Kerana Mahu Jumpa Ustaz Kazim, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Hadir Kuliah
Ipoh, 15/2/2015 – Seorang wanita warga emas tiba-tiba rebah ketika menghadiri kuliah bulanan yang disampaikan pendakwah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias di Kediaman Menteri Besar Perak, di sini, pagi tadi.
Lat Senawi, 75, adalah salah seorang peserta lawatan penduduk dari Kampung Keluarga Bahagia, Kuala Perlis tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika kuliah baru bermula.
Kemudiannya, dia dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), sebelum disahkan meninggal dunia.
Turut mengiringi jenazah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Mohd Kazim.
Selesai urusan di HRPB, jenazah di bawah ke Pusat Pendidikan Al-Barakah di Manjoi untuk disolatkan dengan diimamkan sendiri Mohd Kazim.
Ceramah berkenaan anjuran Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (Kadir) yang diadakan secara bulanan.
Sementara itu Dr Zambry melalui laman Facebooknya mendoakan agar roh allahyarham di tempatkan di kalangan para soleh dan solehah.
“Arwah merupakan peserta lawatan penduduk dari Kg Bahagia, Kuala Perlis.
Arwah tiba-tiba tidak sedarkan diri ketika kuliyah hendak dimulakan dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Bainun” ujarnya sebentar tadi.
Mohd Kazim turut melahirkan rasa sedihnya apabila dimaklumkan allahyarham telah lama memendam hasrat untuk mendengar kuliah beliau.
“Terharu, sedih semuanya ada, (allahyarham) sanggup datang dr Kuala Perlis semata-mata nak dengar kuliah dan melawat sekolah saya.
“Tetapi Allah menjemputnya di sini, jenazahnya akan disolatkan di Al Barakah tengahari ini.. Semoga rohnya ditempatkan bersama org2 beriman. Al Fatihah” ujar beliau di laman Facebooknya.
0 comments:
Post a Comment