peranakan wanita bagi mencegah kehamilan) diatas sebab-sebab kesihatan yang memerlukan jarak kehamilan dilakukan dan apabila wanita itu meninggal dunia. Adakah alat tersebut wajib dikeluarkan dari tubuh badan beliau?

Aniza, Bukit Kayu Hitam


Jawapan:

Pemandulan ialah satu cara untuk mencegah kehamilan kepada perempuan selama-lamanya atau sementara waktu. Jika untuk selama-lamanya tidak ada perselisihan di kalangan ulamak dari segi pengharmannya, kerana ia menghapuskan keturunan yang diperintahkan oleh syarak menjaganya ataupun memperbanyakkannya. Menurut Ibnu Hajar, "haram menggunakan sesuatu yang boleh menghapuskan kandungan selama-lamanya sebagaimana yang ditegaskan oleh kebanyakan ulamak, inilah yang zahirnya".

Pemandulan selama-lamanya berlaku dengan cara memotong saluran mani dan mengikatnya bagi lelaki dan dengan cara membuang saluran telur dan rahim atau memotong dua saluran falopian dan mengikatnya bagi perempuan. Sedangkan pemandulan sementara pula hukumnya adalah harus atau boleh kerana dikiaskan dengan 'azal (maksudnya suami memancarkan maninya di luar rahim isterinya untuk mengelakkan dari mengandung).

Al Bujairimi menjelaskan "Adapun melambatkan atau menjarakkan kehamilan buat sementara waktu dengan tidak menghentikannya sama sekali maka hukumnya tidaklah haram, menurut pendapat yang zahir, malah jika dengan sebab sesuatu keuzuran seperti faktor kesihata, untuk mendidik anak tidaklah makruh hukumnya melewatkan masa mengandung. Jika tidak ada alasan yang kuat maka hukumnya makruh".

Jadi jika usaha yang anda lakukan untuk menjarakkan kelahiran anak hanya bersifat sementara waktu dan dilakukan dengan sebab-sebab keuzuran atau faktir kesihatan dan lain-lain yang dapat dierima dari segi syarak, maka dibolehkan menjarakkan kehamilan. Seandainya dalam masa memakai alat menjarangkan kehamilan itu wanita tersebut meninggal dunia, maka tidak perlulah menyakiti si mayat dengan bersusah payah mengeluarkan sesuatu yang hukumnya harus atau boleh. Dengan memegang syarat bahawa tujuan pemasangan alat tersebut hanya bersifat sementara bukan sebaliknya dengan tujuan untuk selama-lamanya yang menyebabkan pemakaian alat tersebut menjadi haram.
Wallahu A'lam.


0 comments:

Post a Comment

VIDEO THE TORCH TOWER DUBAI 79 TINGKAT TERBAKAR




20/2/2015 - Bangunan kediaman tertinggi di dunia 79 tingkat The Torch Tower, Dubai terbakar. Beribu-ribu penghuni telah berjaya menyelamatkan diri.  Setakat berita ini disiarkan tiada kelaporan cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Kerugian ditafsirkan secara kasar melebihi ratusan juta USD. Punca kebakaran masih belum diketahui.



















0 comments:

Post a Comment

Rumah John Travolta Yang Unik


Di bawah adalah kediaman peribadi milik bintang terkenal Hollywood John Travolta di Florida. Dianggarkan bernilai $2.5 million. Dan pesawat peribadi tersebut juga adalah miliknya…


Ya, John menerbangkan sendiri pesawat tersebut.

Agak-agak berapakah kos ‘maintainence’ untuk semua ini ya?
















0 comments:

Post a Comment

Wajah-wajah Syaitan Di Dunia Nyata





Ya, mungkin dengan gaya sebegini mereka mahu digelar sebagai ‘the devil in real life’?

Untuk info mereka adalah sebahagian peserta yang menghadiri sebuah acara Ekspo Tatto Antarabangsa di Venezuella.

















0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Terjadinya Fenomena 4 Matahari Di China






Sebenarnya fenomena 4 matahari di China ini telah lama berlaku tetapi ceritanya kembali hangat sejak kebelakangan ini... jom baca kisahnya yang dipetik di sebuah blog dari negara jiran.


Munculnya fenomena alam 4 Matahari di China bikin heboh dunia maya. Terlebih adanya video youtube yang menguatkan Kejadian Aneh 2010 ini. Sempat beredar isu kalau hal ini merupakan pertanda akan datangnya hari kiamat. Sebelumnya juga pernah berhembus berita heboh tentang penemuan embrio Matahari Baru.

4 Matahari di China

Fenomena 4 Matahari ini direkam oleh warga di Kota Laiyang, Provinsi Shandong, China. Fenomena tersebut terjadi sekitar belasan menit, dari pukul 16.00 hingga 16.50 waktu setempat pada 27 Maret 2009. Munculnya empat matahari secara bersamaan kini sedang ramai dibahas di beberapa forum internet dan jejaring sosial.

Menurut ahli LAPAN, Thomas Djamaludin menegaskan hal itu fenomena alam biasa dan sering terjadi.

“Fenomena itu dinamakan sun dog atau anjing penjaga matahari. Cahaya tersebut biasa muncul di kanan kiri halo sehingga sering dianggap matahari meskipun memiliki ukuran lebih kecil,” Fenomena sun dog juga pernah terjadi di Thailand dan Kazakhtan, pada Februari 2007.

Namun secara imlu pasti hal tersebut bisa di definisikan sebagai peristiwa parhelion atau yang lebih dikenal sebagai Sundog. Sundog adalah fenomena atmosferik yang menghasilkan titik terang cahaya di langit. Fenomena ini terjadi karena adanya pembiasan cahaya. Sundogs dibentuk oleh pelat-kristal es berbentuk heksagonal di awan cirrus tinggi yang dingin dan melayang dimana udara pada tingkat yang rendah saat itu.

Kristal ini bertindak sebagai prisma, membelokkan sinar cahaya melewati mereka dengan sekitar sudut 22 derajat. Apabila kristal-kristal berorientasi secara acak, sebuah cincin lengkap mengelilingi matahari akan terlihat fenomena halo. Namun seringkali kristal-kristal tenggelam di dalam udara menjadi vertikal selaras sehingga sinar matahari dibiaskan horizontal.

Lihat video 4 Matahari di China berikut untuk memperjelas tentang gejala fenomena alam Sun Dog :




0 comments:

Post a Comment

Syiling Emas Khalifah Islam Ditemui Di Dasar Laut




TEL AVIV – Sekumpulan penyelam skuba gempar apabila menemui hampir 2,000 keping duit syiling emas berusia lebih 1,000 tahun ketika menyelam di perairan Mediterranean, Israel, kata pihak berkuasa antikuiti Yahudi kelmarin.

Harta karun itu dipercayai milik khalifah dinasti Islam Fatimiah yang mentadbir sebahagian besar kawasan di Asia barat Timur Tengah dan Afrika Utara dari tahun 909 hingga 1171 masihi.

“Penemuan syiling emas itu adalah yang terbesar di Israel,” kata pihak berkuasa berkenaan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, syiling emas seberat sembilan kilogram itu ditemui beberapa minggu lalu di dasar laut sebuah pelabuhan purba, Caesarea, yang wujud pada era pemerintahan empayar Rom.

“Pada mulanya penyelam-penyelam itu menyangka hanya menemui syiling mainan sehinggalah mereka sedar ia syiling sebenar. Beberapa keping syiling itu diambil untuk ditunjukkan kepada pengarah kelab selaman mereka bagi memaklumkan tentang penemuan itu,” kata pihak berkuasa.

Pengarah Unit Arkeologi Maritim Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, Kobi Sharvit berkata, beberapa ekskavasi akan dilakukan bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk dalam usaha mengenal pasti asal usul harta karun tersebut.

“Kemungkinan juga itu adalah bangkai sebuah kapal perbendaharaan yang dalam perjalanan ke pusat pemerintahan di Mesir serta membawa hasil cukai yang telah dikutip.

“Terdapat kemungkinan syiling emas itu berasal dari kapal perbendaharaan yang karam ketika menuju ke pusat pemerintahan Dinasti Fatimiah di Mesir dengan membawa hasil cukai,” kata Sharvit.

“Penemuan tersebut sangat berharga dan tidak ternilai,” kata seorang jurucakap, Yoli Schwartz.

Menurutnya, harta karun itu hak Israel dan tiada ganjaran untuk mereka yang menemuinya. 









0 comments:

Post a Comment

Akhirnya Kisah TG Nik Aziz Tahajjut Semasa Koma Dinafikan Oleh Sepupu Ustaz Ahmad Dasuki..






Sebelum tu.. baca dan fahamkan betul-betul dan baca hingga habis ayat ini.. Bukannya hendak memperkecilkan Tok Guru Nik Aziz tapi aku cuma mempersoalkan apa motif individu yang dikenali sebagai seorang Ustaz itu menyebarkan cerita begini?

Sepertimana yang diketahui umum, TG Nik Aziz sekarang sedang diuji dengan sakit, dilaporkan beliau menghidapi kanser prostat, serangan kuman di paru² dan di otak dan terpaksa di'koma'kan (induced coma) supaya memudahkan proses rawatan.

Malangnya di saat TG Nik Aziz sedang duji dengan kesakitan, muncul kisah yang boleh dianggap karut yang sukar untuk diterima oleh akal fikiran kita yang waras.




Lebih malang lagi ianya didakwa disebar oleh seorang individu yang bergelar Ustaz.. apa motifnya entahlah..

Ianya mengisahkan TG Nik Aziz bangun setiap jam 4 pagi untuk menunaikan tahajjut walaupun sudah di'koma'kan.

Selepas bertahajjut beliau minum teh dan kembali koma semula. Lepas tu bangun balik untuk solat Subuh, berbual dan sebagainya.

Kisah ini sudah tersebar dalam berbagai media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Wechat serta berbagai lagi medium..

Dan ianya juga telah disiarkan oleh HarakahDaily pada 25hb Januari yang lalu dengan tajuk "Masya Allah...keajaiban Tuan Guru Nik Aziz di ICU".. lihat di SINI

Kisahnya berbunyi begini...

Diceritakan di dalam tazkirah oleh AlFadhil Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani (anak sedara TGNA), bahawa doktor telah memberi taklimat kepada ahli-ahli keluarga terdekat dan telah memaklumkan yang TGNA telah diserang oleh kuman ke paru-paru dan dah sampai ke otaknya juga menyebabkan otaknya bengkak.

Doktor meminta ahli keluarga bersiap mnghadapi sebarang kemungkinan. Beliau telah diberikan suntikan ubat pembunuh kuman (ubat yg paling kuat) oleh doktor yg merawatnya.

Menurut doktor yang merawatnya ubat ini tidak boleh diberikan ketika seseorang itu sedar, untuk menyuntik ubat tersebut perlu dibiuskan dulu kerana ia akan menyakitkan pesakit. Setelah pengsan barulah ubat baru boleh disuntik.

Sesuatu yang ajaibnya, walaupun setelah TGNA pengsan dan ubat dimasukkan (dah dua malam beliau dipengsankan) TGNA apabila tepat jam 4 pagi akan bangun bertahajjud (amalan yang tak pernah beliau tinggalkan sejak baligh) dan pengsan semula.

Dan berikut adalah rakaman audio yang mengisahkan kisah di atas..








Kisah yang tersebar itu telah dinafikan oleh sepupu kepada Ustaz Dasuki Abd. Rani sendiri Mohd Sabri Salleh dilaman Facebook miliknya.

Menurut Sabri beliau yakin apa yang sedang tersebar itu datangnya dari Ustaz Dasuki sendiri.

Sebabnya bagi beliau adalah sesuatu yang pelik jika ada keluarga terdekat yang membawa atau mereka cerita yang tidak masuk akal ini.

Sebenarnya menurut beliau TG Nik Aziz telahpun sedar pada sebelum Subuh hari pertama beliau dimasukkan ke ICU 2 Delima, HUSM.

Selepas Subuh hari tersebut beliau telah mampu minum dan memesan Teh 'O' Suam..

Baca apa yang terpapar dalam print screen di bawah ni..




Facebook Mohd Sabri sila lihat di SINI ..

Sebagaimana dia mengharap agar semua pihak agar menghentikan sebaran perkara ini kerana bimbang akan salah faham yang berlaku.


0 comments:

Post a Comment

Altantuya: Sirul Kata Akan Dedahkan Tapi Kenapa Najib Yang Melatah?




Altantuya: "Mengarut semua tu, mengarut," kata Najib menafikan dakwaan Sirul

Sungguh menghairankan.. Sirul dilaporkan mahu membuat pendedahan tentang kes pembunuhan Altantuya..

Tiada satu namapun yang telah disebutnya secara jelas terlibat dalam kes pembunuhan ini..

Yang dilaporkan hanya Sirul mendakwa beliau membunuh Altantuya kerana bertindak mengikut arahan..

Arahan siapa tak disebutkannya lagi buat masa ini..

Tapi Ketua Polis Negara tanpa sebarang siasatan,secara melulu berkata Sirul yang kini di Australia mungkin bertindak demikian kerana dipengaruhi pihak tertentu atau ditekan supaya tampil membuat kenyataan yang tidak benar.

Manakala Najib pula yang pernah bersumpah dalam Masjid mengatakan langsung tak kenal Altantuya di Masjid Guar Perahu semasa kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu turut mengulas mengenai kes ini..

Kata Najib Sirul mengarut..

Soalnya sekarang kenapa kedua-dua individu di atas perlu memberikan ulasan tentang apa yang akan didedahkan oleh Sirul ini?.. lantak dia lah nak cakap apa pun..

Macam terasa saja depa tu...

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap bekas komando polis Sirul Azhar Omar membuat kenyataan mengarut apabila mendakwa beliau bertindak mengikut arahan ketika membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Wisma MCA hari ini, Najib yang sebelum ini turut dikaitkan dengan mangsa kes bunuh itu, enggan mengulas lanjut.

"Mengarut semua tu, mengarut," katanya sambil menggelengkan kepala.

Najib diminta mengulas dakwaan Sirul, yang kini ditahan di Australia, yang dilaporkan Malaysiakini pada Selasa mendakwa, beliau menerima arahan untuk membunuh Altantuya sedangkan pembunuh "sebenar" masih bebas.

"Saya menerima arahan. Orang-orang penting dengan motif tertentu masih bebas," katanya dalam satu wawancara dengan portal berita itu.

Semalam, Sirul dilaporkan berkata pegawai kanannya ketika itu, Timbalan Penguasa Musa Safri, sepatutnya dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu.

Ketika kejadian, Musa merupakan pembantu peribadi Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Dia sepatutnya dipanggil menjadi saksi oleh pihak pendakwa," Sirul dipetik berkata oleh Malaysiakini dalam satu laporan eksklusif.

Sirul, 43, juga memberitahu Malaysiakini beliau tidak pernah mengenali Altantuya atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan kawan rapat Najib – yang dibebaskan atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan itu.

Bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu sebelum ini mendakwa anaknya datang ke Malaysia khusus untuk berjumpa dengan Najib.

Mahkamah Rayuan pada 2013 membebaskan Sirul dan Ketua Inspektor Azilah Hadri, mengatakan Hakim Datuk Mohd Zaki Yasin membuat kesilapan yang serius dalam perbicaraan termasuk dengan tidak memanggil Musa.

Panel tiga hakim mahkamah rayuan itu berkata kegagalan meletakkan Musa di kandang saksi penting bagi pihak pendakwaan untuk merungkaikan jalan cerita kes itu.

Pada 13 Januari, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menghukum mereka ke tali gantung, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan ~ The Malaysian Insider


0 comments:

Post a Comment

AKIBAT SOLAT DI HUJUNG-HUJUNG WAKTU!!!

         Gambar Hiasan                           


Para Malaikat menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit
dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya,
puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorang pun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat
Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;

"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;

"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang
panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,

"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,

"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng -gelengkan kepalanya,

"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat
lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.


Kongsikan kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu
seseorang mengetuk pintu hati mereka.

Siapa tahu? 
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.
peringatan untuk saya juga..

-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang.


0 comments:

Post a Comment

KESIHAN SUNGGUH! ANWAR KENA PAKSA NYANYI LAGU NEGARAKU DALAM PENJARA




Anwar dipaksa nyanyi ‘Negaraku’, ucap ‘Selamat Pagi Cikgu’

KUALA LUMPUR 18 FEB: Papa dipaksa menyanyi lagu negaraku tetapi enggan berbuat demikian kerana beliau adalah mangsa tahanan politik, cerita Nurul Nuha Anwar apabila diminta realiti kehidupan Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh.
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu.
Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.

“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang.

Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat.

“Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.

“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.

“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.

“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung.

Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh itu kata terlalu lama untuk mereka memendam rindu. - keadilan.daily

0 comments:

Post a Comment

Kerana Mahu Jumpa Ustaz Kazim, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Hadir Kuliah





Ipoh, 15/2/2015 – Seorang wanita warga emas tiba-tiba rebah ketika menghadiri kuliah bulanan yang disampaikan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias di Kediaman Menteri Besar Perak, di sini, pagi tadi.

Lat Senawi, 75, adalah salah seorang peserta lawatan penduduk dari Kampung Keluarga Bahagia, Kuala Perlis tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika kuliah baru bermula.

Kemudiannya, dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sebelum disahkan meninggal dunia.

Turut mengiringi jenazah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Mohd Kazim.‎

Selesai urusan di HRPB, jenazah di bawah ke Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi untuk disolatkan dengan diimamkan sendiri Mohd Kazim.

Ceramah berkenaan anjuran Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (Kadir) yang diadakan secara bulanan.

Sementara itu Dr Zambry melalui laman Facebooknya mendoakan agar roh allahyarham di tempatkan di kalangan para soleh dan solehah.

“Arwah merupakan peserta lawatan penduduk dari Kg Bahagia, Kuala Perlis.

Arwah tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika kuliyah hendak dimulakan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun” ujarnya sebentar tadi.

Mohd Kazim turut melahirkan rasa sedihnya apabila dimaklumkan allahyarham telah lama memendam hasrat untuk mendengar kuliah beliau.

“Terharu, sedih semuanya ada, (allahyarham) sanggup datang dr Kuala Perlis semata-mata nak dengar kuliah dan melawat sekolah saya.

“Tetapi Allah menjemputnya di sini, jenazahnya akan disolatkan di Al Barakah tengahari ini.. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman. Al Fatihah” ujar beliau di laman Facebooknya.




0 comments:

Post a Comment

BIADAP!!! Gambar TG Nik Aziz Bertemu Karpal Singh Di Alam Lain?






Baju hitam - Karpal Singh
Baju putih - Almarhum TGNA.

Latar - seakan-akan berada di atas langit

Apakah maksud poster ni? Boleh ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia yang memimpin sebuah gerakan tak berdaftar Negaraku terangkan?

Berdasarkan tafsiran ramai pihak menyatakan lukisan ini seolah-olah cuba menceritakan pertemuan Tuan Guru Nik Aziz dengan Karpal Sing di suatu alam yang lain memandangkan kedua-dua pemimpin ini telah meninggal dunia.

Sedangkan semua tahu bahawa Karpal Singh merupakan seorang kafir harbi, manakala Allahyarham TG Nik Aziz merupakan seorang pemimpin Islam yang tinggi darjatnya. Mana mungkin seorang kafir harbi berada setaraf dengan seorang muslim yang warak.

Tindakan menyama-ratakan darjat di antara Karpal Singh Kafir Harbi dengan Allahyarham TG merupakan satu penghinaan yang berat.





Tindakan menyama-ratakan agama ini biasanya dikenali sebagai pluralisma agama dan amat ditegah dalam Islam.

Dalam diri setiap Muslim pasti terselit rasa bahawa darjat mereka sebagai seorang Muslim lebih tinggi daripada seorang kafir. Hal ini adalah hakikat, di mana Allah sememangnya senang dengan seorang Muslim berbanding seorang kafir yang dimurkai-Nya sedangkan seorang kafir itu juga merupakan keturunan Adam AS, manusia yang mempunyai tangan, kaki, mata, perlu makan, perlu bernafas dengan udara yang sama dan hidup di bumi yang sama seperti seorang muslim.

Tapi persoalannya kenapakah darjat kita sebagai seorang Muslim lebih tinggi berbanding mereka? Dan mengapa kita akan dimasukkan ke syurga manakala orang kafir akan dicampak terus ke dalam api neraka untuk selamanya. Tidak mungkin juga perbezaannya terletak pada nama yang berbeza seperti nama ”Abdullah” dan ”Johnson”, ataupun disebabkan seorang Muslim dikhatankan dan seorang kafir itu tidak, ataupun disebabkan seorang Muslim tidak memakan daging babi dan seorang lagi memakannya.

Namun hakikat sebenar perbezaan yang wujud bukanlah terletak atau tertakluk kepada perkara – perkara tersebut. Allah SWT tidak sekejam itu untuk mendiskriminasikan makhluk-Nya.

Namun perbezaan sebenar kedudukan antara seorang Muslim dan seorang kafir itu adalah kerana Islam dan kekufuran mereka terhadap Allah SWT. Islam bererti patuh kepada Allah SWT sedangkan kufur bererti tidak patuh kepada Allah SWT. Ternyatalah bahawa orang Muslim lebih mulia kedudukannya kerana mengakui Allah SWT serta mematuhi segala perintah-Nya sedangkan orang kafir itu tidak mengakui Allah SWT yang telah menciptakannya sebagai Tuhannya dan langsung tidak melaksanakan perintah-Nya.

Terdapat dua sebab yang boleh diambil kira untuk membandingkan antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu pengetahuan dan perbuatan. Orang Muslim seharusnya tahu siapa Tuhannya, mengetahui segala perintah dan larangan-Nya yakni apa yang disukai dan dibenci oleh Tuhannya.

Seterusnya individu Muslim itu perlu menjadikan dirinya hamba kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala kehendak-kehendak-Nya seta mengabaikan kemahuannya sendiri. Contohnya, apabila individu tersebut ingin melakukan sesuatu perbuatan namun bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka keinginan tersebut harus dibatalkan demi mematuhi perintah Tuhannya dan untuk tidak mengundang murka-Nya.

Begitu juga halnya dengan perbuatan yang mulia bagi Allah SWT namun tidak bagi kita, kita sebagai hambanya haruslah sentiasa patuh kerana Allah lebih mengetahui segalanya walaupun sehingga terpaksa mengorbankan nyawanya. 

Wallahu Alam..



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ