Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Wanita Ini Tanggung Teman Lelakinya “Selama 8 Tahun”! Namun Setelah Kaya, Ini “Balasan” Si Teman Lelaki kepada Teman Wanita Beliau ! Sangat Terharu!!!!



PUJANGGA pernah mengatakan; di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti dibelakangnya berdiri seorang wanita.

“Aku takde wang, tak punya rumah, tak punya kereta, namun aku cuma ada cinta, mahukah kamu menjadi teman hidupku?” Jika kalimat ini terucap dari mulut seorang lelaki, mahukah kamu menerimanya? Ada seorang wanita, yang setiap hari bekerja keras demi menanggung sara hidup teman lelakinya selama 8 tahun. Ramai orang yang mengata dia perempuan yang bodoh, namun hubungan mereka berdua saat ini, malah membuat iri hati semua orang.

Wanita ini bernama Dee Devlin, teman lelakinya adalah seorang atlet pertahanan diri dunia, Conor Mcgregor. Sekarang, Conor adalah seorang bintang besar UFC (kejuaraan tinju dunia). Namun jika tidak ada 8 tahun yang lalu, ia mungkin tidak sebegini berjaya..

Aku punya roti, kamu cukup balas cintaku sahaja…

Mereka bedua hidup bersama 8 tahun lebih, Conor adalah seorang penganggur, mereka berdua tinggal dalam satu apartemen kos sederhana. Seluruh sara hidup mereka ditanggung oleh pendapatan Dee. Conor bercita-cita untuk menjadi juara dalam beladiri campuran. Demi mendukung cita-cita teman lelakinya itu, Dee setiap hari bekerja keras, bahkan hampr tanpa cuti, demi memberikan makanan dengan khasiat yang baik, serta membiayai kelas latihannya.

Meski dicerca banyak orang, namun hanya Dee yang paling mengerti impian teman lelakinya sendiri. Beban hidup yang berat, membuat Dee tak pernah memiliki wang lebih untuk bersenang lenang, namun Dee tak pernah mengeluh. Sebab ia yakin, suatu saat Conor akan berhasil!

Setiap kali, saat Conor kalah dalam pertandingan, Dee tak pernah memarahinya, ia selalu menghibur dan menguatkannya, “Conor, tak apa. Suatu hari nanti pasti boleh!”

Conor akhirnya semakin lama semakin banyak memenangi pertandingan, mengalahkan satu demi satu juara dunia. Ia menjadi juara di setiap pertandingan, membuat dirinya menjadi lawan yang paling disegani.

Sokongan dari segi mental dan fizikal teman wanitanyalah, yang dapat membuat Conor menjadi sehebat hari ini. Yang menariknya, Conor tidak pernah lupa akan jasa Dee, setiap kemenangan yang diraih, pasti akan dirayakan bersama dengan Dee.

Meski Dee sudah berkali-kali menyaksikan pertandingan Conor, namun hingga sekarang, Dee selalu memeluk Conor disetiap akhir pertandingannya.

Satu demi satu pertandingan dimenangkan, membuatnya menjadi jutawan, harga bagi setiap perlawanan beliau pun semakin lama semakin mahal, dan ratusan ribu peminat yang rela membeli tiket untuk menonton pertandingannya. Kini ia dapat membeli rumah besar, kereta mewah, dan segala apa yang beliau inginkan

Setiap kali perlawanan berakhir, Conor akan selalu membawa Dee untuk membeli belah. 8 tahun yang lalu, Dee sama sekali tak akan menikmati hal ini. Diam-diam membelikan hadiah untuk memberi kejutan pada Dee..

Membawa Dee ke tempat yang mewah. Membawanya menaiki kereta mewah dan jet pribadi, yang hanya boleh mereka angankan ketika menonton melalui TV dahulu.

Namun, Conor tetap paling suka di rumah bersama Dee, meminum kopi buatan Dee, memakan masakan yang selama 8 tahun beliau makan.

Sentiasa dalam dorongan selama 8 tahun dari Dee lah, yang mebuat Conor menjadi berjaya seperti hari ini. Kisah romantik moden ini sungguh membuat inspirasi semua orang!

Hubungan yang paling baik adalah, tak peduli susah ataupun senang, tetap sentiasa saling menyokong satu sama lain!

Sumber: fafaup











0 comments:

Post a Comment

KISAH YANG DISENYAPKAN DI SEBALIK TRAGEDI TENGGELAMNYA KAPAL TITANIC

Sejarah titanic



KISAH YANG DISENYAPKAN DI SEBALIK TRAGEDI TENGGELAMNYA KAPAL TITANIC

GALLERYMAY 2, 2017 ZULSEGAMATLEAVE A COMMENT

Inilah wajah mereka yang menghalang penubuhan Federal Reserve Bank of America yg ditubuhkan oleh Rothschild & Rockefeller. Penubuhan badan yang bakal menguasai kewangan dunia.

“They all perished”. Mati dalam kapal Titanic.

Naik turun kadar interest yang ditentukannya menentukan kedudukan kewangan dunia dan turun naik nilainya. Ia dikuasai oleh Rothschild.

Federal Reserve Bank of America adalah bank yg di tubuhkan oleh Rothchild menerusi agennya dan dgn menghalang penubuhan bank ini bermakna org itu menghalang plan dan agenda Rothchild utk menguasai amerika n seperti yg kita tau… siapa yg menentang akan di bunuh.

Harus diketahui tanda tangan perbuatan Dajal (signature) ada lah tiada siapa boleh kesan, akan banyak teori wujud, ramai akan jadi suspek. Itu ada lah Signature Dajal.

=================================



ROTHSCHILD MERANCANG PEMBUNUHAN

Pada 14 April 1912, dunia telah dikejutkan dengan karamnya sebuah kapal penumpang terbesar pada zaman tersebut di mana tragedi tersebut telah membunuh kira-kira 1500 penumpang dan telah diklasifikasikan salah satu tragedi terburuk dalam sejarah dunia.

Mengikut fakta yang sedia kita maklum, punca karamnya TITANIC adalah disebabkan berlaku perlanggaran antara kapal tersebut dengan iceberg.

Dalam tempoh masa 2 jam selepas perlanggaran berlaku, kapal yang memuatkan ribuan orang kaya ternama itu, telah dilaporkan karam sepenuhnya.

Namun,terdapat satu fakta lain yang dikatakan bercanggah dengan fakta umum yang diwar-warkan sebelum ini.

(Kita sedia maklum bahawa sejarah dunia telah diputarbelit, kerana MEDIA dikuasai oleh Rothschild)

=================================

Sejarah titanic



Mengikut satu pendedahan oleh bekas ahli Illuminati yang dikeluarkan sebelum ini mendapati bahawa kapal titanic sebenarnya sengaja dikaramkan!

Ia telah dirancang dengan rapi dengan satu sebab utama.

Titanic sengaja dikaramkan atas alasan untuk membunuh 3 jutawan ternama Amerika pada waktu itu iaitu:

1) Isidor Straus – co-owner of Macy’s department store.

2) Benjamin Guggenheim – Ahli perniagaan Amerika dan pewaris lombong emas, perak dan tembaga.

3) John Jacob Astor IV – Ahli perniagaan Amerika, jutawan hartanah, pelabur, penulis, leftenan kolonel dalam perang Sepanyol-Amerika. Merupakan orang terkaya di dunia pada waktu itu.

================================

TUJUAN MEREKA DIBUNUH

Jadi,persoalannya,apa alasan untuk ketiga-tiga mereka ini perlu dibunuh???

Sebelum berlakunya tragedi tersebut,ketiga-tiga mereka ini merupakan ‘Duri Dalam Daging’ kepada institusi perbankan di Amerika pada waktu itu kerana menentang penubuhan Federal Reserve.

Penubuhan Federal Reserve telah dirancang oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan.

Mereka merupakan orang terpenting dalam institusi perbankan dunia pada waktu itu. Federal Reserve membolehkan wang dicetak tanpa perlu bersandarkan kepada mana-mana sumber seperti emas.

Hal ini akan membuatkan hutang Amerika bertambah dan akhirnya keseluruhan negara tersebut akan dikuasai oleh Rothschild, Rockefeller and J. P. Morgan. Itu perancangan kasarnya.

Disebabkan hal ini, ketiga-tiga jutawan Amerika tersebut, Straus, Guggenheim & Jacob Astor mengambil tindakan menentang sekeras-kerasnya penubuhan Federal Reserve.

Selepas kematian ketiga-tiga jutawan tersebut (Straus, Guggenheim & Jacob Astor), Federal Reserve telah berjaya ditubuhkan tanpa sebarang sekatan pada 23 Disember 1913.

Titanic karam pada 14 April 1912, tarikh yang sama dengan pembunuhan Abraham Lincoln yang menolak Federal Reserve.

Tarikh ini sengaja dirancang oleh Rothschild kerana permainan ‘angka’ adalah agama Illuminati yang berkaitan dengan sihir.

Ini adalah konspirasi agung Rothschild seperti tragedi 9/11, MH370, MH17, etc.

Salah satu fakta logik yang perlu anda tahu adalah, J.P. Morgan sepatutnya turut menyertai pelayaran bersama Titanic namun telah menarik diri di saat akhir.

Adakah ia kebetulan???

Allahu’alam…

0 comments:

Post a Comment

NASIHAT SITI KASIM BUAT ISLAM

NASIHAT SITI KASIM BUAT ISLAM



NASIHAT SITI KASIM BUAT ISLAM

1. Beberapa jam yang lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia baru sahaja meminta pihak BERNAMA memberikan penjelasan mengapa program bersama Siti Kasim dibatalkan. Ini barangkali bagi menjamin hak kebebasan bersuara.



2. Siti Kasim telah banyak memberikan nasihat buat Islam dan umatnya. Berikut adalah antara perkara yang pernah direkodkan berhubung kenyataan Siti Kasim yang berkaitan tentang agama Islam:

3. “Tuhan terhasil dari getaran.” Pada 12 April 2017, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi berkata pihak JAKIM akan memanggil Siti Kasim terhadap kenyataan beliau yang mengelirukan berhubung asal usul Tuhan.

Lihat: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tuhan-terhasil-melalui-tenaga-siti-kasim-akan-dipanggil-jakim-137756

4. “Ibadah Korban Perbuatan Tidak Bermoral.” Pada 1 September 2017, Siti Kasim melalui laman facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa Ibadah korban adalah perbuatan yang tidak bermoral. Kenyataan ini menyebabkan pihak Mufti Wilayah mengeluarkan kenyataan balas berhubung Ibadah korban ini.

Lihat: http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/666-bayan-linnas-siri-ke-114-ibadah-korban-menjawab-dakwaan-siti-kassim

5. “Mimpi Nabi Ibrahim Bukan dari Allah.” Setelah dikritik banyak pihak, Siti Kasim pada 10 September 2017 mengeluarkan kenyataan balas dengan menafsirkan semula Surah Saffat ayat 102-105 yang berkaitan Ibadah korban. Menurut Siti Kasim tidak mungkin Allah mengeluarkan arahan kepada Nabi Ibrahim supaya membunuh anak sendiri. Yang mengarahkan kejahatan hanyalah syaitan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10214308850777958

6. Siti Kasim juga mencadangkan agar JAKIM dibubarkan. Pada 1 Februari 2018, Siti Kasim mencadangkan supaya JAKIM dibubarkan.

Lihat: https://www.facebook.com/sitikasim/posts/10215551956494824

7. Sekiranya Jakim dikekalkan Siti Kasim mencadangkan supaya bantuan kepada Maahad Tahfiz dihentikan.

Lihat: http://www.malaysia-today.net/2018/06/01/jakim-must-stop-funding-tahfiz-schools-says-siti-kasim/

8. Begitulah antara nasihat Siti Kasim berhubung perkara yang melibatkan Islam dan umat Islam. Individu seperti inilah yang barangkali dikehendaki oleh masyarakat untuk muncul dikaca media bagi terus memberikan nasihat buat Islam.

Moga Allah memberikan hidayah buat kita semua.

Dr Ahmad Sanusi

Sumber:tv14.online

2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ