Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Mengibas Debu Dari Tempat Tidur Adalah Sunnah Nabi

Mengibas Debu



Kenapa nabi Mengibas debu dari tempat tidur

Informasi yang sangat berharga!

Hikmah di sebalik mengibas debu di cadar dan tilam sebelum tidur.

Mengapa kita harus mengibas cadar dan tilam kita?

Ini adalah apa yang kita akan ungkapkan dan di sinilah tentangan ilmiah dan kesimpulan oleh para ilmuwan Barat:
Ketika seseorang tidur beberapa sel-sel mati dan jatuh ke atas cadar. Setiap kali kita bangun ia akan akan tertinggal di atas cadar & tilam. Sel-sel mati ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan hampir tidak dapat dihilangkan.

Jika jumlah sel-sel mati bertambah, maka ia dengan mudah meresap kembali ke dalam tubuh, dan boleh menyebabkan penyakit serius.

Saintis Barat pernah cuba untuk menghilangkan sel-sel mati tersebut menggunakan pelbagai cecair pembunuh kuman seperti Dettol dan sebagainya, tetapi gagal.

Sesetengah ilmuwan mengatakan, ia mencuba mengibas debu 3 kali seperti yang dinyatakan di dalam Hadis dan terkejut apabila mendapati bahawa semua sel-sel mati tersebut hilang !!

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah  bersabda: "Barangsiapa pergi ke tempat tidur, ia harus mengibas debu di cadar tidurnya tiga kali, kerana dia tidak tahu apa yang ditinggalkan" (Hadis riwayat Bukhari no. 6320, Muslim 2714)

Kebanyakan orang berfikir itu adalah cara menghilangkan serangga kecil tapi ramai yang tidak tahu bahawa kebaikannya jauh lebih besar daripada itu.

Hal ini sangat menyedihkan apabila kebanyakan daripada kita mengabaikan ajaran Rasulullah.

Sama-samalah kita sebarkannya, biar seluruh dunia tahu bahawa segala perintah Allah SWT adalah untuk kepentingan dan kebaikan manusia.
سبحان الله...

Pesanan sesama kita... 😊
Free2Share

0 comments:

Post a Comment

Solat Jamak Bukan Hanya Musafir, Kerana Kesuntukan Masa Juga Dibenarkan

Solat jamak


JAMAK kerana KESUNTUKAN MASA
Soalan: Dr, bolehkah seseorang yang amat tertekan dengan kesuntukan masa, seperti peperiksaan yang memakan waktu yang panjang, ataupun tugasan yang tiada ruang untuk ditinggalkan untuk dia menjamakkan solatnya? Imran, Penang.

Jawapan Dr MAZA: Supaya tidak terkeliru, fahaman senarai perkara berikut;
1. Terlebih dahulu diterangkan maksud jamak. Iaitu menghimpunkan dua solat pada satu waktu. Solat-solat yang diizinkan syarak untuk dihimpunkan itu ialah, Zohor bersama Asr dan Maghrib bersama Isyak.

2. Adapun qasar bermaksud meringkaskan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat.

3. Qasar diizinkan untuk mereka yang bermusafir. Keizinan untuk jamak lebih luas daripada keizinan qasar. Di mana seseorang boleh menjamakkan solatnya sekalipun dia tidak bermusafir disebabkan keadaan-keadaan tertentu, tapi dia tidak boleh menqasarkannya. Ini seperti hujan, ketakutan ancaman, kesibukan melampau dan seumpamanya.

4. Ertinya dalam keadaan tertentu dia boleh menunaikan solat Asr dalam waktu Zohor ataupun maghrib dalam waktu Isyak iaitu selepas ditunaikan empat rakaat Zohor, dia menunaikan pula empat rakaat Asr, ataupun selepas tiga rakaat maghrib ditunai empat rakaat Isyak. Demikian juga dia boleh melakukannya pada waktu Asr, dengan cara menangguhkan Zohor ke waktu Asar, ataupun pada waktu Isyak dengan cara ditangguhkan maghrib ke waktu Isyak.

5. Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

6. Maka, hadis-hadis yang seumpama ini memberi kesimpulan kepada para fuqaha (ulama fekah) bahawa solat jamak boleh dilakukan disebabkan keuzuran-keuzuran tertentu, seperti sakit yang menyusahkannya, atau hujan bagi mereka bersolat jamaah di masjid, kesempitan waktu dan seumpamanya.

7. Justeru, hal-hal ini seperti mereka yang sakit yang menyukarkannya berwuduk atau bergerak maka bolehlah dia menjamakkan solatnya. Mereka yang terlibat dalam urusan-urusan yang tidak dapat ditinggalkan seperti pembedahan, menjaga lalu lintas, mengendalikan urusan yang bahaya, atau peralatan yang bahaya, terlibat dengan peperiksaan yang telah ditetapkan. Demikian juga bagi wanita yang bermusafir dengan bas awam yang menyusahkannya bersolat di tengah perjalanan, maka dia boleh menjamakkan solat sejak di rumahnya, tanpa qasar. Begitulah juga dengan semua keadaan yang menyukarkan seseorang. Namun hendaklah dia mengutamakan menunaikan solat berdasarkan waktunya terlebih dahulu, jika menyukarkan maka ketika itu diizin.

8. Kitab-kitab fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Antara Ibn Taimiyyah dalam al-Fatawa al-Kubra (2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut) dan kitab-kitab lain. Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut perkara ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245, cetakan Dar Uli al-Nuha, Beirut). Maka ini bukan perkara baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.

Jom dengarkan penjelasan dalam video di bawah:


0 comments:

Post a Comment

Lokasi Pasaraya Ikhwan Mart di Malaysia.



BMF......"buy muslim First.....",Al Ikhwan...!👍

Lokasi Pasaraya Ikhwan Mart di Malaysia.



1. Ikhwan Mart Selayang. No 55, Jln 2/3G Bandar Baru Selayang, 68100 Batu caves Selangor.

2. Ikhwan mart PPIBCH. No. 2-G, Jalan Desa 9/3, Bandar Country Homes, 48000, Rawang, Selangor, 48000, Malaysia

3. Ikhwan Mart L Yooi. no 1776 mukim 11, Lahar Yooi 13300 Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

4. Ikhwan Mart Segambut. D-0-1 M Avenue, Jln 1/38A Segambut Bahagia, Kuala Lumpur.

5. Ikhwan Mart Ipoh. No1, Jln Rapat Bistari 1, Taman Rapat Bistari, 31350 Ipoh , Perak.

6. Ikhwan Mart Klang. No 4 jalan Sumazau 3c 41050 Bandar Baru Bukit Raja Klang

7. Pasar Segar Ikhwan5017, Jalan Sultan Zainal Abidin, 20000 Kuala Terengganu

8. Ikhwan Mart Perda. No 17, Lorong Perda Utama 13, Bandar Perda, 14000, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

9. Ikhwan Mart B. Beruntung.
No27-G JALAN ADENIUM 2G/7 PUSAT PERNIAGAAN ADENIUM. 48300 BUKIT BERUNTUNG SELANGOR DARUL EHSAN

10. Ikhwan Mart Kota Damansara,A-G-1 Pusat Perdagangan Pelangi Square,Kota Damansara, Persiaran Surian PJU6, 47800 Petaling Jaya, Selangor.

11. Ikhwan Mart Temerloh.NO 31 JALAN BDS1 Bukit Desa Semantan, 28000 Temerloh Pahang. Darul Makmur.

12. Ikhwan Mart Kuantan.B 96, Tmn GuruJalan Gambang25150 Kuantan Pahang Darul Makmur.

13. Ikhwan Mart Sg Pencala. Lot 2996 , Kg Sg Penchala, Damansara Kuala Lumpur.

14. Ikhwan Mart T. Malim. No.93A (GRF 1) Jalan wawasan dagangan 1, Bandar Behrang 2020, Tanjong Malim-Slim River,35900 Tanjong Malim.

15. Ikhwan Freshmart Krubong, No. 5 , Jalan KP 1 ,Taman Krubong Perdana, 75260 Melaka.

16. Ikhwan Mart Sg Ara.No 1026 Jln Dato' Ismail Hashim , 11900 Bayan Lepas ,Pulau Pinang.

17. Pasar Segar Ikhwan Seremban 2. ( 0035221-T). No. 947, S2 F22 Garden Homes, Seremban 2, 70300 Seremban . N.9.

18. Ikhwan Mart Kodiang. Pusat Pengajian Semarak Kasih, Kg Kolam Tok Arang, Mukim Pering 06100 Kodiang Kedah.

19. Ikhwan Mini Market K. Lipis.No 2, Tingkat Bawah, Jalan Emas 1, Taman Emas, 27200 Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.

20. Minimart Ikhwan B. Hampar.Taman Ikhwan Batu Hampar, Kg Batu Hampar Dalam, 32700 Beruas, Perak.

21. Ikhwan Mart Manjung.No 86, Persiaran Venice Sutera 8, Desa Manjung Raya, 32200, Lumut Perak.

22. Mini Mart Rmh Tok. Kg Temalang, mukim putat, 06100 Kodiang, Kedah.

23. IKhwan Mart Kota Bharu,Lot 647- A, Kampong Kok Pasir Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.

24. Ikhwan Mart Mutiara Rini.No 42, jln utama 44 Mutiara Squuare, Tmn Mutiara Rini, 81300, Johor Bharu.

25. IKHWAN MART SUBANG. 41, JALAN URANUS AG U5/AG TAMAN SUBANG IMPIAN, SEKSYEN U540150, SHAH ALAM, SELANGOR

26. Ikhwan Mart Jitra. No 85 jalan 9c Taman Mahsuri Bandar Darulaman 06000 jitra Kedah Darul Aman

27. Ikhwan Mart Lubuk China. No 22, Jalan Wira Indah 2, Taman Wira Indah, 78100 Lubuk China Melaka.

28. Ikhwan Fresh Mart Miri.Ground Flour 2306 Jalan Datuk Muip, Piasau Jaya, 98000 Miri, Sarawak.

*Maklumat diatas mungkin ada perubahan tertakluk kepada maklumat yang dikemaskini daripada pihak Ikhwanmart sendiri. Harap Maklum.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ